PUAN BAINUN pandang Felisha yang mundar-mandir di ruang tamu. Dia menuruni anak tangga mendekati anak gadisnya yang kelihatan agak pucat.
Kenapa ni Jalan sana sini. Macam kucing hilang anak mama tengok. Puan Bainun mula menegur Felisha.
Mamaapa yang Puan Akma cakap kat mama Felisha cepat-cepat tarik Puan Bainun dan duduk di sofa.
Cakap apa
Minggu lepas, dia ada datang kan Felisha merenung mata mama.
Puan Bainun angguk.
Dia ada cakap apa-apa tak
Ada la jugakpasal Sha dan Tajdid. Kenapa Puan Bainun senyum. Ni mesti risau pasal pernikahan la ni.
Ha..pasal tu la. Dia ada cakap nak masuk meminang ke Felisha dah gelisah.
Ada. Dia dah berkenan sangat dengan Sha. Katanya dia nak jumpa Sha. Ada dia jumpa Puan Bainun pegang lembut tangan Felisha.
Felisha mengangguk lemah.
Sha..mama rasa Sha setuju je la. Bukan senang nak cari orang yang sukakan kita. Fariz tu, mama tengok dia
macam tak suka kat Sha. Biarlah kita bernikah dengan orang yang suka kat kita daripada kita suka kat dia. Suami yang mencintai kita, akan bahagia hidup kita nanti. Kalau kita je yang cintakan dia sedangkan dia tak ada perasaan cintakan kita, merana rumah tangga nanti. Sha fikirlah baik-baik. Bukan nak nikah sekarang. Kalau Sha setuju, Puan Akma akan hantar rombongan meminang. Mama bagi masa tiga bulan untuk Sha fikir.
Mamaentahlah. Sebenarnya Sha tak suka sesiapa pun, Tajdid mahupun Fariz. Felisha tunduk. Apa yang diberitahu mama tadi memang ada benarnya. Ramai teman satu universiti dulu yang bernikah tapi sudah pun porak peranda rumah tangga. Bila cinta hanya sebelah pihak terutama pihak isteri, suami dengan suka hati cari orang ketiga.
Habis tu, Sha nak tunggu sampai Sha jatuh cinta Macam tu Puan Bainun merenung anak gadisnya yang sudah tunduk. Sugul.
Mama..Sha tak nak hancurkan harapan orang. Kamaliadia harap sangat Tajdid tu jadi suaminya. Mereka berdua satu universiti dulu masa di Jordan. Sha rasa Kamalia lebih layak untuk Tajdid. Felisha turut merenung wajah mama.
Kamalia
Felisha angguk. Sha dah cerita pada Puan Akma tentang hal tu. Nampaknya dia tak paksa Sha nikah dengan Tajdid.
Mana Sha tahu Puan Bainun berkerut kening memikirkan hal anak muda sekarang ni.
Kebetulan Kamalia tempah bunga dari Sha dan dia undang Sha ke majlisnya hari tu. Masa tulah dia mengaku yang dia dan Tajdid dah berjanji nak mengikat tali pertunangan bila kembali ke tanah air. Kebetulan masa tu jugak, Tajdid ada sama dalam majlis tu. Sha tak nak jadi batu penghalang. Sha faham perasaan Kamalia. Felisha tunduk.
Tapi mengapa Tajdid tu beria nak meminang Sha Puan Bainun dah bingung.
Felisha hanya jongket bahu.
Habis tu Sha macam mana Puan Bainun dah mula rasa serba salah. Hajat kawan baiknya terpaksa ditolak kalau benar Kamalia tu bakal isteri Tajdid.
Mama cakap jelah kat Puan Akma macam tu. Lagipun, jodoh tu kan hanya Allah yang tahu. Kalau jodoh Sha dengan Tajdid, tak ke mana jugak nanti. Felisha pujuk mama.
Emmdua hari lepas, Puan Suraya ada telefon mama. Dia pun nak datang merisik. Pening la mama. Cuba Sha cerita dengan mama, mana satu yang Sha suka ni Tajdid ke Fariz Puan Bainun dah bingung. Tak sampai hati nak menolak hasrat Puan Suraya juga. Terpulang pada Felisha.
Puan Suraya nak datang merisik Felisha menelan liur. Tergamam.
Ya la tapi mama beritahu yang Sha nak minta masa untuk berfikir sebab mama tahu Puan Akma pun berharap juga..haih..pening dah mama fikir hal ni..Puan Bainun mengeluh.
Entahlah mama. Sha pun dah bingung ni. Puan Suraya je yang beria tapi Fariz langsung tak ada hati kat Sha.. Suara Felisha dah kendur.
Hmm..kalau dah macam tu, mama rasa terima je la Tajdid tu. Tajdid tu suka kat Sha. Puan Bainun pujuk Felisha.
Nantilah Sha fikir mama Felisha bingkas bangun.
Nak ke mana Tak makan kat rumah mama ke Puan Bainun turut bangun.
Sha ada hal tengah hari ni. Tengoklah, kalau sempat Sha balik, Sha singgah rumah. Sha pergi dulu mama! Felisha cium tangan dan kedua pipi Puan Bainun.
KERETA Felisha mula membelah kesibukan kotaraya menuju ke destinasi. Sesekali dia melihat melalui cermin pandang belakang. Mana tahu lelaki semalam mengekorinya lagi. Kalau memang lelaki tu mengikutnya, dia tak akan teragak-agak buat laporan polis.
Hmmmana dia ni Kereta Felisha membelok memasuki laman masjid yang luas. Masjid wilayah yang sememangnya terkenal di Kuala Lumpur selain masjid negara.
Keretanya diparkir di tempat letak kereta sementara menunggu Fariz tiba. Puas menunggu, Felisha dengar pula lagu dari corong radio.
Mendengar celoteh DJ radio cukup untuk menghiburkan hatinya tika ini.
Haih..manalah mamat ni. Nak jumpa aku sangat! Dia sendiri yang tak tepati masa. Dahlah kat masjid. Nasib baik hari ni aku pakai baju kurung.
Kalau tak kena sindir sebakul nanti! Felisha jeling jam di pergelangan tangan. Sudah lima belas minit berlalu. Janji jam dua belas.
FARIZ meletak keretanya di depan masjid. Mesej yang diterima dari Felisha dibaca lagi.
Minah bunga ni nak jumpa aku buat apa lagiFariz menapak keluar dari perut kereta. Dia jenguk sekitar masjid dan tempat letak kereta. Jelas dia melihat kereta Honda Accord milik Felisha tersadai selang tiga buah kereta dari keretanya. Perlahan dia menapak ke arah kereta Felisha.
Hoi! Ada apa awak nak jumpa saya kat sini Fariz ketuk cermin kereta Felisha.
Amboi! Sedapnya bahasa! Panggil orang hoi, hoi! Apa tak ada nama ke Felisha turut keluar dari kereta.
Awak nak apa Fariz buka kaca mata hitam dan disangkut di poket baju.
Bukan awak ke yang nak jumpa saya Hal penting apa yang awak nak beritahu Felisha sandar di keretanya.
Sebenarnya siapa nak jumpa siapa ni Saya tak faham! Fariz pandang Felisha atas bawah. Huh! Tahu pulak pakai sopan minah bunga ni.
Yang awak tengok saya macam tu kenapa Felisha turut melihat baju kurung yang dipakainya. Ada koyak ke apa
Awak pakai macam nidah insaf ke Fariz senyum sinis.
Felisha mengetap bibir. Memang mamat ni tak sayang mulut! Kalau aku bawa bunga tadi, dah sah-sah aku sumbat mulut dia ni dengan bunga tu! Ergghhhhh!!!
Awak nak jumpa saya ni kenapa Suara Felisha sudah meninggi. Geram!
Saya Bukan awak ke yang hantar mesej kata nak jumpa saya Fariz berpeluk tubuh.
Awak dulu yang hantar mesej tu! Tuduh saya pulak! Kalau tak ada hal penting, saya nak balik! Felisha mula buka pintu kereta.
Nanti! Cakap sikit nak melenting! Nilah perempuan! Bukan nak bawa berbincang. Fariz menahan Felisha dari membuka pintu kereta.
Nak bincang apanya Felisha dah melenting. Selamba je tuduh aku!
Kenapa awak tak mengaku saja yang awak tergilakan saya dan nak nikah dengan saya kan Fariz tenung Felisha yang sudah menyinga.
Cantik jugak dia ni
Berapa kali saya nak mengaku Bukan dulu saya dah mengaku Apa awak tak puas hati lagi Tak percaya
Geram Felisha sudah ke tahap gunung berapi nak meledak. Alang-alang dah berlakon, biar aku berlakon sampai menang anugerah!
Fariz senyum.
Kenapa awak senyum Ingat saya main-main ke Felisha sengaja tenung Fariz. Ah! Kenapa dengan aku ni Dah kemaruk sangat ke nak Fariz ni jatuh cinta dengan aku
Hmmawak pakai baju kurung ni kerana saya tegur awak hari tu ke atau ikhlas kerana Allah Fariz pandang lagi Felisha atas bawah.
Itu urusan saya! Kalau awak tak ada hal penting, saya nak balik. Felisha tepis tangan Fariz yang melekat pada pemegang pintu keretanya.
Wei! Batal wudhuk aku! Haram! Fariz sapu tangannya. Selamba je minah ni sentuh tangan aku.
Felisha mengetap bibir. Pandai pulak kata haram, dulu dia selamba dek je pegang tangan aku, halal ke tu
Ni..baca ni! Fariz hulur telefon bimbitnya pada Felisha.
Pulang ke KL nanti, kita jumpa di tempat kita mula bertemu dulu. 20 Februari, jam 12 tengah hari
Bila saya hantar kat awak Felisha sudah bingung. Bila masa aku hantar mesej kat dia ni
Tengoklah betul-betul! Tu..awak hantar masa dalam perjalanan ke KL dari kampung dulu. Awak yang hantar, pura-pura tak ingat. Nak jumpa sangat tapi tak reti nak mengaku! Fariz mencebik.
Tapisaya tak pernah hantar mesej macam ni kat awak.. Felisha garu kepala. Dia turut tunjuk mesej yang dihantar oleh Fariz.
Hmm Fariz mengusap dagunya.
Saya nak balik. Felisha masukkan semula telefon bimbitnya ke dalam beg tangan.
Nanti! Dah azan tu! Solat dulu! Sekali lagi Fariz menahan Felisha.
Err.. Felisha tunduk. Hish! Dia ni buat malu aku je.
Solat jemaah lebih besar pahalanya. Dah ada kat masjid ni, elok kita berjemaah. Fariz senyum. Dia tenung Felisha yang masih tercegat di tepi kereta.
Nak tak nak, terpaksa Felisha menapak ke masjid. Memang dia tak pernah berjemaah di masjid. Apatahlagi waktu zuhur dan asar. Pernah beberapa kali dia berjemaah waktu maghrib dan isyak hanya di hujung minggu. Itupun kebetulan lalu di depan masjid dan sudah masuk waktu.
BALIK dari berjumpa Felisha, Fariz terus ke pejabat semula. Dia senyum sendiri. Perjumpaannya dengan Felisha sebentar tadi nampaknya memang sengaja dirancang seseorang. Persoalannya, siapa yang rancang semua tu
Hmm..bijak juga kau ya. Tapi bila pulak aku hantar sms kat dia tu Fariz sengih. Dia pusing-pusing kunci kereta sambil berjalan menuju ke bangunan pejabatnya.
Riz!
Fariz menoleh. Tajdid sudah tersenyum sambil melambai ke arahnya.
Taj! Kau tak mengajar ke Fariz turut melaung.
Kelas aku sampai tengah hari je hari ni. Kau dari mana ni Tajdid bersalam dengan Fariz.
Aku ada hal sikit tadi. Kau nak ke mana Fariz tepuk bahu Tajdid.
Nak jumpa sepupu sendiri pun tak boleh ke Tajdid sengih.
Fariz ketawa. Mereka bersama berjalan ke arah restoran yang terletak di tingkat bawah bangunan pejabat Fariz.
Macam mana kau boleh minat mengajar ek Fariz pandang Tajdid yang sudah bersandar kekenyangan sambil meneguk jus tembikai.
Entahlah..masa aku belajar kat Jordan dulu, aku ingat nak kerja pejabat bila tamat belajar tapi bila aku sambung belajar sampai PhD ni, rasa nak mengajar pulak. Tambah pulak mama aku yang beria nak aku jadi pensyarah. Tajdid mengurut perutnya yang dah penuh. Nasi kukus ayam goreng berempah habis satu pinggan.
Fariz angguk-angguk.
Kau pulak Macam mana kerja kau Okey Tajdid meneguk pula kopi ais.
Aku sebenarnya suka kerja sendiri tapi kau tahulah papa aku tu. Dia lebih suka aku tolong dia kat pejabat dia tu. Yalah..walaupun syarikat papa aku tu tak besar mana, banyak jugak projek besar masuk. Jadi aku kenalah tolong. Fariz senyum kelat.
Aku nak tanya kau sikit tapi ni tak ada kaitan dengan kerja. Kau rasa pilihan keluarga boleh bahagia ke
Tajdid senyum sebaik mendengar pertanyaan Fariz.
Kenapa kau senyum Fariz teguk lagi jus epal dalam gelas besar.
Kau dah nak nikah ke
Tak ada lamama aku, sibuk nak suruh aku nikah cepat. Calon pun dah ada. Tutur Fariz bersahaja.
Calon tangkap muat tu ke Usik Tajdid.
Sort of..
Selalunya kalau pilihan keluarga, pernikahan tu akan berkat dan diredhai. Cuma kedua belah pihak kenalah bertolak ansur. Cuba memahami sikap masing-masing. InsyaAllah, bahagia. Tajdid senyum lagi. Teringat kisah dirinya sendiri di bumi Jordan. Dia sendiri masih tidak dapat terima. Memang benar.kata-kata tidak sama dengan merasa..
Kau memang tak suka ke kat perempuan tu Tambah Tajdid bila melihat riak Fariz yang tidak teruja.
Tak adalah sampai aku benci tapi yalah..aku rasa macam tak ada umph kalau tak ada perasaan cinta ke, sayang ke. Rasa hambar Keluh Fariz. Jus epal diteguk sampai habis.
Hmm..cinta tu boleh dipupuk, sebelum atau selepas nikah. Kau tengok, ada yang bahagia sampai akhir hayat walaupun tak pernah bercinta sebelum nikah. Banyak contoh orang-orang tua dulu. Macam kawan aku, dia nikah dengan perempuan pilihan keluarganya sebelum bertolak ke Jordan. Bahagia aku tengok. Tajdid teringat kawan satu kampus semasa belajar di Jordan dulu. Dia menelan liur lagi. Nasihat untuk Fariz sudah dirasakan seperti bagai angin lalu. Itu juga yang sepatutnya dia lakukan tapi
Fariz hanya diam. Dia sandar di kerusi.
Jadi kau terima ke pilihan mama kau tu Tajdid pandang Fariz yang kelihatan buntu.
Entahlah..mama aku je yang beria. Aku..entah.. Fariz jongket bahu.
Tajdid diam. Berfikir apa yang dialami Fariz sebenarnya lebih kurang dengan kisah dirinya sendiri.
Kalau kau berada di tempat aku, apa kau akan buat Fariz cuba memancing jawapan dari Tajdid.
Kalau aku, aku akan cuba mengambil hati perempuan tu dan cuba menyelami hatinya dan pupuk rasa sayang. Kalau rasa tu masih tak ada, aku cuba berterus terang dengan dia. Kalau dia pun tak ada rasa macam tu, aku rasa elok lupakan saja pernikahan tu. Buat apa nak teruskan kalau masing-masing berkeras dengan perasaan sendiri. Huru hara nanti rumah tangga.
Tapi apa yang kau beritahu ni sebelum nikah. Let say, kau kena nikah jugak. Yalah..tak nak lukakan hati mak bapak, kau rasa rumah tangga boleh bahagia ke Fariz masih tak puas hati dengan jawapan dari Tajdid.
Bila kau dah nikah tu, maknanya kau dah tekad dan terima perempuan tu dengan hati terbuka. Nak tak nak, kau dan dia kenalah menyelami hati masing-masing. Dah jadi suami isteri. Takkan nak runtuhkan masjid pulak. Masa tulah kau dan isteri kau kena berkorban dan cuba menyayangi antara satu sama lain. Percayalah bila kau cuba menyemai rasa sayang dan cinta pada perempuan yang sudah sah menjadi hak kau, itu lebih manis sebenarnya dan lebih berkat. Tak ada lagi halangan untuk kau ambil hati dia. Maksud akutak ada batas dari segi halal haram. Kau nak peluk ke, cium ke..atau lebih dari tu pun boleh. Itu salah satu cara nak menggoda pasangan dan ambil hati dia. Tajdid lihat riak Fariz yang sudah berkerut kening.
Huih! Kau ni macam dah pernah rasa je semua tu Usik Fariz.
Tajdid hanya senyum kelat. Dah kena batang hidung sendiri..telan jelah.
Eh, dah nak dua setengah ni. Aku masuk ofis dulu. Kau nak ikut aku ke ni Fariz bingkas bangun.
Tak apalah. Dah jumpa ni. Aku ingat nak jumpa seseorang lepas ni. Tajdid turut bangun.
Kalau macam tu, aku masuk ofis dulu. Fariz bersalam semula dengan Tajdid.
Fariz hanya memerhati Tajdid meninggalkan bangunan pejabatnya menuju ke tempat letak kereta.
Eh, tu macam Melissadia cakap dengan siapa Fariz jenguk ke arah seberang jalan. Kelihatan Melissa dan seorang lelaki berkaca mata hitam sedang asyik berbual. Ah..bukan masalah aku. Dia terus menapak ke pintu lif.
Hai Riz!
Fariz menoleh. Dia menelan liur. Melissa sudah menapak ke arahnya. Laju Fariz menekan butang lif. Dia cepat-cepat melangkah masuk sebaik pintu lif terbuka.
Nanti! Melissa sempat menghalang pintu lif dari tertutup. Dia terus melangkah masuk.
Apa hal ni Fariz sudah merasa kurang selesa.
Riz, kenapa dengan you ni Dulu you tak macam ni. Sekarang ni you asyik nak mengelak je bila nampak I. Sombong sekarang! Melissa mengetap bibir.
Bukan sombong tapi sejak dulu lagi saya dengan awak tak ada apa-apa. So, buat hal masing-masing. Fariz berpeluk tubuh.
Riz..tolonglah fahami hati I. Sejak dulu, I suka dan cintakan you. Apa teruk sangat ke I ni sampai you buat macam ni kat I Melissa tarik tangan Fariz yang pandang ke arah lain.
Fariz tidak menjawab. Dia terus menapak keluar sebaik pintu lif terbuka. Melissa turut membuntuti Fariz ke pejabat.
Eh, awak ikut saya ni kenapa Tak kerja ke Fariz berhenti melangkah. Melissa dipandang seketika. Masih seperti dulu, dengan rambut agak perang dan skirt paras lutut dan baju agak sendat.
RizI cuma nak you faham. I tak pernah pandang lelaki lain selain you. I love you so much. Melissa merayu.
Just stop it! Theres nothing between us. Nothing!! Fariz sudah bengang. Memang sejak dulu dia tidak pernah menganggap Melissa sebagai kekasih.
Tapi.. Melissa mengesat air mata. Rayuannya sia-sia.
Tak ada tapi tapi. Sekarang ni saya banyak kerja. And I guess awak pun ada kerja jugak kan Fariz menapak semula ke arah pintu pejabat meninggalkan Melissa terkebil-kebil di situ.
FARIZ henyak tubuh di kerusi. Kedatangan Melissa cukup membuat hatinya panas. Memang Melissa tidak pernah serik merayu dan menagih cintanya.
Eii! Gila ke apa minah tu! Aku dah terang-terang tolak cinta dia, dia buat dek je. Muka seposen! Minah bunga tu pun mengaku jugak cintakan aku tapi aku tengok tak adalah dia merayu-rayu macam Melissa tu. Pening weh!!! Fariz garu kepala. Fail dari projek yang diterima semalam dari papa masih tidak terusik. Fail itu dibuka dan dibaca sekilas.
Siapa pulak sms aku ni Fariz jeling telefon bimbit di atas meja.
Hmmminah bunga ni lagi. Fariz senyum.
Bila nak pulangkan duit saya
Fariz sengih. Entah kenapa bila bersembang atau bersms dengan Felisha hatinya rasa senang.
Aku ni dah suka kat minah bunga ni ke
Mesej Felisha dibalas.
FELISHA cepat-cepat baca mesej yang dibalas Fariz.
Kenapa masa jumpa tadi tak minta
Geramnya aku! Takkan aku nak minta banyak kali. Patutnya dia yang kena beri kat aku masa aku setuju ikut dia balik kampung dulu. Felisha hempas telefon bimbitnya atas meja. Buku pesanan dibelek kasar.
Kak Sha! Ada surat untuk akak! Ainul menghulurkan sepucuk surat.
Felisha buka sampul surat biru yang dihulur Ainul tadi.
Kakkenapa kak Ainul mula duduk di depan Felisha. Muka Felisha sudah berubah. Pucat.
Tahu tak siapa yang hantar Felisha belek sampul surat yang tidak bersetem.
Entahlah kak. Saya jumpa di bawah pintu masuk kedai tadi. Saya pun pelik. Ainul mula berkerut kening.
Err..apa yang ditulis dalam surat tu kak Ainul cuba intai isi kandungan surat tadi.
Felisha hulur kepada Ainul. Dia mula menekup muka.
Ainul baca satu persatu ayat yang ditulis dalam surat tu.
Hidup kau dalam genggaman aku. Aku nak kau hancur!
Siapa ni kak Kenapa dia ugut akak macam tu Ainul turut cemas.
Felisha geleng. Dia sendiri bingung. Belum habis lagi dengan kes lelaki mengekorinya, sekarang ni timbul pula surat ugut macam tu.