SAYA BUKAN FANATIK - 22
Islam itu mudah. Tiada apa yang menghalang kita daripada cuba menjadi Muslim sejati kecuali diri sendiri. We are our own worst enemy actually. Kita sering sabotaj diri kita sendiri dengan create macammacam alasan untuk tidak mengikut gaya hidup secara Islamik yang sebenar. Tak susah. Tanya diri sendiri nak atau tak nak jer. Tak perlu beri alasan kenapa tak boleh walhal sebenarnya tak mahu.

Silap kita sebenarnya adalah sering berfikir bahawa masih ada masa untuk bertaubat, membetulkan kesalahan kita. Kita selalu procrastinate atau tangguh untuk berbuat baik. Ada yang nak tunggu bulan Ramadhan kerana bulan suci and boleh dapat pahala berlipat ganda tapi kalau ajal sampai dulu, macam mana

Dari Ibnu Abbas dia berkata: telah bersabda Rasulullah SAW, seraya menasihati seseorang: Jagalah olehmu lima perkara sebelum datang lima perkara yang lainnya, jaga masa mudamu sebelum tuamu, jaga masa sihatmu sebelum datang waktu sakit, jaga masa kayamu sebelum jatuh miskin, jaga masa lapangmu sebelum sempit, dan jaga masa hidupmu sebelum datang kematian.

Hadis Riwayat Al-Hakim

Waktu untuk menjadi seorang Muslim bukan simply boleh dislotkan jika ada kelapangan. Temujanji lima kali sehari yang telah ditentukan Tuhan, wajib dipatuhi. Menjadi seorang Muslim bukan hanya waktu terluang sahaja. Kalau macam tu, part-time Muslim namanya. Jadi Muslim bila rasa convenient atau senang tetapi bila busy kita tolak tanggungjawab ke tepi dengan harapan God will understand our situation seriously Kita ni siapa Bila doa tak dimakbulkan, mulalah nak marah kat Tuhan pulak walhal kita sendiri tak pandai jaga relationship denganNya.

Ask yourself who you really want to be.