EPILOG KITA - 21
HANI duduk betul-betul di hadapan bajunya yang berlipat. Sebelah tangannya menggenggam beg baju di sisinya. Namun tiada pergerakan dari tubuhnya. Fikirannya melayang. Melayang memikirkan mulutnya yang bercakap lepas tanpa berfikir.

Patutkah aku pergi sekarang Soalnya sendiri. Resah wajahnya, lebih resah jiwanya. Perlahan-lahan baju-bajunya ditarik dan dimasukkan ke dalam beg bajunya. Dia tak pasti sama ada Ryan akan lepaskan dia atau tidak, tapi dia dah tak nak tinggal di situ! Dia tak nak tengok muka lelaki yang anggap dia seperti hamba.Perkataan yang keluar dari mulut Ryan tadi benar-benar buat hatinya sakit!

Saat dia berfikir dengan tangan galak mengemaskan barang-barangnya, kedengaran pintu terbuka. Laju kepalanya didonggakkan.

Ryan

Kau tengah buat apa! tanya Ryan kasar.

Besar biji mata Ryan melihat beg baju yang sudah terisi semua barang milik Hani.

Saya nak keluar dari sini. balas Hani tekad.

Benarkah dia ingin keluar Ya! Dia ingin pergi walaupun sebahagian hatinya seakan tak rela dia meninggalkan Ryan. Tapi, lambat-laun dia akan pergi juga. Jadi apa bezanya pergi sekarang dengan pergi nanti

Ada kau dengar aku suruh kau pergi ke

Hani berdiri saat suara ego itu menusuk telinganya, membuatkan dia teringat setiap perkataan Ryan di hadapan Datuk Fatimah nanti.

Saya tak perlu tunggu awak suruh saya pergi. Saya nak balik rumah saya sekarang. Saya nak kembali pada kehidupan lama saya, sekarang!

Kau fikir aku akan benarkan

Hani menggeleng! Ryan memang tak kan berubah! Tetap ego dijunjung atas kepala!

Awak janji yang awak akan kembalikan hidup saya lepas awak puas tengok nenek awak menderita. Sekarang awak nak halang saya kenapa Awak jangan kata awak tak puas hati tengok nenek awak menderita. Awak tahu, kanser dia dah tak ada ubat. Nenek awak akan menderita macam awak nak sampai akhir hayat dia. Tak kan awak tak puas lagi Awak nak suruh saya sakitkan hati dia lagi! Hani mula menangih janji.

Kalau Ryan jawab ya, memang Ryan kejam! Tak kan dia masih nak menyakiti orang yang hanya menghitung hari untuk menemui Penciptanya

Lagipun saya bukan perempuan yang awak nak. Saya bukan perempuan yang sesuai untuk lunaskan kemarahan awak. Tolonglah, biarkan saya pergi. kali ni Hani seakan merayu.

Jadi kau betul-betul nak pergi dari sini Pergi dari aku

Hani angkat muka. Pergi dari aku Apa maksud Ryan Tidak! Dia tak boleh termakan dengan hasutan perasaan. Untuk apa dia masih berada di sisi lelaki tu Suka Cinta Kalau dia suka pun semua tu tak bermakna. Ryan sendiri cakap yang dia tak kan cintakan perempuan lain selain arwah kekasihnya. Lebih baik dia kembali ke pangkuan keluarganya.

Kau betul-betul nak pergi Kau betul-betul nak kehidupan kau yang lama ulang Ryan bila Hani terdiam.

Hani menarik nafas panjang. Sejujurnya hatinya berat, tapi dia perlu juga pergi. Kisah ini patut ditamatkan.

Itu dunia saya. Saya memang patut kembali ke dunia saya.

Aku bukan tanya sama ada patut atau tak, tapi aku tanya keinginan kau. Betul kau nak pergi dari sini

Ya! Saya nak pergi. Saya dah tak nak masuk campur dalam hidup awak atau keluarga awak. Saya nak balik kepangkuan keluarga saya. Saya betul-betul nak pergi dari sini.

Ryan mendengus perlahan. Jawapan Hani buat hatinya galau. Rambutnya diraup seketika sebelum matanya tertunak kembali pada Hani.

Kalau macam tu, kau kutip semua barang kau. Jangan tinggal satu pun. Aku tak nak jejak kau wujud lagi dalam rumah ni. Kau nak pergi sangat kan Pergi! Aku nak kau keluar dari rumah ni sekarang juga! Aku bagi balik kehidupan kau yang kau nak sangat tu. Pergi! mendatar saja Ryan namun ada terselit nada geram.

Ya! Dia geram bila melihat Hani langsung tak berfikir sebelum buat keputusan. Gadis tu mahu nak pergi dari sini. Ah, kalau nak pergi, pergilah! Ingat dia kisah

Tanpa menyambung apa-apa kata, Ryan berpusing kembali ke pintu. Jiwanya terasa sesak bila melihat Hani di depannya. Lagi sesak bila melihat Hani bersemangat membungkus semua barangnya. Gadis itu memang tak sabar untuk pergi dari hidup dia!

Sebelum aku balik petang ni, aku tak nak tengok muka kau ada dekat sini lagi! suara keras Ryan memberi amaran sebelum berlalu.

Melihat Ryan pergi, jiwa perempuannya terasa pilu. Kepiluan yang mencucuk hingga rasa sakitnya dirasakan seluruh tubuh badannya. Ada air mata mula mengalir.

Kenapa kau nak menangis Dia dah bagi kau pergi, kenapa kau nak menangis lagi Sudah la tu Hani! Tak payah nak menangis. Kau patut gembira. Kau..kau dah terlepas dari cengkaman Topeng Raksasa tu. pujuk otaknya.

Pujuk la macam mana pun, dia tak mampu halang rasa sedihnya. Satu-satunya benda yang patut dia akui sekarang adalah...

Dia sudah jatuh cinta pada lelaki itu!