Beras kunyit ditabur bersilang-silang. Kepulan asap dari kemenyan memenuhi segenap ruang. Perempuan tua berkemban dan bersanggul duduk mendiamkan diri. Sesekali dia batuk kecil.
Bibik, lama lagi ke
Sebentar, Roselin.
Keris kecil dikeluarkan dari sarung kuning. Hujung keris itu diletakkan di kepulan asap dan dibenamkan ke hujung jari telunjuknya.
Dari darah aku menyeru. Dari darah aku menunggu. Dari darah matimu. Dari darah asalmu.
Bibik tiba-tiba menghentak permukaan lantai. Roselin terkejut melihat perlakuan bibik.
Ish, orang tua ni! Terkejut aku, getus Roselin.
Diam kamu, Roselin!
Angin sejuk memenuhi segenap ruang. Kepulan asap kemenyan mula merubah-rubah bentuk. Sekejap-kejap berpusing. Bibik membuka mata yang dipejam sekian lama.
Roselin, dia datang. Siap sedia kamu.
Telinga Roselin pantas menangkap suara hiba dan mendayu-dayu. Suara seram itu kedengaran begitu hampir dengannya. Dia pantas menyorok di belakang bibik.
Kau panggil aku
Ya. Aku yang menyeru kau ke mari, nak. Masuk ke dalam bulatan benang merah itu.
Bibik menunjukkan bulatan yang diperbuat dari benang berwarna merah. Perlahan-lahan muncul satu objek. Objek itu terbang perlahan memasuki kawasan bulatan.
Berapa lama engkau bertapa
Aku sudah lupa. Aku..
Kau sudah membunuh atau belum
Sudah. Tetapi, ketika itu aku dipaksa. Aku dipegang kemas. Aku cuba untuk melawan tetapi aku tidak punya sakti. Ketika itu aku tidak punya kuasa. Aku masih..
Objek itu terdiam. Roselin menggigil-gigil di belakang bibik. Matanya dipejam rapat.
Aku telah membunuh tuanku sendiri. Aku tidak layak.. Tetapi, kau paling layak bagi aku. Aku butuh pertolonganmu sekarang.
Pertolongan
Ya. Ada tiga jasad tidak berdosa di sini. Di jalan Mawar. Tempat yang sudah memakan korban terlalu ramai manusia. Semuanya disebabkan oleh seorang manusia kejam yang tamak haloba. Boleh kau menolongku Objek itu terdiam. Sesekali ia berpusing laju.
Apa yang aku dapat jika aku menolongmu
Kau dapat mencari ketenangan hidup dan menyelamatkan tiga jasad yang sedang berduka. Apa itu tidak cukup lagi buat kau Menolong manusia Berbuat baik Bukan itu yang meniup semangat kau untuk bertapa berpuluh tahun
Objek terapung itu mendiamkan diri. Akhirnya ia jatuh dan berdiri tegak.
Aku setuju. Aku tidak mahu lagi melihat manusia berduka dan membunuh sesama sendiri.
Bibik bingkas bangun. Roselin membuka kelopak matanya perlahan-lahan. Bibik mengikat pangkal objek itu dengan bulatan benang merah sekemas mungkin.
Bawa ke mari dua jasad perempuan dan satu jasad lelaki itu ke mari.
Roselin tergopoh-gopoh bangun dan menarik dua bungkus plastik hitam. Nafasnya tercungap-cungap menahan lelah. Kalaulah si Amir tu tak pengsan, senang kerja saya. Bukan kau yang menghentak kepalanya ke kandang besi
Oops! Lupa! Roselin tersengih.
Aduh, anak ini! Muda-muda udah jadi pelupa.
Objek terbang itu menghampiri dua plastik hitam tersebut. Apa yang kau mahu aku buat Bibik memandang objek terbang seraya melepaskan keluhan berat.
Di dalamnya ada mayat seseorang yang hatinya sedang berduka. Kamu bawa jasadnya ke suatu tempat di mana dia boleh berjumpa cinta hatinya buat kali terakhir. Satu bungkus lagi punya jasad dua orang budak perempuan. Usianya sebaya dengan tuan kamu sewaktu kamu menyaksikan peristiwa berdarah satu masa dahulu.
Kamu yakin aku boleh melakukan semua ini tanpa membunuh sesiapa
Aku yakin, kata Bibik.
Roselin, campakkan telefon bimbit kamu.
Aku akan membimbing kamu dari jauh menggunakan benda ini. Namanya telefon bimbit. Alat yang aku kira agak canggih. Ilmu pertapaanmu yang membolehkan kau bertukar rupa dan menjadi manusia sudah cukup ampuh, bukan Pada firasatku, ilmuku sudah cukup kuat.
Baik. Tetapi, awas! Jangan sesekali kau tunjukkan dirimu yang sebenar. Kalau kau melanggar pantang, kau akan berubah menjadi bentuk asalmu dan tidak boleh kembali lagi. Kau mengerti
Aku mengerti. Objek itu berpusing laju dan perlahanlahan berubah menjadi seorang perempuan. Mulut Roselin terlopong melihat kejadian mistik tersebut.
Kadang-kadang apa yang berada di dalam dunia ini terlalu pelik dan payah untuk kita tafsirkan menggunakan logik akal dan warasnya diri. Bagi dia pakaian.
Roselin menghulurkan pakaian kepada perempuan itu.
Kau perlukan nama.
Aku sudah punya nama.
Itu nama tuanmu dahulu. Aku akan berikan kau nama yang baru. Pakai nama barumu dengan bangga. Mengerti kamu Perempuan jelmaan itu cuma mengangguk setuju. Lekas kamu ke sana. Bawa tiga jasad malang ini bersama.
Ke mana harus aku pergi
Ke sebuah tempat di mana magis itu wujud. Tinggalkan jasad lelaki ini di rumah yang terletak di bahagian utara. Jasad dua orang perempuan ini kamu tinggalkan di sebuah rumah yang terletak di bahagian selatan. Hati-hati. Rumah kedua didiami seorang wanita yang ampuh kuasanya.
Wanita Seperti kamu
Bukan, ilmuku biasa saja. Rumah kedua itu punya nenek kebayan. Wanita yang paling berkuasa satu ketika dahulu.