Tapi ada satu benda yang Nira masih belum buat untuk aya. Dah lima tahun saya tunggu tapi Nira tak buat-buat jugak. Sekarang sudah sampai masanya saya tagih janji tu. Ungkap Filman tiba-tiba.
Danira terkedu. Kata-kata Filman gagal difahaminya. Apa janji yang dihamburkannya pada Filman sebenarnya sehingga lima tahun belum jua selesai
Filman tersenyum kecil. Nira ingat lagi yang Nira ada janji untuk buatkan kek pada saya lima tahun dulu Waktu tu saya nak berangkat ke Kuching. Puas saya tunggu, tak juga dapat merasa kek buatan tangan Nira. Gurau Filman.
Dahi Danira berkerut. Kek
Saya rasa kek yang Danira buat mesti sedap rasanya. Lepas saya balik dari Kuching nanti, tolong buatkan untuk saya ya.
Kata-kata Filman suatu ketika dahulu mendadak muncul di fikirannya. Danira mengetap bibir. Alamak! Macamana dia boleh terlupa pula tentang hal yang satu itu. Filman memang pernah memintanya membuat kek untuknya. Dia memandang Filman yang sudah tersengih nakal memandangnya. Melihat lelaki itu sudah menghamburkan tawanya, Danira turut tertawa. Dia sedar Filman sengaja mencanang begitu untuk mengusiknya.
Saya cintakan awak Fil. Saya mahu lupakan segala penderitaan yang pernah saya lalui dan hidup bahagia di sisi awak dan Melly. Bisik Danira sebak.
And I do love you too Nira. Saya janji, saya akan sentiasa membahagiakan Nira seperti yang saya janjikan pada Arwah Aliff. Kita akan hidup bahagia bersama. If forever is not possible, at least I will love you today more than I love you yesterday. Bisik Filman di telinga Danira. Gadis yang akan menjadi suri dalam hidupnya. Dan cinta ini akan diukir dari hari ke sehari bersama manisnya keikhlasan dan harum bunga cintanya untuk Danira. Untuk hidup mereka selamanya.
- TAMAT -