SELESTIAL - 21
Cara makhluk ini mengawal kenderaan pacuan 8 roda ini cukup mengagumkan. Dia mengubahsuai struktur mataku dan ia membuatkan aku berjaya melihat keadaan geografi jalan yang hendak ditempuhi di dalam ribut pasir yang begitu lebat. Aku tahu kenderaan ini boleh bergerak dalam ribut tanpa masalah, tetapi alat-alat pengesan elektronik tidak akan dapat berfungsi dengan baik apabila debu pasir begitu tebal membalut rangka kenderaan. Apabila manusia seperti aku berhadapan dengan situasi ribut, kami akan berhenti seketika, dan memeriksa bekalan udara terlebih dahulu, jarak yang harus kami tempuhi; pergi dan balik, dan keputusan akan dibuat sama ada perjalanan hendak diteruskan atau tidak. Kebiasaannya, kami akan mengenalpasti kawasan bukit atau tempat berteduh terdekat untuk memastikan tiada peralatan yang rosak akibat ribut.

Ia menyedarkan aku, asimilasi makhluk Marikh dengan manusia akan menghasilkan satu bentuk kewujudan yang jauh lebih sofistikated. Kerumitan dalam astrofizik yang majoriti diterangkan dengan hipotesis dan teori-teori yang sukar dibuktikan oleh kerana kekangan teknologi akan diselesaikan dan dibuktikan mudah. Aku melihat bagaimana jasadku mampu menahan keadaan cuaca yang ekstrim begini tanpa sebarang sutpun. Daripada jari-jemariku, beberapa batang sesungut terbit dan ia menjalar masuk ke dalam sistem kenderaan ini. Makhluk ini bukan sahaja mampu mengubah biologi manusia, tetapi juga berkemampuan mengubah sistem mekanikal kenderaan pacuan 8 roda ini. Parasit yang tiada hadnya. Mungkin satu transisi kepada pos biologikal yang akan menukarnya menjadi satu hidupan yang berasimilasi dengan benda tidak hidup.

Ribut telah menenggelamkan telahanku pada jarak. Namun begitu, setelah beberapa puluh jam berada di dalam ribut, kami telah tiba di Space X2. Aku teringat lagi bagaimana pasukanku bertolak. Bunyi pintu logam yang bergerak perlahan, perbezaan cuaca yang begitu ekstrim ubahnya ketika melangkah keluar dari pintu logam dan juga keluhan rakan-rakan seperjuangan kini menjadi lembaran memori yang takkan dapat aku lupakan.

Kenderaan pacuan 8 roda itu berhenti di depan pintu tadi. Tiada tanda-tanda ia akan dibuka. Satu bunyi berkeriut terbit dari radio komunikasi. Aku syak makhluk ini sedang mencuba untuk berkomunikasi dengan orang-orang di dalam kubah. Namun firasatku memberitahu, perundingan begini tidak akan terjadi. Apa yang menakutkan aku terjadi. Aku lihat muncung-muncung meriam laser sudah terpacul dari dinding kubah dan dihalakan ke arah kami.

Bedilan demi bedilan menyusul. Aku percaya tubuhku melayang tinggi sebelum ditembak lagi sehingga kegelapan mengganti suasana. Tiada kesakitan. Tiada penyesalan. Aku percaya aku sudah mati.

*

Tidak semudah itu. Kesedaran mindaku membawaku jatuh ke tanah yang berdebu merah itu dan aku dapat rasa jasadku seolah bertukar menjadi sejenis objek yang mudah sekali menyatu dengan tanah. Ia bergerak ke dalam tanah setelah meresap masuk mengelusi rompongan-rompongan kecil yang membawaku mudah untuk melepasi tembok kubah logam komuniti manusia di Marikh ini.

Aku tidak mengerti bagaimana aku bergerak. Sedar tak sedar aku telah berada di dalam bilikku. Aku melayang naik dan melihat dari bebola mata yang kembali terbentuk normal. Daripada bebola mata yang terbentuk normal itu aku melihat bagaimana organ demi organ dibentuk semula dari partikel debu merah yang menyusup masuk dari segenap arah. Makhluk parasit ini menggunakan memoriku untuk mengenalpasti rumahku di dalam komuniti. Sedikit sebanyak aku berasa lega kerana tidak berkeluarga. Jika tidak, pasti mereka akan jadi sasaran utama. Aku tidak begitu optimis, memandangkan kehendak makhluk ini masih berada dalam telahanku semata-mata.

Usai pembentukan tubuhku, aku mendapati baki debu-debu merah yang bergerak masuk dari luar telah membentuk sekujur tubuh asing yang agak humanoidal. Makhluk itu sedang meniru fizikal aku!

Dalam masa kurang dari 10 saat, sekujur tubuh sudah berdiri di depanku, seolah aku kini menatap cermin 3 dimensi. Biarpun begitu, aku lebih selesa dengan bentuk sebegini. Jika hendak dibandingkan ketika berada di dalam gua sebelum ini, bentuk ular gergasi itu cukup menakutkan. Melihat bagaimana debu merah menjadi bentuk manusia, menyedarkan aku, betapa kami selaku manusia tidak memahami Marikh yang dikatakan mati ini. Jika benarlah seluruh Marikh dipenuhi debu merah ini, maka ia menandakan makhluk parasit ini berada di mana-mana!

Manusia memang ganas dan licik ujar makhluk itu, suaranya mirip aku. Menakutkan

Bukan semua manusia aku cuba mempertahankan kaumku. Aku berasa kurang senang kerana pihak atasan telah memberi mesej yang silap terhadap makhluk asing ini. Tidakkah mereka tahu akan risikonya Menentang sesuatu yang tidak difahami

Ketika itu bau fosforus begitu kuat menusuk lubang hidung. Aku perlahan-lahan menggerakkan anggota tubuhku. Aku tidak percaya jasadku telah terbentuk kembali sesudah dibedil tadi. Ia menakjubkan. Sekiranya berkemampuan, pasti aku mahu belajar bagaimana makhluk di depanku ini boleh menggunakan kebolehan sebegini unik. Namun aku tidak mengerti lagi akan motif sebenar makhluk ini terhadap manusia. Asimilasi itu kedengaran tidak relevan dengan melihat pada fleksibiliti metamorfosisnya.

The Things. Aku rasa itu namanya yang kamu boleh faham. Jika mengikut terminalogi manusia yang aku pelajari sesudah membuat analisa terhadap rakan-rakan kau di gua. Selama ini kami percaya kami tak perlu bekerjasama dengan makhluk lain yang datang ke planet ini, sehinggalah The Things datang ke Marikh ini. Kami, sebolehnya tidak mahu diganggu. Kami tidak mahu dilihat hidup di mata manamana makhluk hidup yang datang ke planet ini.

Kami mudah mengubah biosignature kami mengikut tahap makhluk yang datang ke Marikh agar kami kekal kelihatan seolah tidak wujud. Namun di depan The Things, tiada penipuan sebegitu boleh berlaku.

Dengan mudah, mereka mengubah fizikal mereka, meniru kami secara fisiologi lalu berinteraksi dengan kami. Mereka perlukan kami untuk menghalang kemusnahan alam semesta. Mereka perlukan kebijaksanaan kami. Namun ini karut. Makhluk sebegitu berkuasa seperti The Things mampu melakukan segalanya dengan sendiri.

Itu adalah pengetahuan asas kami ketika kami berasimilasi dengan mencedok pemikiran mereka. Tapi, kami mendapati The Things tidak telus dalam mengungkapkan kerahsiaannya daripada kami. Tidak seperti kamu, dengan menganalisa masuk ke dalam otak kamu, dan menjelajah keseluruhan fizikal kamu, kami dapat mereplika bentuk manusia dengan mudah, memisahkannya tanpa sebarang keciciran maklumat penting.

The Things tidak begitu. Mereka sentiasa ada kaedah perlindungan untuk menutup kerahsiaan mereka dari makhluk parasitik seperti kami

Aku cuba menghadam setiap penerangan makhluk Marikh ini, ataupun secocok dengan panggilan The Martian. Bau fosforus yang kuat, membuatkan aku mahu menggelarnya The Phosphorus. Sesuatu yang mudah berubah. Dan bilik ini, sesuatu yang tidak aku sangka aku akan dapat merasai keselesaannya kembali tatkala pasukanku jatuh ke dalam gaung, ditiup angin ribut yang begitu dahsyat.

Jadi, kita hendak menentang The Things Mampukah kita menentang mereka

Bukan menentang. Kita cuma kena berpakat untuk memastikan kita tidak berada di bawah kawalan mereka sepenuhnya. Kemungkinan itu ada, asalkan kita berusaha. Asimilasi dengan kamu menyedarkan aku, beberapa perkara penting. Terdapat banyak yang kita tidak tahu dari satu-satu kewujudan itu. Penghapusan antara satu sama lain tanpa usaha untuk memahami adalah satu perkara yang sia-sia

Kau.. paranoid. Ya, kau paranoid. Kau tak mahu nasib kau ditentukan oleh sesuatu. Kau tak percaya pada sesiapa. Bagaimana pula dengan kami manusia Kami tiada pilihan langsung ketika kau dan kaum kau menyerang kami. Mereka boleh diselamatkan bukan Kau boleh bawa mereka kembali ke alam hidup ini. Aku tahu! Ketika kita ditembak agar lumat di luar sana aku percaya aku dah mati. Namun kau bawa aku ke dalam bilik ini, seolah magis! Kenapa kau tak bantu kawan-kawan aku!

Untuk kali pertama, aku lihat The Phosphorus mengeluh berat dan melontarkan pandangannya ke bawah. Dia mungkin meniru perlakuan manusia. Terdapat ketidaktelusan dalam setiap perbuatannya.

Mereka sudah mati sebelum kami sempat berasimilasi dengan mereka. Tidak seperti kau, kau masih hidup ketika itu. Kami, tidak seperti Tuhan seperti yang manusia percaya, kami tidak punya kuasa sebegitu dahsyat. Kami barangkali mampu mengubah bentuk kami sehalus mungkin, tetapi apa yang kami kekalkan, adalah minda yang dijalinkan dengan jaringan memori yang bertebaran di atas permukaan Marikh ini.

Maafkan aku, Razali

Aku rasa kecewa. Namun aku tahu, aku bukan berdepan dengan Tuhan. Aku hanya mendepani sejenis makhluk yang luar biasa sifatnya, tetapi masih bukan Tuhan.

Dan aku tak tahu, sekiranya The Things tadi setanding dengan Tuhan yang kau percaya. Ya, setakat ini aku belum dapat nampak lagi sebarang kelemahan The Things. Dia umpama Tuhan kepada alam semesta ini tambahnya.

Aku menggeleng. Aku tidak setuju dengan pendapat itu. Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah S.W.T. Itu kalimah yang aku pegang selama ini. The Things barangkali punya kuasa sebegitu dahsyat tetapi mereka tetap makhluk Allah. Makhluk Tuhan yang berkebatasan. Jika mereka itu ialah Tuhan, pasti mereka tidak datang ke Marikh ini dan mahukan pertolongan The Phosphorus itu bukan

Kedengaran ketukan di muka pintu. Aku tidak pasti apakah komuniti sudah menyedari kewujudan kami. Namun aku terlupa, sistem pemantauan bilik kosong akan berfungsi apabila pintu ditutup rapat. Tambahan pula kami tidak masuk menggunakan pintu itu. Ah, selama ini, perbualan kami berdua menjadi halwa telinga komuniti rupanya!

Maafkan aku sekali lagi, Razali. Mereka akan gunakan kekerasan. Perundingan tidak wujud dalam hati mereka. Aku terpaksa kawal komuniti ini

Perlahan-lahan The Phosphorus menjadi debu merah kembali. Longgokan debu merah itu bertebaran mencari setiap ruang yang ada untuk keluar dari bilik