RUPANYA tanpa pengetahuan Nurul, Iwan sering melawat Anis. Lelaki itu juga mem-berikan bermacam-macam hadiah buat Anis. Itupun apabila Nurul mendesak Anis bertanyakan siapa yang beri barang-barang itu semua.
Kata Anis, Iwan juga membawanya pergi menjalani rawatan. Di sana, Iwan mengajar Anis berjalan dan melakukan terapi pada kakinya. Nurul hairan dengan cerita-cerita Anis.
Bermacam-macam persoalan mengganggu fikiran. Setahunya, tidak sekali pun Iwan menyatakan hal-hal rawatan kaki Anis. Iwan hanya menceritakan tentang kegembiraannya berjumpa Anis.
Nurul mula merasakan ada sesuatu yang cuba dirahsiakan oleh Iwan. Petang itu, lewat senja mereka bertemu di Taman Tasik Titiwangsa. Agak sukar untuk Nurul membuat temujanji dengan Iwan. Entah kenapa, keengganan Iwan menemuinya seakan menjadi titik tolak kepada sebuah rahsia.
Iwan, Anis kata awak selalu melawat dia. Betulkah
Nurul memulakan bicara. Seeloknya dia tidak mahu terus bertanyakan soalan yang begitu menyesakkan dada. Dia takut jika Iwan sengaja bermain tarik tali. Iwan mendiamkan diri. Langsung tidak menunjukkan reaksi untuk menjawab pertanyaan Nurul. Dia mula risau.
Iwan, saya tanya awak ni, kan
Hmm....
Nurul berpaling melihat wajah Iwan. Itu saja Itu sajakah jawapannya
Kenapa Tak boleh ke saya berjumpa Anis
Boleh. Cuma saya hairan. Selalunya kalau awak nak lakukan sesuatu, awak akan beritahu saya. Lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan Anis. Bukan tu saja, Anis ada kata yang awak selalu bawa dia buat rawatan kaki di hospital. Mengapa awak lakukan ini semua tanpa pengetahuan saya Siapa saya pada awak Siapa Anis pada awak
Nurul melontarkan segala keresahan yang membelenggu. Rasa agak tenang setelah dapat meluahkannya di hadapan Iwan.
Iwan menggengam erat kedua tangannya. Keresahan jelas terpamer di wajah lelaki itu. Sebenarnya... saya seorang doktor. Nurul melopong.
Saya doktor, Nurul. Iwan mengulangi katakatanya semula setelah melihat Nurul hanya mendiamkan diri.
Nurul sekadar mengangguk.
Saya mahu sembunyikan hal ini daripada awak. Niat saya ikhlas mahu membantu Anis. Ingat tak, dulu masa kita bertemu di pantai, awak menyatakan rasa kecewa dan sedih mengenangkan nasib Anis. Dan saya ada menyatakan yang suatu hari nanti Anis mampu berjalan semula. Saya katakan dengan penuh yakin pada awak.
Nurul kembali mengingati kata-kata Iwan da hulu. Ya, memang benar. Lelaki itu pernah mengatakan Anis akan mampu berjalan dan menge capi kehidupan remajanya dengan riang.
Mengapa perlu menipu saya
Tidak. Saya tak menipu awak, Nurul. Dalam Islam, apabila kita bersedekah tangan yang memberi eloklah tidak dilihat oleh tangan yang lagi satu.
Perlukah awak bertindak begini Apa salahnya saya mengetahui niat awak Dulu sibuk berjanji mahu sama-sama susah dan senang tapi siapa sekarang yang memungkiri janji
Ternyata Nurul tidak mampu memadamkan api kemarahannya. Gadis itu sebenarnya tidak marahkan Iwan, dia cuma tidak suka ditipu.
Maafkan saya, Nurul. Saya salah....
Iwan, kita sama-sama dah dewasa. Dah matang. Kita bukan budak-budak. Dulu saya pernah tersilap memilih jalan hidup, namun syukur Allah
masih menyayangi saya. Saya terselamat dari kedaifan saya sendiri. Mungkin awak didatangkan oleh Tuhan untuk membantu saya. Oleh itu, saya berharap sangat, janganlah simpan sesuatu daripada saya. Saya terlalu mempercayai awak. Jangan hilangkan kepercayaan saya pada awak.
Baiklah, maafkan saya, Nurul. Saya berjanji perkara ini takkan berlaku lagi. Saya menyayangi awak. Saya tak mahu lukakan hati awak, tak sanggup rasanya melihat orang yang kita sayang dilukai....
Iwan memberanikan diri untuk memegang tangan Nurul namun gadis itu menepis perlahan.
Iwan, bukan begini caranya awak membuktikan rasa sayang dan kasih awak pada saya. Jika memang benar awak menyintai saya, saya mohon agar awak melindungi diri saya dari tipu muslihat syaitan dan nafsu yang tidak elok. Malah, cintailah diri saya selepas awak yakin cinta awak pada Allah itu lebih menggunung tinggi. Saya tak berhak untuk menerima cinta yang tidak sewajarnya saya dapatkan.
Maafkan saya, Nurul. Saya salah kerana terlalu ikut emosi. Saya mahu menjaga dan melindungi awak. Moga Allah izinkan saya menjadi lelaki yang punya iman di dada agar dapat menjadi benteng kepada perkara yang mungkar. Maafkan saya, Nurul.
Tak salah melahirkan penyesalan. Apa yang penting kita jadikan satu pengajaran.
Nurul tidak mahu Iwan berbuat perkara yang tidak elok terhadapnya. Nurul mahu berpegang kepada ajaran Islam. Tidak melanggar suruhanNya dan meninggalkan larangan-Nya. Biarlah segalanya berlaku setelah dirinya sah menjadi milik Iwan yang hakiki.
NURUL memerhatikan pokok cili merah yang cuma tinggal beberapa tangkai sahaja. Selebihnya telah dipetik untuk disimpan di dalam peti sejuk. Ada beberapa daun yang mempunyai bintik-bintik putih seakan terkena palitan kapur.
Tangan Nurul spontan memetik daun yang mempunyai palitan putih yang paling banyak. Jarinya menggosok-gosok menghilangkan warna itu. Hilang!
Nurul kembali memikirkan kebesaran Tuhan. Adakah keterlanjuran keputusannya dulu dapat dihilangkan atau ditarik semula seperti warna putih ini Nurul akur pada takdir Ilahi. Dia tidak pernah berhenti memohon taubat agar kesilapannya yang lalu akan diampunkan-Nya.
Iwan.
Sebuah nama yang penuh dengan keindahan dan harapan. Lelaki itu telah membawanya keluar dari kepompong yang terbina tanpa sedar yang bahan untuk membina kepompong itu adalah daripada sumber yang salah. Hasilnya pasti tidak berharga.
Tudung kuning cair yang membalut kepala Nurul berterbangan ditiup angin. Tangannya segera menahan anak tudung dengan kuat. Mata Nurul memandang melihat kelompok awan yang besar dan berwarna biru kehitaman.
Kejap lagi tentu hujan turun, bisiknya perlahan. Memang benar. Belum sempat dia masuk ke dalam rumah, hujan turun dengan lebatnya. Bumbung rumah yang beratapkan zink mengeluarkan bunyi seakan suara tembakan. Berdentumdentum dihujani air hujan.
Nurul menghulurkan tangan kanan melalui tingkap yang sedikit terbuka. Air hujan mengenai kulitnya yang tidak dilapisi lengan baju. Alangkah besarnya kuasa Allah SWT. Dia menghantar Iwan kepadanya melalui Anis. Iwan amat mengambil berat tentang Nurul dan Anis. Tanpa disedari Iwan menduduki sudut yang paling istimewa dalam hatinya. Nurul yakin Iwan juga berperasaan sama sepertinya.
Sebentar tadi Iwan menelefon Nurul untuk meminta keizinan membawa Anis ke hospital. Katanya mahu membuat x-ray pada kaki Anis. Nurul membenarkannya tanpa banyak soal walau hatinya tertanya-tanya mengapa Iwan tidak pernah membawanya bersama.
Sejak pertemuan yang lepas, sikap Iwan benar-benar berubah. Dia menjadi lebih pendiam dan pasif. Perubahannya merisaukan Nurul. Kadangkala Iwan boleh menjadi manusia yang punya dua personaliti. Mudah mesra dan mudah mendiamkan diri.
Nurul bergegas mencapai tas tangannya dan menuju ke hospital. Dia menghampiri kaunter per tanyaan untuk mengetahui di mana Anis ditempatkan.
Cik boleh pergi ke bilik Doktor Iswandi. Sila ke sebelah kanan cik, arah jururawat itu sambil menghalakan tangannya ke kanan.
Terima kasih.
Nurul berdiri di depan pintu yang tertulis nama Doktor Iswandi. Kedengaran suara Anis di sebalik pintu itu. Nurul membuka pintu perlahan-lahan.
Anis sedang berdiri sambil dipapah oleh Iwan. Iwan kelihatan segak dengan baju putih labuh. Jelas, tanda nama yang dipakainya tertulis Dr. Iswandi.
Nurul melangkah mendapatkan mereka berdua. Ternyata kedatangannya mengundang rasa terkejut Iwan.
Nurul...
Kak! Anis melambaikan tangannya.
Iwan tersenyum. Namun jelas senyumannya kelihatan seperti tidak ikhlas.
Kenapa tak beritahu nak datang soal Iwan.
Nak tengok adik sendiri kena minta izin soal Nurul semula.
Iwan mendiamkan diri. Dia hanya menjadi pemerhati selepas Nurul mengambil-alih tugasnya memapah Anis berjalan.
Lenguh tak lutut
Tak, kak. Cuma Anis tak kuat lagi nak berjalan.
Tak apa. Kita buat perlahan-lahan. Biar satusatu, asalkan selamat.
Awak macam tak suka saya datang sini, kenapa soal Nurul kepada Iwan.
Iwan merengus. Bukan saya tak suka. Saya tahu awak kakak Anis, tapi apa salah beritahu ka lau nak datang.
Kan saya dah cakap, saya boleh datang bilabila masa saja. Doktor Hisyam yang merawat Anis pun tak pernah halang saya, ni awak pula.
Iwan meninggalkan Nurul berdua dengan Anis. Nurul sudah malas nak bergaduh. Deringan telefon memecah suasana. Dia segera mendapatkan telefon bimbit Iwan yang diletakkan di atas meja.
Hello... Kedengaran satu suara halus seorang wanita di hujung talian.
Ya, hello. Nak bercakap dengan Doktor Iswandi ke
Ya. Ini siapa
Pertanyaan wanita itu menggusarkan hati Nurul. Saya pembantu dia. Maaf, Doktor Iswandi baru saja keluar. Nak tinggalkan apa-apa pesanan
Nanti, tolong beritahu dia papa ajak makan di rumah malam ni. Itu saja. Thanks!
Baiklah. Hm... cik ni adik dia ke
Eh, taklah. Dia tak beritahu awak ke Lagi dua bulan kami akan berkahwin. Ish, dia ni! Tak apa. Sebagai kawan, saya jemput awak hadir ke majlis perkahwinan kami. Nanti saya hantarkan kad ke hospital, ya
Oh, ya. Terima kasih. Sebak dada Nurul mendengarkan penjelasan wanita itu.
Datanglah ke majlis kami. Nanti jangan lupa sampaikan pesanan saya tadi.
Baiklah, saya akan sampaikan.
Nurul mematikan talian telefon. Kertas kosong diambil dan Nurul menulis semula pesanan wanita tadi. Dia menyelitkan kertas itu di bawah telefon bimbit Iwan.
Anis, mari kita balik, laung Nurul.
Nanti kejap kak, ada lagi setengah jam.
Nurul mendapatkan Anis. Tangannya digapai agar mengikutnya. Mari!
DERINGAN telefon yang bertalu-talu langsung tidak dijawab. Nurul hanya memandang sepi nama yang tertera di telefon bimbitnya.
Masuk kali ini sudah berpuluh-puluh kali Iwan menelefon. Hati Nurul benar-benar terguris dengan sikap Iwan yang membohongi dirinya. Tidak pernah terlintas di fikirannya, insan yang amat dicintainya itu sudah menjadi milik orang. Lebih perit apabila berita itu disampaikan oleh orang lain dan bukannya daripada mulut Iwan sendiri.
Sejak peristiwa di hospital tempoh hari, Nurul sering mengurung diri di dalam bilik. Dia lebih senang menyendiri setelah menguruskan Anis. Nurul juga mengingatkan Anis agar tidak membuka pintu pada sesiapa yang datang ke rumah.
Kak, akak kenapa menangis tegur Anis apabila dia melihat Nurul mengesat air mata.
Tak sayang, mata akak pedih masuk habuk.
Sakit ke, kak. Kalau sakit, kita pergi hospital ye. Nanti Anis telefon Abang Iwan....
Jangan Anis. Mulai sekarang, Abang Iwan takkan datang ke sini lagi. Akak tak mahu Anis sebut nama dia lagi, ya sayang
Kenapa kak Dia baik dengan Anis.
Memang dia baik. Tapi tak lama lagi, Abang Iwan akan berkahwin, ada isteri dan anak-anak. Kita tak mahu menyusahkan dia. Anis tak kesian tengok Abang Iwan terkejar-kejar uruskan hal keluarga dan kita
Anis menganggukkan kepala.
Hah, kalau kesian. Kita tak boleh ganggu Abang Iwan lagi. Doktor lain akan ganti tempat Abang Iwan. Doktor lain pun baik. Nurul memujuk Anis agar dapat menerima kehilangan Iwan.
Ketukan di muka pintu mengganggu perbualan Nurul dengan Anis.
Assalamualaikum... Nurul, bukaklah pintu.
Nurul pasti suara itu milik Iwan. Anis hanya memandang wajah kakaknya itu. Nurul nekad untuk bersemuka dan mencari titik noktah perhubungan yang terjalin selama ini.
Ada apa
Nurul, dengar dulu. Bagi saya peluang untuk berterus terang.
Nurul hanya mendiamkan diri.
Memang saya akui, saya dah bertunang. Tapi ini semua adalah jodoh keluarga sejak saya kecil lagi. Kami belum bertunang secara sah.
Hanya sekadar mulut ke mulut. Saya tak tahu- menahu tentang urusan pertunangan itu. Kalau Nurul tanya pada saya, saya tetap akan mengaku yang saya belum bertunang. Tiada sesiapa di hati saya melainkan awak.
Awak akan menjadi suami orang dua bulan lagi, kata gadis itu dengan perasaan terguris.
Tak, Nurul. Semua tu tak akan berlaku. Saya menentang daripada awal lagi. Mereka tak boleh menentukan jalan hidup saya. Saya yang akan berkahwin, bukan mereka. Jika mereka mahu melihat saya gembira, tanyalah hati saya siapa yang boleh membuatkan saya gembira.
Perkara dah terjadi, Iwan. Tak elok awak menolak niat baik keluarga awak. Saya dah berserah. Saya terima dengan hati terbuka. Jika kita bersungguh mempertahankan hubungan ni pun, tapi kalau memang bukan jodoh kita, ia tetap takkan berlaku. Kita cuma mampu lakukan yang terbaik. Segalanya sudah ketentuan Yang Maha Esa.
Saya tahu, tapi kita digalakkan usaha dan ikhtiar. Awak jangan lupa. Hanya doa dan usaha yang mampu mengubah takdir kita. Saya hanya mahu hidup dengan awak. Jika awak tak mahu, awak akan kehilangan saya.
Maksud awak tanya Nurul seraya membuka pintu. Wajah Iwan dilihatnya murung. Matanya bengkak dan berkaca.
Saya tak akan menjadi milik orang lain selain awak, Nurul. Itu impian saya sejak mula saya mengenali awak. Saya tak mampu kehilangan awak. Saya sanggup mati daripada tengok awak jadi milik orang lain.
Iwan, awak tak boleh cakap macam ni. Takkan hanya kerana ini awak sanggup fikir soal mati. Ajal dan jodoh urusan Allah.
Nurul, salah ke kalau kita sama-sama harungi segala cabaran dan onak duri. Ombak yang melanda ni hanya sementara. Bila ribut reda, laut akan kembali tenang dan ombak akan mengalah pada pantai.
Nurul tidak mampu melihat Iwan menangis di hadapannya. Memang benar, dia bukan jenis wanita yang mudah berubah perasaan. Pada Nurul, apabila dia sudah menyukai sesaorang, dia akan berkorban dan berusaha untuk menjayakan perhubungan mereka. Dia terasa hanya membuang masa andai mereka hanya menyukai dan bercinta sekadar suka-suka.
Saya takut, Iwan. Sudah tentu keluarga awak takkan dapat menerima saya. Mereka dah ada calon yang terbaik buat awak. Sukar bagi saya mendapat tempat di hati mereka. Nurul berasa ngeri apabila teringatkan nasib Harlina yang tidak disukai oleh ibu Khairul. Dia tidak sanggup menerima nasib yang sama.
Awak tak perlu takut. Awak ada saya, Nurul. Perjalanan kita masih jauh. Lebih banyak pancaroba menunggu kita. Ini sekadar permulaan untuk kita harungi bersama-sama. Kerana inilah saya terlalu takut untuk berterus terang dengan awak. Bila di hadapan awak, saya jadi kelu. Takut jika awak mengetahui hal pertunangan ini. Selama beberapa bulan ini, saya jadi keliru. Terlalu tertekan. Maafkan saya, jika sikap saya mengundang rasa tak senang di hati awak. Saya benar-benar tak mahu kehilangan awak, Nurul.
Hari itu, Nurul berjanji kepada Iwan untuk sama-sama mengharungi suka duka dalam memastikan hala tuju perhubungan mereka berdua. Wajah Iwan kelihatan berseri-seri. Nurul juga sudah mampu tersenyum. Anis yang menjadi saksi drama mereka hari itu, adalah orang yang pa ling gembira. Dia memeluk kakaknya dengan erat.
Namun, itulah hari terakhir Nurul melihat wajah Iwan. Itulah detik terakhir dia mendengar suara insan yang disayanginya itu. Mereka hanya mampu merancang tetapi Allah SWT yang menentukan segala-galanya. Sudah takdir-Nya, Iwan tidak akan menjadi milik Nurul.