PERSEPSI TERBIAR SEPI - 22
GADIS itu.

Gadis itu yang memilih untuk menajamkan mata penanya untuk seisi bumi.

Membawa dingin yang punya pelbagai makna.

Makna hampa

Makna bangga

Makna cinta

Gadis itu pernah menarikan jemarinya dengan emosi hampa juga bangga, bahkan cinta.

Semakin lama gadis itu menari-nari pada mata penanya, semakin ia merasa tidak ada apa-apa dengan makna hampa, bangga juga cinta.

Ini benar-benar membuatkan fikirannya kalut. Kalut yang kebingungan.

Sehingga satu saat

Gadis itu telah menyediakan satu nota.

Nota ibrah

Yang disalin sama ada ketika dirinya sakit, lemah, dikecewakan, dihina, disakiti, dipijak, diambil kesempatan dalam ukhuwah, mahupun ketika rasa damai, tenang, bahagia, suka, riang.

Menulis dan menulis sehingga dulunya hampa berubah kepada biasa. Bangga berubah kepada biasa. Cinta berubah kepada biasa.

Bagi gadis itu menulis adalah hal biasa.

Ya.

Hal biasa dan yang mampu menjadikan luar biasa adalah jentikan cinta daripada Rabb.

Gadis itu pernah dikunjungi seseorang yang entah dengan cara apa. Lalu ada yang pergi kemudian ada lagi yang memilih di sisi.

Gadis itu pernah berlari dan gelak riang melihat insan yang ikhlas mendampingi dia.

Gadis itu pernah berlari dan menitiskan air mata melihat insan yang tak ikhlas mendampingi dia.

Gadis itu mungkin bukan bijak

Gadis itu mungkin bukan warak

Gadis itu mungkin bukan baik

Tapi gadis itu, gadis punya prinsip

Mungkin setelah ini

Gadis itu akan berlari sekali lagi.

Menghayati putik kehidupan baru

Mengalun terbawa memori Disember

Matahari itu melayang perlahan-lahan

Menyaksikan setangkai lavender

Yang tegar menatap waktu

Yang indah masih bertahan

Kenapa mesti begini

Suara si kakak dan si adik yang menyayangi gadis itu terngiang-ngiang menantikan seribu penjelasan.

Dan adakalanya kita kena begini.

Gadis itu menoleh dan mengembangkan sedikit senyumannya

Udara berhembus perlahan

Menggeletik satu fakta hidup.

Kawan-kawanku, bila dirimu cinta dan sayang pada seseorang, doa dalam diam adalah bukti cinta ukhuwah kerana Tuhan, kalian mengerti

Kenapa tidak bawaku sekali

Kerana kita harus belajar untuk berjarak yang mana akhirnya semua daripada kita akan pergi sendirian. Gadis itu tersenyum lebar.

Dan apakah memang

langkah itu harus terlalu jauh pergi dari tempatnya

Bagaimana dengan hati-hati yang merindu dan jiwa-jiwa yang mencari

Ya.

Masih sama seperti sebelumnya.

Sahabat baik lebih suka memberi perhatian dalam diam.

Selesai di sini bukan berakhir tapi selesai untuk permulaan lain.

Semua senyuman dan tawa.

Tersirat di wajah yang tersembunyi yang perhatikan corak kehidupan si gadis itu.

Hanya satu yang pasti Cinta itu nyata.

Kerana dengan itu

Sang lavender yang dulu terkulai kini bangkit bersama cinta mentari.

Hikayat hidup mereka bukanlah sebuah sejarah

Tapi secarik cerita sederhana yang kompleks dan utuh.

Biar salju menyaksikan

Biar angin membawanya

Kerana cinta itu datang bersama angin yang tersenyum.

Yang tak pernah padam

Biarlah mimpi kita dipeluk oleh-Nya.

Meletup dalam kelembutan hati Yang sabar dan ikhlas.

Dan jangan pernah meremehkan cinta.

Kerana cinta adalah alasan terindah Untuk mengingati kamu.

Salam sayang.

Kak Hassanah

16.02.16

02.16 am

Sabah negeri di bawah bayu.