Warden Marvin Polk mengumumkan kematian Boyd jam 2.15 pagi waktu tempatan, kata Jabatan Penjara Carolina Utara dalam satu kenyataan.
Boyd menjalani hukuman mati itu selepas didapati bersalah pada 1994 kerana membunuh isterinya dan bapa mentuanya pada 1988. Antara kata-kata terakhirnya adalah, Saya cuma mahu meminta menantu, Kathy, menjaga anak lelaki dan cucu. Semoga Tuhan memberkati semua.
Wartawan yang dibenarkan me-
nyaksikan hukuman itu berkata, seminit selepas suntikan mati itu, pernafasan Boyd menjadi kian laju. Pada jam 2.05 pagi waktu tempatan, wajahnya mulai pucat. Rayuan pengampunannya di saat-saat akhir, ditolak mahkamah lain Amerika Syarikat dan Gabenor Carolina Utara. Mahkamah Agung Amerika Syarikat memperkenalkan semula hukuman mati itu pada 1976 selepas dihentikan seketika selama 10 tahun.
Sejak itu, seramai 832 banduan menjalani hukuman suntikan maut berkenaan, 152 menerusi kejutan elektrik, 11 gas beracun, tiga secara gantung sampai mati dan dua oleh skuad penembak. Hukuman mati itu diguna pakai di 38 daripada 50 negeri Amerika Syarikat. Profesor Deanne Bonner dari Universiti Boston menyifatkan sejarah perkauman di Amerika sebagai antara sebab pihak berkuasa melaksanakan hukuman mati.
Ada orang yang percaya hukuman mati menggantikan tindakan menyerang dan membunuh beramai-ramai dengan majoriti tinggi orang yang menjalani hukuman mati ialah lelaki Afrika-Amerika.
Bukan saja perkauman tetapi kegagalan kami mengatasi institusi perkauman seperti dalam bidang pendidikan dan kemiskinan.
Ia menyebabkan umum melihat pihak yang melakukan jenayah seolah-olah seperti bukan manusia manakala sejarah imigran menyebabkan kami melupakan persamaan sesama makhluk tuhan, katanya. - AFP/ Reuters
Hukuman Mati ke-1,000 di AS
03/12/2005