AYAH EDY PUNYA CERITA - 20
Ibu bapa dan guru yang berbahagia, seorang teman bercerita kepada saya mengenai mutu pendidikan di negeri ini yang begitu rendah. Waktu itu saya sempat menyangkal dan tidak bersetujui dengan perkara yang disampaikannya tetapi dengan sederhana dia menjelaskan, Cuba kamu perhatikan fenomena sebuah produk pendidikan di negeri ini melalui perbandingan kualiti sumber manusianya. Jika orang asing datang dan bekerja di sini, maka apakah jadi pada mereka Sebaliknya jika orang kita yang bekerja di luar negeri, pada umumnya apakah mereka akan jadi di sana

Terus saya terdiam dan tidak boleh berkata-kata lagi. Benar juga, dalam hati saya berfikir. Lalu kawan saya melanjutkan lagi, Mengapa mutu pendidikan di negeri kita itu begitu rendah. Ya, kerana kita memandang rendah orang-orang yang kerjayanya dalam bidang pendidikan.

Kali ini, saya benar-benar tidak setuju dengan pendapatnya. Lalu saya katakan, Ah, kamu salah, orang di negeri kita begitu mengagungkan kerjaya guru. Bahkan pada masyarakat, guru adalah posisi yang sangat dihormati.

Betul, kata kawan saya, Yang saya maksud adalah penghargaan dalam bentuk wang berbanding kerjaya lainnya. Padahal gurulah yang mencetak kerjaya lain yang ada di negeri ini. Bandingkanlah dengan negara maju seperti Jepun, mereka begitu menghargai guru, baik dalam bentuk kewangan mahupun bukan kewangan. Bahkan, kononnya di Jepun jika mereka mengalami bencana alam, maka hal pertama yang harus segera diketahui adalah berapa jumlah guru yang menjadi korban. Bandingkan lagi, misalnya dengan Malaysia, jawatan menteri yang paling berprestij di sana adalah menteri pendidikan sehingga orang Malaysia begitu berbangga jika bekerja dalam bidang pendidikan.

Saya mula merenungkan ucapan demi ucapan rakan saya ini. Kemudian saya teringat seorang teman berbangsa asing yang pernah berkomentar mengenai kualiti pendidikan negeri kita. Sungguh aneh ya, di negara kamu jawatan yang strategik dan mulia dipandang rendah daripada jawatan lain. Saya kaget dan tidak berasa bahawa jawatan strategik dan mulia yang dimaksudkan oleh kawan saya ini adalah kerjaya pendidik dan guru. Dia juga berkata, Kalau di negara saya, jabatan atau kerjaya yang memerlukan daya intelektual sangat dihargai dan dibayar mahal bermula dari guru hingga perunding. Sungguh komentar ini begitu menyentuh perasaan saya yang paling dalam.

Saya juga teringat komentar Imam Prasodjo dalam acara Republik BBM. Dia berkata bahawa di negeri kita kerjaya yang menggunakan bahagian kepala itu dihargai paling murah. Akan tetapi, kerjaya yang menggunakan bahagian dada dan semakin ke bawah, harganya semakin mahal. Jadi, kualiti intelektual di negeri ini akan sukar maju kerana pada akhirnya orang akan lebih memilih kerjaya yang tidak banyak menggunakan kepala atau otaknya.

Mari kita renungkan bersama, semoga cerita ini boleh menggugah hati untuk lebih menghargai guru yang ada di negeri ini, bukan hanya sekadar sebagai pahlawan tanpa tanda jasa. Semoga kerjaya seorang guru bukan menjadi pilihan terakhir bagi kita yang sukar mendapatkan pekerjaan. Dan semoga akan lebih banyak lagi orangorang bijak di negeri ini yang memilih menjadi seorang guru. Ini kerana kualiti anak-anak kita dan bangsa ini sesungguhnya sangat ditentukan oleh kualiti para guru dan pendidiknya.

Semoga kerjaya guru bukan menjadi pilihan terakhir bagi kita yang sukar mendapatkan pekerjaan.