MY DARLING ANGEL - 22
SELAMAT pagi semua! Teriakan Lyn membuatkan semua yang berada di meja

makan berasa kehairanan.

Masing-masing mengerutkan wajah apabila melihat wajah ceria Lyn yang bagaikan terlebih gula manisnya. Lyn menarik kerusi dan menghenyakkan tubuhnya di kerusi di sebelah Lisa. Sambil bernyanyi riang, dia mencapai sekeping roti bakar dan jem strawberry di hadapannya.

Hai, senang hati nampak. Kenapa ni Mimpi apa malam tadi Lisa menyoalnya.

Mestilah senang hati. Malam tadi tidur mimpikan putera raja.

Mimpikan putera raja Putera raja ke putera katak Ke Raja Kapoor... seloroh Lisa.

Aish Akak ni. Tak habis-habis Raja Kapor. Tapi, tak apalah, Akak usiklah adik banyak mana pun adik tak kisah. Yang penting hari ni adik happy sangat-sangat. Hati adik manyak senang maaa... Senyuman lebar menghiasi bibirnya.

Anak Mak ni dah kenapa Memanjang je senyum

tu. Adik dah ada boyfriend ya

Eh, tak adalah Mak. Mana adik ada boyfriend. Maklah tolong carikan adik boyfriend boleh tak Adik saja je happy macam ni. Kan Mak pernah cakap dulu pagi-pagi kita kena senyum manis-manis barulah rezeki senang nak masuk. Kalau muka masam je rezeki pun cabut lari. Betulkan, Mak

Hah, yelah tu. Makan cepat. Kejap lagi boleh basuh pinggan mangkuk dekat dapur tu. Dah macam tongkang pecah dah Mak tengok dekat dapur tu.

Aiseyman! Duty adik ke pagi ni Mak Postponed boleh tak Mak

Amboi! Senangnyalah hati nak postponed. Esok ada Mak Mertua habis lari sebab menantu asyik nak postponed buat kerja rumah je. Jangan nak mengadangada. Hari ni duty adik, kan Lepas makan terus pergi buat. Jangan nak tangguh-tangguh kerja. Jangan dibiasakan tangguh kerja, nanti dah jadi kebiasaan susah pula. Giliran Mak pula nak bersenang-senang hati lepas ni.

Alah! Yelah, yelah. Adik buat, adik buat. Lyn memuncungkan bibirnya sedepa panjang.

Lisa menegakkan ibu jarinya sambil ketawa terkekeh. Lyn mencebik sambil mulutnya mengunyah roti bakar dengan penuh rasa geram sebab digelakkan oleh Kakaknya.

Mak, kejap lagi Akak nak keluar ya. Nak jumpa kawan kejap.

Ha, yelah. Jangan lupa bagi tahu ayah nanti. Okey Mak, Lisa menganggukkan kepala.

Mendengar perkataan kawan, mata Lyn terus sahaja bersinar-sinar bagaikan mutiara putih yang berkilauan. Tiba-tiba sahaja dia berasa teruja.

Kak, nak pergi mana Adik nak ikut Akak boleh tak Tiba-tiba terbit senyuman gatal di wajah Lyn.

Dia membayangkan bahawa wajah cute Brian dan dia berada di sebuah tempat yang cantik dan hanya bertemankan suasana yang romantik.

Nak dating dengan Abang Zahar. Nak ikut

Hmmm... Kalau macam tu tak apalah. Akak pergilah dating, adik tak mahu kacau daun. Nanti adik jadi tiang letrik pula dekat situ.

Punah angan-anganku. Ingatkan nak pergi jumpa Brian, bolehlah aku ikut sekali nak menatap wajah cute kesayangan hamba tu... gumam Lyn.

Eh, jap. Bukan semalam Akak dah date dengan Abang Zahar ke Hari ni dating lagi Untung gila! Akak kata Abang Zahar selalu busy dengan prosiding mahkamah. Ni boleh pula keluar dating, perli Lyn.

Jeles ke

Hari ni dia free sepanjang hari. Semalam tu dia free sekejap je. Lagipun Akak nak ajak dia temankan Akak pergi shopping. Nak beli baju kerja. Rasa macam tak sesuailah pula kalau pakai t-shirt pergi mengajar. Baju kurung yang ada lama-lama tu pun dah tak muat.

Nak ikut ke

Tak naklah. Ingatkan Akak nak pergi kafe.

Ceh! Kalau Akak pergi kafe laju je nak ikut. Nak stalk Brianlah tu. Gatallah kau ni dik. Ni senyum pagipagi tadi mesti pasal lepak dengan Brian semalam, kan. Betul tak Tembakan Lisa mengena.

Alamak! Terkantoi! Dengan pantas Lyn menutup mulutnya apabila niatnya ketahuan untuk melepak di kafe semata-mata ingin menatap wajah cute Brian itu.

Dik, kejap lagi tolong hantar Mak pergi rumah Mak Long boleh tak Puan Rahimah meminta bantuan Lyn untuk menghantar ke rumah Kakaknya tiba-tiba. Ayah mana Mak

Ayah pagi-pagi lagi dah keluar. Nak jogging katanya. Nanti daripada sana ayah terus ke rumah Mak Long.

Okey. Tapi, lepas adik kemas rumah dululah.

Karang kalau rumah tak berkemas Mak bising pula. Puan Rahimah mengangguk, Yelah.

Ada acara ke dekat rumah Mak Long, Mak

Tak tahulah, Mak. Adalah kot. Kalau tak, takkan Mak Long panggil Mak dengan ayah datang rumah.

Ada makan-makan kot. Mak Long kan suka buat makan-makan. Yummy! Mak Long masak memang sedap! Ruginya orang tu tak ikut. Silalah pergi dating cepat-cepat ye.

Sajalah tu nak balas dendam, Lisa beraksi seolaholah mahu mengetuk kepala Lyn.

Dah, dah tak payah nak gaduh sakan. Ada jelah benda nak bergaduh kau orang dua ni. Eloklah tu, seorang macam kucing, seorang lagi macam anjing. Bercakaran jelah siang malam pagi petang. Mak dekat depan mata ni pun dah tak nampak ye. Karang dua-dua kena babap. Bebel Puan Rahimah kepada kedua-dua anak daranya.

Lisa dan Lyn tersengih-sengih panjang apabila Puan Rahimah sudah mulai membebel. ASSALAMUALAIKUM... Kak Long oh Kak Long! Puan Rahimah memberikan salam

berselang-seli dengan menekan loceng yang terletak disebelah pintu utama.

Waalaikumussalam, eh Mak Ngah, Lyn bila sampai Jemput, jemput masuk.

Elzaara membuka pintu dengan lebar dan memberi laluan kepada Puan Rahimah dan Lyn untuk masuk. Salam dihulurkan segera bersambut.

Ibu mana, El

Puan Rahimah menghulurkan sebuah bekas makanan yang berisi agar-agar kepada Elzaara.

Ibu ada dekat belakang. Apa entah yang dibuatnya dengan ayah tu, tanam pokok kot. Duduk dululah Mak Ngah, Lyn. El pergi panggilkan ibu dengan ayah kejap. Eh apa ni Mak Ngah

Agar-agar Mak Ngah buat pagi tadi. Ada lebih tu yang Mak Ngah bawa sini sekali. Haziq mana

Haziq! Oh Haziq! Elzaara melaungkan nama Haziq dan terjengul kepala Haziq dari balik dinding di tingkat atas.

Haziq, meh turun. Salam Nek Ngah dan Acik Lyn.

Haziq menuruni tangga dan menghampiri Puan Rahimah dan Lyn.

Elzaara pula menghilangkan diri ke belakang sambil menjinjit bekas makanan untuk dihidangkan kepada semua. Dijengah ke belakang, kelihatan Puan Rahayu dan Encik Yusuf sedang bergandingan bahu menanam anak pokok mangga di luar. Anak pokok yang baru sahaja ditanam dibelek-belek oleh Encik Yusuf bagi memastikan supaya anak pokok itu tidak menyembah ke bumi.

Ibu, ayah, Mak Ngah dengan Lyn datang, baru sampai. Tu ada dekat depan, Elzaara melaung dari arah tingkap dapur.

Puan Rahayu bergegas bangkit dan masuk ke dalam rumah. Dia membasuh tangannya dan peralatan yang digunakan sebentar tadi.

El, buatlah air apa-apa lepas tu tengoklah ada tak apa-apa makanan nak hidang ke, arahan mandatori diberikan oleh mem!

Baik ibu. Ni Mak Ngah ada bawa agar-agar tadi.

Puan Rahayu terus menuju ke ruang tamu. Beberapa minit kemudian, muncul pula Encik Yusuf dari pintu dapur setelah mencuci cangkul. Sekeping agar-agar yang dibawa oleh Puan Rahimah, disuapkan ke dalam mulutnya.

Buat air apa tu El Soal Encik Yusuf.

Air sirap ayah. Ayah pergilah duduk dekat depan dulu nanti El bawa semua ni ke depan.

Encik Yusuf berlenggang ke ruang tamu dengan langkah santai. Kedengaran gelak tawa bertingkah dengan suara-suara bersembang.

Seronoknya bersembang sampai Abang datang pun tak sedar. Ibrahim tak datang sekali ke Imah

Abang Ibrahim kejap lagi sampai Abang Long. Ni, tadi Kak Ayu cakap Abang ada beli anak pokok mangga. Beli dari mana Abang Long Puan Rahimah sekadar berbasa-basi.

Beli dari kawan. Kebetulan kawan Abang pergi ekspo baru-baru ni dia hadiahkan anak pokok tu. Dah lama dapat anak pokok tu cuma baru hari ni dapat peluang nak tanam. Nasib baik juga ada tukang kebun profesional dekat rumah ni, kalau nak suruh Abang Long tanam memang agaknya tak sampai seminggu dah tamat riwayat anak pokok tu. Encik Yusuf berseloroh menyebabkan ruang tamu dipenuhi dengan gelak tawa.

Jemput minum ibu, ayah, Mak Ngah, Lyn.

Elzaara tiba dengan menatang dulang. Piring agar-agar diletakkan di tengah meja dan air sirap dituangkan ke dalam semua cawan lalu diagihkan kepada semua.

El, agar-agar ni ada lagi dalam bekas Tanya Encik Yusuf.

Ada ayah. Nak El bawa sini lagi lebihan tu

Tak, tak. Bawa bagi Haziq makan agar-agar ni dekat atas. Tengok tv ke, ayah dengan ibu nak sembang dengan Mak Ngah sekejap. Encik Yusuf memberikan arahan.

Okey ayah.