TRAGEDI TSUNAMI DAN GEMPA BUMI - 20
Berikut merupakan beberapa organisasi bukan kerajaan (NGO) utama yang menawarkan bantuan mengikut urutan abjad:

Adventist Developmet And Relief Agency (ADRA)

ADRA sedang memberikan bantuan di India, Thailand, Indonesia, Sri Lanka dan Kepulauan Andaman. ADRA mendirikan sebuah pusat pentadbiran sementara di Bangkok, derma kewangan untuk membiayai kerja-kerja ini.

AmeriCares

Sebuah penerbangan yang dibiayai AmeriCares dan Alteria Group, Inc telah tiba Kolombo, Sri Lanka membawa 13.6 tan bekalan perubatan dan penapis minuman (cukup untuk membersihkan 4 juta liter air), serta sebuah pasukan penyelamat.

American Friends Service Committee (AFSC)

AFSC memberikan bantuan dan pemulihan jangka panjang, terutamanya yang mungkin tidak dijaga oleh agensi bantuan lain.

American Jewish World Service (AJWS)

AJWS memfokuskan bantuan asas kepada keluarga termiskin dengan kerjasama Direct Relief International di India dan Sri Lanka.

F.I.R.S.T.

Pasukan Penyelamat Israel ini sedang membuat kerja-kerja mencara dan menyelamat di Tamil Nadu, India.

Islamic Relief Wordrldwide

IRW telah meningkatkan permintaan dermanya kepada USD 5 juta.

Kesatuan Afrika

Pengerusi kesatuan Afrika Oumar Konare telah mengumumkan bantuan sebanyak USD 100,000 sebagai bantuan kemanusiaan.

Kesatuan Eropah

Kesatuan Eropah bersetuju memberikan bantuan segera EUR 300 juta kepada mangsa gempa bumi untuk memenuhi keperluan asas. Bantuan yang lebih besar (EUR 30 juta) akan menyusul kemudian.

Medecins Sans Fronttieres (MSF)

MSF menghantar bantuan seberat 32 tan ke Sumatera; pasukan perubatan turut dihantar ke kebanyakan kawasan yang terlibat.

Lion Clubs International

Kelab antarabangsa ini telah mengagihkan USD 200,000 ke kawasan-kawasan yang terlibat melalui cawangan-cawangannya. Kelab Lion Korea dan Lion Sweden turut berjanji untuk menyumbang lagi.

Magen David Adom

Palang Merah Israel telah menghantar 4000 botol kecil Albumin (untuk memberhentikan pendarahan) untuk membantu mangsa yang tercedera di Sri Langka.

Medical Institute of Tamils

Turut menyediakan bantuan rawatan kecemasan.

Mennonite Central Committee (MCC)

Telah menderma USD 2.5 juta secara tunai dan USD 1 juta dalam bentuk makanan, pakaian dan bekalan perubatan.

Mercy

MERCY Malaysia telah sampai di Aceh dan Sri Langka untuk memberikan bantuan. Bantuan dan sumbangan amat diperlukan terutamanya ubat-ubatan, air mineral dan biskut bertenaga,

Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa (IFRCS)

Di Geneva, pihak IFRCS telah meminta derma sebanyak CHF 7.5 juta (USD 6.6 juta) untuk bantuan segera kepada kira-kira 500,000 mangsa yang selamat.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa bersatu (PBB)

PBB melalui pelbagai agensinya telah menyediakan pelbagai bantuan.

Veahavta

Veahavta di Kanada sedang mengumpul derma untuk membiayai penghantaran pasukan mencari dan menyelamat serta peralatannya.

Word Jewish Aid (AWJ)

AWJ memberikan bantuan kepada mangsa terselamat, terutamanya untuk pembersihan air dan pencegahan penyakit, terutamanya di India dan Indonesia.