MY PRETTY BOY - 21
BERAPA kali Rein nak cakap, jangan hisap rokok bahaya! Sekarang apa dah jadi.

Asma Papa dah makin teruk Rein tengok, bebel Tunku Hazreen yang duduk di tepi kepala katil sambil mengelus lembut rambut Papanya.

Tun Tunku Harith tersenyum kelat. Sudah beberapa kali anak perempuannya memberi berdasdas nasihat namun dia tetap juga berdegil. Sejak arwah isteri meninggal, rokok yang menjadi teman pengganti. Hanya rokok yang boleh menenangkan jiwanya setiap kali dilanda keresahan. Hendak diharapkan anak, masing-masing sibuk dengan hal sendiri.

Papa tak apa-apa, Rein. Dont worry. I will be fine.

Pak Saiful kata ada orang rescue Papa, siapa

Seingat Papa seorang gadis, tak sempat Papa nak ucap terima kasih kat dia, beritahu Tun Tunku Harith hampa.

Alangkah bagusnya kalau dia dapat mengenali gadis itu. Sekilas dikerling ke arah kemeja putih bertompokan darah yang semakin pudar warna dek diluntur oleh air hujan.

Promise with me, next time dont do like this again. Ni inhaler Papa, letak dalam poket. Jangan letak merata. Susah hati Rein kalau begini aje, bebel Tunku Hazreen lagi tanpa henti. Sudah berkali-kali dia mengulangi bebelan yang sama. Sesekali naik bernanah juga telinga menadah bebelan anaknya itu.

Dahlah Rein. Penat Papa nak dengar benda yang sama kamu bebelkan. Okey... okey, Papa janji lepas dari malam ni Papa takkan merokok lagi, janji Tun Tunku Harith serta mengangkat tangan kanan seperti berikrar.

Betul tanyanya sekali lagi.

Hati Tunku Hazreen terasa lega kerana akhirnya berjaya juga pengaruhi minda Papanya supaya berhenti mengamalkan benda yang memudaratkan itu. Kalau vape, boleh Sengaja dia mengusik.

Papa!! jerit Tunku Hazreen perlahan sambil mencekak kedua-dua belah pinggang. Biji mata dijengilkan tanda protes.

Okey... okey, Papa gurau aje. Come here, Papa rindu sangat kat kamu dia menarik Tunku Hazreen ke dalam dakapannya. Dielus rambut anaknya dengan penuh kasih.

Tunku Hazreen, satu-satunya anak perempuan yang dia ada. Sejak akhir-akhir ini tampak lebih manja jika dibandingkan dengan kedua-dua anak lelaki iaitu abang dan adik kepada Tunku Hazreen. Sambil mengelus rambut, dia teringat lagi sindiran sinis gadis itu sebelum berlalu pergi meninggalkannya.

Tuan tau rokok membahayakan kesihatan. Jadi nasihat saya, jangan hisap rokok kalau nak lama hidup!

Papa quit bukan sebab kamu, Rein. Papa nak lama hidup, agar dapat cari guardian yang selamatkan nyawa Papa.

Tuan Harith ada panggilan kecemasan, tegur Saiful yang baru tiba dalam keadaan tercungapcungap.

Puas dia berlari sepantas yang boleh untuk sampai ke Villa. Tun Tunku Harith meleraikan dakapannya. Tunku Hazreen pula duduk semula di birai katil. Dia mengamit tangan menyuruh Saiful masuk ke dalam bilik.

Whats up, Saiful

Saiful tak menjawab sebaliknya menyerahkan iPhone 6 yang sudah sedia didailkan ke talian selular pemanggil tadi ke tangan Tun Tunku Harith. Melihat kepada reaksi keresahan di raut wajah Saiful seperti ada sesuatu perkara yang tak menyenangkan berlaku.

Panggilan dari Yoona ada sesuatu nak disampaikan pada Tuan, beritahu Saiful perlahan. Biarlah empunya suara yang berada di dalam talian yang memberi penjelasan. Teragak-agak Tun Tunku Harith mendekatkan iPhone 6 ke telinga.

Assalamualaikum, Yoona are there any urgent matters Perlahan Tun Tunku Harith memberi salam. Dia mendengar berita yang disampaikan oleh Yoonaniza sambil melirik ke arah Saiful yang berdiri tercegat di tepi pintu. What

iPhone 6 terlepas dari gengaman. Tunku Hazreen juga turut tergamam. Dia melihat Tun Tunku Harith dan Saiful silih berganti yang berubah rona wajah.

What happened, Papa!

Har Hardie... accident! Di VIP, ICU sekarang!