Complete Me - 22
Bab 22

OKEY! Take 15! Kamal memberi arahan berehat selama 15 minit.

Semua pelakon dan kru hanya mengangguk. Bahang keletihan makin terasa. Para pelakon terus ke tempat rehat mereka.

Airish! Kau nak air tak

Airish mengangguk sahaja dengan pertanyaan Daniel. Punggungnya pantas dihenyakkan ke atas kerusi berdekatan sambil ada tangan lain yang mengipas ke arahnya membantu memberi pengudaraan yang lebih selesa. Airish menghembuskan nafasnya. Baru masuk minggu yang pertama mereka menjalankan shooting, namun dia sudah terasa letih.

Oh, Afiqalah! sapa seseorang sehingga menyentakkan Airish.

Kepalanya diangkat dari menyandarkan di kepala kerusi. Matanya melirik laju mencari di mana suara itu datang dan di mana letak isterinya.

Ah! Aku dah agak kau jadi layu hari ni sebab bini kau. Alahai, Airish. Kau demam rindu ke Kau sedar tak banyak scene yang kau kena ulang hari ni. Kau memang demam rupanya, ujar Daniel yang disambut dengan gelak tawa dari orang sekeliling itu.

Airish merengus geram sebelum kembali menyandarkan kepalanya. Minuman sejuk sudah bertukar tangan. Rakus Airish meneguknya.

Baiklah, semua. Memandangkan azan Zohor sudah berkumandang, maka saya rasa eloklah kalau kita solat dulu dan makan sekali, ya. Makanan tengah hari pun sudah sampai.

Suara yang penuh dengan keluhan sana sini sedari tadi segera bertukar ceria. Riuh rendah kawasan itu jadinya. Masing-masing mengangguk laju, bersetuju dengan cadangan dari kru drama di situ.

Kau nak makan

Airish menggeleng sahaja. Daniel mengeluh berat. Apa kena dengan Airish ni Tangannya naik mencekak pinggang.

Tak ada seleralah. Aku nak tidur sekejap. Letih.

Airish mula memejamkan mata perlahan. Matanya memberat tiba-tiba.

Rayhan, jom makan. Ni, saya dah bawakkan, suara lunak seseorang perempuan yang datang menerpa ke arah Rayhan memaksa Airish untuk mengangkat pandangannya.

Terlihat kelibat Dhia Anna yang membawa sepinggang nasi yang dipenuhi dengan lauk pauk. Airish mencebik.

Dia dah buat muka tu. Maknanya rancangan kita akan berjaya, bisik Dhia, rapat kepada Rayhan.

Rayhan pula membuat muka. Benci dengan rancangan Dhia. Rancangan bodoh! Menyesal dia menerima rancangan bodoh ini. Dasar perempuan bodoh! Huh, mungkin sebab inilah perempuan ni asyik gagal nak dapatkan si Airish tu.

Duduklah sini, pelawa Dhia sambil menepuknepuk kerusi disebelahnya. Rayhan menurut sahaja kemahuan Dhia itu dengan muka menyampah. Kenapa aku perlu terjebak dalam hal macam ni

Kenapa Kau cemburu ke soalan Daniel menyentakkan Airish sebaik sahaja dia perasan akan jelingan mata Airish kepada pasangan tersebut.

Mana ada. Jangan merepeklah! Airish menyambung kembali memejamkan matanya. Sebaik sahaja, matanya dipejamkan automatik akalnya mengimbas kembali peristiwa beberapa malam yang lepas.

Macam mana, ni Apa kita nak buat Kalau Bella duduk sini terus, naya kita. Takkan selama-lamanya kita akan duduk sebilik macam ni rungut Afiqa mundar mandir sana sini. Naik rimas Airish melihatnya. Nak membaca pun tak senang.

Apa yang susahnya Duduk ajelah sekali. Susah sangat ke Dah buang tudung tu. Naik rimas aku tengok.

Afiqa mencebik. Airish yang duduk di atas katil dijeling tajam.

Tak usah nak main jeling-jelinglah. Jom tidur.

Meremang bulu roma Afiqa mendengarnya. Dia memang pantang jika disebut perihal tidur. Tidak tahu kenapa. Kalau ditanya pasti akan ramai lelaki yang menjawab, typical ladies. Tapi, itu kenyataannya bahawa kaum wanita melayu ini memang macam tu. Susah nak lari dari angan-angan jahat yang mendatang tiba-tiba itu.

Siapa nak tidur dekat dengan awak Huh! Afiqa pantas bergerak mencari tilam, bantal besar, gebar dan bantal kecik miliknya. Dihamparkan terus ke atas lantai.

Tak usah nak main jeling-jelinglah, nanti juling terus saya sumpah!Airish tergelak kecil.

Afiqa yang sedang duduk bersila bertentangan dengannya dipandang. Pasti dia tengah fikir yang macam mana nak buka tudungnya itu, telah Airish. Lelaki itu tidak habis-habis dengan isu membuka tudung. Nampak macam kempunan benar nak tengok rambut isterinya itu. Pelik betul.

Afiqa kemudiannya memusingkan kepalanya ke belakang. Maka, berlagalah pandangan mereka berdua. Tersentak Airish apabila dirinya terkantoi tengah memandang Afiqa. Segera dikawalnya sebaik mungkin dengan menelaah kembali buku yang dibacanya itu.

Apa tanya Airish setelah melihat Afiqa yang masih merenung padanya.

Perasaannya masih lagi dikawal, namun minit demi minit berlalu Afiqa masih lagi memandang padanya. Dah jadi zombie ke Afiqa ni Macam tak sedar aje apa yang dia tengah buat ni.

Tiba-tiba Afiqa merapatkan tubuhnya pada Airish. Airish memakukan pandangannya pada Afiqa, tidak dilarikan matanya pada tempat yang lain. Tangan Afiqa semakin meliar sekaligus membimbangkan Airish, liurnya tanpa sedar diteguk berkali-kali. Naik kering juga tekaknya.

Are you ready sensual betul suara Afiqa menerjah telinga Airish.

Airish seakan terkejut. Matanya membulat sendiri. Apa kena dengan isterinya

Ready for what seperti dipukau Airish dibuatnya. Sungguh ayat itu tidak terniat olehnya mahu diluahkan kepada Afiqa. Namun, apa boleh dibuat ianya sudah pun dizahirkan secara terang-terangan.

Ready Afiqa tersenyum herot. Sengaja mukanya dihadapkan lebih dekat ke arah Airish. ... Untuk kehilangan Mr. Teddy!

Airish terkejut beruk dibuatnya. Mr. Teddy yang dimainkan dengan dilambung-lambung tinggi terus didakap pantas. Giliran Airish pula membalas. Perlahanlahan dia menghampiri isterinya. Dada Afiqa diserbu debaran yang kian hebat. Sedikit demi sedikit lelaki itu mendekatinya.

Apa awak nak buat ni

Hah Apa aku nak buat Cuba tanya hati kau.

Afiqa menelan liurnya lagi. Muka nakal Airish begitu menggetarkan naluri kewanitaannya.

Jangan dekat! Afiqa mengeluarkan amaran pertama.

Kenapa

Afiqa yang mula perasan akan langkahnya yang bakal menemui jalan mati segera menukar laluan undurannya.

Jangan dekat. Saya ada silat gayung ni, terketarketar tangan Afiqa dibuatnya. Airish tergelak sinis. Nak lawan aku dalam keadaan gelabah macam tu. Huh!

Betul ke Cuma bukak langkah sikit, aku nak tengok.

Ah! tempik Afiqa kuat.

Airish sudah hilang kewarasan akalnya. Afiqa dihadapannya diterkam sudah. Seperti singa mendapatkan rusa, begitulah yang dihadapi Afiqa. Tangannya mengigil memeluk tubuh, manakala mulutnya laju berzikir memohon pertolongan.

Afiqa yang memejam matanya mulai bosan apabila tiada sentuhan langsung di tubuhnya. Apa ni Tiada apa-apa pun. Atau tubuhnya yang kebas Dengan perlahan mata Afiqa dicelik. Berpinar rasanya apabila dia memandang sekeliling ruangan yang kosong sudah. Mana Airish

Mata Afiqa tercari-cari kelibat lelaki itu, namun tiada. Maknanya, akulah yang fikir bukan-bukan, tadi Ah, malunya. Diperiksa tubuh badannya. Nampaknya semuanya masih okey. Terus, apa yang dia rasa seperti hilang daripadanya tadi

Makhluk berbulu yang dibimbit di sebelah pinggang kanan Airish menyentakkannya. Ah! Maknanya lelaki itu mempermainkannya hanya disebabkan untuk merampas kembali Mr. Teddy Jahat!

Hei! Pulangkan balik Mr. Teddy saya, marah Afiqa. Dia masih duduk di atas sofa dengan wajah masam mencuka.

Airish!

Airish berlagak tenang dan bertindak biasa sahaja.

Airish!

Tersentak Airish dari lelapnya. Matanya dibuka lambat-lambat. Kenapa Dah tiba masa untuknya shooting ke Matanya ditenyeh-tenyeh beberapa kali. Matanya memerhati sekeliling. Tiada siapa di kawasan sekitarnya. Yang ada cuma, makhluk yang masih tak habis-habis sedang menjamu selera itu. Siapa lagi kalau bukan Dhia dan Rayhan.

Ah, siapa yang menganggu tidurnya pula Penyibuk betul. Lenyap habis mimpinya bersama Afiqa itu. Di pendengaran halwa telinganya, masih jelas dengan panggilan Afiqa yang lunak itu. Suara itu bagaimanapun sudah sebati dengan jiwanya sendiri. Kalau diberi peluang itu lagi, dia masih mahu tidur dan mendengar sekali lagi Afiqa menyeru namanya. Airish. Airish.

Airish...!

Airish mengerutkan keningnya. Mimpikah dia Terasa suara itu seperti dekat dengannya.

Airish

Kali ini, Airish membuka matanya. Tersembul wajah Afiqa di depannya sekarang ini. Benarkah ini Atau dia sedang berada di alam bunian Airish berfikiran bodoh. Mana tahu.

Airish! Kenapa susah sangat nak bukak mata ni bebel mulut comel itu.

Airish semakin mempercayai yang perempuan di hadapannya adalah Afiqa. Duduknya dibetulkan posisi. Afiqa sempat tersenyum sebelum menarik kerusi yang berhampiran lalu dilabuhkan duduknya di situ.

Letih sangat ke Atau awak demam tangan Afiqa naik menyentuh dahi Airish.

Bimbang jika sekiranya lelaki itu demam pula. Namun, mulutnya dipanjatkan segera kesyukuran kerana suhu lelaki itu masih lagi normal. Afiqa yang ingin mengambil mangkuk tingkatnya terhenti apabila lelaki itu asyik memandangnya. Pandangan mereka bersatu.

Airish kelihatan bagaikan terpaku. Afiqa mengigit bibirnya. Apa kena dengan suaminya ini Lelaki itu bertindak mencubit pipi Afiqa. Terjerit Afiqa dibuatnya.

Apa ni Sakitlah! marah Afiqa perlahan.

Betul kau ke ni

Taklah. Ni hantu. Awak ada dekat alam bunian. Saya yang sorokkan.

Airish tersenyum sahaja. Tiada mood mahu bertekak di sini. Lagipun, dia perlu menjaga perilakunya agar tidak menimbulkan perasaan syak wasangka orang sekeliling.

Apa kau buat kat sini soal Airish setelah pasti itu isterinya.

Mi kari! ceria suara Afiqa. Mangkuk tingkat nyonya dibuka di hadapan Airish. Airish yang tiada selera naik kecur liurnya apabila melihat mi kari yang masih berasap lagi. Tidak berkalih pandangnya.

Nak

Airish mengangguk laju. Selera yang mati terus terbuka dengan juadah yang dibawa Afiqa. Sudu yang baru sahaja siap dilap Afiqa dirampas Airish pantas. Afiqa langsung menegah.

Awak macam tak sihat aje, saya suapkan nak

Mahu tercabut telinga Airish mendengarnya. Lambat-lambat dia mengangguk. Afiqa tersenyum girang sehingga membuatkan Airish naik pelik. Kena sampuk ke apa perempuan ni

Suduan pertama dilepaskan ke dalam mulut Airish. Mata Afiqa melirik pada manusia yang sedang duduk di hadapan Airish dengan pandangan yang sungguh meluat. Afiqa tersenyum puas. Jelas di matanya perubahan pada wajah Dhia dan Rayhan. Padan muka, desisnya. Wajah Rayhan yang tajam menikam matanya dijeling selamba sahaja. Drama di lokasi ini lebih hebat daripada drama yang sedang mereka lakonkan.

Suduan mi kari untuk yang keberapa kalinya terhenti sebaik sahaja Airish menahan. Afiqa mengangkat keningnya. Kenapa

Kau nak buat semua ni hanya sebab nak Rayhan cemburu ke

Afiqa terpempam sendiri dengan telahan Airish. Bibirnya terkunci daripada memberi jawapan. Jelasnya, dia sendiri tidak tahu apa sebenarnya motif dia bertandang ke sini.

Lets makes the game more fun, then.

Pinggang Afiqa ditarik rapat sehingga tersentuh tubuh Airish. Terkejut Afiqa dengan tindakan Airish yang secara tiba-tiba itu. Mulut lelaki itu memuncung menunjukkan ke arah mi kari. Afiqa jadi tidak mampu tersenyum natural seperti yang dilakukannya tadi. Senyumannya jelas nampak lain macam sahaja.

Nak bebola daging tu.

Permintaan Airish dituruti Afiqa. Bebola daging disudu dan disuapkan pada Airish. Berselera benar lelaki itu sambil tangannya tidak lepas daripada memeluk pinggangnya. Afiqa sempat menjeling ke hadapan.

Jelas, wajah Dhia cemberut menahan rasa. Cemburu yang amat barangkali. Ditenung wajah Rayhan, lelaki itu masih beriak biasa. Afiqa menghembuskan nafasnya tenang. Perlukah lagi dia memikirkan tentang lelaki itu

Nampak tak Kau menang.

Bisik Airish rapat ke telinga Afiqa apabila Dhia bangun meninggalkan Rayhan sendirian di situ.

Afiqa memandang pada Dhia Anna yang menjauh. Barangkali tidak betah memandang sketsa romantis Airish dan Afiqa. Gadis itu hanya mengeluh kecil.

Perlu ke semua ni sebenarnya

SIARAN televisyen ditutup. Bibirnya menghembuskan nafas kecil. Apa punya drama entah. Kepalanya dipanggung, memandang kosong meja kopi di hadapannya. Huh! Bosannya! Serius, bosannya tak terkata.

Airish sekarang sudah sibuk dengan aktiviti shootingnya sana sini. Naik muak dirinya. Jika bertembung muka dengan lelaki itu, pasti skrip akan melekat di tangannya. Ah! Dia tidak sukakan situasi ini.

Kepalanya diangkat. Memerhati sekeliling ruangan rumah banglo yang kelihatan kosong itu. Semenjak Bella meninggalkan rumah ini kerana outstation, dia bagaikan kesunyian.

Bella..., spontan nama itu terpacul dari bibir Afiqa. Masih jelas akalnya mengingati pertemuan kali terakhir mereka.

Along tu baik tau.

Afiqa mengangkat keningnya. Keliru dengan katakata itu. Apa maksud Bella

Kak long tahu, apa yang Bella belajar selama ni. Sebagai manusia, kita tak perlu mencari kesempurnaan sebaliknya kesempurnaan akan datang pada kita.

Afiqa tercengang.

Kak long, along tu macam baby. Sangat sensitif orangnya. Sentiasa nak kita bersama dia, tak boleh berenggang dengan dia, kalau dia sedih dia nak kita ada di samping dia, kalau ada orang yang menindas dia, dia nak kita yang lindungi dia. Kalau difikir-fikirkan balik, perangai along tak ubah macam perempuan. Cerewet! But who knows, finally he got someone already.

Mata Afiqa membulat. Siapa

Tapi... itu dulu.

Bella maksudkan Dhia ke

Oh, Kak long dah tahu

Kenangannya terputus. Afiqa melontarkan keluhan. Hatinya cukup kuat mengatakan ada sesuatu yang dia perlu tahu. Ya! Dia pasti. Kepalanya diangkat. Memandang objek bulat yang tergantung besar pada dinding. Bila dia nak balik ni Lambat lagi ke macam semalam Afiqa menggeleng sahaja, melangkah ke arah kamarnya. Separuh hatinya benar-benar berharap agar Airish pulang awal manakala separuh lagi menyuruh hatinya agar berhenti berharap!

DATUK Tengku Syahir menyandar lesu pada sofa berhampiran dengan meja kerjanya. Kaca matanya ditanggalkan dan diletakkan di atas meja. Tongkatnya diletakkan di sisi sofa. Badan dan kepalanya serentak menyandar pada sofa sebelum menghembuskan nafas. Berat benar bunyinya. Matanya dipejam. Menyelami saat dulu-dulu di mana Airish dan Bella masih kecil.

Papa! Jom hantarkan Airish dengan Bella pergi sekolah.

Papa. Jomlah. Kawan-kawan Airish semuanya asyik mama dan papa dia hantarkan. Airish pun teringin jugak nak tunjukkan papa dan mama pada kawankawan Airish. Adik pun sama.

Papa. Airish dapat anugerah lagi. Papa datang tak Datanglah ya.

Suara itu. Dia sungguh rindu. Rasanya sangat bahagia apabila ada anak yang ingin dimanjakan. Namun, malangnya suara itu kian pudar. Berkurang dari tahun demi tahun, hari demi hari, jam demi jam, minit demi minit dan saat demi saat. Nada yang manja bertukar menjadi dingin. Sedingin salju yang beku. Apabila beku, ternyata begitu susah untuk dicairkan kembali.

Tengku, marilah hadiri majlis Airish. Kesiankanlah budak tu. Dah berapa kali Tengku mungkir janji dengan anak kita. Tak kesian ke

Rayuan itu. Sampai kini, rayuan itu bergema lagi. Matanya spontan terpandangkan gambar Datin Fariza dan dirinya dalam bingkai indah yang terletak elok di sudut kamar. Gambar mesra itu terasa bagaikan canggung pula apabila ditatap lama-lama. Hubungan mereka suami isteri tidak pernah sempurna, sentiasa jauh walaupun tinggal bersama.

Pantas dia berdiri tegak. Tongkatnya diambil lalu setapak demi setapak dilangkah menuju ke arah meja kerjanya semula. Punggungnya dihenyakkan kasar. Tangannya mencapai bingkai gambar yang terletak elok di atas meja kerjanya. Dalam gambar itu terpancar ceria sekali wajah Datin Fariza, Bella, dan juga Airish. Akalnya terfikir sejenak apakah mereka benar-benar ceria

Bunyi ketukan di pintu mengejutkan Datuk Tengku Syahir dari lamunannya. Foto gambar itu diletakkan kembali ke atas meja. Selang beberapa saat, terpacul wajah Datin Fariza di sebalik pintu. Datuk Tengku Syahir hanya memandang sahaja seraut wajah itu.

Tengku...!

Lama Datuk Tengku Syahir memandang wajah yang bagaikan terkejut itu.

Ada apa