MY SWEET ARISSA - 21
ARISSA membuka peti sejuk. Lama dia menelek barang-barang yang ada di dalam peti sejuk setinggi Hakimi berdiri.

Nak masak apa hari ni Umi si Kimi suka makan apa ya

Terlupa dia hendak bertanya kepada Hakimi tadi. Tak apa, kejap lagi dia akan hubungi lelaki itu. Puan Hanim tidaklah cerewet tetapi mulutnya itu yang berbisa. Betullah seperti yang pernah diberitahu oleh Mak Cik Ruhaya seminggu yang lalu.

Bertabahlah Arissa... kau yang nak berlakon sangat, keluhnya sendiri. Hai, kalau tak dapat anugerah pelakon hati kering, memanglah! omelnya sendiri lalu menutup pintu peti sejuk.

Dia melangkah ke meja makan di ruang makan untuk mencapai telefon bimbitnya namun tiba-tiba ia berbunyi dan kelihatan nama Shima di situ.

Hello! Bibirnya mengulum senyum. Dia pasti sangat yang Shima mahu mengetahui tentang Puan Hanim, ibu mentuanya.

Weh! Macam mana emak mentua kau

Kan betul telahannya! Semakin lebar senyuman Arissa.

Macam mak mentualah. Dia ketawa.

Aku tahulah!

Kau nak yang macam mana selorohnya.

Sengaja hendak mengusik si teman di sebelah sana. Lama dia tidak mengusik Shima. Rasa rindu pula hendak bertemu dengan teman baiknya itu.

Ada ke tanya aku pula. Mana aku tahu!

Arissa ketawa lagi. Yalah... aku bukan pilihan dia kan. Mestilah dia tak suka.

Ikutkan memang malas hendak fikirkan semua itu. Namun dia punya hati dan perasaan, pasti akan terasa kalau dituduh, dihina dan macam-macam lagi.

Meskipun ia sekadar lakonan sahaja.

Buat hati kering je.

Itulah yang aku cuba buat, Shima. Sekali lagi Arissa ketawa.

Encik Kimi macam mana Sekutu dengan Mak dia atau backing kau

Entahlah.

Namun apa yang dilihat Hakimi sedikit berlainan sejak dua menjak itu. Dia pun tak faham. Apapun dia abaikan sahaja apa yang dia dirasa. Diingatkan dirinya, yang dia sedang bekerja dengan Hakimi walaupun hakikatnya dia sudah sah sebagai isteri lelaki itu.

Kau ni kenapa Encik Kimi ada buat benda tak senonoh ke Eh, tapi kalau buat pun kau dengan dia dah suami isteri. Halal... Shima ketawa mengusik.

Sabar jelah aku, kau ni! Hampir terpekik Arissa mendengar usikan si teman. Begitu pun dia benarbenar merasa terhibur.

Kenapa Encik Kimi ada singgung perasaan kau Desak Shima seperti menyuruh Arissa bercerita.

Aku tak tahulah dengan Hakimi tu, keluh Arissa.

Lain macam layanan Hakimi terhadapnya. Katakata Hakimi sebelum solat subuh tadi masih melekat di fikirannya. Begitu juga dengan ciuman di dahi yang ditinggalkan oleh lelaki itu di hadapan Puan Hanim sebelum keduanya menuju ke Hotel Sweet Arena. Atau dia sahaja yang perasan Hakimi tak ada apa-apa pun.

Kenapa Dia dah jatuh cinta dengan kau giliran Shima pula ketawa.

Taklah. Dia mesti cari orang yang setaraf dia. Aku ni siapa Tiba-tiba dia merasa begitu kerdil sekali.

Cinta tak kenal siapa. Cinta tu buta, Ris... meleret kata-kata Shima seperti orang berleter.

Semalam, Umi dia cakap yang dia akan pastikan aku keluar dari rumah ni selepas dua tiga bulan, adunya kepada Shima.

Wah! Dahsyat tu Ris. Orang kaya-kaya macam tulah. Dia ingat dalam kubur boleh bawah semua kekayaan dia orang. Shima pula mengeluh.

Tulah. Tidak tahu apa yang patut dibalasnya.

Sabar je ya.

Aku tak sabar nak habiskan tempoh dua tiga bulan ni.

Memang dia sudah tidak sabar hendak meninggalkan banglo mewah Hakimi. Benarlah seperti sesetengah orang kata, kalau tidak bahagia, betapa mewah dan banyak duit macam mana sekalipun tiada ertinya. Walaupun ia tidak secara total gaya kehidupannya tetapi itulah yang dirasa sebaik Puan Hanim menuduhnya semalam.

Selepas selesai ni semua, kau nak ke mana nanti soal Shima ingin tahu. Jangan jauh dari aku, Ris... dia merengek.

Langkawi

Wah... okey juga tu! Memang selalulah aku ke sana nanti, kata Shima.

Arissa senyum. Insya-Allah... aku baru merancang.

Belum pasti lagi.

Insya-Allah, Ris...

Tulah.

Tiba-tiba loceng pagar berbunyi.

Eh, macam ada orang datang. Arissa melangkah ke tingkap rumah untuk menjenguk siapa yang datang.

Siapa soal Shima di sebelah sana. Kalau lelaki jangan bagi masuk tau!

Ya. Eh, nanti apa-apa aku call kau! Cepat-cepat Arissa memutuskan talian tanpa mendengar balasan dari Shima. Dia tidak pasti siapa lelaki yang berada di luar pagar rumah Hakimi.

Arissa meletak telefon di atas meja kopi dan segera mencapai tudung yang sengaja diletakkan di kepala sofa. Kemudian ke pintu untuk melihat lebih jelas siapakah tetamu yang berada di luar sana.

Encik Naim Terkejut dia sebaik lelaki yang tidak kelihatan wajahnya tadi kini memandangnya dengan berkaca mata hitam. Senyumannya meleret kacak alaala Hitrik Roshan. Dia tidak pasti sama ada lelaki itu mengenalinya atau pun tidak.

Ya soal Arissa sebaik berdiri agak jauh dari pintu pagar.

Saya sepupu Hakimi. Naim Dato Azizan, MD dari Hotel Sweet Arena, JB. Naim memperkenalkan dirinya kepada Arissa. Wah, boleh tahan juga isteri Hakimi! hatinya berbisik. Pandai Hakimi simpan isterinya. Dia seperti pernah melihat gadis itu tetapi di mana ya Hatinya bersoal sendiri.

Ooo... Arissa mengangguk namun masih tidak berganjak dari ambang pintu.

Boleh saya masuk

Minta maaf ya, suami saya tak ada di rumah. Mendengar soalan Naim dia mula cuak dan berundur ke belakang.

Alah... saya sepupu dia. Naim mula memujuk sambil menanggal kaca mata hitamnya.

Kalau macam tu... saya call Hakimi dulu.

Arissa melangkah laju masuk ke dalam lalu mencapai telefon bimbitnya dan segera menghubungi Hakimi sambil melangkah ke pintu sekali lagi. Naim masih berdiri di luar pagar.

Ya keras suara Hakimi di sebelah sana.

Kenapa Encik Naim boleh ada depan rumah ni soal Arissa.

Apa! Hakimi seperti terkejut di sebelah sana.

Encik Naim ada depan rumah ni. Ulang Arissa.

Awak bagi dia masuk ke

Taklah... mana boleh isteri bagi lelaki lain masuk tanpa izin suami. Lagipun dia bukan mahram saya! tegas Arissa bengang dengan soalan Hakimi. Buat-buat tak tahu pula, cemuhnya.

Tak apa... saya balik sekarang!

Seketika dia tidak mendengar suara Hakimi lagi. Rasanya dia seperti dapat mengagak tujuan kedatangan Naim dan reaksi Hakimi sekejap tadi.

Namun dia tidak pasti.

Sekejap lagi suami saya balik.

Saya tak boleh masuk ke Panas ni. Naim terus memberi alasan.

Arissa memandang Naim. Siapa suruh kau datang masa suami aku tak ada! Kutuknya sendiri. Bukan Naim tak tahu Hakimi bekerja. Padan dengan muka!

Tak apa berpanas di dunia. Di akhirat lagi panas. Encik Naim tunggulah sekejap. Tak lama pun, setengah jam lagi sampailah. Sengaja Arissa berkata begitu.

Cepat-cepat dia masuk menutup pintu dan menguncinya. Alat penggera rumah di pasang. Lebih baik beringat dari menyesal kemudian hari, desisnya.

MEMANG gila lelaki tu Bad. Saya jumpa dia tadi tak pula dia bagi tahu nak ke rumah.

Kata nak datang makan malam je.

Hakimi terus bersungut. Meluap-luap rasa marahnya.

Dia tu playboy ke Bos Badrul menyoal memandang Hakimi sekilas kemudian terus memberi tumpuan kepada pemanduannya.

Lebih dari tu! Dengus Hakimi. Rasa bimbang dengan keselamatan Arissa di rumah. Eii.. memang celaka betullah dia ni!

Terkejut dia mendengar perkataan celaka keluar dari mulut Bosnya. Selama dia bekerja dengan lelaki ini pertuturan dan ayat-ayat yang digunakan walaupun ada sedikit kasar tetapi tidak pernah memaki dan mencarut.

Jangan risau Bos... Arissa takkan bagi Encik Naim masuk. Dia pun tahu hukum hakam, halal dan haram, tekan Badrul agar Hakimi mempercayai Arissa.

Hakimi senyap. Nafas ditarik dalam-dalam. Ya, dia tahu tentang itu namun hatinya tetap cemas. Naim tu jenis orang yang mampu melakukan apa sahaja, itu yang paling dibimbangkan.

Sebaik Badrul memberhentikan kereta yang dipandu, Hakimi terus meluru keluar mendapatkan Naim yang tersengih di tepi pintu pagar dengan kaca mata hitamnya.

Eh, kau buat apa kat rumah aku! pekiknya dengan rasa geram.

Rasa lega sebaik melihat Naim terconggok berdiri di tembok batu tiang pagar rumahnya. Bimbang sungguh dia dengan keselamatan Arissa.

Laa... aku datang nak makan tengah hari di rumah sepupu aku. Salah ke

Tadi kan kau kata nak makan malam! Hampir sahaja Hakimi menjerit mengingatkan pesanan Naim.

Rasa berasap hatinya.

Terlajak ke sini, jadi aku singgahlah! Salah ke Tiba-tiba rasa nak makan masakan isteri kau. Naim ketawa kecil.

Semakin berapi-api hatinya mendengar alasan bodoh Naim. Bukan dia tidak tahu. Lelaki itu mahu melihat isterinya. Matanya menjeling pada pintu rumah yang bertutup. Bagus pun Arissa membiarkan Naim di luar pagar rumahnya. Dilihat peluh berjuraian di wajah lelaki itu.

Come onlah Kimi... tak kan nak makan tengah hari di rumah sepupu pun tak boleh Aku pun tak sangka lalu area ni. Naim terus memujuk.

Hakimi senyap. Pandangannya beralih kepada Badrul yang masih berada di tepi kereta.

Bad... tolong ambil Umi kat hotel, pinta Hakimi.

Baik Bos, akur Badrul sambil menjeling kepada Naim yang tidak memandangnya.

Seketika kereta yang dipandu oleh Badrul hilang menuju ke jalan besar. Hakimi memandang kepada Arissa yang baru keluar dari rumah. Bibirnya mengulum senyuman sambil mengangkat tangannya memberi isyarat agar membuka pintu pagar.

Lawa isteri kau. Macam aku pernah tengok dia. Kat mana ya Naim mengekori langkah Hakimi.

Kau datang sini nak apa sebenarnya! Hakimi menoleh memandang Naim.

Laa... nak berkenalan dengan sepupu baru akulah. Kenapa nikah senyap-senyap Lebar sengih Naim bertanya.

Suka hati akulah nak senyap ke nak bising ke Aku tak pakai duit kau pun! Selar Hakimi. Kalau ikutkan rasa tak sabar, memang ditumbuk muka Naim seperti yang pernah dilakukan dahulu!

Naim ketawa. Matanya beralih kepada Arissa yang masih berdiri di hadapan pintu rumah.

Sayang, panggil Hakimi sambil menggamit Arissa agar menghampirinya.

Dia tahu apa tujuan Naim ke situ. Bahaya sungguhlah lelaki ni. Tak mungkin dia akan membiarkan Arissa sendirian walaupun perkahwinan mereka hanya olok-olok sahaja.

Arissa menghampiri Hakimi.

Ini Naim sepupu abang. Anak Dato Azizan. Tawar sahaja Hakimi memperkenalkan mereka berdua. Dia tahu, Arissa sudah maklum dengan Naim. Dia pasti Naim tidak berapa cam Arissa biarpun pernah bertemu dengan gadis itu beberapa kali di Hotel Sweet Arena di sini dan Kuala Lumpur.

Naim menghulurkan tangannya untuk bersalam dengan Arissa.

Minta maaf kita bukan mahram. Arissa menolak dengan lembut.

Merah padam wajah Naim. Namun dianggukanggukan kepalanya. Tidak pernah sebelum ini manamana gadis menolak tangannya untuk bersalam hatta Wafa sekalipun.

Hakimi memandang Arissa dengan senyuman. Rasa bangga pula dia dengan sikap Arissa yang kelihatan begitu tegas tentang halal dan haram sesuatu hubungan. Dipegang tangan isteri dengan erat. Sengaja nak menunjuk kepada Naim.

Kita pernah jumpa ke Naim bertanya.

Mungkin... Malaysia ni pun tak luas mana pun. Balik-balik tengok orang yang sama, balas Arissa.

Naim ketawa. Hakimi memandang isterinya tanpa senyum. Tak tahu kenapa jawapan itu seperti sinis dipendengarannya walaupun dia tahu ia bukan ditujukan kepadanya.

Sayang tolong masak apa-apa yang patut untuk makan tengah hari kita. Bad dah pergi ambil Umi kat Penthouse.

Ooo... Umi belum balik dari hotel, ya Sengaja Naim bertanya.

Hmm...

Arissa meminta diri untuk ke dapur.

Masuklah, pelawa Hakimi acuh tak acuh.

Bila kau nikah ni Kenapa tak beritahu kami

Naim mengambil tempat di salah sebuah sofa yang ada di ruang tamu Hakimi. Masuk kali ini sudah empat kali dia ke rumah itu. Memang besar dan mewah. Matanya meleret ke arah dapur di mana Arissa menghilang di situ.

Kenapa aku kena beritahu pula Suka hati aku nak nikah bila pun! keras suara Hakimi.

Naim ketawa.

Janganlah marah... kau dah dapat pengganti yang lebih baik dari Ainul, kan Anggap saja perpisahan kau dengan Ainul sebagai satu hikmah.

Bergerak-gerak rahang Hakimi. Begitu pun cuba dibawa dirinya bersabar. Dia tahu Naim sengaja mencurah minyak pada hatinya yang masih terbakar.

Ya... memang ada hikmah. Kau macam mana Dah tua masih nak main-main lagi Sengaja dia memerli.

Naim ketawa sambil menyilang kakinya yang panjang. Lama dia menatap wajah Hakimi.

Aku pun nak ikut jejak langkah kau, perlinya dengan tawa kuat.

Hakimi senyap semakin sakit hatinya. Ikutkan mahu sahaja dia menghalau lelaki itu keluar dari rumahnya! Walau macam mana pun cuba disabarkan dirinya. Dia tahu itu hanya provokasi dari Naim yang mahu melihat dia marah.