Di sebalik itu juga telah aku selitkan beberapa ciri komuniti backpacker seperti gemar menjalankan kerja sukarela. Dalam bahagian kedua ini aku akan terangkan pula mengapa perlunya mengembara ketika muda dan budaya konformiti sesetengah masyarakat yang menjadikan pengembaraan itu suatu perkara yang mustahil.
Aku akan mulakan dengan pernyataan - tabiat backpacking menjadikan seseorang individu tersebut anti-materialistik dan gemar berkongsi. Seorang backpacker selalunya akan travel-light; cukup buatnya baju dan seluar beberapa helai tanpa barangan keperluan yang lain.
Dengan muatan backpack yang terhad akan menyebabkan mereka tidak membeli belah ketika mengembara malah oleh sebab suasana dormitori di mana setiap backpacker terpaksa berkongsi dorm, jarang seorang backpacker itu mempunyai barangan berharga.
Barangan paling berharga yang boleh didapati - jika ada pun mungkin laptop, iPad ataupun kamera DSLR. Backpacker akan hidup seadanya tanpa memikirkan isu materialistik duniawi seperti kenderaan mewah, rumah yang selesa dan lain-lain perkara sepanjang dirinya mengembara.
Malah perkara menarik tentang hostel-hostel backpacker ialah ianya akan menjadi tempat persinggahan di mana setiap backpacker singgah untuk berehat dan berkongsi pengalaman. Kebanyakan backpacker akan berkongsi laluan yang telah mereka lalui, tambang serta pengalaman menarik untuk dijadikan panduan backpacker yang lain.
MANFAATKAN USIA MUDA
Jeff Goins di dalam makalahnya bertajuk Why you should travel young di Converge Magazine, 26 Jun 2012 menceritakan tentang frasa seperti bagaimana dengan hutang, bagaimana dengan kerja dan bagaimana dengan teman lelaki saya adalah frasa yang akan membunuh semua impian dan niat baik yang kita ada selain menjadikan kita pengecut untuk mengembara.
Ketika membahaskan kata-kata pensyarahnya di kolej, Dr
Eisenhautz yang memberi nasihat di usia mudanya; The habits you form here will be with you for the rest of your life.; Goins menegaskan menyaksikan kata-kata pensyarahnya itu berulangkali. Rakan-rakannya yang gemar minum dan berparti di kolej, kini mempunyai masalah alcoholism. Lelaki dan perempuan yang dahulu gemar tidur bersama, kini mempunyai anak dan perkahwinan yang tidak stabil. Mereka yang tidak mempunyai cita-cita, kini masih bekerja di tempat yang sama.
Aku fikir adalah penting untuk menerap budaya mengembara terhadap golongan muda selaras dengan nasihat Dr Eisenhautz tentang perkara yang kita lakukan di waktu muda adalah refleksi diri kita ketika dewasa. Dengan mengembara di awal usia sekurang-kurangnya
162 Berlari Dari Jogja Untuk Menemukan Si Dia Di Christiana
kita belajar untuk menerima budaya dan perbezaan, meluaskan sudut pandang serta memahami dunia dengan lebih baik.
Ketika berada di celah-celah tube di London, aku terfikir apakah yang bangsa aku buat ketika British mula membuka stesen underground pertama mereka pada 1863; mengapakah Eropah gemar mengambil banyak artifak dari Asia Tengah ketika berada di muzium The Louvre, Paris; mengapakah lulusan Sorbonne seperti Pol Pot dan rakan-rakannya tergamak melakukan pembunuhan kejam terhadap rakyatnya sendiri ketika berada di Killing Fields, Cambodia; dan memahami mengapa Amerika boleh kalah ketika perang selama 19 tahun dengan Vietnam ketika berada di Cu Chi Tunnel, Ho Chi Minh.
BUDAYA KONFORMITI
Kali pertama keluar negara pada 2007 ke Padang dan Bukit Tinggi, aku telah mengembara secara ekstensif kebelakangan ini. Medan dan Danau Toba pada 2009, Surabaya pada 2010, United Kingdom dan Perancis pada 2011, Taipei pada awal 2012, Jakarta, Semarang, Jogjakarta dan Bandung pada pertengahan 2012 dan ketika tulisan ini siap ditulis; aku baru pulang melakukan fastpackers dari Saigon - Can Tho Mekong Delta - Chau Doc Phnom Penh - Siem Reap - Poipet - Aranyaphratep - Bangkok - Surat Thani - Ko Phangan - - - Hat Yai; merentas Vietnam, Cambodia dan Thailand.
Pengalaman aku di Perancis agak pelik kerana aku ke sana sehelai sepinggang; syarikat penerbangan tambang murah EasyJet meninggalkan backpack aku di lapangan terbang London Luton dan hanya mengembalikannya kepada aku pada hari terakhir aku di Paris.
Di lapangan terbang London Gatwick, aku tertinggal pesawat pulang ke Kuala Lumpur kerana terlewat 15 minit. Di Semarang, aku ditinggalkan bas ke Jogjakarta kerana masalah bahasa. Namun itu semua memberi pengetahuan dan pengalaman baharu buat diri aku.
Budaya konformiti ultra-Melayu tidak banyak memberi ruang buat individu yang sudah berkahwin dan mempunyai anak untuk keluar backpacking. Anak muda harus menjadikan pengembaraan sebagai salah satu impian hidupnya disebalik mimpi mempunyai kereta mewah, rumah besar ataupun berkahwin dengan wanita impian.
Bak kata Jeff Goins, kebanyakan orang yang menunggu untuk mengembara dunia - tidak pernah melakukannya. Sebaliknya ramai dari orang yang menangguhkan diri mereka untuk memasuki universiti dan bekerja; masih berpeluang melakukan semuanya selepas mengembara.
Buat anak muda lepasan sekolah dan yang sedang menuntut di universiti - yang belum mempunyai anak; hidup bukan sekadar pointer, CGPA ataupun Pavilion dan MidValley. Di Siem Reap, terdapat hostel dengan katil semurah AS$1 semalam (Garden Village Hostel - 300 meter dari Night Market). Bangun dan lihatlah keindahan matahari terbit di Angkor Wat. Falsafah umum backpackers; travel should be cheaper and longer.
Its the compass; not just the little head ruling the big head,
164 Berlari Dari Jogja Untuk Menemukan Si Dia Di Christiana
though thats part of it. Its the natural instinct of following your heart, your eyes, to move from place to place, country to country, and do what you feel inside, to find out what you feel inside. How can you find yourself if you stay in your country of birth Its important, vital, to stand aside and take a look from a different angle, to look with a fresh pair of eyes.
~ John Harris, The Backpacker