Mencari Kiblat Cinta - 207
Danira melepaskan keluhan. Menyedari betapa besarnya salah faham Filman terhadap Tengku Amar.

Filman, awak mahu tahu apa ayah awak katakan malam semalam soal Danira lembut.

Filman senyap.

Bila dia tunjukkan tiket kapal terbang ini, saya memang beranggapan buruk terhadapnya seperti yang awak lakukan sekarang. Tapi setelah itu, saya mula mengerti sesuatu. Dia tanyakan apakah saya benar-benar mencintai awak. Jawapan saya ialah iya, saya mencintai awak Tengku Filman. ungkap Danira perlahan.

******

Filman tersenyum. Hatinya tenang menyedari betapa mereka mencintai antara satu sama lain.

Katanya lagi dia sayangkan awak, Najla dan abang awak Firdaus. Tapi dia tidak pernah menyangka kasih sayangnya begitu kuat terhadap Naufal. Mulanya dia benar-benar tidak dapat menerima hakikat bahawa Naufal yang menyebabkan kematian anaknya. Dia tidak sanggup mahu berhadapan dengan Naufal, bimbang hatinya dengan mudah akan memaafkan Naufal. Dia keraskan hati, pura-pura tidak mahu ambil kisah dengan semua ini, tapi sebenarnya jauh di sudut hati dia tetap sayangkan Naufal. Terlalu sayang hingga ianya menyakitkan hatinya. Itulah yang dia beritahu saya Filman malam itu. ujar Danira sebak.

Filman mengeluh. Ayah!

Dia kesal sebab tak tak dapat bersama-sama Naufal sehingga ke saat-saat terakhir Naufal. Dia rasa bersalah. Saya menangis mendengar kata-katanya Filman. Saya dapat merasakan ayah awak sebenarnya sangat menyayangi adik saya. Kasihnya benar-benar ikhlas.

Dia juga minta maaf dengan saya. Katanya dia nak tebus semua kesilapannya.

Tapi kenapa dia sanggup suruh Nira pergi jauh Filman masih tidak mampu menghalau segala kesangsian yang berputik di hati kecilnya.

Sebab Naufal. ujar Danira.

Sebab Aliff Filman keliru.

Sebab surat Naufal. Naufal meminta ayah awak mencurah kasih sayangnya pada saya sebagai ganti. Dan itulah yang dilakukannya sekarang. Dia mahu membersihkan masa silam saya. Dia mahu menghapuskan semua penderitaan yang telah saya alami. Ayah awak mahu saya sambung pengajian saya, lupakan kisah lama dan mulakan hidup baru. Dia mahu saya kembali suatu hati nanti menjadi Danira yang baru. ujar Danira seraya mengesat airmata yang bergenang di kelopak matanya.

Filman terdiam. Itukah yang sebenarnya Mengapa ayahnya hanya berdiam diri ketika ditanya tempohari Filman mulai kesal kerana terlalu cepat menuduh. Selama ini dia marahkan ayahnya kerana bersikap begitu. Sekarang dia juga tidak ada bezanya.

Jadi Nira nak pergi dan tinggalkan saya Macam tu suara Filman mendatar, bernada kecewa.

Filman, saya harus pergi.

Kenapa

Sebab saya tak sanggup hampakan harapan ayah awak. Saya fikir, Naufal juga akan melakukan hal yang sama. Kata Najla, semua yang ayah awak mahukan, Naufal akan cuba penuhi kerana dia sangat hormatkan ayah awak. Dan bila ayah awak meminta saya melakukan semua ini, awak fikir saya akan mampu menolaknya begitu sahaja

Filman terdiam seketika. Renungannya singgah pada wajah di hadapannya. Dari kata-kata Danira, dia tahu kini di mana pendirian gadis itu. Kecewa memanglah kecewa. Tapi jika itu sudah keputusan gadis itu, bagaimana harus dia mengatakannya lagi

Saya tak sanggup nak berjauhan dengan Nira. Tidak setelah apa yang berlaku baru-baru ini. akui Filman muram.

Percayalah Filman, ini juga bukan mudah bagi saya.

Filman melepaskan keluhan panjang. Hatinya saling tidak keruan. Rasa berat hatinya mahu berpisah dengan Danira begitu membekam jiwanya.

Berapa lama masa kita ada tanyanya dengan wajah muram.

Dua minggu lagi. ujar Danira tersenyum.

Dua minggu Aduh singkatnya! Filman mengetap ulas bibir.

Ayah saya mampu uruskan pengajian awak secepat itu keluh Filman.

Dia ayah awak Filman.

Filman tidak menjawab lagi. Hanya tatapan matanya sahaja yang memandang wajah Danira penuh kasih. Cinta ini hadir dalam dirinya saat dia kehilangan rasa percayanya pada apa yang dipanggil cinta. Tapi saat di mana dia kembali percaya, cinta ini akan pergi jauh lagi dari dirinya. Adilkah itu

EPILOG

Hampir segerombolan orang keluar dari balai ketibaan itu, namun kelibat orang yang ditunggu tidak jua muncul. Filman resah dalam penantian yang tak berpenghujung. Aneh! Apakah dia tersilap perkiraan kali ini Atau apakah dia tersilap mencerna pesanan yang Danira tinggalkan untuknya tempohari

Betul Fil, memang Nira balik hari ni. Dia pun ada cakap macam tu dengan ma tempohari. Ibunya mengiyakan apabila dia menghubungi wanita itu meminta kepastian.

Filman mengeluh panjang. Habis di mana Danira kali ini Dia benar-benar bingung dibuatnya. Jambangan bunga yang dibelinya sebelum ke lapangan terbang tadi ditatap dengan raut wajah muram.

Nira rindu nak balik ke tanah air. Rindu nak jumpa ma, jumpa ayah, jumpa Najla, jumpa Kak Mila, Pak Maidin dan Mak Minah. Juga rindu dengan keletah Melly. Ujar gadis itu ketika mereka berbual melalui talian Skype beberapa malam yang lalu.

bersambung

Bab akan datang:

Dapatkah dua hati ini bersatu di hari bahagia mereka