Seorang peserta memberitahu aku begini,
Saya nak jadi ahli TAKAFULMAN ni sebab nak tolong orang, tu je niat saya bang. Bab duit duit maaf cakap la, bukan cita-cita saya nak kejar, niat saya mesti tolong orang dengan Takaful, bukan kejar duit dengan Takaful. Kemas dan bernas dia berbicara.
Aku meneguk air milo o ais yang masih belum luak.
Di sebelah peserta tadi, ada seorang lagi peserta lain. Belum sempat aku respond, peserta yang seorang ini pula bersuara,
Bang, saya ni gaji tak seberapa, niat hati nak ubah hidup, nak bagi anak isteri hidup senang, nak bagi mak ayah hidup selesa. Saya nampak dengan Takaful ni saya boleh capai cita-cita saya ni. Tapi masalahnya bang, boleh ke saya buat kerja Takaful ni dengan niat nak hidup senang kira berdosa tak Niat tolong orang tu ada jugalah, tapi sikit je bang.
Aku berhenti meneguk air milo o usai peserta yang seorang ni habis berbicara.
Dengan tenang aku beritahu mereka begini,
Dosa dan Pahala tak terhukum ke atas kau orang hanya kerana niat. Sebaliknya, amalan itu lah yang menjadi tanda. Sama ada niat kau nak tolong orang, atau niat kau nak jadi kaya, itu bukan persoalan penting yang patut kau risaukan dalam menjalankan kerja Takaful ni.
Yang patut kau risaukan adalah tindakan susulan dan konsistensi kau meneruskan kerja Takaful ni sebagai jalan penyelesaian ke atas isu-isu yang kau involve.
Tak perlu gusar dengan niat kerana niat itu perkara peribadi dan tidak perlukan penghujahan.
Apalah guna niat seharum syurga, kalau tindakan ke atas niat itu lelah, malas, sugul, lemah, kosong, seakan hidup ini tiada makna dan seperti mahu mati menuju neraka