Lukisan Asmara - 21
Kedua Puluh

KEADAAN begitu cemas sekali di Wad Mawar. Doktor dan jururawat berulang-alik memasuki wad tersebut yang menempatkan Mak Cik Markonah. Sudah hampir seminggu dia dirawat di situ, namun keadaannya masih tidak menyenangkan, malahan lebih parah lagi. Dan hari itu, Mak Cik Markonah diserang sawan lagi akibat peningkatan mendadak suhu badannya. Pihak hospital tiada pilihan selain dari menolak Mak Cik Markonah semula ke unit Rawatan Rapi. Di situ, dia diberi rawatan kecemasan dan bantuan pernafasan. Segala langkah diambil bagi menurunkankan suhu badannya dengan segera kerana dikhuatiri bakal menjejaskan otaknya.

Elly yang sudah lama menunggu ibunya itu, mundar-mandir tidak tentu arah di luar bilik kecemasan, sementara menanti khabar dari doktor. Minah Jebo pula, setia menemaninya menghadapi saat-saat cemas itu. Riak wajah Elly jelas menunjukkan bahawa hatinya tidak tenteram kerana memikirkan masalah kesihatan ibunya itu. Dia bimbang memikirkan apa yang bakal terjadi kepada Mak Cik Markonah. Sedangkan Minah Jebo, tidak putus-putus memintanya bersabar dan sentiasa berdoa ke hadrat Ilahi semoga Mak Cik Markonah tidak apa-apa. Setelah beberapa jam berada di dalam bilik kecemasan, akhirnya Mak Cik Markonah ditolak keluar semula oleh beberapa orang pekerja hospital. Namun, dia masih tidak sedarkan diri. Elly segera mendapatkan Doktor Haris untuk penjelasan mengenai keadaan sebenar ibunya itu, sejurus melihat Doktor Haris menyusul keluar.

Doktor, bagaimana keadaan ibu saya

Cik Elly, boleh tak kita ke bilik saya sebentar, sebab ada perkara urgent yang saya nak bincangkan,

arah Doktor Haris. Elly segera mengekori doktor itu ke biliknya tanpa banyak bersoal jawab lagi. Namun, setibanya mereka di bilik doktor tersebut, Elly diminta untuk menunggu sebentar kerana ada panggilan yang perlu dibuat oleh Doktor Haris terlebih dahulu. Elly melihat doktor itu mengambil panggilan tersebut di bilik sebelah. Agak lama juga Elly menunggu Doktor Haris yang melalui perbincangan yang agak panjang di talian itu. Hati Elly jadi bertambah berdebar kerana masih belum mengetahui status penyakit ibunya itu. Apa yang bermain di fikirannya ialah, apakah alternatif lanjut yang boleh diberikan oleh doktor, jika penyakit tersebut tiada penawar segera.

Elly masih teringat lagi kata-kata Doktor Haris tempoh hari, tentang kemungkinan untuk hidup kurang dari sebulan jika keadaan yang lebih buruk terjadi kepada ibunya. Selepas agak lama, Doktor Haris kembali ke biliknya untuk berhadapan dengan Elly bagi memberikan maklumat situasi terkini Mak Cik Markonah. Walaupun agak sukar untuk menjelaskan perkara yang sebenarnya kepada Elly, namun Doktor Haris terpaksa melakukannya juga kerana dia tidak boleh berselindung perkara yang sebenarnya mengenai penyakit Mak Cik Markonah yang benar-benar berada dalam tahap kronik.

Cik Elly, saya harap awak tabah dan dapat menerima perkara yang akan saya beritahu ini dengan tenang,

ujar Doktor Haris memulakan penerangan yang sukar kepada Elly.

Doktor, emak saya tak apa-apa, kan Tolong beritahu yang dia tidak apa-apa dan masih ada peluang untuk sembuh. Please, doktor,

rayu Elly, dengan matanya yang mula kemerahan menahan kesedihan itu.

Begini, penyakit Puan Markonah benar-benar berada dalam keadaan kritikal. Jika tiada tindakan segera yang dilakukan terhadapnya, kemungkinan besar ia bakal mengundang bahaya, yang boleh menyebabkan kita kehilangannya.

Masya-Allah, mengapakah begitu parah sekali keadaan ibunya. Baru beberapa hari lepas, Elly dikejutkan dengan berita penyakit kronik itu dan hari ini dia menerima khabar bahawa penyakit itu sudah diperingkat yang amat merbahaya.

Doktor, kenapa terlalu cepat Bukankah kita baru saja mengetahui tentang penyakitnya yang sebenarnya Doktor sendiri pun belum selesai menjalankan ujian-ujian lanjutan terhadap ibu saya, kan Ini tak mungkin terjadi doktor. Tolong beritahu saya yang ibu saya masih mempunyai peluang yang besar untuk diselamatkan.

Saya telah mencuba sedaya upaya untuk mencari alternatif yang sesuai untuk menyembuhkannya, tetapi Tuhan lebih berkuasa. Sel-sel kansernya merebak dengan begitu pantas sekali. Kita tak punya banyak masa lagi. Agak suntuk untuk kita meneruskan rawatannya di hospital ini kerana terlalu banyak prosedur yang perlu dilalui. Ini akan mengambil masa yang lebih lama lagi. Saya bimbang sel-sel kansernya akan terus merebak dari hari ke hari,

jelas Doktor Haris.

Bukankah situasi ibu saya lebih kritikal dan memerlukan rawatan segera Tak bolehkah pihak hospital mendahulukannya dari pesakit lain Tolonglah, saya rayu pada tuan doktor, tolong berikan rawatan segera kepada ibu saya,

desak Elly.

Susah untuk saya usahakan. Seperti yang saya katakan tadi, terlalu banyak prosedur yang perlu dilalui, yang memakan masa agak lama. Kita tidak boleh senang-senang mendahulukan Puan Markonah kerana terdapat ramai lagi pesakit kanser hati, sama ada kronik atau tidak, menunggu giliran mereka untuk mendapatkan rawatan. Pihak hospital tidak akan melayan sebarang rayuan kerana mereka sendiri agak sibuk menguruskan ramai lagi pesakit di luar sana,

jelas Doktor Haris.

Habis itu macam mana, doktor Takkan nak tunggu mak saya mati, baru pihak hospital nak jalankan rawatan ke atasnya

rintih Elly dengan air mata deras berjuraian di wajahnya.

Saya tidak mampu untuk berbuat apa-apa kerana itu semua adalah prosedur hospital. Cuma, saya boleh cadangkan satu alternatif untuk membolehkan Puan Markonah mendapat rawatan segera. Saya ada seorang kawan yang merupakan seorang doktor pakar yang sedang berkhidmat di hospital di Jerman. Di sana, kaedah rawatannya lebih moden dan terkini. Malahan mereka telah banyak menjalankan research mengenai kaedah rawatan yang berkesan untuk kanser hati, dan peratusan untuk success adalah agak tinggi. Jika Cik Elly bersetuju, saya akan minta bantuan kawan saya itu untuk memindahkan Puan Markonah dengan segera ke sana untuk menjalani rawatan. Jangan bimbang, saya akan uruskan segala-galanya,

jelas Doktor Haris.

Maknanya, ibu saya perlu dihantar ke Jerman untuk menerima rawatan di sana Bagaimana dengan kosnya, doktor

soal Elly yang sedikit sebanyak sudah memahami alternatif yang ditawarkan oleh Doktor Haris itu.

Yes, dia perlu dihantar ke Jerman untuk menjalani rawatan intensif di sana. Saya boleh uruskan soal hospital dan penginapan buat Cik Elly jika mahu menemaninya ke sana. Cuma kosnya, agak tinggi. Anggarannya lebih kurang dalam seratus ribu, itu belum termasuk kos rawatan susulan yang perlu dijalani oleh Puan Markonah termasuk sesudah dia kembali ke sini.

Seratus ribu Terkejut besar Elly mendengar anggaran kos yang diberikan oleh Doktor Haris itu. Di manakah dia mahu cekau wang yang sebegitu banyak Bagaimanakah harus dia sediakan wang sebanyak itu dalam masa yang singkat Kalau dia mahu meminjam pun, siapa yang mahu memberinya Itulah persoalanpersoalan yang tiba-tiba menerjah pemikiran Elly.

Cik Elly perlu menyediakan sekurang-kurangnya dua puluh lima peratus dari anggaran kos sebelum saya boleh teruskan dengan registration Puan Markonah di sana,

sambung Doktor Haris lagi.

Banyak tu doktor, saya tak pasti sama ada saya mampu atau tidak untuk menyediakan perbelanjaannya dalam masa yang terdekat ini,

keluh Elly.

Itu sahaja yang mampu saya bantu. Apa-apa sahaja tindakan Cik Elly selepas ini, sentiasa ingat yang ianya harus dilakukan dengan segera,

peringat Doktor Haris lagi. Sekali lagi, keresahan menerjah jiwa dan perasaan Elly. Langkahnya longlai ketika keluar dari bilik Doktor Haris. Fikirannya berkecamuk memikirkan tindakannya yang seterusnya. Elly harus memastikan bahawa ibunya menerima rawatan segera bagi menjamin kelangsungan hidupnya. Tetapi, dia buntu bagaimanakah caranya untuk mendapatkan wang sebegitu banyak. Rasanya, tidak mampu dia mengadakan wang sebanyak itu dalam masa yang singkat itu.

Seratus ribu Masya-Allah, banyak tu. Mana Elly nak cari duit sebanyak itu

soal Minah Jebo yang turut terperanjat dengan kos rawatan yang dikhabarkan oleh Elly itu.

Itu sahaja pilihan yang ada untuk mak sekarang ni, Kak Minah. Doktor Haris cakap, kalau mak terus berada di sini, kemungkinan dia akan mati sebelum sempat pihak hospital melakukan apa-apa. Sebab itulah dia sarankan alternatif ini, memandangkan kawannya ada bekerja di hospital di Jerman itu. Dia akan bantu uruskan segala-galanya, tinggal Elly saja yang kena sediakan kosnya,

terang Elly. Minah Jebo bersimpati dengan dugaan yang sedang ditanggung oleh Elly itu. Apalah daya yang ada pada gadis semuda Elly untuk mendapatkan wang sebanyak itu. Dia bukannya berjawatan tinggi dan wang sebanyak itu terlalu jauh dari kemampuannya.

Kak Minah faham Elly, tetapi bolehkan Elly sediakan wang itu

tanya Minah Jebo sekali lagi. Elly tiada jawapan kepada soalan Minah Jebo itu. Dia buntu. Jika dia terlambat, maknanya dia meletakkan nyawa ibunya dalam risiko.

Apa kata, Elly cagarkan saja rumah dan tanah pusaka mak Elly itu pada bank. Mungkin kita boleh dapat pinjaman,

saran Minah Jebo tanpa berfikir panjang.

Mana boleh Kak Minah, rumah tu kan rumah kayu, bank tak akan terima. Kalau hendak dicagarkan tanahnya pula, susah juga sebab tanah itu ada banyak nama dalam satu geran. Mesti adik-beradik mak yang lain tak setuju untuk cagarkan ke bank, sebab mereka sendiri sedang menduduki tanah tersebut. Takkan mereka nak tanah tu tergadai. Mesti mereka tak akan setuju, Kak Minah,

bantah Elly. Benar juga kata Elly itu, fikir Minah Jebo. Walaupun mereka semua bersaudara, tetapi tidak mungkin mereka akan korbankan harta masing-masing demi satu nyawa. Sedangkan di atasnya, banyak lagi nyawa yang masih perlukan tempat untuk bernaung.

Hai, Kak Minah nak tolong pun, tak berapa mampu. Adalah simpanan sedikit sebanyak, tapi tak sampai pun lima ribu. Kalau Elly sudi terimanya, nanti Kak Minah berikan kepada Elly, ya

usul Minah Jebo, yang seboleh-bolehnya mahu membantu Elly walaupun sekelumit.

Elly tak mahu lima ribu, Kak Minah. Elly nak dua puluh lima ribu sebagai deposit rawatan mak. Jika Elly tak dapat wang tersebut, mak tidak akan ke manamana tetapi akan menunggu dan terus menunggu sakratul mautnya datang menjemput. Nauzubillah!

tangis Elly yang semakin hilang ikhtiar. Minah Jebo tidak dapat menahan perasaan hibanya apabila melihat tangisan Elly itu. Tetapi, dia sendiri tidak tahu bagaimana caranya untuk membantu Elly. Minah Jebo sendiri tidak sanggup lagi menyaksikan penderitaan yang dilalui Mak Cik Markonah, tanpa rawatan segera. Nyawa Mak Cik Markonah kian terancam jika dibiarkan begitu sahaja. Pagi yang cerah di Kuala Lumpur. Kesemua warga kota memulakan hari mereka dengan segar dan ceria. Masing-masing berpusu-pusu meredah kesesakan, untuk tiba ke destinasi mereka. Begitulah panorama biasa di hutan batu itu. Tidak pernah sunyi dari kesesakan lalu-lintas, kesibukan dan kemeriahan penghuninya melakukan urusan seharian. Bak kata orang-orang tua, jika tidak punya ilmu dan semangat yang kental, jangan bermimpi untuk berjuang menentang arus di Kuala Lumpur. Segala-galanya harus pantas dan beredar menurut putaran waktu yang berkualiti. Hari ini merupakan hari ketiga Alyssa bertugas di pejabat Abang Bob. Perhubungannya dengan majikannya itu juga sudah semakin mesra. Abang Bob memang seorang yang amat prihatin akan kebajikan pekerjanya dan yang paling utama, dia seorang yang kelakar dan gila-gila. Alyssa sentiasa terhibur dengan gelagat Abang Bob itu.

Abang Bob hanya pentingkan persekitaran yang selesa untuk pereka dan artis-artisnya berkarya. Dia juga mahu mereka mesra dan akrab dengannya seperti hubungan abang dan adik. Abang Bob sengaja mendekatkan dirinya dengan pekerjanya supaya mereka tidak berasa segan untuk terus berhubungan dengannya sekiranya timbul apa-apa masalah, terutamanya yang bersangkutan dengan kerja. Hari itu, Alyssa diberi tugas untuk menyediakan beberapa lukisan mural ala tropika untuk projek terbaru di rumah Dato Sufian. Disebabkan rumah saudagar intan berlian itu amat luas, maka banyak lukisan-lukisan yang gadang diperlukan untuk menghiasi dindingnya. Dato Sufian berkehendakkan dinding-dinding rumahnya dipenuhi dengan lukisanlukisan mengikut tema yang dikehendakinya. Sepagi itu, Abang Bob berada di ruangan Alyssa bagi memberi penjelasan yang teliti mengenai konsep yang dipinta oleh pelanggannya itu. Pada dasarnya, Alyssa tidak punya apa-apa masalah untuk mematuhi tema yang dikehendaki. Lagipun, dia begitu menyenangi lukisan yang bercerita tentang alam dan kejadiannya. Jadi, mudah untuk dia menterjemahkan maksud hatinya kepada lakarannya nanti.

Kalau boleh, Abang Bob nak Alyssa siapkan lukisan-lukisan itu dalam masa dua minggu. Tetapi, sebelum proceed kepada warna, Alyssa kena tunjukkan lakarannya kepada Abang Bob dulu. Abang Bob tak mahu temanya lari. Wife client kita ni, cerewet. Kalau boleh dia nak semua perfect. Dia nak semuanya hidup, walaupun hanya satu lukisan,

perjelas Abang Bob.

Abang Bob jangan risau, Insya-Allah Lyssa akan cuba lakar dan lukiskan mengikut apa yang dikehendaki oleh customer kita. Lyssa rasa, kita tak ada masalah nak baca dan tackle citarasa datin tu,

ujar Alyssa dengan penuh keyakinan. Abang Bob amat senang dengan semangat anak buahnya yang baru itu. Sejak mula lagi, dia sudah dapat membaca kelainan citarasa yang dimiliki oleh Alyssa. Abang Bob merasakan, adalah bersesuaian sekali untuk Alyssa mengaplikasikan segala keunikan yang dimilikinya itu ke dalam lukisannya nanti.

Good Alyssa. Kalau dah faham, mudah sikit kerja Abang Bob. Okay, Abang Bob keluar dulu. If you need anything, Ill be in my room, or else, you can look after Karim. Okay my dear

Alyssa hanya menganggukkan kepalanya. Semenjak dia bekerja di situ, hanya ada empat orang sahaja yang dikenalinya iaitu Abang Bob sendiri, seorang kerani bernama Tina, pembancuh teh dan pencuci pejabat yang dipanggil Kak Timah dan tentunya Karim, juga pereka dalaman yang seusia Abang Bob. Walaupun pekerjanya tidak ramai, tetapi syarikat milik Abang Bob itu tampak teguh dan punyai projek-projek hiasan dalaman yang menggalakkan. Maka, tidak salah rasanya Alysaa memilih untuk bekerja di situ. Syarikat itu sederhana tetapi berpotensi. Tanpa bertangguh lagi, Alyssa memulakan lakaran-lakarannya untuk ditunjukkan terlebih dahulu kepada Abang Bob nanti. Banyak idea yang datang menerjah ketika dia sedang bekerja itu. Tetapi, ada juga idea-idea yang dia kurang pasti, sama ada sesuai dengan temanya atau tidak. Oleh kerana tidak mahu melakukan kerja berulangan, maka Alyssa mengambil keputusan untuk berjumpa Abang Bob bagi meminta kepastian. Dia lantas bangun dan terus menuju ke bilik majikannya itu.

Namun, ketika dia tiba di muka pintu Abang Bob, dia terdengar Abang Bob sedang berbual di telefon. Mulanya, dia menyangka Abang Bob sedang berbual dengan pelanggannya. Jadi, Alyssa mengambil keputusan untuk berpatah kembali ke biliknya kerana tidak mahu mengganggu perbincangan Abang Bob itu. Nanti-nanti sajalah dia berjumpa Abang Bob. Namun, dia berpaling kembali apabila terdengar Abang Bob menyebut nama Tuan Fahreen. Jika tidak salah di pendengarannya, Alyssa rasa Abang Bob sememangnya sedang berbicara dengan suaminya itu. Tetapi, musykil juga. Apakah sebenarnya hubungan mereka Lalu, Alyssa mengambil keputusan untuk memasang telinga dari balik dinding berhampiran pintu bilik Abang Bob itu.

Dont worry, Fahreen, everything under control here. Alyssa selamat di bawah jagaan Abang Bob. Nantinanti sajalah kita berbual lanjut. Why not, discussion over lunch or dinner.

Perbincangan apakah yang dirancang oleh dua lelaki itu. Takkan mengenai Alyssa. Tetapi, Alyssa yakin bahawa tentu ada sesuatu yang sedang dirancangkan oleh Tuan Fahreen bersama majikannya itu. Oh tidak, jangan-jangan peluang Alyssa bekerja di situ juga adalah kerana ehsan Tuan Fahreen.

Mengapakah dia perlu ada dalam setiap keputusan hidupku,

detik hati Alyssa. Ini tak boleh jadi. Alyssa merasakan yang dia perlu mendapatkan penjelasan dari Abang Bob dengan lebih lanjut lagi. Dia tidak mahu perhubungan dua lelaki itu menjadi kayu ukuran kepada kariernya. Alyssa mahu dinilai dari potensinya, bukan kerana hubungannya dengan tokoh koporat tersebut. Abang Bob agak terkejut apabila melihat Alyssa muncul dengan tiba-tiba, lalu bertanya,

Yes Alyssa, anything

Dia agak menggelabah kerana kemunculan Alyssa itu tepat pada saat dia mengakhiri perbualan telefon dengan Tuan Fahreen. Abang Bob tertanya-tanya di dalam hatinya, apakah Alyssa mendengar segala perbualan tersebut.

Actually, saya cuma nak tanya pada Abang Bob, nama penuh client kita tu, sebab saya nak catitkan dalam buku log,

kata Alyssa yang cuba menjerat Abang Bob.

Oh, nama dia Dato Suffian bin Abdul Manaf,

jawab Abang Bob sambil tersenyum.

Hm....are you sure Mungkin Abang Bob tersalah nama kut. Bukankah nama dia, Tuan Fahreen Pemilik syarikat mega bernama Tajul Holdings

Jengkel sahaja Abang Bob mendengar nama tersebut. Sah sekali, Alyssa mendengar perbualannya tadi. Rahsianya bersama Tuan Fahreen, nampaknya sudah mulai diketahui Alyssa.

Kamu ni memang bijaklah Alyssa, pendengaran kamu memang baik. Yes, exactly, Im connected to Tuan Fahreen. Actually, Abang Bob adalah abang angkat Tuan Fahreen. So, tak salah kalau kami keep in touch, kan

Baru Alyssa teringat yang dia pernah terdengar Che Ros bercerita dengan salah seorang rakan sekerjanya mengenai Tuan Fahreen yang punya seorang abang angkat, tetapi sedang bertugas di luar negeri. Rupa-rupanya, orang itu adalah Abang Bob, majikannya sendiri.

Maknanya, syarikat ini juga milik Tuan Fahreen Oh my god, I dont believe this,

ujar Alyssa lagi.

Ooppss, bukan milik Tuan Fahreen, tetapi milik bersama Tuan Fahreen dan Abang Bob. Tetapi, tetap majoritinya milik Abang Bob. Tuan Fahreen hanya tambah sedikit saja, sebab abang tak cukup modal hari tu. Well, tak banyak dalam fifty percent sahaja,

terang Abang Bob yang masih berlawak. Kalau dah sebanyak itu, maknanya besar jugalah kuasa Tuan Fahreen di situ. Dia berhak membuat keputusan dalam syarikat tersebut. Alyssa fikir, bila berpindah kerja ke tempat lain, dia tidak akan terikat dengan Tuan Fahreen lagi. Ternyata, dugaannya itu salah. Begitu kuat sekali kuasa jodoh mereka, sehingga ke mana sahaja Alyssa pergi, suaminya itu seperti ada bersamanya. Paling tidak pun, nama Tuan Fahreen tetap mengekorinya ke mana-mana.

Adakah saya diambil bekerja di sini juga kerana Tuan Fahreen

soal Alyssa lagi, cuba memerangkap Abang Bob untuk berterus-terang.

Alyssa jangan salah faham. Tuan Fahreen memang ada saham di sini, tetapi dia sedikit pun tidak mencampuri segala urusan kami. Pada mulanya pun, Tuan Fahreen hanya mahu memberikan bantuan modal itu secara percuma kepada Abang Bob. Cuma Abang Bob sahaja yang rasa tidak enak dan tak mahu termakan terlalu banyak budinya. Maka, Abang Bob convert segala modal yang diberikan oleh Tuan Fahreen itu dalam bentuk saham.

Jangan bimbang Alyssa, kamu dipilih untuk bekerja di sini bukan kerana ehsan Tuan Fahreen. Tetapi kerana kualiti dan bakat yang ada dalam diri Alyssa yang bersesuaian dengan kehendak Abang Bob. Abang Bob sendiri yang membuat pemilihan terhadap Alyssa. Tuan Fahreen hanya dimaklumkan selepas Abang Bob menawarkan jawatan itu kepada Alyssa. Pada masa itu, barulah Abang Bob tahu yang Alyssa ini adalah isteri Tuan Fahreen. But dont worry, your secret is save with me,

tambah Abang Bob lagi. Dari gaya dan cerita Abang Bob, nampaknya dia mengetahui duduk perkara yang menyebabkan hubungan yang terikat antara Alyssa dan Tuan Fahreen itu. Alyssa sudah dapat menduga, betapa akrabnya hubungan kedua lelaki itu, tidak ubah rapatnya seperti Alyssa dan Roziana. Alyssa tidak menyalahkan Tuan Fahreen kerana membuatkan Abang Bob tahu segalagalanya. Mungkin dia bercerita kepada Abang Bob kerana menganggap lelaki itu lebih sebagai abangnya sendiri.

Abang Bob berharap, setelah mendengar segala penjelasan ini, Alyssa tidak akan menoleh ke belakang lagi. Alyssa kena terus bekerja di sini kerana Abang Bob amat memerlukan seorang pelukis yang benarbenar berbakat seperti kamu. Bila berada di pejabat ini, Abang Bob tidak akan memandang Alyssa sebagai isteri Tuan Fahreen, tetapi lebih kepada pekerja Abang Bob. Jadi, tiada sebarang sekatan untuk Alyssa mengembangkan bakat kerana Abang Bob tidak akan memberikan layanan yang lebih istimewa dari pekerja yang lain. Hope you understand that.

Alyssa berasa lega dengan penjelasan yang diberikan oleh Abang Bob. Dia percaya yang dia boleh berdiri sendiri dengan bersandarkan bakat yang ada padanya. Abang Bob telah memberikan kepercayaan kepadanya untuk melaksanakan tugas sebagai seorang artis yang berwibawa. Maka, dia harus membuktikan bahawa pilihan Abang Bob itu, tidak salah. Alyssa kembali ke ruangannya dengan hati yang lega. Satu hakikat yang harus diterimanya, bahawa ke mana sahaja dia pergi, dia harus membawa sekali ikatan perkahwinannya dengan Tuan Fahreen. Barangkali dengan itu, hidupnya akan menjadi lebih berkat lagi. Tidak lama selepas itu, telefon di mejanya berdering. Apabila menjawab, Alyssa mendengar suara Tuan Fahreen yang berada dihujung talian. Pastinya Tuan Fahreen sudah mengetahui segala kisahnya dengan Abang Bob tadi.

Assalamualaikum, sayang!

kedengaran romantis sahaja suara Tuan Fahreen itu. Meremang bulu roma Alyssa mendengar perkataan sayang yang diungkap oleh suaminya itu. Ramai juga lelaki yang pernah menyebut perkataan itu kepadanya sebelum ini. Namun apabila perkataan itu dikeluarkan oleh Tuan Fahreen sendiri, Alyssa dapat merasakan kelainan yang wujud sehingga membangkitkan aura kasih yang tersendiri dalam hatinya.

Saya dah tahu hubungan tuan dengan Abang Bob. Mengapa tuan tak pernah beritahu saya yang tuan kenal rapat dengan dia

tanya Alyssa yang masih cuba untuk dingin dengan suaminya itu.

Maafkan abang, sayang. Bukannya abang sengaja merahsiakan hubungan kami, tetapi abang tak mahu sayang fikir yang bukan-bukan. Lagi pun, abang tak pernah masuk campur segala urusan dalam syarikat tersebut. Abang Bob saja yang merasakan bertanggungjawab untuk memberitahu abang tentang perjalanan syarikatnya kerana komited terhadap abang sebagai salah seorang pemegang saham,

perjelas Tuan Fahreen.

Tuan tahu tak, yang saya rasa bersalah Semakin saya cuba mengurangkan pengaruh tuan terhadap hidup saya, semakin dekat rasanya hubungan kita ini. Tuan wujud di mana-mana sahaja dalam kehidupan saya, sehinggakan saya rasa begitu selesa sekali dengan perjalanan hidup saya ini. Saya tak tahu bagaimana hendak membalas segala kebaikan yang telah tuan berikan kepada saya. Sedangkan saya, tidak pernah melakukan apa-apa sebagai balasannya,

rungut Alyssa.

Abang tidak perlukan apa-apa sebagai balasan. Itu adalah tanggungjawab abang terhadap sayang. Jangan terlalu fikirkan, bagaimana hendak membalas budi ini. Cuma satu sahaja yang abang harapkan, kasih sayang yang tulus dari sayang untuk abang,

ungkap Tuan Fahreen dengan penuh perasaan. Alyssa sedar, betapa tingginya harapan Tuan Fahreen terhadapnya. Selama ini, dia berasakan dirinya buta kerana terlalu di manjakan oleh suaminya itu. Sehingga dia lupa, tugas sebagai seorang isteri itu wajib dilaksanakan tidak kira dalam apa jua keadaan. Salahnya Tuan Fahreen cuma satu, menikahinya secara paksa. Sedangkan Alyssa, seakan menjadikan Tuan Fahreen sebagai tahanan seumur hidup tanpa sedikit pun memberinya ruang untuk menebus kesilapannya.

Sentiasa ingat wahai sayang, walaupun apa yang terjadi sekali pun, kasih ini tidak akan pernah berganjak dari hati abang. Biarpun hati ini dicincang lumat. Abang tetap cintakan sayang.

Rupa-rupanya, ada manusia yang memasang telinga mendengar perbualan Tuan Fahreen dan Alyssa di talian sebentar tadi. Siapa lagi, kalau bukan pembantu kepoh Tuan Fahreen iaitu Che Ros. Tetapi, Che Ros gagal menduga wanita yang sedang bertakhta di hati bosnya itu. Che Ros begitu kecewa dengan perkembangan terbaru itu. Dengan siapa agaknya Tuan Fahreen sedang bermain cinta sekarang ini Mengapakah Tuan Fahreen sanggup melukakan perasaannya Tidakkah dia dapat merasakan kasih yang terpendam di hati Che Ros itu. Kini, Che Ros punya visi baru iaitu cuba menyelidiki identiti wanita yang berani merampas Tuan Fahreen darinya. Seharian Che Ros memikirkan tentang perbualan telefon itu.

Dia tidak dapat menumpukan sepenuh perhatiannya kepada kerja-kerjanya. Dia tidak dapat menerima jika adanya perempuan lain yang sedang menyainginya merebut cinta Tuan Fahreen. Selama ini, Che Ros meresakan bahawa dirinya begitu istimewa pada Tuan Fahreen. Hari itu, sesiapa yang salah sahaja, pasti akan dibentak oleh Che Ros. Jangan kata buat salah, lalu di depannya sahaja pun boleh mendatangkan kemarahannya. Tengah hari itu, dengan tak semenamena pula, kerani bahagian bawah telah tersalah hantar borang permohonan cuti Elly ke mejanya. Sepatutnya, borang itu diserahkan kepada pihak sumber manusia. Namun, ia terselit pula bersama-sama dokumen yang perlu diserahkan kepada Che Ros. Apa lagi, melenting habislah Che Ros itu apabila melihat borang cuti tersebut. Sememangnya, dia sedang mencari sebab untuk masuk berbicara dengan Tuan Fahreen. Lantas, tanpa membuang masa lagi, dia terus membawa borang tersebut bersama-sama dengan dokumen yang lain, bagi membuat pengaduan rasmi kepada Tuan Fahreen.

Tuan, ini borang cuti terbaru dari Nur Ellyna, kerani bahagian operasi. Nampaknya, dia memohon lanjutan tempoh bercuti dari kita. Hai, melampau sungguh perempuan ini, tuan. Sudahlah kita luluskan saja cuti kecemasannya tempoh hari dan hari ini pula, dia sengaja nak minta tambahan cuti lagi. Perkara begini, tak boleh dibiarkan, tuan. Kita kena ambil tindakan segera. Kalau dia nak kerja, kerjalah betulbetul, kalau tidak, tender saja surat perletakan jawatan. Ramai lagi yang beratur nak bekerja di sini,

adu Che Ros pada Tuan Fahreen.

Habis tu, apa saranan kamu, Che Ros Nak diberhentikankah, budak itu

tanya Tuan Fahreen cuba menduga saranan pembantunya itu.

Kalau dah banyak sangat masalahnya, tuan, kita sack saja sama dia. Biar dia tahu, langit itu tinggi atau rendahnya,

saran Che Ros dengan penuh angkuh.

Kamu tahukah apa masalah dia

soal Tuan Fahreen lagi yang membuatkan Che Ros terkulat-kulat di situ kerana tiada jawapan pasti yang boleh dibuktikan kepada bosnya itu.

Sebagai manusia, kita tak baik selalu buruk sangka pada orang lain. Di mana tumbuhnya sifat keinsanan kita, kalau tidak sesama manusia. Mungkin benar agaknya, budak Nur Ellyna itu ada masalah besar untuk dia selesaikan. Manalah tahu, ada antara ahli keluarganya yang sakit atau memerlukan perhatian darinya. Kita tak boleh serkap jarang tak tentu hala, boleh jadi fitnah, tahu tak Jangan lupa bahawa fitnah itu ibarat memakan daging saudara sendiri.

Che Ros hanya terkulat-kulat mendengar katakata dari mulut Tuan Fahreen. Lain yang diharap, lain pula yang berlaku.

Saya rasa, ini masalah Bahagian Sumber Manusia. Biar mereka sahaja yang uruskan. Sebaikbaiknya, surat ini kamu majukan kepada mereka. Lagi pun, ianya tidak ada kena-mengena dengan kamu. Sebaiknya, kamu selesaikan kerja kamu sendiri dan tidak perlulah kamu sibuk-sibuk dengan kerja orang lain,

ujar Tuan Fahreen. Che Ros terasa terpukul dengan teguran Tuan Fahreen. Niat sebelumnya, yang sengaja mahu memalukan Elly, akhirnya terbantut dengan peringatan yang agak keras dari tuannya itu. Ketegasan Tuan Fahreen terhadapnya sejak akhir-akhir ini, jelas menunjukkan bahawa lelaki itu tidak berkenan dengan sifat Che Ros yang melampau itu.