Sistem markah terkumpul.
Sistem mata agregat (absolute value / ranked value).
Bagaimanapun, sistem markah terkumpul kurang digemari oleh kebanyakan hakim kerana bersifat agak tidak adil terutama melibatkan ahli panel yang ramai. Sistem ini sebenarnya banyak digunakan dalam penghakiman pertandingan forum, pidato, dan pesta berbalas pantun. Sistem ini sudah dihapuskan dalam penghakiman debat.
Kaedah pengukuran menggunakan nilai mutlak (absolute value) mungkin akan mencetuskan ketidakadilan kerana mungkin faktor pilih kasih akan berlaku. Ini kerana, julat yang besar mungkin terjadi kerana kebarangkalian sisihan.
Cara terbaik yang sering menjadi pilihan panel hakim ialah menggunakan kaedah ranked value kerana julatnya adalah lebih kecil. Dengan ini, dominasi seorang hakim tidak akan berlaku kerana penilaian dibuat berdasarkan keseluruhan panel, bukannya keputusan monopoli seorang hakim.
Kebiasaannya, hakim yang dilantik untuk memilih juara deklamasi adalah mereka yang pakar dalam bidang ini. Bagi Sayembara Deklamasi Puisi Hari Kebangsaan yang dianjurkan oleh GAPENA, pemarkahan dipecahkan kepada dua bahagian iaitu Suara (60 markah) dan Gaya / Teknik (40 markah).
Suara (60) Gaya
Vokal (15)
Intonasi (15)
Nada (15)
Kelancaran / Artikulasi (15)
Teknik (40)
Mimik muka (10)
Penghayatan (10)
Bahasa tubuh (10)
Penampilan (10)