Dia memandang Arissa yang duduk bersebelahan Hakimi. Sesekali keduanya seperti berbisik dan Arissa bangun ke dapur untuk mengambil sesuatu dan kembali dengan sebotol kicap.
Puan Hanim senyum sendiri. Tabiat itu tidak berubah. Makan kari tetapi mesti berkicap. Dari kecil sehinggalah dewasa dan kini sudah berkahwin. Tidak pernah berubah.
Kenapa Wafa tak datang soal Naim memandang Hakimi dan kemudian Puan Hanim.
Tersentak Puan Hanim mendengar soalan Naim. Fikiran bercelaru dengan keputusan yang sudah dibuat oleh Wafa tadi.
Dia bersiap-siap nak balik esok, jelas Puan Hanim.
Sebenarnya dia tidak mempelawa pun Wafa ke
situ. Tidak tahu mengapa. Pandai-pandailah gadis itu mahu mencari makan. Keputusan Wafa benar-benar mengecewakannya.
Naim tak jumpa Wafa Sengaja dia ingin tahu jawapan Naim.
Ada, semalam, jawab Naim selamba.
Kat mana soal Puan Hanim semakin ingin tahu. Kafe hotel.
Puan Hanim mengangguk. Kenapa Wafa berbohong dengannya. Naim pula bercakap benar. Siapa yang patut dipercayai Mungkin Wafa segan. Itu sahaja yang boleh disimpulkan. Adakah Naim lelaki yang disebut oleh Wafa tadi Tiba-tiba berderau darahnya. Tidak tahu mengapa.
Kau kenal Wafa Hakimi mula membuat kesimpulan dalang yang memberitahu pernikahannya dengan Arissa kepada Encik Razali.
Aah... ada beberapa kali jumpa di Doha masa bercuti. Naim tidak memandang Hakimi sebaliknya terus menambah nasi tanpa rasa malu. Memang berselera dia makan. Sedap, sedap, gumamnya sendiri.
Wafa tak pandai masak!
Bila kau sampai sampuk Hakimi ingin tahu.
Kelmarin. Naim meneruskan makannya. Sedap sungguhlah menantu Umi masak. Nampaknya saya kena cari orang Penang jugalah macam ni.
Hakimi menjeling. Puan Hanim hanya senyum tawar.
Ada ke orang nakkan kau perli Hakimi kemudian tersengih. Dia memandang Arissa yang menyikunya seperti memberi isyarat tidak elok dia berkata begitu.
Ramai kut. Naim memandang Arissa yang tidak memandangnya. Saya nak copy paste macam Arissa, boleh Naim ketawa.
Rasa terbakar dia mendengar gurau bangang Naim.
Kau ni macam orang gila kan Dari dulu macam ni! putus seleranya hendak menelan masakan isterinya.
Naim ketawa kuat.
Dah-dah, jangan bergaduh depan rezeki. Tak baik! keras suara Puan Hanim.
Dia menjeling Arissa yang tidak bereaksi langsung. Geram pula dia. Kerana gadis itu Hakimi dan Naim bergaduh!
Keduanya senyap mendengar teguran Puan Hanim.
Lepas ni balik pejabat ke Puan Hanim memandang Hakimi sekadar ingin tahu.
Hakimi tidak segera menjawab. Dia memandang Arissa yang tidak memandangnya.
Kau nak ke mana lepas ni kasar soalan Hakimi kepada Naim.
Kimi... cuba tanya elok-elok! keras suara Puan Hanim menegur Hakimi.
Dia tahu Hakimi masih tidak boleh lupa apa yang telah dilakukan oleh Naim terhadap anaknya itu. Tetapi perkara itu sudah lebih lima tahun berlalu.
Naim ketawa.
Biasalah Umi... lelaki memang macam ni. Tiada luka dan nanah di hatinya setakat suara kasar dan tengking menengking Hakimi terhadapnya. Memang dia sudah biasa begitu.
Pergi balik ke JBlah... kau tak ada kerja ke kat sana! soal Hakimi bengang.
Aku kan bercuti.
Berapa banyak cuti kau nak bercuti. Aku rasa kau baru balik dari bercuti di Doha, sebelum tu ke London kan dua minggu. Bukan dia tidak tahu aktiviti Naim. Setiap Pengarah Urusan Hotel Sweet Arena harus menghantar status mereka setiap bulan dan perjalanan aktiviti mereka dapat dilihat melalui laporan oleh semua bahagian atasan pengurusan.
Arissa senyap. Rasanya dia tidak perlu menyampuk atau mencelah urusan Hakimi dan Naim. Biarlah kedua mereka berperang sesama sendiri. Lagipun itu syarikat anak beranak mereka. Setahunya 65 peratus saham Sweet Arena dimiliki oleh Encik Razali.
Lain-lain peratusnya dimilik oleh Puan Hanim, Hakimi, Hazami, keluarga Dato Azizan dan seorang adik perempuan Encik Razali, Puan Anida. Dia memang tidak pernah bertemu dengan wanita itu. Apa yang diketahui, wanita itu menetap di Madinah setelah berkahwin dengan seorang ulamak terkenal di sana.
Dah dia nak bercuti... biarlah Kimi. Kimi pun patut bercuti. Puan Hanim membuat cadangan untuk anak itu.
Hmm... bagus tu. Kau tak honeymoon lagi, kan Aku cadangkan pergi ke France atau ke Bora Bora Island. Sungguh-sungguh Naim memberi cadangan kepada Hakimi.
Hakimi senyap sesekali memandang Arissa yang langsung tidak bersuara dan meneruskan makannya. Nak bulan madu macam mana Pernikahannya dan Arissa bukannya betul-betul walaupun sudah akad nikah tempoh hari.
Macam mana sayang soal Hakimi ingin melihat reaksi Arissa.
Arissa memandang Hakimi. Sewel betullah lelaki ni, sengaja nak buat dia bengang.
Terpulang. Ris ikut je. Arissa sengih yang dibuatbuat. Menyampah!
Rasa berasap hati Puan Hanim mendengarnya. Belum apa-apa, Arissa sudah pandai nak itu dan ini. Memang mata duitan sungguhlah perempuan ni!
Cemuhnya.
Umi dah sudah. Nak naik ke bilik solat. Lebih baik dia naik ke biliknya. Lagi lama di situ semakin sakit hatinya melihat Arissa.
Puan Hanim bangun selepas mencuci tangannya di kendi yang disediakan oleh Arissa tadi. Sebenarnya dia masih tidak puas hendak menikmati kari ayam yang dimasak oleh Arissa.
Kau bila nak balik ni! soal Hakimi lagi sebaik Puan Hanim hilang dari pandangan mereka.
Ya-ya, aku nak baliklah lepas makan ni. Naim ketawa dengan gelengan kepala.
Sayang... kalau nak solat pergi naik. Biar abang kemas semua ni, suruh Hakimi.
Dia takkan biarkan Arissa sendirian di situ bersama Naim. Biarlah dia susah sedikit dari berputih mata kelak.
Boleh ke Arissa memandang Hakimi.
Boleh. Kemas meja makan dan basuh pinggan je. Bukan masak apa pun kan Hakimi senyum.
Tak ada desert ke Arissa Sengaja dia hendak meledakkan kemarahan Hakimi.
Eh... kau ingat isteri aku kuli kau ke Pergilah cari sendiri kat luar tu! tengking Hakimi bengang.
Arissa memegang lengan Hakimi. Risau dia melihat lelaki itu asyik meninggikan suara je sejak tadi.
Dah, sayang pergi naik. Kejap lagi nak halau orang ni keluar dari rumah kita! arah Hakimi sedikit keras.
Arissa akur dan meninggalkan keduanya di ruang makan. Hakimi memandang Naim yang sedang menghabiskan sisa-sisa nasi yang ada. Dia tahu sengaja lelaki itu melambat-lambatkan makannya.
Hampir 15 minit kemudian barulah Naim meninggalkan rumahnya. Dia menarik nafas lega. Memang lega sangat-sangat lelaki itu sudah pergi.
Harap-harap Naim tidak kembali lagi.
TAK baik marah-marah tau. Nanti Encik dapat sakit jantung pula. Arissa
membetulkan duduknya di atas katil. Ya Allah, memang selesa sungguh duduk di atas katil lelaki itu. Itu baru duduk je, belum baring lagi.
Perangai dia tu baik sangat ke selar Hakimi bengang apabila Arissa mempertahankan Naim.
Dia merebahkan tubuhnya di atas sofa yang sudah dibuka sebagai katil. Terasa badannya agak penat hari itu. Dari pagi dia berperang dengan Puan Hanim dan kemudian Naim pula. Begitu pun ada rasa lega dia dapat melepaskan rasa marahnya kepada lelaki itu.
Yalah, walaupun perangai dia tak baik... tapi Encik kena sabarlah. Allah kan sentiasa dengan orang yang sabar. Melihat Hakimi sudah baring, dia juga mula merebah tubuhnya di atas tilam empuk. Hmm... bestnya! Lebih sedap dari katilnya di pangsapuri di Jalan Sungai Satu.
Sebab saya sabarlah saya tak cungkil biji mata dia tadi tau! Kalau tidak memang dia jadi Kassim Selamatlah. Asyik pandang awak je tadi! sungut Hakimi.
Arissa senyum. Encik cemburu ke
Spontan Hakimi bangun memandang Arissa yang sedang berbaring. Baru dia sedar dengan reaksinya sendiri.
Saya bimbangkan awak je. Dia tu buaya segala tembaga tau! Boleh ngap semua perempuan! keras Hakimi bersuara sebagai tidak mahu melihat apa sebenarnya yang dirasakan siang tadi.
Arissa senyum lebar memandang Hakimi. Kenapa awak senyum
Arissa tidak menjawab sebaliknya terus senyum begitu juga Hakimi. Senyum dia melihat Arissa senyum. Dia tahu Arissa mengusiknya.
Tak adalah... Encik gelar, Encik Naim tu buaya segala tembaga. Sekali lagi terkeluar tawa Arissa.
Memang ya! tekan Hakimi.
Encik Naim memang bercuti ke sini atau ada tujuan lain
Hakimi menghela nafasnya. Tujuannya nak tengok awak.
Macam mana dia boleh tahu yang Encik dah bernikah ya Sejak tadi dia tertanya sendiri tentang perkara itu. Tidak mungkin Puan Hanim bercerita kisah itu kepada orang lain. Ia seperti membuka aib sendiri.
Mungkin Wafa yang bagi tahu. Hakimi mengagak.
Cik Wafa ada apa-apa ke dengan Encik Naim Arissa masih memandang Hakimi yang tidak memandangnya.
Pandangan Hakimi beralih kepada Arissa yang sedang berbaring memandangnya. Nampak selesa isterinya berada di situ.
Entahlah, keluhnya sambil memandang pintu bilik yang diketuk dari luar.
Arissa bangun memandang pintu kemudian bangun dari katil untuk mencari tudungnya. Begitu juga dengan Hakimi yang mula melangkah ke pintu.
Bad Terkejut dia melihat Badrul di hadapan pintu biliknya.
Bos
Kenapa soal Hakimi mula keluar dari biliknya dan menutup pintu.
Ada perkara saya nak beritahu ni. Saya rasa macam tak boleh nak simpan dari semalam lagi. Laju tutur Badrul.
Okey-okey, relaks, pujuk Hakimi sambil mengajak Badrul duduk di sofa yang ada di ruang sempit tingkat itu. Sempit tak sempit selesa juga walaupun dia jarang melepak di situ.
Arissa keluar dan berdiri di pintu.
Kenapa Silih berganti dia memandang kedua mereka.
Kenapa Bad soal Hakimi sebaik dia duduk begitu juga dengan Badrul.
Encik jangan beritahu Puan ya. Tapi saya harap apa yang saya fikirkan ni salahlah, keluh Badrul.
Ya-ya... jangan risau. Hakimi menepuk bahu Badrul.
Begini... semalam semasa saya nak ambil beg Puan, saya terserempak Encik Naim keluar dari lif Penthouse. Matanya masih memandang Hakimi untuk melihat reaksi lelaki itu. Dia tahu Hakimi faham dengan maksud lif dari Penthouse. Satu-satunya yang digunakan untuk naik ke penthouse. Lif itu tidak menghubungkan dengan mana-mana tingkat pun.
Dengan siapa Wafa soal Hakimi ingin tahu.
Badrul menggeleng.
Seorang.
Arissa senyap. Lebih baik dia tidak menyampuk. Begitu pun dia sudah dapat menyimpulkan sesuatu yang tidak pasti.
Saya ajak Puan Laila dari Customer Service dan Encik Amrin, Security untuk teman saya ke Penthouse. Rasa tak sedap jumpa Cik Wafa sorang. Badrul menyambung ceritanya.
Dia orang nampak Naim soal Hakimi.
Saya tak pasti Encik, sebab lif tu kan kat belakang, jelasnya.
Rasanya tiada siapa yang nampak Naim keluar dari situ dan dilihat lelaki itu begitu relaks sambil menyalakan api rokoknya lalu melangkah keluar dari bangunan hotel. Tidak tahu ke mana arah Naim selepas itu.
Hakimi mengangguk. Nampaknya telahan Arissa tadi memang tepat. Naim dan Wafa punya hubungan yang mereka tidak ketahui.
Masa awak masuk ke Penthouse dia tengah buat apa Tak nampak apa-apa yang mencurigakan ke soal Hakimi ingin tahu.
Tak ada pula. Masa tu Cik Wafa baru lepas mandi. Berkelip-kelip matanya memandang Hakimi kemudian Arissa. Mungkin mengharap keduanya faham akan maksudnya.
Ternganga mulut Arissa. Hakimi hanya mengangguk.
Saya nak beritahu itu je. Bos jangan salah faham pula maksud saya. Sebab saya rasa macam tak best je kalau perkara tak elok jadi kat penthouse tu. Walid selalu buat majlis kesyukuran dan bacaan yasin di situ setiap kali dia balik ke Penang ni kan Itulah yang dirasakan.
Ya. Hakimi mengangguk memandang Arissa. Tak apa... esok kita ke control room, minta Encik Amrin tengok CCTV kat Penthouse tu. Hakimi membuat keputusannya. Kalau benarlah perkara tak elok terjadi di Penthouse milik Walidnya, memang akan mengamuklah Encik Razali sekiranya dia mendapat tahu.
Bos jangan beritahu Puan tau! Perlahan suara Badrul mengingatkan Bosnya.
Ya, saya tak beritahu dia, janji Hakimi.
Seketika Badrul meminta diri dan kedua mereka kembali masuk ke dalam bilik. Arissa duduk semula di atas katil sambil memandang Hakimi selepas membuka tudungnya.
Sekarang macam mana Encik soalnya.
Entahlah... keluh Hakimi lalu merebahkan tubuhnya di atas sofabed tadi.
Tolong tutup lampu, suruhnya.
Dan seketika suasana menjadi samar-samar.
Encik perasan tak Arissa bersuara sambil memandang siling putih di atas sana.
Apa dia perlahan suara Hakimi.
Rancangan Encik tak berjalan seperti yang dirancang. Rasanya... macam. Ayat itu terhenti di situ dan terasa tidak dapat diteruskan.
Spontan Hakimi menegakkan tubuhnya memandang Arissa yang sedang berbaring sambil memandangnya di dalam samar-samar cahaya.
Apa maksud awak
Kalau betul Encik Naim dan Cik Wafa ada hubungan cinta... rasanya tak sampai dua tiga bulanlah saya jadi isteri Encik kan
Lama dia memandang Arissa yang sedang memandangnya di dalam samar-samar cahaya.
Encik rasa macam mana soal Arissa setelah tiada suara dari Hakimi.
Tunggu Umi saya balik sana, baru saya lepaskan awak! Itulah keputusannya.
Kalau dia terus tinggal di sini macam mana Arissa mula rasa bimbang dengan telahannya. Tidak tahu mengapa firasatnya merasakan yang Puan Hanim akan tinggal lama di situ. Mungkin disebabkan keadaan situasi yang agak tegang sekarang.
Itu nanti saya fikirkan balik. Dah, tidur!
Hakimi segera merebahkan tubuhnya yang kekar di sofabed. Soalan Arissa benar-benar menggerunkannya. Terasa begitu berat permintaan Arissa biarpun dia sudah berjanji diawalnya.