Aku suka suasana malam tu. Lebih-lebih lagi suasana aras lapan Lot 10 yang diubah suai menjadi sebuah taman. Indah dan nyaman. Ditambah lagi dengan lampu-lampu kecil yang dipancar dari bawah pokok untuk menyerlahkan lagi keserian taman tu. Memang menarik perhatian aku. Dengan kesibukan Bukit Bintang, mana nak dapat taman macam tu. Aku sendiri pun tak tahu kalau-kalau ada taman macam ni dekat segi tiga Kuala Lumpur ni.
Sori lambat. Tadi ada hal dekat kolej. Gerak pun dah dekat 8.30 Aku
Takpe. Show pun start lambat lagi. Ada masalah teknikal sikit Atie
Lah, yeka Nasib baik. Kalau tak dah terlepas babak awal SeNaPas ni Aku
Show takkan start selagi awak tak datang. Nah tiket awak Atie
Aku tersenyum. Senang hati aku mendengarnya. Begitulah sifat Atie. Selalu cuba membuat orang lain gembira, walhal kisah hatinya, hanya dia seorang yang tahu.
Kebelakangan ni aku dengan Atie menjadi lebih rapat. Sejak aku mula minat dalam bidang teater ni.Maksud aku di sini, aku minat untuk menonton teater, bukan nak berlakon atau menerbitkan atau nak mengarah teater. Aku belum layak lagi rasanya. Entahlah, aku lebih selesa menonton teater berbanding nak buat-buat kerja produksi, buat masa ni lah. Sebenarnya malam ni hanya preview. Dengan esoknya aku ada paper. Tapi aku tetap pergi support jugak teater ni. Sebab aku kenal ramai tenaga produksi untuk SeNaPas ni. Diorang tak tahulah kenal aku tak. Kitorang pernah berkolaborasi untuk teater Babak Terakhir. Ha, yang tu aku jadi tenaga produksi. Tapi biarlah, bukan tu yang aku nak cerita.
Lagipun, tiket malam ni murah. RM13.00. Kalau hari biasa RM20.00. Berharga tau RM7.00 tu bagi aku. Lagi-lagi untuk seorang student macam aku yang duduk di Kota Kejam ni. Aku lebih tenang duduk menghadap teater ni berbanding duduk dekat bilik menghadap buku walhal itu yang sepatutnya. Ha, itulah tandanya yang manusia ni takkan penat melakukan perkara yang dia suka. Maksud aku, aku lebih selesa tengok teater ni berbanding menghadap buku dekat bilik.
Yela, siapa je yang suka belajar Kalau ada sepuluh orang dekat sini, aku pasti hampir kesemuanya bersependapat dengan aku. Dari kecil kita dah dididik. Belajar rajin-rajin. Nanti pandai masuk U. Dapat kerja elok. Gaji pun besar, hidup senang. Tapi kenapa bukan, belajar pandai-pandai. Nanti dapat ilmu. Menuntut ilmu tu satu jihad yang besar. Mungkin pada mereka, orang yang tak pandai ni, tak boleh berjaya kot. Orang yang tak masuk U ni, tak boleh hidup senang dan orang yang tak bergaji besar ni tak boleh bahagia.
Seat aku C 4. Bila dah masuk studio tu, kami disapa dengan dengan dendangan lagu medley. Aku tak pasti tajuk lagu tu tapi yang aku salute, mamat tu boleh akustik life dengan suara yang mantop. Aku yang lelaki pun boleh cair. Kalau sesiapa yang ada dekat situ tapi tak cair, aku rasa hati korang penuh dengan besi. Dua orang pelakon utama pun ada atas pentas. Bermonolog sama sendiri. Apa yang aku boleh cakap, aku suka suasana dewan tu. Pentas pun ok jugak. Props tak banyak. Cuma ada lebih kurang sepuluh kerusi putih, pakaian-pakaian dalam yang bergantungan dan beberapa helai lagi yang sengaja disepahkan di atas lantai. Oh ya, ada jugak buku-buku yang diletakkan di bawah kerusi. Lupa langsung aku pada CapitalM. Aku pun tengok handset sandal pintu aku. Ada mesej. Aku buka.
CapitalM : Pa..
Aku tak balas. Aku takut mengganggu penonton lain. Yela, handset murah ni tahu-tahu jela. Lampu dia boleh buat satu dewan terang. Aku tengok bro sebelah kanan aku dah usha-usha panas. Tahulah aku maksud dia. Aku dah kacau feel dia. Sorry ma, nanti pa mesej k. detik aku dalam hati.
Aku sambung feel show tadi. Sebenarnya tema teater ni ialah berkesedudukan. Dan diorang sendiri tak tahu mengapa diorang berkesedudukan walhal dah jelas benda tu salah dan haram. Syed Razak, merupakan seorang pelajar kepada seorang guru matematik, Cikgu Kamariah. Mereka datang daripada latar belakang keluarga yang berbeza. Syed Razak datang dari keluarga yang amat mementingkan nilai-nilai seperti kasih, sayang, cinta dan keiklasan dalam setiap perlakuan. Cikgu Kamariah ni pula sering dibebani tanggungjawab keluarga hanya kerana dia anak sulung dalam keluarga. Bebanan demi bebanan yang dia tanggung menyebabkan dia langsung dahagakan cinta, kasih dan sayang dari seorang lelaki.
Cinta itu buta, walaupun beza umur mereka sebelas tahun, itu tidak menghalang mereka dari terus untuk menjalinkan hubungan. Saling melengkapi, Syed Razak yang sudah biasa dilimpahi dengan cinta, kasih dan sayang sanggup berkongsi cintanya dengan sesiapa sahaja kerana padanya, bercinta itu ibarat berkongsi nafas. Detak jantung dan nadi seiring dan sentiasa bersama.
Begitu juga, dengan Cikgu Kamariah. Dia yang tidak pernah merasa apa itu cinta, kasih dan sayang dari seorang lelaki tidak menoleh lagi untuk menerima lemparan cinta Syed Nasir. Semuanya nampak bahagia sampailah Syed Razak berhasrat untuk meluahkan perkara sebenar kepada keluarga masing-masing. Seperti diduga, sisi pandangan mereka terhadap cinta suci ini telah disalah anggap. Saling tuduh-menuduh. Dia muda lagi, dia tak layak memimpin keluarga. Dia terlalu tua, nanti apa orang cakap. Dia muda lagi, macam mana dia nak tanggung kamu. Dia terlalu tua, apakah dia mampu bahagiakan kamu
Cinta terhalang. Niat baik, cuma nak menghalalkan apa yang haram. Tapi bila dah jadi macam ni, apakah penyelesaiannya Berkesedudukan. Jalan penyelesaian yang mereka ambil. Mereka tidak boleh berpisah kerana hati mereka telah senafas dalam masa yang sama mereka tidak boleh bersama kerana darjat keluarga. Klimaks teater ni bila Syed Razak dapat tahu yang Cikgu Kamariah hamil. Kalut. Tiada jalan penyelesaian yang mampu menyelesaikan. Sehingga lahirnya bayi tersebut. Endingnya aku tak berapa feeling dan aku pun dah lupa macam mana. Masa sesi soal jawab, ada penerangan sikit dari pengarah, Wan dan penerbit eksekutif, Faisal Mustaffa. Layan jela sampai bro sebelah kanan aku tadi bersuara. Nama dia Aloy. Aku detect something good
Dalam teater ni, aku tengok kau banyak play safe. Sebab aku selalu tengok hasil kerja kau dan ada lagi karya kau yang lagi dahsyat. Kiranya yang ni kau tak tunjuk lagi bakat sebenar kau Aloy
Lepas tu adalah beberapa lagi soalan dari press dan penonton yang ada. Aku tak amik port dah. Sebab otak aku sibuk fikir tentang Aloy ni. Bila dah habis semua, aku beranikan diri untuk tegur dia
Bro, Aloy Aku
Ha, ye Aloy
Buku Nakal Aku
Eh, tak bawaklah Aloy
Eh bukan-bukan. Saya bukan nak beli. Saya dah beli dah buku tu Aku
Oh beli dekat mana Aloy
Pesta buku hari tu. Terkejutlah, sebab saya baca karya bro, kenal nama, tapi tak kenal rupa. Rupa-rupanya duduk sebelah je tengok teater tadi Aku
Terima kasih banyaklah sebab beli Aloy
Sama-sama bro
Aku bersalaman dengan dia. Dunia ni kecik je. Hari ni aku baca karya dia, esok aku jumpa terus penulisnya. Depan-depan. Dan tak sangka aku dipertemukan dengan cara macam ni. Pada orang lain, situasi ni mungkin biasa-biasa je. Tapi pada aku, ia cukup bermakna. Aku tak tunggu lama. Memandangkan esok ada paper, aku kena gerak balik. Lepas say bye to Atie dan semua krew produksi, aku gerak balik. Dalam perjalanan, aku mesej CapitalM
Aku : Ma, pa dah otw balik ni.
CapitalM : Hm ok.
Aku : Ma bt apa ni Dh solat
CapitalM : Dah. Tengah tengok 3 Temujanji.
Aku : Oh, hm untunglah orang tu takde exam esok.
CapitalM : Hee, pa study ea.
Aku : Nak study mcm mana syg, pa atas motor ni.
CapitalM : Haa, yela-yela.
Aku : Nanti pa dh sampai, pa mesej k. Love u ma.
CapitalM : Love you too
Aku menikmati pemandangan KL di waktu malam. Kota yang tak pernah tidur. Dekat kampung aku, pukul 9.00 malam tu dah dikira lewat. Kalau pergi pekan pun, pam minyak je yang bukak lagi. Dan aku sampai kolej lebih kurang jam 10.50 malam.
Sampai bilik aku online jap. Amik feel sebelum nak study. Bukak twitter, aku mention alloy.
aku baca karya dia. aku kenal nama dia. tapi aku tak kenal rupa dia. tapi sepanjang dua jam, dia duduk sebelah aku. @aloyparadoks #SeNaPas
Dah puas baca timeline yang entah apa-apa, update hashtag #SeNaPas, aku capai nota. Aku cuba baca tapi tak masuk. Aku mesej CapitalM tapi