MAAF, saya lambat. Selamat pagi, sopan Airish menuturkan kata.
Ah! Hari yang sangat indah. Hari ini, adalah hari yang paling ditunggu-tunggu. Wah! Memang hebat. Ruangan rehearsal kini sudah mampat dengan para pelakon dan kru. Semua tempat sudah penuh. Mata Airish tercari-cari kerusi kosong di situ. Setelah menemui satu, dia terus duduk.
Lambat betul you sampai
Aah. Jalan sesak. By the way, saya Ai rish, suara yang pada mulanya ceria berubah suram. Airish tertelan air liurnya sendiri. Kehadiran perempuan di sebelahnya ini begitu menyesakkan dada. Buat apa dia di sini
Nampaknya semuanya dah ada. Kita boleh mula sekarang, ucap Kamal, si pengarah. Memulakan bicaranya sebagai pembuka tirai perkenalan mereka.
Perkenalkan pelakon-pelakon kita. Dimulakan dengan watak utama lelaki, Tengku Airish Shah.
Dipersilakan.
Airish berdiri spontan. Menunjukkan wajah barunya dalam industri. Semua anak mata memfokuskan pada dirinya.
Hai, selamat pagi. Saya Tengku Airish Shah memegang watak sebagai Farid. Harap kita dapat berkerjasama dengan baik nanti.
For your information, Tengku Airish Shah is our new actor in Malaysia since hes currently works at Indonesia Next, terang Kamal sebelum melanjutkan sesi perkenalan antara mereka.
Hai, saya Dhia Anna sebagai Damia. Nice to meet
you all.
Airish mengangkat muka. Tidak percaya dengan apa yang didengarinya tadi. Maknanya Dia akan berlakon bersama Dhia Sebagai pasangan kekasih Gila! Tapi, macam mana Tidakkah, dia seorang model Bagaimanakah pula
Saya Rayhan, sebagai Zack! suara angkuh itu juga menyentakkan tangkai hatinya.
Kepala Airish diangkat lagi, memandang ke arah munculnya suara itu. Hampir rebah dia. Kenapa dia tidak tahu menahu tentang perkara ini Sekarang apa sudah jadi Dia akan berlakon dalam satu drama bersama Dhia dan Rayhan Apa ni
Seorang demi seorang pelakon memperkenalkan diri. Rayhan tersenyum sinis. Wah! Berlakon dengan Airish. Memang menarik drama kali ni! Matanya tajam menikam tepat pada Rayhan. Begitu juga dengan Airish. Jelas di mata Airish, dia bencikan keadaan ini. Sementara itu, Dhia semakin dekat dan semakin dekat. Mencuba merapatkan jurang antara dirinya dengan Airish. Lengan Airish cuba dirangkul dalam diam. Namun, Airish lebih pantas bertindak. Lengannya ditarik dahulu.
Rayhan tergelak kecil. Ketawa yang cuba dikawal daripada dikesan orang sekeliling namun sudah cukup membakar hati Airish. Gigi Rayhan diketap. Seronok dapat bertembung dengan kau, kawan lama!
AFIQA berjalan dengan megah memasuki ruangan pintu masuk bangunan HM studio itu. Tatkala, kakinya mencecah masuk, seorang perempuan lebih kurang sebaya dengannya menyapa.
Puan, cari siapa
Afiqa menghadiahkan senyuman kecil sebagai tanda hormat dan salam perkenalan.
Saya datang untuk jumpa suami saya. ramah Afiqa membalasnya. Tengku Airish Shah.
Oh, maafkan saya.
Boleh saya jumpa dia
It supposed to be a rehearsal for our upcoming drama at this time. But, you may have a seat first.
Terima kasih. Rehearsal tu kat mana ye
Tingkat empat.
Afiqa mengangguk dan tersenyum. Tubuhnya mula dibenamkan ke dalam lif. Di situ, Afiqa tersengih sendiri. Hatinya seperti gila sahaja. Melonjak-lonjak gembira apabila lelaki itu mengajaknya untuk makan di luar tengah hari ini. Peristiwa pagi tadi menyentakkan dirinya. Tidak percaya apabila mereka berdua tertidur di atas sofa dengan jarak yang begitu dekat sekali.
Bunyi lif yang menandakan dirinya sudah menjejaki aras empat menyedarkan Afiqa. Pintu lif sudah terbuka luas. Afiqa tanpa berlengah lagi mencari di mana letaknya bilik tempat rehearsal dijalankan. Matanya tertacap pada tubuh tegap seseorang. Bibirnya terukir dengan senyuman dengan sendirinya.
Segera, Afiqa melangkah mendekati Airish tapi, sesaat langkahnya terhenti. Disangkanya Airish hanya berdiri di situ seorang diri, tapi tubuh lelaki yang bersandar pada dinding itu benar-benar mengejutkan Afiqa.
Sayang spontan terpacul panggilan dari bibir Afiqa.
Rayhan dan Airish serentak berpandangan ke arah gadis itu.
Oh, cik badut!
Sedikit sebanyak hati Afiqa terguris juga mendengar ayat itu. Badut
Kenapa sayang datang sini lekas Airish menyambut.
Huh! Berbulu telinga aku dengar. Jangan kau ingat aku tak kenal kau siapa! Aku bukan wartawan yang kau boleh goreng!
Kau dah kenapa Kau tak percaya cinta itu wujud lepas nikah
Wah! Memang bergaya betul kedua-dua lelaki ini. Meskipun bertikam lidah, tapi tenang saja. Aduh, Nora Afiqa! Boleh pulak ke lain fikirnya.
Mungkin. Tapi, kalau perempuan itu Fiqa aku rasa tak mungkin. Kan, sayang sahut Rayhan sambil menikam pandangan Afiqa.
Afiqa berdehem seketika. Bibirnya tersenyum sinis pada Rayhan. Lengan Airish dirangkul erat. Terkejut Airish jadinya.
Dah habis rehearsal
Airish mengangguk sahaja. Wah! Comel betul muka Airish apabila dalam wajah yang blur begitu!
Jom, ayang! Kita pergi makan.
Berubah muka Rayhan. Langkah seiring Afiqa dan Airish yang meninggalkannya dipandang dengan penuh perasaan benci. Perasaan bencinya semakin membuakbuak pula tatkala melihat tangan Airish yang melingkari pinggang Afiqa. Tangannya digenggam kemas. Dikepal penumbuknya sekuat mungkin. Rahangnya jelas naik dari atas bawah.
Menjengkelkan betul! sapa perempuan yang datang ke arahnya sambil berpeluk tubuh.
Saya pun! Rayhan terkejut. Tidak sedar yang bibirnya spontan mengungkapkan kata. Lantas, matanya menjeling ke sebelah kanan.
I have a plan!
Rayhan memandang tidak berkelip. Pelik dengan reaksi perempuan ini. Tapi, dia suka tentang perkara ini. Semakin ramai yang mencemburui Airish, semakin mudah kerjanya nanti. Lambat-lambat kepalanya diangguk. Menerima akan cadangan itu.
AWAK memang tak pandai nak pegang pinggang orang ke Macam nak patah pinggang saya awak pegang. omel Afiqa marah. Mana tidaknya erat sungguh dia duk peluk pinggang aku sampai aku yang berjalan pun macam rasa jalan senget sebelah.
Tak! Aku takkan sentuh perempuan lain selain kau.
Afiqa terkejut. Jus tembikai yang disedutnya terhenti. Hah, betul ke
Mestilah tak!
Cemberut muka Afiqa apabila dirinya ditipu hiduphidup. Kenapalah dia bodoh sangat Dah terang-terang dulu lelaki itu pernah cakap yang dia pernah bercinta. Tapi, tak semestinya bercinta mesti pegang pinggang, kan Afiqa terdiam. Ah, mungkin Airish tidak tergolong dalam golongan itu barangkali!
Kenapa Rayhan ada kat sana
Airish hanya menayangkan muka selambanya sahaja. Malas menjawab. Nasi kandar disuapnya ke dalam mulut. Melayan nasi kandar ini lebih bagus. Afiqa mencebik.
Kau rasa
Dia berlakon satu drama dengan awak ke
Hmm..., jawab Airish malas.
Melebar senyuman Afiqa. Wah, dah boleh jadi ahli nujum kau, Fiqa! Airish memandang geram. Sakit hati melihat wajah ceria perempuan itu.
Bella tak balik lagi
Entah. Sepatutnya dah balik. Tapi, tak ada pun. Tak apalah, saya dah bagi kunci pendua pada dia. Bila mula shooting
Minggu depan.
Main actress
Dhia Anna!
What
SEHARI suntuk Afiqa hanya memerap seorang diri di rumah yang besar gedabak ini. Terasa diri macam puteri fairy tales yang dikurung dalam menara pula. Bella Entah di mana adik iparnya itu. Katanya nalik hari ini, tapi batang hidung masih juga tak nampak. Nak telefon Katrina Huh! Sekarang kembarnya itu tengah sibuk menguruskan perniagaan mamanya.
Airish Afiqa berfikir sejenak. Baru dia perasan yang seharian dia tidak mendengar suara lunak lelaki itu. Tombol pintu dipulas. Kelihatan lelaki itu khusyuk benar menelaah skrip. Afiqa tanpa berlengah menapak turun.
Langkah yang ingin dituju mendekati Airish dibatalkan dahulu, sebaliknya dia ke dapur. Selesai urusannya di dapur, dia naik semula ke bilik. Tubuh Airish dijeling.
Awak, Afiqa memanggil perlahan.
Mahu Airish menyedari akan keberadaannya di situ. Malangnya, lelaki itu sangat beku.
Awak! sekali lagi, Afiqa memanggil. Lebih kuat daripada yang pertama.
Kau nak apa
Akhirnya. Fuh! Lega! Ingatkan dah hilang suara dia. Afiqa tersenyum sambil melontar soalan, Awak nak makan
Tak nak, mendatar sahaja suara itu.
Afiqa mencebik. Air kopi panas dibancuh untuk Airish manakala dirinya hanya teh o nipis sahaja. Tatkala dirinya mahu menyuakan kopi panas itu kepada Airish, matanya tertacap pada gelas yang sudah berada di atas meja kopi itu.
Buat penat aje. Cakaplah awal-awal dah buat air. Tak adalah orang penat bancuh air ni semua, omel Afiqa tidak berpuas hati.
Dah kau tak tanya dulu. Main redah aje.
Habis Awak nak tak ni
Tak naklah. Naik kembung perut aku.
Tak kira! Minum jugak.
Aku minumlah nanti. Panas sangat air yang kau bancuh tu, ujar Airish senada.
Suasana antara mereka bisu seketika.
Fiqa...
Yup! jawab Afiqa pantas.
Airish seperti teragak-agak sahaja mahu berbicara.
Cuba kau bayangkan, kalau aku tak bagi apa yang sepatutnya kau dapat sebagai isteri... apa yang kau rasa akhirnya soalan itu terpacul jua dari mulut Airish.
Afiqa yang mendengarnya meninggikan keningnya sebelum menyoal bingung, Maksud awak
Macam kalau suami kau tak berikan kau hak yang sepatutnya kau dapat. Contohnya nafkah. Apa yang kau rasa
Afiqa menelan air liurnya, Nafkah yang mana satu
Apa maksud kau
Yelah, zahir ke batin
Airish tergelak. Afiqa menjeling tajam pada Airish. Orang serius bagai nak mati, dia boleh gelak pulak. Aishh. Memang tak patut nak layan perangai si gila ni.
Apa-apalah. Jawablah soalan aku.
Kalau saya, mungkinlah agak terasa. Tapi, nak buat macam mana kalau dapat suami berhati batu dan tak bertanggungjawab.
Kau perli aku ke
Afiqa tersengih. Tak. Manaada. Awak bertanggungjawab apa. Cuma hati bekulah sikit.
Apa!
Tak ada apa-apa pun. Gurau aje.
Jadi, kalau kau marahlah
Afiqa merenung Airish pelik. Kenapa dengan suaminya ni
Mana-mana perempuan pun patut rasa marah. Sebab mereka patut menerimanya. Itukan sebahagian dari tanggungjawab suami untuk jaga isteri mereka. Dan isteri pun tak patut ingkar cakap suami. Kalau suami terasa hati dengan perbuatan isteri, memang tak cium bau syurgalah melainkan dia minta maaf dulu daripada suami.
Habis, kenapa kau perlu bataskan aurat kau dengan aku Akukan suami kau.
Afiqa kaget. Soalan terjahan Airish yang dirasakan tiba-tiba itu begitu mengejutkannya.
Awak... awak terasa ke
Kalau aku cakap ya, macam mana
Afiqa kaku. Pantas, air teh o nipis dihirup. Kenapa perlu Airish bertanya kepadanya tentang perkara itu Hirupannya belum lagi terhenti. Sengaja dia mengambil masa untuk menghirup teh itu. Sesekali, matanya menjeling Airish. Ah! Lelaki itu masih memandangnya. Tidak berkelip Airish memandangnya membuatkan Afiqa dilanda kegugupan sedikit.
Manalah tahu, kau ada benda nak sorokkan daripada aku.
Sorok Sorok apa
Manalah tahu kau ni.
Saya apa tanya Afiqa kurang sabar.
Botak!
Membulat besar mata Afiqa tatkala mendengarnya. Botak
Hello! Saya tak botaklah!
Bunyi kereta masuk menghentikan pergaduhan suami isteri yang tak habis-habis tu.
Siapa tu soal Afiqa seraya menapak ke arah luar.
Kak long! terjah Bella di muka pintu. Tersentak Afiqa dibuatnya.
SILENCER
Bella ni... terkejut kak long!
Rindukan Bella tak ceria suara Bella memecah segala kesunyian. Tangannya didepakan luas pada Afiqa.
Baru sehari pergi, dah mengemis mintak orang rindu dia. Tak malu! sergah Airish yang menapak ke arah kedua-dua wanita yang sudah berpelukan itu.
Ini dia beg puan.
Terima kasih, ucap Bella sopan.
Afiqa dan Airish saling berpandangan. Siapa lelaki muda ini.
Banyaknya beg! Ni berapa lama ni nak stay sini Kalau macam ni nampak gaya lebih sehari ni, Airish berloya buruk. Adik, siapa lelaki ni
Pengawal peribadi merangkap pemandu kita. Suka tak
Hah! Dah kenapa pulak
Entah. Papa yang hadiahkan pada Bella.
Papa
Bella mengangguk sahaja sebelum menyambung, Papa cakap sebagai hadiah sebab Bella akan kerja kat Malaysia nanti.
Maknanya, semua beg ni Afiqa sudah mahu pengsan. Dia mula memahami segalanya.
Yup! Bella akan tinggal di sini.
Berapa lama tanya Airish sambil bercekak pinggang. Cuba mencongak dengan memandang segala isi di dalam bagasi adiknya.
Selama-lamanyalah! Tak faham lagi ke along ni
Badan Airish mengeras, tidak bergerak. Nafasnya rasa seperti tersekat-sekat pula.
Mana beg satu lagi Rasanya Bella bawak tiga, bicara Bella sendirian.
Airish dan Afiqa masing-masing sedang menghitung hari-hari mereka hidup di rumah ini dengan wujudnya kehadiran Bella di sini. Parah! Memang parah.
Habislah!