Mencari Kiblat Cinta - 22
Makcik nak cuci longkang kat belakang bangunan sana, nak. Jawab wanita itu.

Kalau macam tu, saya tolong makcik bawa baldi air ni kat belakang ya. Tanpa disuruh dia segera mengangkut baldi yang kini hanya tinggal setengah sahaja isinya. Melihat baldi dan alat-alat cucian itu berpindah tangan, wanita tua itu memandangnya agak lama. Sebentar kemudian, wanita tua itu turut melangkah beriringan dengannya menuju ke belakang bangunan itu.

Terima kasih sebab tolong makcik, nak. Buat susah-susah anak ni aje. Wanita itu tersenyum memandangnya.

Tak apa-apa makcik. Lagipun baldi ni bukannya berat sangat pun.

Anak ni ke mari nak jumpa siapa Datang melawat pesakit Duga wanita itu.

Dia mengangguk. Saya nak lawat umi saya makcik. Ujarnya seraya meletakkan baldi air di tepi longkang di bahagian belakang bangunan pusat rawatan itu.

Dia sakit apa

Dia mengangkat bahu. Sebenarnya dia tidak maklum dengan penyakit ibunya. Lagipun dia sendiri tidak arif dengan penyakit dementia yang disebut oleh doktor yang merawat ibunya. Melihat wajahnya yang bertukar muram, wanita itu memegang bahunya.

Sabarlah ya nak, dugaan hidup ni memang tuhan selalu beri untuk menguji sejauh mana keimanan kita padaNYA. INSYA ALLAH, dugaan macam ni takkan lama. Lepas ni anak akan digantikan dengan kebahagiaan yang hakiki. Ujar wanita itu.

Kata-kata wanita itu membuatkan dia tersenyum sendiri. Senang hatinya mendengar kata-kata wanita itu. Dia sendiri mengharapkan kebahagiaan yang serupa. Tapi alangkah baiknya jika kebahagian yang dicarinya itu merangkumi ibunya sendiri.

Sebaik selesai membantu wanita tua itu, dia segera melewati belakang bangunan pusat rawatan itu menuju ke pintu hadapan. Belum jauh kakinya melangkah, tiba-tiba bahunya ditimpa sesuatu. Dia tunduk ke bawah. Sebelah pasang selipar jepun, mendarat betul-betul berdekatan kakinya. Dia tergaman. Dari mana datangnya selipar ni

Dia memandang di sekelilingnya. Tidak ada sesiapa pun di situ. Dia mendongak pula. Sesusuk tubuh kelihatan sayup-sayup dari bangunan tujuh tingkat itu. Dahinya berkerut seribu. Matanya mengecil ke arah kelibat tidak dikenali di atas sana. Pancaran cahaya matahari yang tegak berada di atas kepala menyukarkan pandangannya.

Beberapa ketika kemudian, dia terdengar bunyi riuh rendah di belakangnya. Dia segera berpaling. Kenderaan-kenderaan yang bersimpang siur melewati jalan di luar pagar pusat rawatan itu kini berhenti di bahu jalan. Mata orang ramai mendongak ke bahagian atas bangunan pusat rawatan itu sambil menjerit-jerit berteriak. Ketika itu juga muncul beberapa lelaki berpakaian serba putih dengan beberapa orang pengawal keselamatan di situ.

Dia yang menjadi saksi keributan di kawasan pusat rawatan itu terpinga-pinga tidak mengerti. Apa sebenarnya yang berlaku

Telefon pihak polis dengan pasukan penyelamat. Sekarang juga! Jerit satu suara tidak jauh dari situ. Salah seorang pengawal keselamatan segera berlari menuju ke suatu arah.

Dik, tolong ke tepi. Dia yang berdiri di tengah-tengah laluan ditolak agak kasar. Namun dia terus terpinga-pinga. Apa sebenarnya yang kecoh-kecoh ni

Kenapa ni

Ada orang nak bunuh diri.

Dia tersentak. Bunuh diri Siapa Dia mendongak lagi. Cuba memandang ke arah sekujur tubuh yang sedang berdiri di lereng bangunan, mengadap ke bawah.

Perempuan tu pesakit kat hospital ni. Suara riuh rendah itu terus bergema di gegendang telinganya. Dia terkejut. Pesakit Serentak matanya terpandang kelibat jururawat bernama Zaitun yang memang dikenalinya. Wajah Zaitun kelihatan cemas sedang menuju ke arah seorang doktor bercermin mata.

Doktor, itu Puan Zahlia dari wad 4D. Dia hilang dari biliknya tadi. Beritahu Zaitun cemas.

Sebaik mendengar nama ibunya meniti dari bibir Zaitun, dia bagaikan terkena renjatan elektrik. Tak mungkin! Tak mungkin itu umi!

Belum sempat rasa gementarnya hilang, tiba-tiba bunyi jeritan yang agak nyaring singgah di gegendang telinganya. Dia mendongak. Namun situasi yang terpapar di hadapan matanya membuatkan tubuhnya keras kejung. Gambaran gelap melintas di kepalanya dalam sekelip mata.

Dari bawah, dia melihat tubuh itu melayang jatuh dari tingkat atas menuju ke bawah. Bunyi hentakan yang agak kuat serta suara jeritan orang ramai membuatkan matanya terbeliak. Wajahnya pucat lesi. Untuk seketika sebahagian dari dirinya seolah direnggut malaikat maut. Jantungnya seperti dirobek keluar. Suaranya seakan menghilang dalam kabus gelap yang menyelimuti pandangannya.

DANIRA bingkas bangun dari tidurnya. Nafasnya dihela kuat. Peluh dingin memercik di dahinya. Astagfirulhalazim! Dia meraup wajah. Dalam beberapa hari ini, dia asyik bermimpi buruk. Dahulu dia bermimpi tentang ayahnya, kini dia bermimpi tentang ibunya pula. Apa maknanya semua ini Kenapa semua kenangan pahit itu kembali di pelusuk fikirannya

Ketenangan hatinya selama ini tercalar sekali lagi. Bagaikan baru semalam dia mengalami semua kejadian-kejadian itu. Imbasan tubuh ibunya yang melayang jatuh dari bangunan pusat rawatan itu masih terbayang-bayang di ruang matanya.

bersambung

Bab akan datang :

Apakah yang menyebabkan Puan Zahlia nekad membunuh diri