Beb, Akhirnya Aku Dilamar - 21
BAB 21

TERGESA-GESA Felisha melangkah ke kedai bunganya. Hampir seminggu dia tinggalkan kedai. Entah apa cerita agaknya. Ainul tidak pula menghubunginya beritahu keadaan di kedai.

Hish! Mati pulak jam aku ni. Pukul berapa sekarang ni Felisha tepuk-tepuk jam tangan di pergelangan tangan kanannya. Matanya meliar melihat sekitar tempat letak kereta dan deretan kedai sebelum sampai ke kedai bunga.

Langkah Felisha semakin laju. Dia betulkan tudung yang dipakai yang sudah senget. Pagi tadi dia terlewat bangun. Kakinya diayun laju menuju ke kedai.

Aduh!

Maaf! Saya tak sengaja. Saya nak cepat. Felisha mendongak. Seorang lelaki yang agak tinggi berkulit agak putih memandangnya tak berkelip.

Tak apa.

Felisha senyum. Setiap kali nak cepat, ada saja yang berlaku. Nasib baik bukan Fariz. Kalau tak entah apa yang dihambur mamat tu pula.

Cik jual bunga keLelaki itu pandang pada bakul bunga di tangan Felisha.

Err..ya. Encik nak beli ke Senyuman Felisha semakin lebar.

Ni bunga apa

Dahlia, tulip, lavender, roserr..encik nak beli ke Sekali lagi Felisha bertanya.

Berapa semua tu

Felisha pandang lelaki itu. Biar betul Takkan dia nak beli semua ni.

Errkalau encik nak beli, silalah ke kedai saya dulu. Tak jauh. Dekat je. Tu! Felisha tuding ke arah kedai yang hanya beberapa langkah saja lagi sampai di muka pintu kedainya.

Lelaki itu angguk sambil tersenyum. Felisha dipandang tajam.

Sampai di kedai, Felisha mengajak lelaki itu melihat sekitar kedainya.

Encik lihatlah dulu mana yang berkenan. Kami jual banyak jenis bunga. Semuanya segar-segar belaka. Encik nak yang dah kembang ke atau yang masih kuncup Felisha hulur bakul kepada Ainul dan melayan lelaki itu.

Bagi saya bunga tu! Lelaki tu tuding ke arah deretan bunga.

Err..maksud encik..bunga ros dan gerbera ke Tanya Felisha untuk kepastian.

Lelaki itu angguk dan senyum.

Felisha segera ke rak bunga ros dan bunga gerbera. Tiga kuntum bunga ros dan tiga kuntum bunga gerbera dari dalam pasu.

Erk! Felisha melangkah ke belakang. Lelaki tadi sudah rapat berdiri di sebelahnya.

Awak memang cantik.

Err.maaf. Ni bunga yang encik nak tadi. Felisha cepat-cepat hulur bunga kepada lelaki tu.

Oh ya! Saya Badrul. Lelaki itu menghulurkan tangannya ingin berjabat.

Felisha hanya senyum kelat.

Ainul! Ambil bunga ni dan bungkus ya!Laung Felisha cuba mengalih perhatian dari lelaki tadi yang asyik merenungnya.

Berapa semua tu Badrul senyum nakal.

Semua sekali lima belas ringgit. Felisha hulur kepada Ainul sebaik Ainul tiba di sebelahnya.

Wang kertas bertukar tangan. Badrul masih merenung Felisha yang sudah mula menggelabah.

Eiiapa hal mamat ni Tengok aku macam nak telan. Gumam Felisha sendiri. Dia segera melangkah ke pejabat.

BADRUL melangkah keluar dari kedai bunga Felisha. Dia tersenyum puas. Langkah pertama sudah selesai. Bunga yang dibeli diletakkan di sebelah tempat duduknya.

Hmmcantik rupanya dia ni.. Sekali lagi Badrul menoleh ke arah kedai Felisha sebelum memecut laju meninggalkan kawasan itu.

FELISHA mengintai dari celah tirai tingkap. Matanya membuntang. Dia menelan liur berkali-kali.

Kak! Ada pesanan bunga carnation dan bunga ros dari pelanggan. Dia nak lima jambak bunga ros dan dua jambak bunga carnation. Ainul tersenyum di muka pintu.

Kak Sha! Kak Sha!

Hah Err..Ainul panggil akak ke Felisha menoleh.

Ainul berkerut kening. Wajah bos mudanya sudah pucat. Apa kena pulak bos aku ni Apa yang dia tengok sampai pucat muka macam tu Ainul menapak dekat dengan Felisha dan turut intai melalui tirai.

Akak tengok apa Ainul panjangkan leher.

Err..tak..lelaki tadi. Akak rasa pernah nampak dia tu. Felisha pula berkerut kening.

Kenapa dengan dia

Err..tak..tak ada apa. Apa Ainul tanya tadi Felisha mula mengubah topik. Ainul tidak perlu tahu hal tu.

Ooohhakak ada secret admirer eh Ainul mengusik.

Hish! Mada ada! Felisha duduk dan mula buka buku pesanan.

Habis tu..beria akak tengok lelaki tadi Usik Ainul lagi.

Ah..tak ada apalah. Tadi Ainul tanya apa Ulang Felisha lagi.

Ada pesanan esok. Lima jambak bunga ros dan dua jambak bunga carnation. Dia kata nak buat majlis kesyukuran. Ainul membaca nota kecil di tangannya.

Stok kita cukup tak Felisha jenguk ke arah rak bunga.

Ainul angguk.

Kalau macam tu, Ainul tulis dalam buku ni. Nanti akak hantar esok. Felisha hulur buku pesanan kepada Ainul. Dia buka komputer. Akaun syarikatnya perlu diperiksa setiap hari. Blog perlu dikemas kini.

Assalamualaikum.

Serentak Ainul dan Felisha mendongak.

Waalaikumussalam.. Felisha bingkas bangun. Puan Akma sudah tersenyum di muka pintu pejabatnya.

Makcik datang seorang je ke Felisha segera mencium tangan Puan Akma.

Ya, Tajdid mengajar. Rindu kat Taj ke Usik Puan Akma.

Ainul bangun dan turut bersalam dengan Puan Akma. Dia memberi ruang tempat duduk kepada Puan Akma sebelum berlalu pergi.

Sha sihat

Felisha angguk. Dia turut duduk semula.

Makcik sihat

Puan Akma turut angguk. Makcik datang ni nak beritahu Sha sesuatu.

Felisha sudah berdebar. Dia tahu sangat tujuan kedatangan ibu Tajdid ni.

Tajdid tu suka sangat kat Sha ni. Banyak kali dia beritahu makcik yang dia harap Sha sudi menjadi isterinya. Sha macam mana

Felisha menelan liur. Aduh! Terang-terang tanya aku macam ni. Apa aku nak jawab ni

Errmakcik, Sha bukan tak suka tapi beri Sha masa nak sesuaikan diri dengan dia. Yalah..Sha ni tak adalah sempurna sangat. Pakai pun macam ni. Tentu Tajdid lebih sukakan gadis yang bertudung labuh dan berjubah atau sentiasa berbaju kurung. Kat kampus dia dulukan ramai yang solehah, tentu dia dah ada steady. Tak gitu Felisha cuba berdalih. Mencari alasan yang dikira munasabah mengikut otak fikirannya.

Alah..itu semua jodoh. Kalau Taj tu nak nikah dulu, dah lama dia cari kat Jordan tu. Makcik pun ada dengar juga ramai pelajar perempuan yang sukakan dia tu tapi dia kata nak habiskan study dulu. Tak nak fikir soal nikah ni. Sekarang ni, dia dah habis belajar. Makcik hanya ingat Sha je.

Macam mana Sha setuju ke Puan Akma melemparkan senyuman manis.

Err..saya rasa Kamalia tu lebih layak untuk Tajdid. Sama-sama lulusan dari Jordan. Lagipun mereka dah berjanji nak mengikat tali pertunangan sebaik kembali ke tanah air. Felisha senyum kelat. Teringat pada Kamalia yang beria mengatakan Tajdid tu bakal bertunang dengannya. Sama dengan Melissa yang mengaku Fariz tu bakal suaminya.

Kamalia Tak ada pula Taj beritahu makcik. Dulu dia ada beritahu makcik seorang gadis ni sukakan dia tapi dia

\

anggap budak tu biasa je. Puan Akma mula berkerut kening. Mengingati kembali kawan-kawan sekampus Tajdid dulu.

Kamalia sendiri yang mengaku. Makcik, Kamalia tu baik budaknya. Sopan dan peramah. Dia sekarang dah jadi ustazah. Anggaplah saya dan Tajdid tak ada jodoh. Felisha pegang lembut tangan Puan Akma.

Ohjadi Sha tak setuju Sekali lagi Puan Akma bertanya.

Bukan macam tu makcik. Saya tengok Kamalia tu sudah lama sukakan Tajdid. Mereka satu universiti. Felisha tunduk. Adoi..terpaksalah aku sebut nama Kamalia tu.

Hmm..tak apalah. Makcik faham kalau Sha tak sukakan Taj. Kalau macam tu, makcik minta diri dulu. Puan Akma mula bangun.

Makcikmaafkan saya. Bukan saya nak lukakan hati makcik dan Tajdid tapi saya masih belum ada rasa apa-apa pada Tajdid. Felisha mencium tangan Puan Akma.

Makcik lebih senang kalau Sha jadi menantu makcik. Tak apalah. InsyaAllah, kalau Sha dan Taj ada jodoh. Tak ke mana juga. Makcik minta diri dulu ya. Puan Akma peluk Felisha.

Felisha hanya angguk. Puan Akma dilihat melangkah keluar dari kedainya dengan wajah sugul.

Kak Sha..siapa tu Ainul mendekati Felisha yang berdiri di muka pintu kedai.

Dia mak Tajdid.

Hah Huih! Ni dah serius ni kak! Apa cerita Dia nak meminang akak ke Ainul dah teruja.

Felisha jeling Ainul yang sudah membulat matanya.

Dah! Pergi buat kerja. Bunga yang dipesan tadi dah disusun Felisha melangkah semula ke pejabatnya.

Errbelum.. Ainul sengih. Dia menapak semula ke rak bunga.

Felisha geleng sambil tersenyum. Pandangannya menala sekali lagi ke arah Puan Akma yang sudah jauh berjalan ke arah tempat letak kereta.

Siapa pulak sms aku ni Felisha baca teks mesej.

Saya ada hal penting nak beritahu awak. Saya tunggu awak di tempat kita mula bertemu dulu. Esok, jam 12 tengahari

Felisha jeling skrin. Huh! Masjid la tu! Mana lagi! Dia letak telefon di atas meja pejabat. Buku pesanan dikemaskini di dalam fail. Skrin komputer direnung seketika.

Hish! Menyampah aku Fariz ni! Kalau macam ni, sampai bila pun aku tak akan bebas dari dia! Felisha buka fail akaun dan menyambung kerja yang terbengkalai tadi.

BALIK dari kedai, Felisha segera ke rumah. Dia perasan sepanjang perjalanan tadi, kereta yang dilihatnya dulu masih mengekorinya tadi. Nasib baik ada balai polis, sempat dia membelok memasuki kawasan balai. Kereta hitam itu sudah beredar dari situ.

Siapa agaknya dia tu Kenapalah aku tak ambil nombor plat keretanya tadi. Takkan Badrul. Memanglah kereta dia sama dengan kereta orang tadi. Felisha meluku kepalanya sendiri. Salahkan diri sendiri.

Sha, kau kenapa ni Macam kena kejar hantu je Najwa duduk sebelah Felisha di sofa.

Err..tak..mungkin perasaan aku je. Felisha sudah berpeluh. Menggeletar.

Kenapa berpeluh ni Najwa mula cemas. Wajah pucat Felisha ketara sangat.

Wa..aku rasa ada orang ikut aku. Aku takut la Wa.. Felisha berpeluk tubuh. Peluh masih menitik.

Siapa

Felisha jongket bahu.

Perasaan kau je kut. Kan banyak kereta yang ikut belakang kita. Najwa mula senyum. Gelagat Felisha dah rasa macam takut bayang-bayang.

Betul ni Wa. Aku perasan masa aku langgar kereta Fariz dulu. Sebab aku intai kereta tu la, kereta aku dah tersondol kereta mamat tu! Felisha mula buka rahsia.

Jadidia memang ikut kau sampai sekarang Dia tu spy ke apa Najwa mula berkerut kening.

Entah! Tapi masa aku pergi Cameron Highlands minggu lepas pun, aku nampak kereta dia ada kat situ. Felisha dah rasa seram sejuk.

Sha..ni dah kes serius ni. Baik kau lapor polis. Najwa memberi cadangan.

Masalahnya aku pun tak pasti. Nombor kereta dia pun aku tak tahu. Felisha menekup muka.

Hmm..susah macam tu. Macam nilah, apa kata kau biarkan dia mengekori kau dulu. Sambil tu kau catat nombor plat kereta dia. Kalau dia buat sesuatu yang mencurigakan, kau terus buat laporan polis! Najwa bersungguh.

Baiklah. Aku ikut cadangan kau tu. Felisha bangun dan menapak ke bilik.

Najwa hanya memandang Felisha yang sudah lemah. Wajahnya masih pucat. Siapa agaknya