CINTA SEJATI SEORANG PLAYBOY - 21
WALAUPUN majlis resepsi sebelah keluarga Adwan akan diadakan dua minggu lagi,

Adwan sudah mengajak Qaireen untuk bertolak awal dari rumah mak long. Dia ingin membawa Qaireen pergi bercuti. Katanya sebagai hadiah perkahwinan dari dia untuk Qaireen. Pra bulan madu buat mereka berdua.

Awak, Mama tak marah ke Qaireen yang baru melabuhkan duduk di sebelah penumpang mengiringkan badannya menghadap Adwan. Merenung Adwan yang mula memandu keluar dari halaman rumah mak long.

Saya dah beritahu kat Mama. Janganlah risau sangat, sayang. Tanpa memandang Qaireen Adwan menarik tangan kanan si isteri. Jemari si isteri digenggam kemas. Dia tahu Qaireen risau.

Bila masa awak booking hotel semua ni Kenapa saya tak tahu apa-apa Tanya Qaireen lagi.

Iyalah setahu dia sepanjang di rumah mak long, Adwan ada aje di sisi dia. Tak berenggang langsung. Sampai adik-adiknya mengusik pun Adwan buat muka selamba badak dia aje. Tak lut dengan usikan tu semua.

Malam tadi. Awak dah tidur masa tu. Saya google tempat-tempat yang boleh buat short getaway. Adwan menoleh sekilas. Tersenyum kacak memandang wajah Qaireen yang nampak semakin manis dek pancaran cahaya matahari pagi.

Risaulah. Tadi mak long dah bising. Dia kata kita ni berdarah manis. Tak elok jalan jauh-jauh. Takut jadi apa-apa. Qaireen mula meluahkan apa yang dia rasa.

Kata-kata mak longnya itu ada benarnya. Lagipun majlis sebelah keluarga Adwan belum dibuat. Risau dia kalau sesuatu terjadi kepada mereka berdua di dalam perjalanan yang tidak ditemani siapa-siapa ini.

Pak long okey aje tadi. Insya-Allah, sayang. Tak ada apa-apalah. Kita pergi Desaru aje pun. Lainlah kalau kita ke Paris. Kalau yang itu bolehlah nak risau sebab penerbangan makan masa lebih 10 jam, semakin kuat genggaman tangan Adwan pada jemari Qaireen.

Dia tahu apa yang si isteri rasa. Mengenali Qaireen memang isteri dia ini tidak ambil mudah dalam sesuatu perkara. Sentiasa meletakkan kebimbangan di carta paling atas.

Entah kenapa Qaireen rasa dadanya berdebardebar. Risau tak tentu pasal. Genggaman tangan Adwan gagal mengurangkan darjah kerisauan dia. Lebih membimbangkan dia, bila berjauhan dari keluarga pastinya Adwan semakin nakal dan semakin galak mengusik dia. Dia tersenyum sendiri.

Apa senyum-senyum ni, sayang Tak sabar ya Kening Adwan menari-nari. Ekor matanya menangkap jelas perlakuan Qaireen.

Hesy, mana ada! Wajah Qaireen berubah riak. Rona merah mula melatari wajahnya. Tengok tu perjalanan belum pun jauh, tapi Adwan dah mula mengusik. Tepat sekali jangkaan dia.

Dont worry. Ill treat you softly and nicely. Adwan menoleh sekilas sambil kenyit mata.

Awakkk Qaireen rungkaikan pegangan tangan mereka. Hailaaa, encik suami. Semakin menjadi-jadi pula awak mengusik saya. Adwan ketawa.

LEBIH kurang dua jam perjalanan, sampai juga mereka ke destinasi. Adwan memilih untuk mereka menginap di Lotus Desaru Beach Resort. Dia meletakkan kereta BMW miliknya berdekatan dengan pintu masuk resort.

Jom. Adwan kucup pipi Qaireen sekilas sebelum mengambil beg sandang yang diletakkan di tempat duduk belakang.

Qaireen hanya mampu menampar manja pipi Adwan. Tak sempat nak menghalang. Dia malu. Nampak ada beberapa orang yang sedang memerhati ke arah mereka.

Dia orang tu cemburulah tu, selamba sahaja Adwan bercakap bila dia nampak mata Qaireen sibuk memerhati pengunjung yang lain.

Banyaklah, awak. Qaireen menggeleng.

Mereka berdua melangkah masuk ke ruang lobi resort. Qaireen hanya membiarkan Adwan menguruskan pendaftaran bilik mereka. Dia melangkah ke pintu yang menghubungkan kolam renang resort tersebut. Melihat pengunjung yang sedang bermandi-manda hingga tak sedar Adwan sudah berdiri di sisinya.

Kita masuk bilik dulu. Adwan berbisik. Meraih jemari Qaireen untuk beredar dari situ.

Qaireen mengurut dada. Terkejut mendengar bisikan Adwan. Nasib tak melatah aje.

Awak okey Tanya Adwan sambil mereka berjalan menuju ke bilik penginapan.

Dia perasan Qaireen lebih banyak berdiam dari berbual dengannya. Qaireen masih risau lagikah Sampai di bilik nanti dia akan hubungi Mamanya. Minta Mamanya bercakap dengan Qaireen. Mungkin dengan cara itu Qaireen akan berubah ceria semula.

Okey. Qaireen tersenyum. Genggamannya diperkemaskan. Tidak mahu Adwan risau.

Adwan membalas. Namun dalam hati masih penuh dengan tanda tanya. Qaireen tidak suka ke dengan apa yang dia buat sekarang Dadanya berdebar-debar tiba-tiba. Tidak tahu kenapa. Dia beristighfar dalam hati. Minta mereka berdua dijauhkan dari sebarang malapetaka.

Dah sampai pun, pintu bilik apartmen yang disewanya dibuka.

Cantik. Qaireen masuk dulu. Dia berjalan ke balkoni. Memandang Laut China Selatan yang terbentang luas di depan mata.

Adwan tersenyum. Beg sandang dicampak sahaja di sisi katil. Dia berjalan mendekati Qaireen.

Cantikkan. Lega hati saya bila awak suka, dia memeluk Qaireen dari belakang. Erat. Dagunya direhatkan pada bahu Qaireen. Bersama-sama menikmati keindahan ciptaan Tuhan.

Nanti kita jalan-jalan dekat tepi pantai. Dah lama rasanya saya tak pergi bercuti, sebelah tangan Qaireen menepuk manja pipi Adwan.

Memang betul sudah lama dia tidak bercuti merehatkan minda. Rasanya kali terakhir pergi tepi laut semasa dia masih lagi bergelar seorang pelajar.

Petang nanti, ya sayang Sekarang awak ada tugas lain. Adwan berbisik lembut.

Awalnya dia ingin membawa Qaireen ke tepi pantai sekarang tetapi bau yang terbit dari tubuh Qaireen membuat dia terbuai-buai. Nafasnya mula berubah rentak. Menjadi berat. Perlahan-lahan tubuh Qaireen dibalikkan selepas puas bibirnya mengucup belakang si isteri.

Boleh Adwan bertanya lembut.

Pipi Qaireen diusap penuh kasih. Memandang wajah Qaireen sudah cukup membuat dia teruja. Apatah lagi kalau si isteri sudi berkongsi rasa. Kini tidur dan bangunnya ada isteri yang menemani. Isteri yang dicintainya sepenuh hati.

Qaireen gigit bibir. Jika ini boleh membahagiakan hati lelaki yang dia nikahi, dia akur. Selama mana lagi dia mahu mengelak. Dia tidak mahu dilaknati Allah. Malah dia akan mendapat pahala jika menurut. Mereka sudah halal. Tidak perlu dia gusar dengan kasih sayang lelaki di depan dia ini.

Dia mengangguk.

Tidak tunggu lama, Adwan pantas mencempung tubuh Qaireen masuk ke dalam.

TERASA ada tangan yang menggosok lembut belakangnya, Qaireen buka matanya. Spontan wajahnya disembamkam pada bantal. Malu bila Adwan ralit merenung dia tajam. Pandangan yang selalu membuat jantung dia berubah rentak.

Terima kasih. Adwan tersenyum. Rambut Qaireen dielus lembut.

Qaireen menoleh ke sisi. Posisi tubuhnya yang meniarap dibalikkan. Perlahan-lahan dia menyingkap comforter yang membalut tubuh nak turun dari katil.

Nak pergi mana, sayang Adwan menarik tangan Qaireen sebelum sempat Qaireen bergerak hingga tubuh si isteri rebah semula ke katil. Kakinya bersilang pada tubuh Qaireen yang berbungkus.

Mandi. Solat. Qaireen berusaha melepaskan dirinya. Kenapalah bukan dia yang tersedar dulu tadi. Kalau tidak tak perlulah bersusah-payah macam sekarang ini.

Mandi sama Adwan masih memeluk Qaireen.

Tak naklah. Nanti lambat. Qaireen menggeleng. Pleaseee. Adwan merayu.

Errrjanji dulu Qaireen pandang muka Adwan.

Hurmmm

Jangan nakal-nakal. Tak nak ada aktiviti lain selain dari mandi sahaja

Okey.

Serious Qaireen memandang senget. Macam tak boleh percaya aje melihatkan riak muka Adwan.

Serious. Saya pun penat juga. Malam ni boleh ulang semula aktiviti tadi. Lagipun kita nak berjalan tepi pantai sekejap lagi. Adwan kenyit mata bersama senyuman gatal.

Gatal! Satu cubitan dihadiahkan pada lengan Adwan selepas Qaireen berusaha mengeluarkan tangannya dari bawah comforter.

Saya gatal dengan awak aje, sayang. Adwan mengucup lembut dahi Qaireen. Ciumannya tidak terhenti di situ saja. Beralih ke pipi, hidung dan akhir sekali bibir Qaireen.

Now, awak! Karang terbabas lagi ni, gesa Qaireen sebaik sahaja Adwan melepaskan bibir dia.

Adwan tergelak. Pelukan pada tubuh Qaireen dirungkaikan. Dia bingkas turun dari katil. Tubuh Qaireen diangkat dari perbaringan. Comforter yang membaluti tubuh si isteri dilepaskan.

Arghhh! Qaireen menjerit kuat bila Adwan mencempung tubuhnya masuk ke dalam bilik air. Tak sempat nak tutup apa yang patut. Teruk betul encik suami ni.

Selesai menunaikan solat, Qaireen memujuk Adwan untuk turun ke tepi pantai. Dia dah tak sabar nak memijak pasir pantai. Lagipun cuaca sudah pun redup. Tidak panas terik seperti ketika mereka mula tiba tadi.

Apa saya dapat kalau saya setuju Adwan tayang wajah serius.

Aaa dapat saya Tanpa fikir panjang Qaireen memberikan jawapan polos.

Okey, terus Adwan bersiap. Bibirnya mengukir senyuman senang dengan jawapan Qaireen.

Mereka berjalan berpimpin tangan sambil bergurau senda. Alhamdulillah cuaca yang redup seolah-olah memahami perasaan pengantin baru ini. Indahnya.

Ramai juga orang, kan. Ingatkan cuti sekolah aje baru penuh dekat sini. Qaireen memerhati pengunjung resort yang mula memenuhi kawasan pantai.

Mereka juga seperti dia dan Adwan. Tak perlu tunggu hingga lewat petang baru nak jejak kaki ke sini. Mungkin faktor cuaca yang redup.

Sekarang dah tak kira masa, sayang. Ada peluang untuk bercuti, baik berjalan. Nak tunggu ada masa, entah tak tahu bila. Adwan turut memandang orang ramai yang ada di sekeliling mereka.

Kita berjalan ke sana sikit boleh tak Qaireen menuding jari ke arah laut.

Tak takut basah Usik Adwan.

I love water. Qaireen tersenyum.

I know. Tadi pun dah tahu. Adwan ketawa.

Awakkk Qaireen memukul lengan Adwan.

Manja. Memang tadi semasa mereka mandi bersamasama dia yang melebih-lebih. Siap paksa Adwan berendam dalam bath tab. Nasib Adwan tak kisah. Layan aje perangai mengada-ngada dia.

Dah, dah. Jom. Adwan menarik Qaireen masuk ke dalam air.

Mereka berbalas-balas memercik air antara satu sama lain. Berlari-lari anak di dalam air sehingga tidak sedar mereka sudah agak jauh ke tengah.

Qaireen melihat-lihat ke dasar laut. Matanya tertancap sesuatu. Kulit kerang. Dia bertinggung. Cuba mencapai kulit kerang itu. Semakin dia mencuba semakin kulit kerang itu tenggelam ke dalam beting pasir.

Entah di mana silapnya dia terduduk. Pada masa yang sama air laut mulai deras berombak. Dia cuba untuk berdiri semula tetapi dirasakan seperti badannya semakin ditarik ke tengah lautan mengikut arus air laut. Tergapai-gapai tangannya melambai Adwan.

Dia berusaha untuk timbul, tapi seperti ada sesuatu yang menarik kakinya. Dia cuba pula untuk menahan nafas di dalam air. Ya Allah, selamatkan aku, bisiknya.

Allah itu maha penyayang. Mendengar doa hambaNya. Qaireen terasa tubuhnya seperti melanggar sesuatu. Laju sahaja dia menggapai. Matanya cuba dibuka luas-luas tetapi dirasakan pandangannya semakin lama semakin kabur. Lama kelamaan sekelilingnya menjadi gelap.

Qaireen!!! Adwan menjerit. Tolong!!! Dia melaung ke arah pantai meminta bantuan.

Kelam-kabut dia menyelam mencari kelibat Qaireen. Dia naik ke permukaan, menarik nafas dan menyelam semula. Ketika itu dia perasan ada dalam dua tiga orang pengunjung lelaki yang berenang ke arah dia.

Nada Qaireen Adwan sudah tidak nampak kelibat si isteri. Dia menyelam lagi. Mahu mencari Qaireen sampai dapat. Namun usahanya terbantut bila dia rasakan kaki kirinya seakan-akan kejang dan air pasang yang kuat membadai menggagalkan usaha dia.

Ya Allah! Pandangannya juga kabur. Dia hanya mendengar suara orang menjerit tarik. Itulah perkataan terakhir yang dia dengar.