Blue.Eyes.Guy:
Buzz! Buat apa I ganggu you ke
Si.Cantik.Manis:
Whats up I tengah study pasal subjek yang nak mengajar minggu depan. Kena asah otak dulu takut-takut dah berkarat. I pun tengah bosan ni. Bagus juga you datang kacau I. Eh, macam mana dating hari ni Enjoy ke [Tongue]
Blue.Eyes.Guy:
Great! Im really enjoying myself. Tak sangka
yang El sudi datang ke Kafe I untuk hari kedua berturut-turut. Eh, I nak tanya you something..
Si.Cantik.Manis:
Amboi! Lain macam je nada you ni. Go ahead...
Blue.Eyes.Guy:
Kenapa Elzaara tu macam sombong dan pendiam aje Tapi, bila dengan you, dia banyak cakap. Ada something yang berlaku pada dia yang membuatkan dia jadi macam tu ke
Si.Cantik.Manis:
Wow! Sampai macam tu sekali you perhatikan Elzaara ya...
Blue.Eyes.Guy:
Well! I ni kan pakar membaca sikap orang. Ha, cepatlah story!
Si.Cantik.Manis:
Tak sabarnya you ni... Kejaplah I tengah fikir macam mana I nak cerita dengan you sebab cerita ni macam buka pekung keluarga I. Oh, no! Dont tell me that you are falling in love with her
Blue.Eyes.Guy:
Ops! No comment! Ha ha ha...
Si.Cantik.Manis:
Oh my! Are you serious!
Blue.Eyes.Guy:
OK! I admit! Dengan you je I mengaku sebab you know me better. Lagipun sebab I nak korek rahsia pasal Elzaara dari you. Kalau tak, no waylah I nak mengaku hal sebesar ni!
Si.Cantik.Manis: Wow!
Blue.Eyes.Guy:
Tak payah nak wow sangatlah. You tu mulalah nak cari idea nak kenakan I, kan Ceritalah cepat apa yang berlaku sebenarnya. [Waiting]
Si.Cantik.Manis:
Yelah, I nak ceritalah ni. Do you still remember about my cousin yang meninggal 6 years ago
Blue.Eyes.Guy:
OK. Ingat rasanya. The one yang meninggal sebab lahirkan anak tu, kan
Si.Cantik.Manis:
Yup. Dia adalah Elfira, satu-satunya kakak El. Haziq tu anak arwah Elfira yang lahir pramatang. Arwah dipaksa bersalin sebab keadaan dia dah teruk sangat. Dia kena dera dengan exhubby dan hampir mati ditembak. Kebetulan El singgah rumah Fira dan dia nampak arwah teruk dibelasah and her ex-hubby was drunk at that time. El cuba selamatkan arwah dan baby dalam kandungan. Malangnya dia juga jadi mangsa kerakusan bekas abang ipar sampai patah riuk. Alhamdulillah jiran-jiran datang bersama polis tepat pada waktunya dan jantan tu tak sempat nak rogol Elzaara. Kalau tak I pun tak tahu apalah akan terjadi dekat dua beradik tu.
Blue.Eyes.Guy:
What a jerk! [Angry] So, what happen next
Si.Cantik.Manis:
Erm, arwah langsung tak sedarkan diri selepas pembedahan sebab komplikasi lepas bersalin dan tumpah darah. Pak Long dan Mak Long terkejar-kejar uruskan 3 orang sekali gus. Doktor pula maklumkan yang Haziq tak boleh minum susu dalam botol. El pula dalam rawatan doktor dan tak sempat nak tengok Kakaknya untuk kali terakhir. Bila doktor sahkan yang arwah Fira dah tak ada banyak masa lagi, kami semua macam dah reda. Dah macam-macam Pak Long dan Mak Long I buat nak pulihkan jiwa dia, tapi hasilnya tetap negatif. El macam dah tutup pintu hati dia dan berdendam dengan lelaki gara-gara bekas abang ipar dia tu. Dia salahkan diri dia sebab tak bersungguh membantah masa arwah nak kahwin. Dah 6 tahun perkara tu. Orang nasihatkan pun memang macam curah air ke daun keladi. Dia tak dengar langsung.
Blue.Eyes.Guy:
Oh my... I tak sangka sebegitu pedih dan parah luka yang El hadapi. And that man, really a jerk! Dayus! Orang macam tu tak layak digelar sebagai manusia, nak gelar binatang pun tak layak. Even binatang pun tahu sayangkan anaknya dan keluarga. Eh, lelaki tu kerja apa dulu Sekarang apa dah jadi dengan ex-abang-ipar Elzaara tu
Si.Cantik.Manis:
Setahu I dia supervisor kilang sebelum kahwin. Lepas kilang tu tutup, dia unemployed. Asyik mengharapkan duit bini, joli sakan sana sini, berjudi, minum arak, kaki perempuan. Harap muka je handsome tapi perangai, mengalahkan syaitan! Kami juga dapat tahu dia join gangster dan kongsi gelap. Sekarang ni dia masih lagi meringkuk dalam penjara. Pak Long dan Mak Long I betul-betul marah besar bila dapat tau. Itu pun lepas semuanya terbongkar di mahkamah. I dengar Mak dan ayah lelaki tu pun sampai nak bunuh diri bila tahu hal ni sebab tak sanggup nak tanggung malu dengan perangai anaknya. [Angry]
Blue.Eyes.Guy:
Honestly, I betul-betul simpati dengan apa yang berlaku. Patutlah I tengok El tu dingin je. Ada masanya, dia macam ramah. Ive understood the situation now. [Sigh]
Si.Cantik.Manis:
Yup, I pun baru tahu hal ni dari my parents. Masa hal ni berlaku, kita di London dan I pun tak sempat nak jenguk arwah buat kali terakhir. You pun mesti ingat yang I macam orang sasau bila dapat tau yang arwah Fira tu meninggal dunia.
Blue.Eyes.Guy: Yup, I ingat lagi.
Si.Cantik.Manis:
Cuma family kami je yang tahu hal ni. I harap you boleh simpan rahsia ni sebab ianya melibatkan maruah dan aib family Elzaara. I cerita dekat you ni bukan nak minta simpati, cuma nak clearkan hal sebenar kenapa El tu jadi macam tu. Lagipun, I know who you are and I can count on you, right
Blue.Eyes.Guy:
Promise! You can count on me, Lisa! Trust me. Takkanlah I tergamak hati nak buka aib buah hati idaman I. [Smile]
Si.Cantik.Manis:
Eleh, yelah tu buah hati idaman. Entah ye entah tidak idaman tu [Laugh] Brian, you serius ke dengan apa yang you cakap tadi
Blue.Eyes.Guy: Which one
Si.Cantik.Manis:
Laaaahhhh... Boleh pula lupa. Yang you cakap soal hati tu, serius ke You ni dahlah tak pernah berperangai macam ni. Seriau I dibuatnya.
Blue.Eyes.Guy:
I serius Lis! I tak pernah rasa macam ni. You kenal I, kan Pernah ke I bertindak macam ni
Si.Cantik.Manis:
I terkejut dan curious sebab tiba-tiba you cakap you jatuh cinta. Dengan Elzaara pula tu. Eh, apa yang membuatkan you jatuh hati pada El ni
Blue.Eyes.Guy:
Erm, I pun tak tahulah. Probably sikap dia yang bersahaja, natural dan raut keibuan dia tu sangat terserlah. First time I jumpa, I dah jatuh sayang dekat dia. Tapi, masa tu I fikir Elzaara dah kahwin sebab ada anak. I nampak perangai Elzaara ni duplicate macam you. Walau dia sorok perangai brutal dia tu, masih juga terserlah. Salah ke I jatuh cinta dengan Elzaara
Si.Cantik.Manis:
Tak salah. Amboi! Tajamnya mata you... Yup, perangai dia memang sama dengan I. Kami kembar perangai, dua-dua memang gila-gila sikit. Arwah Elfira pula sama macam Lyn. Masa kecil dulu, bila berjalan sama, ada yang kata kami kembar 4.
Blue.Eyes.Guy:
Hah, kalau duplicate you Memang gilalah jawabnya [Big laugh]
Si.Cantik.Manis:
Amboi mulut! Tak ada insurans ke. I gila-gila pun sebab belajar dari you juga [Laugh]
Blue.Eyes.Guy:
Tapi, serius Lisa. I betul-betul jatuh sayang pada El. From the first time I lay my eyes on her... [Grin]
Si.Cantik.Manis:
You sure you sayangkan dia Bukan simpati
Blue.Eyes.Guy:
I serius ok! I tak main-main. Lisa, I ni bukannya player. You shouldve know that.
Si.Cantik.Manis:
Entahlah Brian. Apa kata you try kenal-kenal dulu. Let both of you know each other first. I memang suka sangat-sangat kalau betul korang berjodoh. Lagipun you, kan pandai ambil hati Haziq. Tengok jelah tadi, Acu dia sendiri pun tak dapat nak pujuk dia tapi you, petik jari je dah boleh cairkan hati budak tu.
Blue.Eyes.Guy:
Hmmm.. Ill try. Harap-harap El sudilah buka pintu hati dia untuk I.
Si.Cantik.Manis:
Eh, jap. Apa yang you bualkan dengan Haziq tadi masa dekat Kafe
Blue.Eyes.Guy:
Dia just cerita yang dia rindukan papa dia dan Elzaara tak nak bagitahu mana papa dia pergi. Tu yang dia sedih sangat. Dia dapat rasakan yang Elzaara sorokkan sesuatu tentang papa dia.
Si.Cantik.Manis:
Ooo... macam tu.
Blue.Eyes.Guy:
Nanti you tolonglah adjustkan dia. I betul-betul nak kenal dengan Elzaara. Tak tahulah kenapa I boleh jadi macam ni. Rasa serba tak kena. Dulu, kalau I tengok perempuan tak ada pun rasa macam ni. Tapi, bila I pandang Elzaara, ada satu rasa yang tak mampu I nak ungkap dengan kata-kata. You faham, kan apa yang I cakap ni
Si.Cantik.Manis:
Youve fallen in love dear. Cuma you tak yakin dengan apa yang you rasa. You takut itu cuma mainan perasaan yang menjentik hati you je. Yelah you kan tak pernah rasa macam ni.
Blue.Eyes.Guy: Oh really [Blushing]
Si.Cantik.Manis:
Silalah fikir strategi nak pikat my cousin tu. I doakan you dapat apa yang you idam-idamkan.
Blue.Eyes.Guy:
Tapi, you kenalah tolong I. Kalau I betul-betul jadi dengan Elzaara, I bagi reward dekat you.
Si.Cantik.Manis:
Apa reward yang you nak bagi dekat I kalau I tolong you
Blue.Eyes.Guy:
I bagi you rasa nasi minyak I lah. [Big laugh]
Si.Cantik.Manis:
Amboi! Tak eksklusif langsung rewardnya. Lainlah kalau you nak bagi I bulan ke bintang ke baru best. Ha ha ha...
Blue.Eyes.Guy:
Yang tu minta dengan Zahar. I bukan boyfriend you ha ha ha...
Si.Cantik.Manis:
I gurau jelah tadi. Okeylah, I tolong you. Tapi, ingat! Jangan lupa tunaikan janji you ya.
Blue.Eyes.Guy:
Always! Okeylah Lisa, got to go. Nak tutup kedai. Nanti chat lain.
Si.Cantik.Manis:
Yelah big bos. Kerja sampai lewat malam. Senanglah hidup Elzaara nanti. Anyway, thanks sebab sudi kacau I. See you later. Bye! [Waving]
Blue.Eyes.Guy:
Hahaha... okay bye! [Waving]
Klik! Tingkap Yahoo Messenger ditutup. Lisa menggelengkan kepalanya. Moga-moga Elzaara terbuka hati nak berkenalan dengan Brian. Semoga juga mereka berdua tu ada jodoh, aamiin! Mungkin juga ini satu peluang keemasan. Mana tau kalau Elzaara berjodoh dengan Brian dapat mengubat apa yang terbuku di hati Elzaara. Tiba-tiba, Lisa mendapat idea bagaimana untuk membantu Elzaara dan melupakan apa yang berlaku dulu. Senyuman kini sehingga ke telinga apabila dia merangka misi dalam kepalanya.