Mencari Kiblat Cinta - 210
Dia yakin dia mampu membersihkan hidupnya yang dahulu terpalit dosa.

******

Wajahnya benar-benar muram tak bermaya. Letihnya terasa menyengat seluruh tubuh. Kehampaan hatinya menjeruk fikiran. Kali ini dia mengalah. Tiga jam menanti di lapangan terbang, dia seperti si gila yang sedang mabuk kepayang. Menanti sinar di hatinya yang tak kunjung tiba. Nira! Kau benar-benar berjaya membuatkan aku gila!

Papa kenapa ni Melia tiba-tiba menghampirinya. Namun dia tidak mengendahkan anak perempuannya sebaliknya dia asyik memicit-micit kepalanya.

Papa sakit kepala Melly, please..jangan ganggu papa boleh. Balasnya memberi amaran terlebih dahulu pada Melia yang sudah ada aura-aura mahu menganggu fikirannya yang sedang sarat.

Melly tak nak ganggu papa. Melly cuma nak ajak papa makan.

Papa tak lapar.

Tapi mama dah masak ayam goreng rempah kesukaan papa.

Papa kata papa tak lapar Melly. Melly pergilah makan dulu kalau Melly nak, papa nak berehat sekejap. Pintasnya dengan wajah bosan kerana digangggu anak itu. Dengan wajah merajuk Melia beredar dari situ. Meninggalkan Filman yang masih dibebani kekeliruan. Sebenarnya Danira ada balik atau tidak hari ini Hanya itu sahaja yang melekat di fikirannya kali ini.

mama dah masak ayam goreng rempah kesukaan papa. Suara Melia hangat menyentuh gegendang telinganya. Dahi Filman tiba-tiba berkerut. Ayam goreng rempah Mama Matanya tiba-tiba terbuka luas. Tak mungkin! Dia segera bingkas bangun lalu melangkah ke arah ruang makan.

******

Semakin dekat dia dengan ruang makan, semakin jelas dia mendengar suara ketawa ramai sedang berbual-bual di meja makan. Namun antara banyak-banyak suara itu, dia terdengar satu suara yang amat dirinduinya. Dan dia tidak perlu mengambil masa yang lama untuk berfikir, kerana gadis itu tiba-tiba menoleh ke arahnya. Renungan Danira terhadapnya masih sama seperti dulu. Tudung yang dikenakan gadis itu membuatkan wajah Danira lebih berseri dari dahulu.

Betul awak tak nak merasa ayam goreng rempah ni Suara itu hadir, lalu mengejutkan dia yang masih di awang-awangan.

Bila Nira sampai Soal Filman ingin tahu.

Maaf tak maklumkan awak lebih awal Fil. Flight saya delay, sebab tu saya lambat. Ujar Danira lalu melirik ke arah Tengku Amar yang hanya tersenyum mendengar alasannya. Gadis itu tiba-tiba melarikan pandangannya lalu menyambung perbualan yang tidak sempat habis tadi. Filman hanya mampu tercegat tidak keruan. Gerak-geri Danira yang seolah-olah tidak mempedulikannya membuatkan fikirannya berbaur, namun dia tidak mahu melayan sebarang perasaan negatif yang timbul.

Awak marah Entah sejak bila Danira muncul di sisinya ketika dia mengambil angin malam di luar balkoni rumahnya. Dia berpaling ke arah gadis itu namun tidak berkata apa-apa.

Saya tahu awak marahkan saya. Sebab tu awak tinggalkan meja makan dan melarikan diri ke sini kan Duga Danira.

Dah orang tu macam tak nak jumpa saya aje. Biar ajelah saya sorang-sorang kat sini. Balas Filman dengan wajah cemberut, Kata-kata Filman meledakkan tawa Danira. Macam budak-budak pulak dia ni! Namun hati Danira terhibur sejenak melihat gerak-geri Filman.

Maaf Fil, saya ada hal yang nak diuruskan tadi.

Hal apa yang buat Nira tinggalkan saya macam tu aje Filman menyoal ingin tahu. Danira sekadar tersenyum.

Saya ke kubur ayah, umi dan Naufal. Ungkap Danira.

Filman terdiam. Dia tidak menyoal lagi. Memang wajar kalau Danira ke sana terlebih dahulu. Cuma dia tidak faham kenapa gadis itu tidak berterus-terang sahaja dengannya. Dia tentu akan membawa gadis itu ke sana jika Danira memintanya.

Saya tahu awak tentu fikir kenapa saya senyap-senyap pergi ke sana dan tinggalkan awak sendirian di lapangan terbang kan Maaf Fil. Saya ke sana bersendirian sebab saya tak mahu awak tengok saya menangis lagi. Saya fikir saya akan menangis bila berada di situ, tapi rupa-rupanya ia tak berlaku. Danira tersenyum.

Maksud Nira Filman kebingungan.

Saya rasa saya dah cukup bahagia sekarang Fil. Cukup bahagia untuk menangis lagi. Rakaman suara Naufal sentiasa menjadi kekuatan terbesar saya selama ini. Dan bila saya teringatkan awak, sedar tak sedar awak juga adalah kekuatan saya. Satu-satunya orang yang paling banyak memberikan kebahagiaan pada saya selama ini. Saya hargai apa yang dah awak lakukan selama ini Fil. Kalau boleh saya nak tunaikan semua keinginan awak. Ujar Danira.

Kening Filman terangkat. Betul Nira akan tunaikan apa sahaja

Danira mengangguk.

Jadi isteri saya selepas ini

Danira ketawa kecil. Dia mengangguk lagi dengan wajah merah padam.

Saya akan cuba jadi isteri yang baik untuk awak Fil. Dan saya akan cuba jadi mama terbaik untuk Melly. Janji Danira.

bersambung

Bab akan datang:

Adakah Danira telah pun menemui kebahagiaannya