Arissa Daniel - 22
BAB 22

MUKANYA disembamkan ke bantal. Arissa menangis semahunya. Masih jelas dia melihat sinar mata Daniel tadi. Arissa bersandar di kepala katil. Terngiang di telinganya kata-kata Daniel. Lelaki itu meminta maaf. Ya maaf!! Dan yang pasti, ayat terakhir lelaki itu cukup menyeksa jiwanya.

Why.. Suara Arissa sudah sebak. Tersekat-sekat.

Arissa bangun perlahan. Dia belum solat lagi. Dia pandang jam waktu tempatan. Sudah menghampiri tengah malam. Dia menapak ke bilik air.

Usai solat, Arissa masih berteleku di sejadah. Perjalanan hidupnya sudah terasa pelik. Bertemu dan jatuh cinta dengan lelaki yang merogolnya!

Dan dia pula mengambil keputusan bernikah dengan lelaki lain tapi semuanya juga sudah hancur. Adam ternyata bukan merosakkan dirinya tapi juga pernikahannya. Tuah pula bagai sepi tanpa berita. Hilang entah ke mana. Biarlah. Tuah mungkin tidak boleh terima semua itu. Dia pandang sekitar bilik hotel. Bilik hotel yang pernah dihuni bersama Nelissa dulu ketika sama-sama bercuti ke situ masih seperti dulu. Hampir seminggu dia berada di situ. Ada juga dia bertanya orang sekitar alamat yang diberi arwah ayah dulu. Tidak ada seorang pun yang tahu di mana alamat itu. Sempat bawa foto ibu sekali dan juga ditunjukkan sekali ketika bertanya. Nampaknya percutiannya kali ini juga tidak membuahkan hasil.

Quran kecil yang dibawa bersama mula dibuka. Perlahan Arissa mengalunkan ayat-ayat Allah yang maha suci. Jiwa mula tenang. Benarlah dengan mengingati Allah, hati akan tenang.

Teringat tazkirah dari ustazah Waddah semasa di UK dulu, semua ayat Allah adalah zikir. Membaca Al-Quran dikira sebagai berzikir dan zikir membaca Al-Quran lebih afdal dan utama daripada zikir-zikir yang lain. Oleh itu membaca Al-Quran adalah sebagai ibadat tetapi tidaklah melebihi daripada ibadat-ibadat yang wajib.

Arissa buka telekung. Quran kecil diletakkan semula di dalam poket beg pakaian. Dia menapak ke katil. Bantal dipeluk erat. Benaknya masih memikirkan kejadian semalam.

Dia cintakan aku Pergi mampus kau Adam!! Arissa menjerit kuat. Berkali dia menampar pipinya sendiri. Tidak mahu percaya kata-kata Daniel. Ucapan dari mulut lelaki seperti Daniel dirasakan hanyalah satu helah untuk mendapat tubuh perempuan!

Jijik!! Arissa menekup muka dengan bantal. Geramnya sudah semakin meledak.

PAGI lagi Arissa menapak ke bandar Seoul. Percutiannya sudah pun berakhir. Dia menaiki bas dan tren menuju ke lapangan terbang Incheon Seoul dari Pulau Nami.

Tiba di lapangan terbang, Arissa segera ke kaunter check in. Tadi dia sudah tersangkut dalam perjalanan ke lapangan terbang. Tergesa-gesa Arissa menuju ke kaunter. Beg pakaiannya ditarik laju. Dalam suasana sibuk di lapangan terbang itu, dirasakan langkah kakinya sudah tersekat-sekat. Terpaksa rempuh orang yang lalu lalang di situ.

Err..sorry! Bianhae! Arissa meminta maaf. Dia segera berlari ke kaunter.

Zaki menoleh. Dia hanya melihat gadis itu terkocoh-kocoh berlari. Nampak tergesa-gesa. Hmm..pandai juga dia ni berbahasa Korea. Nasib baik aku ni faham.

Eh, itu macam gadis yang Daniel tegur hari tu... Zaki berkerut kening. Memang sah! Tak syak lagi. Dia terpandang sesuatu di kakinya. Sekeping foto dicapai dari situ.

Hmm..foto siapa pulak ni Zaki perhati foto lama seorang perempuan yang agak berumur. Seperti wanita Korea. Dia masukkan ke dalam poket.

Tadi dia baharu saja menghantar Daniel menaiki pesawat pertama ke Kuala Lumpur. Tak sangka dapat bertemu semula dengan gadis itu yang juga turut pulang ke Kuala Lumpur pada hari yang sama tapi sayang penerbangan pesawat gadis itu tidak sama dengan Daniel. Kalau tidak, tentu mereka berdua akan bertemu sekali lagi di situ.

Zaki memandu perlahan ke Myeong dong. Di benaknya sarat dengan persoalan hubungan Daniel dengan gadis tadi.

Hmm..siapa nama dia eik Zaki tepuk dahi. Telah banyak perkara dibualkan dengan Daniel tapi sampai sekarang dia lupa bertanya siapa nama gadis itu.

TIBA di apartment, Zaki mula berehat di sofa. Ibunya sibuk menyediakan sarapan. Tadi, Daniel terpaksa keluar awal. Takut tertinggal flight. Ada urusan penting katanya sebab itu dia ambil penerbangan awal ke Kuala Lumpur.

Omma..masak apa hari ni Zaki senyum.

Masak nasi dan ikan unagi bakar dengan sos tiram. Fatimah turut senyum. Zakilah satu-satunya saudara yang dia ada sekarang ni.

Omma...kita pergi Kuala Lumpur nak Zaki mula ajak ibunya ke Malaysia.

Fatimah diam. Sudah hampir dua puluh tahun dia tidak jejakkan kaki ke bumi Malaysia. Dan sekarang Zaki mengajaknya pula.

Omma...saya pun teringin nak jumpa ibu kandung saya di sana. Zaki peluk ibunya.

Fatimah senyum kelat. Kemesraan Zaki sedikit sebanyak mengubat hatinya yang rindu pada anak kandungnya sendiri yang sudah lama tidak berjumpa. Zaki, anak susuannya semasa di Malaysia dulu. Masa itu Zaki berumur lima bulan dan ketika itu anak kandungnya sendiri masih dalam perut. Bermakna dia dan Zaki sudah tidak ada batas aurat. Dia pernah bertanya kepada seorang ustaz dulu semasa di Malaysia berkenaan hal itu. Menurut ustaz itu, apabila seorang wanita menyusui seorang bayi dengan lima kali susuan yang mengenyangkan dan bayi itu belum berumur dua tahun, maka bayi itu menjadi anak susuannya. Anak susuan menjadi mahram ibu susuannya anak kandungnya.

Ada dalil dalam al Quran untuk anak susuan, dari surah Al-Baqarah ayat 233 : Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, yaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan.

Ibu Zaki menghilangkan diri sejak ditinggalkan ayah Zaki. Sejak itu dia nekad bawa Zaki sekali ke Korea dengan bantuan seorang kenalan dan alhamdulillah, rezeki mereka berdua murah. Ketika itu Zaki berumur lapan tahun. Zaki membesar dan bersekolah di Seoul sampai fasih berbahasa Korea. Zaki akhirnya menamatkan pengajian universitinya juga di Seoul. Zaki bekerja di sebuah syarikat milik seorang kenalan ayah Zaki dulu selain diberi tempat berteduh. Kebetulan bos Zaki perlukan seorang penterjemah bahasa dan pemandu di sana. Sejak itu Zaki diberi kepercayaan untuk mengendalikan sebuah syarikat kecil milik Daniel.

Zaki..omma pun tak tahu kat mana dia sekarang ni. Kalau alamat terakhir dia tu..dia berada di Pahang. Fatimah mula mengingati semula kata-kata ibu Zaki dulu. Masa itu dia berada di Kuantan, Pahang.

Boleh tak kita pergi ke Kuala Lumpur Zaki pujuk lagi. Memang dia tahu berat hati ibunya untuk melangkah semula ke bumi Malaysia. Bukan dia tidak ingat pada anak kandungnya tapi dia tak mahu mengingati semula kisah pahit yang pernah menjengah dalam hidupnya dulu. Kisah sedih seorang saudara baru seperti ibunya masa itu yang ingin mengenal Islam tapi dikhianati kekasih hati yang tidak bertanggungjawab.

Boleh tak Sekali lagi Zaki bertanya dengan suara manja.

Fatimah senyum. Dia mengangguk perlahan.

Zaki melompat gembira.

Fatimah ketawa mengekek. Itulah gelagat Zaki sejak kecil.

Err..apa ni Fatimah pandang foto yang jatuh atas lantai.

Zaki turut pandang foto itu. Oh..ini foto yang Zaki jumpa kat airport tadi. Ada seorang gadis tadi tergesa-gesa. Foto ni milik dia agaknya. Zaki capai foto itu dan dimasukkan ke dalam poket semula.

Fatimah senyum. Oh..dah mula kenal gadis anak bujang aku ni..

Zaki..omma tanya sikit boleh

Apa dia

Zaki dah suka kat gadis tu ke Usik Fatimah.

Eh omma ni! Gadis tu girlfriend bos Zaki la! Zaki ketawa mengekek. Terasa lucu dengan pertanyaan ibunya tadi.

Girlfriend Tapi kenapa dia tak kenalkan kepada kita Kenapa tak ajak datang sini Fatimah agak terkejut. Tak sangka Daniel sudah mula serius dengan perempuan. Dari cerita Zaki, Daniel seorang yang suka berfoya-foya.

Hmm..sebenarnya gadis tu seorang muslim. Bos Zaki tak tahu nak mula macam mana. Dia sendiri masih tercari-cari siapa dirinya. Zaki nak juga tolong dia tu bernikah dengan gadis tu. Nampak jelas bos Zaki tu cintakan gadis tu tapi... Kata-kata Zaki terhenti di situ.

Tapi kenapa

Zaki pandang ibunya yang begitu beria nak tahu kisah cinta Daniel.

Gadis tu macam benci padanya. Zaki rasa ada sesuatu yang tak kena.. Zaki mula mengingati semula kejadian di Pulau Nami.

Tak kena

Zaki angguk.

Apa yang tak kena

Zaki sempat dengar gadis tu kata Daniel telah merosakkannya. Entahlah mungkin Zaki silap dengar.. Zaki tak nak berkata benda yang samar.

Fatimah tergamam. Dia faham kalau gadis itu benci pada Daniel. Itulah yang dia lalui dulu sehingga dia didapati hamil. Sampai saat ini, lelaki itu tidak tahu yang dia telah hamil dan melahirkan anak seorang diri. Alhamdulillah, ada seorang lelaki yang sudi mengambilnya sebagai isteri.

Zaki..omma rasa elok kita tolong bos Zaki tu. Dakwahlah pada dia supaya dia diberi hidayah oleh Allah dan tidak tersesat. Omma kasihan pada gadis tu. Dia jadi mangsa dalam hal ni. Fatimah mula sugul.

InsyaAllah omma. Zaki dah beri hadiah terjemahan Quran pada bos Zaki sebelum dia bertolak ke Kuala Lumpur. Zaki senyum.

Fatimah turut senyum.

Mereka berdua mula menikmati sarapan. Selesai sarapan, seperti biasa Zaki akan jenguk pejabat sekejap. Sempat dia belek fail untuk bisnes terbaru Daniel dalam bidang kosmetik.

Hmm..siapa gadis tu sebenarnya Zaki teringat foto yang dijumpai di lapangan terbang tadi.

Hmm..ni foto siapa pula Apa kaitan foto ni dengan gadis tu Zaki garu kepala. Dia kemudian menyambung semula membuat kerja pejabat.

Foto itu disimpan semula dalam poket seluar.