Alyssa bernasib baik kerana dia terserempak dengan Elly ketika baru tiba di perkarangan pangsapuri yang disewanya. Mujurlah Elly belum keluar lagi, kalau tidak tentu dia gagal untuk bertemu sahabatnya itu. Alyssa dapat melihat keadaan Elly yang tidak terurus. Wajahnya sugul dan matanya sembab, mungkin kerana terlalu banyak menangis dan tidak tidur malam. Tubuhnya agak longlai, mungkin kepenatan kerana ke sana ke mari sepanjang masa.
Ya Allah Elly, apa dah jadi dengan engkau ni, beb Mengapa engkau langsung tak hubungi aku Even, engkau dah balik ke sini pun, masih tak mahu contact aku. Nasib baik Kak Rozi yang beritahu aku fasal engkau. Kalau tidak, aku langsung tak tahu keadaan engkau,
kata Alyssa sambil memegang tangan Elly. Elly terus membisu. Tiada bahasa yang hendak dituturkannya bagi menceritakan masalahnya yang seolah-olah tiada jalan penyelesaian itu. Elly buntu, di mana lagi dia harus mencari bantuan kewangan untuk perubatan ibunya. Sementelah lagi, masa sudah semakin suntuk.
Beb, engkau dah breakfastkah Mari aku bawa engkau pergi sarapan. Kita boleh bercerita di sana nanti,
cadang Alyssa apabila melihat Elly hanya mampu berdiri kaku di situ. Sekejapan itu, tubuh Elly terus dirangkul Alyssa menuju ke keretanya.
Ya Allah, berat sungguh derita yang engkau tanggung Elly. Aku tidak terdaya berkongsi kesedihanmu,
getus hati Alyssa yang kesal melihat keadaan sahabatnya itu. Jiwa Alyssa menangis, perasaannya cukup terharu dan terluka melihat Elly yang sedang melarat ditimpa masalah. Alyssa sendiri mengetahui betapa sayangnya Elly pada ibunya itu. Malahan dia sanggup mati demi ibunya juga. Alyssa kesal kerana gagal untuk berada di samping Elly, ketika sahabatnya itu amat memerlukannya. Tidak terlintas di fikiran Alyssa, bahawa masalah yang dihadapi Elly itu, teramat berat sekali. Elly tidak mampu menjamah makanan yang baru tiba di hadapan matanya. Kalau diikutkan Elly, langsung tidak lapar atau berselera, walaupun sudah semalaman dia berlapar. Melihatkan sahabatnya yang tidak berselera itu, maka Alyssa hanya memesan roti bakar berserta teh tarik. Sekurang-kurangnya boleh dibuat pelapik perut Elly, supaya perutnya tidak masuk angin.
Jamahlah sedikit makanan ni, Elly. Tengok, muka kau pun dah pucat. Ini mesti sebab kurang tidur dan tak makan. Tolonglah Elly, cuba jangan siksa diri kau, beb. Masalah tak akan hilang dengan cara engkau mogok makan sebegini. Makanlah, takut masuk angin pulak, perut tu nanti,
pujuk Alyssa.
Bagaimana aku boleh enak makan di sini, sedangkan mak aku terlantar sakit di sana
rintih Elly air mata menitis di pipinya. Alyssa mengetahui sedikit sebanyak masalah yang dihadapi oleh Elly itu, walaupun tidak sebegitu terperinci. Itu pun, diceritakan oleh Roziana. Dia perlu penjelasan lanjut dari Elly sendiri.
Elly, masalah mak engkau tak akan selesai dengan cara engkau menyiksa diri engkau sendiri. Kalau engkau jatuh sakit nanti, macam mana Siapa pula yang nak menjaga dan mengambil berat pasal emak engkau yang sedang sakit tu, beb Cuba engkau terangkan kepada aku dengan sejelas-jelasnya, apa sebenarnya sakit mak engkau
Beb, aku sudah tak berdaya nak bercerita lagi. Ke sana dan ke mari aku bawa kisah mak aku, kalau-kalau ada yang sudi menghulurkan bantuan atau memberi pinjaman, tapi sia-sia belaka. Aku dah penat, beb. Aku dah tak upaya nak berbuat apaapa lagi. Aku anak yang tak berguna. Mak seorang pun, aku tak mampu nak berusaha. Aku tak dapat menandingi mak aku dalam menjaga aku. Dia hebat, tetapi aku lemah,
keluh Elly lagi. Tangisan dan rintihan Elly itu lebih membuatkan Alyssa kesal kerana menyisihkan sahabatnya itu setelah dia sendiri memperolehi kesenangan. Alyssa merasakan dirinya seolah-olah sahabat yang tidak berguna kerana sanggup membiarkan Elly dirundung musibah. Namun, Alyssa harus percaya bahawa hanya dia sahaja yang mampu menyelesaikan masalah Elly, sekarang ini.
Elly, jangan terlalu menyalahkan diri sendiri, beb. Memang engkau tidak sehebat mak engkau, tetapi sekurang-kurangnya engkau sedang berusaha untuk menyelamatkannya. Aku perlu tahu, apa sebenarnya penyakit mak engkau tu. Berilah aku perluang untuk sama-sama berkongsi deritamu ini. Aku janji, aku akan cuba mencari alternatif untuk membantu engkau, beb,
rayu Alyssa.
Apa yang boleh engkau lakukan, beb Engkau dan aku, tiada bezanya dari segi taraf hidup. Aku tak mahu menyusahkan engkau kerana engkau sendiri punya masalah yang belum terlerai lagi,
ujar Elly sambil memandang ke arah lain. Luluh hati Alyssa melihat sahabatnya yang sedang menderita itu. Ingin rasanya dia mengambil semua derita itu dari hati Elly.
Please beb, ceritalah pada aku jika engkau anggap aku ni sahabatmu, dunia dan akhirat,
rayu Alyssa lagi. Akhirnya, sambil mengesat air mata Elly pun menceritakan perihal ibunya yang menderita kanser hati, yang hampir tiada ubatnya itu. Juga, mengenai harapan tipis ibunya untuk terus menikmati keindahan dunia jika tidak diberi rawatan segera.
Masya-Allah! Kasihannya mak cik. Ruparupanya, yang dia selalu sakit-sakit sejak akhir-akhir ini akibat komplikasi penyakit kanser hatilah. Macam mana dia boleh mendapat penyakit yang sekronik itu
tanya Alyssa.
Doktor mengatakan yang salah satu puncanya ialah pemgambilan ubat sintetik yang berlebihan. Memang benar, aku tahu yang mak sering mengambil ubat sakit pinggang dalam dos yang berlebihan kerana sering melakukan kerja-kerja berat. Ini semua salah aku. Dia bekerja keras selama ini pun, semata-mata untuk membesarkan aku,
rintih Elly.
Habis tu, takkan tak ada cara langsung nak menyelamatkan dia
soal Alyssa lagi, yang tidak sabar-sabar menunggu penjelasan Elly selanjutnya.
Ada, beb. Doktor mencadangkan aku menghantar mak berubat di Jerman. Di sana, rawatannya lebih khusus dan kemungkinan untuk sembuh adalah agak tinggi. Tetapi, kosnya terlalu tinggi dan di luar kemampuan aku,
cerita Elly.
Berapa kosnya, beb
Dalam seratus ribu. Itu tidak termasuk kos penginapan aku di sana, kalau aku kena temankan emak, dan juga kos rawatan susulan setelah dia kembali ke sini. Beb, mana aku nak cari lagi Aku benar-benar dah tak upaya. Aku ingat, aku nak berhenti kerjalah. Aku nak jaga mak aku sampai dia sembuh. Masalahnya, manalah aku nak cari duit untuk tampung kos perubatan mak aku dan perbelanjaan seharian. Lagi satu, aku takut kalau tak dapat kerja selepas ini. Zaman sekarang ni, kerja amat berharga.
Niat murni Elly untuk mengorbankan kerjanya demi kesembuhan ibunya, mengkagumkan Alyssa. Alyssa tahu, Elly cuba untuk berkorban demi ibunya seperti mana ibunya pernah berkorban untuk membesarkannya. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa dalamnya kasih sayang antara dua beranak itu. Alyssa sedar, sebagai sahabat, dia tidak boleh berdiri sahaja di situ dan memerhatikan sahabatnya itu digantung masalah. Dia harus membantu apa yang perlu.
Begini saja, beb. Aku berjanji akan berikan engkau wang sebanyak seratus ribu itu berserta koskos rawatan dan perbelanjaan yang lain.
Elly terkejut dengan janji Alyssa.
Tidak Alyssa, engkau jangan buat kerja gila. Mana engkau nak cari duit sebanyak itu sebab engkau pun sama sahaja dengan aku Aku tak rela kalau engkau korbankan diri engkau demi aku dan mak aku.
Melihatkan Elly yang masih lagi kebingungan, Alyssa mengambil keputusan untuk menceritakan sahaja berkenaan dengan harta warisan yang diterimanya dari Tuan Fahreen. Segala-galanya yang terjadi, sehingga menyebabkan dia menjadi kayaraya kini. Elly seperti tidak percaya dengan apa yang didengarnya itu. Dia sudah lama mengenali Alyssa dan tahu bagaimana sukarnya kehidupan Alyssa semenjak papanya ditimpa bencana dan mamanya pula membuat onar.
Harta itu semuanya diwariskan untuk arwah papa dan aku merupakan satu-satunya waris papa yang tinggal. Beb, pada mulanya aku jadi bingung juga. Aku tak tahu bagaimana hendak menguruskan wang dan harta yang sebegitu banyak. Seumur hidupku, aku tidak pernah digenangi dengan harta sedemikian rupa. Aku juga tidak menyangka bahawa Tuan Fahreen, orangnya sangat jujur dan amanah. Dia tidak ambil walau sesen pun keuntungan dari syarikat milik arwah papa itu.
Ternyata, ada hikmahnya di sebalik semua ini. Sekarang ini, aku tahu mengapa Allah utuskan wang yang sebegitu banyak untuk aku. Aku mahu membantu engkau yang sedang dalam kesusahan, beb. Kuasa Allah itu, besar nikmatnya. Kita sebagai hamba, wajib mensyukuri dan berkongsi sesama kita,
sambung Alyssa lagi. Sekali lagi, Elly mengalirkan airmata, tetapi kali ini kerana kegembiraan dan kesyukuran yang teramat sangat. Allah telah membukakan jalan untuknya. Allah juga telah mengirimkan Alyssa untuk menyelesaikan segala kerumitan yang menimpanya. Elly kembali mendakap sahabatnya itu. Alyssa suatu cahaya baru untuk penghidupan ibunya.
Tak tahulah, apa yang perlu aku ucapkan kepada engkau, beb. Rasanya, jutaan ucapan terima kasih sahaja, tidak memadai dengan apa yang telah engkau lakukan untuk aku. Cuma aku bimbang, bagaimana untuk memulangkan semula wang yang sebegitu banyak kepada engkau nanti,
ucap Elly yang masih lagi gelisah.
Aku ikhlas membantu engkau, beb. Aku buat kerana Allah dan demi engkau, sahabat baikku dunia dan akhirat. Tak perlulah engkau bersusah-payah mencari wang untuk membayarnya semula. Aku hadiahkan semua itu khas buat ibu engkau, sebab aku juga sayangkan dia.
Elly sungguh terharu dengan keprihatinan Alyssa itu. Di mana lagi dia boleh mencari sahabat dunia dan akhirat seperti Alyssa itu. Elly lantas memendam janji terhadap dirinya sendiri, yang mulai hari itu dia akan melakukan apa sahaja jika Alyssa perlukan bantuannya suatu hari kelak. Itu jua janji seorang sahabat dunia dan akhirat.
Aku sokong niatmu untuk berhenti kerja dan menjaga ibumu yang sedang sakit itu. Lakukanlah dengan segera, supaya engkau tidak terkilan di kemudian hari. Aku akan uruskan segala kos rawatan dan perbelanjaan kamu berdua, selama engkau tidak bekerja. Soal kerja apa yang engkau hendak buat selepas mak engkau sembuh nanti, kita fikirkan kemudian. Insya-Allah, mesti ada jalannya untuk anak semulia engkau, beb.
Elly hanya mengangguk. Sejuta beban terasa lesap dari perasaannya.
Selagi mak engkau masih hidup, jagalah dia sepenuh hatimu, beb. Sebab, kalau dia dah tak ada, segala harapan engkau untuk melihat dia bahagia, akan berkubur begitu sahaja. Aku pernah merasai pedihnya ketika kehilangan orang tuaku. Kekecewaan dan rasa terkilannya, aku tanggung sehingga ke hari ini. Aku berharap, engkau tak akan melalui perkara yang sama dengan aku. Menyesal pun tak berguna lagi,
sambung Alyssa lagi. Elly sentiasa berdoa semoga suatu hari nanti, tali kasih antara Alyssa dan Tuan Fahreen akan bertaut dengan simpulan yang erat. Elly sedar, kemuliaan budi Tuan Fahreen itu telah menjangkiti isterinya, Alyssa. Sekurang-kurangnya Alyssa dapat merasakan dia tidak rugi apa-apa walaupun terpaksa bernikah dengan Tuan Fahreen suatu ketika dahulu.
Syukur Alhamdulillah dan terima kasih yang tidak terhingga untuk sahabatku, Alyssa. Aku berjanji bahawa aku akan mempertahankan ikatan persahabatan ini, walau apa jua rintangan yang datang bertamu,
janji Elly di dalam hatinya. Alhamdulillah! Segala kekusutan yang membelenggu Elly sejak akhir-akhir ini, sudah pun terlerai. Alyssa telah berjanji untuk memindahkan sejumlah wang yang diperlukan ke dalam akaun Elly secepat mungkin. Ini bermakna, Elly tidak perlu memikirkan soal kos rawatan ibunya lagi. Segala-galanya sudah ada di tangan, tinggal lagi untuk mengurusi ibunya secepat mungkin mendapatkan rawatan di Jerman. Elly segera pulang ke kampungnya, setelah segala hal termasuk urusan pemberhentian kerjanya selesai. Elly terpaksa menghantar notis dua puluh empat jam kepada majikannya, walaupun mengikut kontrak kerja yang ditandatanganinya terdahulu, dia perlukan notis sebulan sebelum dibenarkan meninggalkan pekerjaannya. Namun, keprihatinan majikannya terhadap segala masalah yang sedang dihadapi, amat dihargainya. Majikannya dengan rela dan tanpa syarat, melepaskannya demi tugasnya untuk menjaga ibunya yang sedang terlantar itu. Setibanya di hospital, Elly terus mendapatkan Minah Jebo. Tiada satu pun perkhabaran baik yang didengari Elly perihal kesihatan ibunya itu. Menurut Minah Jebo, keadaan Mak Cik Markonah semakin kritikal dari hari ke hari. Elly sendiri dapat melihat perubahan mendadak terutama pada bentuk tubuh badan ibunya yang kian mengering dan langsung tidak barmaya itu.
Alhamdulillah, nampaknya ada peluanglah untuk mak cik sembuh, ya Elly Mulia sungguh hati budak Alyssa tu sampai sanggup biayai sepenuhnya kos perubatan dan perbelanjaan kamu berdua,
ujar Minah Jebo setelah dia mendengar cerita Elly.
Betul tu, Kak Minah. Mati hidup semula pun, Elly tak akan dapat balas segala budi baiknya itu,
kata Elly dengan penuh kesyukuran di hati. Tanpa menemui ibunya terlebih dahulu, Elly mengatur langkah ke bilik Doktor Haris. Elly sengaja tidak mahu mengejutkan ibunya dari tidur kerana menurut Minah Jebo, sudah beberapa malam Mak Cik Markonah tidak dapat tidur. Dia diserang demam panas dan sukar melelapkan mata. Elly bernasib baik kerana Doktor Haris sedang berada di biliknya. Doktor muda itu tidak mempunyai sebarang temujanji mahupun operasi pembedahan waktu itu. Kebetulan pula, dia sedang meneliti fail Mak Cik Markonah, untuk tindakan selanjutnya. Secara peribadi, Doktor Haris amat bersimpati dengan nasib Mak Cik Markonah dan anaknya Elly yang tidak mendapat pertimbangan sewajarnya dari pihak hospital. Walaupun sudah kritikal, namun Mak Cik Markonah tetap perlu melalui proses yang biasa, di mana ianya melengahkannya dari mendapat rawatan segera. Doktor Haris berasa amat kecewa sekali dengan situasi Mak Cik Markonah sekarang. Namun, tiada banyak yang boleh dilakukannya. Sebagai orang yang makan gaji di situ, dia perlu mematuhi peraturanperaturan yang sudah termaktub. Jika tidak, ia bakal menjejaskan professionalitinya sebagai doktor di situ.
Assalamualaikum, Doktor Haris,
ucap Elly yang mengejutkan Doktor Haris dari lamunannya.
Waalaikumsalam. Cik Elly, sila masuk. Jemput duduk.
Kali ini dia melihat Elly agak berbeza dari sebelum ini. Jika sebelum ini, Elly kelihatan agak cemas dan gelisah setiap kali analisa tentang penyakit ibunya diberitahu kepadanya, tetapi hari ini, dia kelihatan agak tenang dan mampu mengukir senyuman.
Ada yang boleh saya bantu, Cik Elly
Saya nak minta jasa baik dari tuan doktor untuk teruskan urusan pemindahan ibu saya untuk mendapatkan rawatan di Jerman itu. Soal biaya, segalagalanya saya telah sediakan. Doktor beritahu sahaja, bila saya perlu buat bayaran, saya akan segerakan. Yang pentingnya, ibu saya mendapat rawatan yang sewajarnya dan boleh pulih dengan segera.
Baiklah, saya akan mulakan proses itu, hari ini juga. Tapi, ingin saya ingatkan sekali lagi, yang kita hanya mampu berusaha yang selebihnya itu adalah kerja Tuhan. Apa-apa yang terjadi sekali pun, saya harap Cik Elly tak rasa kesal kerana kamu telah melakukan yang terbaik untuk menyembuhkan Puan Markonah,
ujar Doktor Haris.
Saya tahu doktor. Apa sahaja yang terjadi selepas ini, saya pasrah. Saya tak akan rasa terkilan kerana saya telah berusaha sedaya upaya saya untuk ibu saya.
Dua hari selepas itu, Doktor Haris telah mengesahkan tarikh yang telah ditetapkan untuk Elly dan ibunya berangkat ke Jerman. Segala urusan perpindahan rawatan ke hospital di Jerman dan visa bagi dua beranak itu, telah diselesaikan oleh Doktor Haris. Tiada banyak kerenah birokrasi yang wujud sepanjang proses tersebut. Menurut Doktor Haris, Elly beruntung kerana ketika itu bukannya musim puncak, di mana ramai yang memohon visa untuk bercuti ke sana. Kerana itulah, kelulusan visanya tidak mengambil masa yang terlalu lama. Pagi itu, Alyssa tidak dapat menumpukan perhatian kepada kerja. Fikirannya banyak tertumpu kepada Elly dan Mak Cik Markonah, yang telah terbang ke Jerman, tiga hari lalu. Namun, sehingga ke hari ini, Elly masih lagi belum menghubunginya. Alyssa merasakan dia berhak untuk tahu keadaan sahabatnya yang sedang berada terlalu jauh darinya. Alyssa tidak menyalahkan Elly kerana gagal memberikan khabar beritanya di sana. Barangkali, sahabatnya itu terlalu sibuk menguruskan ibunya sehingga dia terlupa untuk memberitahu keadaannya kepada orang-orang yang setia menunggunya di sini. Semalam pula, Roziana dan Minah Jebo ada juga menghubunginya untuk bertanyakan keadaan Elly di sana. Mereka agak kecewa juga apabila mendengar jawapan tidak tahu dari Alyssa. Pastinya mereka berasakan yang Elly akan menghubungi Alyssa. Lantas Alyssa berjanji akan cuba menghubungi Doktor Haris, doktor yang merawat ibu Elly di sini. Menurut Elly, doktor yang akan menguruskan ibunya di Jerman nanti merupakan kawan kepada Doktor Haris. Jadi, sudah semestinya Doktor Haris mempunyai nombor telefonnya. Deringan telefon bimbitnya, telah mengejutkan Alyssa dari lamunannya.
Rupa-rupanya, panggilan itu datang dari suaminya, Tuan Fahreen. Semenjak tinggal serumah, boleh katakan setiap hari dan setiap masa Alyssa menerima panggilan rindu dari suaminya itu. Alyssa juga dapat merasakan yang dirinya semakin dekat dengan Tuan Fahreen. Setakat ini, hanya dua perkara yang masih belum mampu dilakukannya, berdua-duaan dengan Tuan Fahreen di khalayak ramai dan tidur sebilik dengan suaminya itu. Entah bilalah keadaan itu dapat diubahnya. Mungkin Alyssa perlukan lebih masa lagi dari Tuan Fahreen.
Hello, sayang!
bisikan romantis lelaki itu membuatkan bulu roma Alyssa meremang setiap kali mendengarnya.
Sayang ada terima jambangan bunga dari abang
Ada. Terima kasih,
ringkas sahaja jawapan dari Alyssa. Namun, matanya sempat merenung ke arah jambangan bunga tulip yang terhias indah di mejanya. Hampir setiap hari, Alyssa akan menerima kiriman bunga baru dari suaminya itu, walaupun dari jenis yang serupa. Alyssa pun hairan, bagaimana Tuan Fahreen boleh mengetahui yang dia lebih menyukai bunga tulip berbanding bunga ros. Malahan, tiada sesiapa pun yang Alyssa kenali mengetahui cita rasanya terhadap bunga tersebut. Barangkali, Tuan Fahreen hanya menduga, tetapi jelas sekali dugaan itu menepati cita rasa Alyssa. Mungkin itulah yang dikatakan naluri seorang suami.
Maafkan Lyssa, tapi rasanya tak perlulah abang bersusah payah setiap hari, mengirimkan jambangan bunga ini,
ujar Alyssa.
Abang akan terus menghantar jambangan bunga tersebut, selagi sayang belum menerima abang sepenuhnya dalam hidup sayang. Bunga-bunga tulip itu, ibarat cinta abang yang indah dan akan sentiasa mengelilingi sayang dengan kemilau kasih yang berpanjangan,
luah Tuan Fahreen dengan penuh perasaan. Walaupun terdiam, namun Alyssa senang dengan ungkapan dan bicara cinta suaminya itu. Sehingga kini, Alyssa masih tidak mengerti mengapa pintu hatinya masih kebal untuk menerima Tuan Fahreen, sedangkan dia tahu bahawa dia juga sudah mulai jatuh hati dengan keperibadian lelaki itu. Selagi ego masih gah bertakhta di hatinya, selagi itu kebahagiaannya dan Tuan Fahreen sukar dikecapi. Kebisuan Alyssa membuatkan Tuan Fahreen berasa kurang senang untuk terus berkata-kata. Tuan Fahreen bimbang kalau-kalau panggilannya itu mengganggu kosentrasi Alyssa terhadap kerjanya. Orang seperti Alyssa itu bekerja dengan minda dan imaginasinya. Tentu dia tidak selesa jika sentiasa diganggu.
Tak apalah, sayang. Abang minta maaf kerana mencuri sedikit masa sayang, kerana satu perkara sahaja yang tak mungkin luput dari hati abang. Abang cintakan sayang!
ujar Tuan Fahreen setulus hatinya.
Sayang jaga diri, ya Kita jumpa di rumah nanti.
Tuan Fahreen agak kecewa ketika mematikan talian telefonnya. Dia tertanya-tanya, apa lagi kekurangan yang ada pada dirinya sehingga Alyssa masih tidak sudi membalas cintanya. Padahal dia begitu menyayangi wanita tersebut dan rela mengorbankan apa sahaja, demi Alyssa. Rasanya, mahu sahaja dia melutut di hadapan Alyssa agar menerima dirinya. Lantaklah, apa orang nak kata. Walaupun mereka bakal menuduhnya hamba cinta, dia rela. Ketika asyik memikirkan Alyssa, Tuan Fahreen menerima interkom masuk dari pembantunya, Che Ros,
Tuan, ada panggilan dari pihak bank untuk tuan.
Dari pihak bank Berkenaan apa Che Ros Kalau berkenaan akaun syarikat, mengapa tidak disambungkan saja kepada akauntan kita,
ujar Tuan Fahreen yang agak keberatan untuk menerima panggilan tersebut.
Tetapi tuan, mereka hendak bercakap sendiri dengan tuan. Lagi pun, ianya tiada kena-mengena langsung dengan akaun syarikat. Mungkin berkenaan personal account tuan agaknya,
ujar Che Ros pula. Akaun peribadi yang mana satu pula Tuan Fahreen sukar mengagak apa yang cuba disampaikan oleh Che Ros itu. Kalau benar, ianya berkenaan akaun peribadinya, mengapa mereka tidak menghubungi telefon bimbitnya. Ah, mungkin tadi, dia sedang berada di talian bersama Alyssa agaknya. Sebab itu, pihak bank gagal menembusi taliannya, lalu menghubungi pejabatnya.
Hello, Tuan Fahreen bercakap di sini. Ada apa yang boleh saya bantu, encik
Maafkan kami kerana mengganggu tuan. Kami memerlukan bantuan dari tuan untuk mengesahkan beberapa transaksi yang dikeluarkan oleh Puan Nurul Alyssa binti Sulaman Bakhtiar,
ujar pegawai bank yang sedang bercakap dengan Tuan Fahreen itu. Tuan Fahreen berasa agak terkejut dengan penjelasan pegawai bank itu. Tanpa pengetahuannya, Alyssa telah melakukan sesuatu yang menimbulkan keraguan. Tuan Fahreen mengesyaki sesuatu telah mempengaruhi tindak-tanduk Alyssa itu. Dia segera menghubungi Kamal, bagi menyiasat perkara yang baru dimaklumkan kepadanya, sebentar tadi. Seketika kemudian, Tuan Fahreen terus bangkit dari kerusinya lalu keluar dari biliknya. Namun, dia sempat singgah di meja pembantunya untuk meninggalkan pesanan.
Che Ros, tolong batalkan meeting saya sepanjang hari ini. Saya ada hal peribadi di luar,
beritahu Tuan Fahreen, tanpa sedikitpun menoleh kepada wanita itu. Perlakuan Tuan Fahreen itu, menyebabkan Che Ros tergamam dan berasa aneh. Ke mana pula Tuan Fahreen hendak pergi, di kala tengah hari rembang begitu Kebiasaannya, setiap gerak geri Tuan Fahreen ke mana sahaja, Che Ros pasti tahu. Namun, sejak akhir-akhir ini, banyak aktiviti peribadi Tuan Fahreen yang gagal dikesan Che Ros. Malangnya, keraguan dan kemusykilan yang terpancar di wajah Che Ros itu, langsung tidak dipedulikan oleh Tuan Fahreen. Baginya, Che Ros tidak perlu tahu atau ambil tahu perkara yang bersangkutan dengan peribadinya. Che Ros hanyalah pembantu yang diupah untuk melancarkan perkerjaan di pejabatnya. Lagi pun, sejak akhir-akhir ini, banyak perlakuan dan kerja Che Ros yang tidak disenangi oleh Tuan Fahreen. Ditambah pula dengan sikap kecoh dan terlalu suka menjaga tepi kain orangnya, menyebabkan Tuan Fahreen semakin menjauhkan pembantunya itu dari kisah-kisah peribadinya. Beberapa minit selepas Tuan Fahreen meninggalkan bilik perjabatnya, Che Ros menerima panggilan dari Kamal. Sudah tentunya, Kamal mahu berbicara dengan Tuan Fahreen berkenaan hal yang dibincangkan mereka di talian tadi.
Sorry Encik Kamal, your best friend tu baru saja keluar,
jawab Che Ros, malas.
Sure Alamak, ada perkara penting yang saya nak cakap dengan dia ni. Che Ros, kamu tahu tak, Tuan Fahreen ke mana
Maaflah, Encik Kamal. Sekarang ni, apa-apa sahaja aktiviti peribadinya, saya tidak dibenarkan ambil tahu. You know, Tuan Fahreen dah lain sangat sekarang ni. Very secretive,
rungut Che Ros lagi. Kamal hanya diam. Dia juga tahu bagaimana perilaku Che Ros yang mengundang ketidakpuasan hati Tuan Fahreen. Tidak hairanlah jika Tuan Fahreen merahsiakan banyak perkara darinya. Akhirnya, Kamal menamatkan perbualannya dengan Che Ros. Lebih baik rasanya, jika dia menghubungi telefon bimbit Tuan Fahreen saja. Tepat jam dua petang, Tuan Fahreen tiba di pejabat Alyssa. Inilah kali pertama dia berkunjung ke tempat isterinya bekerja. Sebelum itu, dia tidak begitu berminat untuk mengganggu urusan pekerjaan Alyssa. Tambahan lagi, dia begitu mengenali Abang Bob, majikan Alyssa. Jadi, tidak manis rasanya, menggunakan kesempatan seperti itu. Namun, hari ini, dia perlu juga berada di situ, demi mendapatkan penjelasan dari Alyssa mengenai perkara yang terbangkit tadi.
Ini Tuan Fahreen
sapa Tina, kerani di situ, ketika Tuan Fahreen tercegat di hadapannya.Maaf tuan, Abang Bob sudah keluar. Ada appointment, katanya. Ada apa-apa yang boleh kami bantu,
sambung Tina lagi dengan penuh hormat kerana dia juga mengetahui hubungkait Tuan Fahreen dengan majikannnya itu.
Tak apa, tujuan saya ke mari adalah untuk bertemu dengan Alyssa. Dia ada di dalam
soal Tuan Fahreen pula. Tuan Fahreen akhirnya masuk juga ke dalam pejabat itu, untuk mencari Alyssa, setelah ditunjukkan arahnya oleh Tina. Tina juga berasa pelik, atas urusan apakah yang membuatkan Tuan Fahreen datang bertemu dengan Alyssa Selama Tina bekerja di situ, belum pernah sekali pun, Tuan Fahreen datang berkunjung. Inilah yang julung-julung kalinya, itupun kerana hendak berjumpa dengan Alyssa dan bukannya Abang Bob. Apa pula hubungannya dengan Alyssa
Assalamualaikum, sayang
ucap Tuan Fahreen, serius, ketika dia berdiri betul-betul di hadapan ruangan Alyssa.
Waalaikumsalam.
Alyssa tergamam apabila melihat Tuan Fahreen benar-benar terpacul di hadapan matanya. Dia tidak menyangka yang suaminya itu boleh sampai mencarinya di situ. Selama ini, serindu mana pun Tuan Fahreen kepadanya, dia tetap akan menunggunya di rumah sahaja dan bukannya datang secara mengejut begitu.
Kenapa abang di sini Ada perkara pentingkah
Pada mulanya, Alyssa juga menyangka yang Tuan Fahreen mahu bertemu dengan Abang Bob. Maklumlah, dia merupakan pemegang saham bersama, maka dia berhak untuk datang dan menyaksikan perjalanan dan prestasi syarikat. Dan, apabila melihatkan Abang Bob tiada di pejabat, maka dia singgah untuk bertemu dengan Alyssa, buat seketika.
Abang cari Abang Bob, ya Dia dah keluar. Dia tak cakap pun yang abang nak datang sini, hari ni. Is this a surprise visit or what
I am looking for my wife, Puan Nurul Alyssa,
tegas Tuan Fahreen. My wife Muka Alyssa menjadi berubah panik. Sementara matanya, meliar memandang di sekeliling, mengharapkan tiada mata yang terpandang dan tiada telinga yang mendengar. Alyssa tidak mahu kaitannya dengan Tuan Fahreen nanti, menjadi bualan hangat di pejabatnya. Walaupun teman sepejabatnya, tidak seramai mana, namun Alyssa tetap tidak selesa jika mereka mengetahui hubungkaitnya dengan orang seternama Tuan Fahreen itu. Pada Abang Bob sendiri, dipintanya untuk merahsiakan segala-galanya dulu.
Mengapa Risau Takut Bimbang kalau orang tahu yang Alyssa itu isteri abang Itu adalah hakikatnya dan tiada siapa yang berhak menafikannya termasuk Puan Alyssa sendiri,
ujar Tuan Fahreen, kali ini suaranya lebih serius bercampur dengan marah. Mengapa dengan dia, ni Tiba-tiba sahaja datang ke situ, seperti Tuah mahu menyerang Jebat. Apa yang telah dilakukannya, sehingga Tuan Fahreen bernada terlalu tegas dengannya Selama ini, setiap tutur kata Tuan Fahreen terhadap Alyssa begitu lembut, umpama lidahnya sedang beralaskan baldu sahaja, ketika berbicara.
Lyssa tak tahu apa yang telah Lyssa lakukan sehingga tuan marah macam ni sekali. Can we come straight to the point
soal Alyssa, juga tidak puas hati.
Tadi, ada pegawai bank call abang, untuk memberitahu yang Alyssa ada membuat pengeluaran wang sebanyak seratus lima puluh ribu ringgit, beberapa hari lepas. Kemudian, ada pula standing instruction untuk pengeluaran bulanan sebanyak dua puluh ribu untuk lima bulan. Boleh tak Alyssa tolong jelaskan kepada abang Ada perkara yang abang perlu tahu, tetapi tidak diberitahu
Alyssa tidak menyangka bahawa Tuan Fahreen boleh mengetahui perjalanan akaunnya. Tetapi, tidak mustahil juga, fikirnya. Orang berpengaruh seperti Tuan Fahreen, tidak susah untuk mendapatkan informasi tentang sesuatu hal yang diinginkannya. Apa lagi, dengan insan sekerdilnya yang bergelar isteri Tuan Fahreen. Pastinya tidak sukar untuk Tuan Fahreen menyelidiki pergerakan dan tatacara perlakuannnya.
So what
cabar Alyssa yang cuba melawan.
What I demand an explaination. Kepada siapa wang itu dikeluarkan dan untuk tujuan apa
tingkah Tuan Fahreen pula.
Listen here, suamiku! Sebelum ini, Lyssa tak mahu wang dan harta-harta tersebut, tetapi tuan mendesak untuk memberikannya. Kata tuan, semua itu milik Lyssa dan terpulang kepada Lyssa, bagaimana untuk dibelanjakan. Tetapi, hari ini, tuan desak Lyssa untuk beritahu tuan, ke mana duit-duit tu pergi That is my personal account dan bagaimana tuan boleh tahu perjalanannya
bentak Alyssa. Tuan Fahreen mula tersedar yang dia sudah tersilap tutur kali ini. Kemarahan tanpa arahnya sebentar tadi, telah menaikkan darah Alyssa. Dia lupa bahawa orang seperti isterinya itu, tidak boleh disapa dengan teguran keras. Natijahnya, dia bakal memberontak dan melenting dengan lebih deras sekali. Terkadang itu, Alyssa ibarat api kecil yang boleh marak apabila disimbah dengan minyak.
Bukan macam tu, sayang. Abang tak mahu sayang tersilap langkah. Abang bimbang jika sayang membelanjakan wang tersebut untuk sesuatu yang tidak berfaedah. Lagi pun, pengeluaran wang itu terlalu banyak jika hendak dibandingkan dengan keperluan sayang. Sayangkan sudah tidak punya sesiapa lagi di dunia ini yang memerlukan perbelanjaan yang tinggi.
Kalau setakat perbelanjaan sayang, abang rasa, abang dah sediakan segalanya. Abang tahu, sayang bukannya jenis perempuan yang kuat berbelanja dan boros. Cuba beritahu abang, sayang berikan wangwang tersebut kepada siapa Ada sesiapa yang ugut sayangkah
Lantas, Tuan Fahreen teringat bahawa Alyssa pernah mempunyai teman-teman yang bersifat jahanam seperti Nisya dan Fir. Dia bimbang kalaukalau kedua-dua manusia durjana itu datang semula mengugut Alyssa setelah mendapat tahu tentang kedudukan Alyssa sekarang. Dia tidak rela isterinya itu tewas dengan sifat tamak haloba manusia yang tidak berjenis itu.
Tiada sesiapa pun yang ugut Lyssa. Tuan tidak boleh buruk sangka sedemikian rupa. Kalau tuan mahu Lyssa kembalikan kesemua wang yang telah diberikan itu, Lyssa akan kembalikan. Anggap saja wang yang telah dikeluarkan itu sebagai hutang. Lyssa akan ganti secara beransur-ansur,
tutur Alyssa yang masih bengang.
Jangan cakap begitu, sayang. Wang itu semua milik Alyssa, tak perlu dikembalikan. Abang juga agak terkejut bila pihak bank menghubungi abang untuk verification semua transaksi tersebut. Bila difikirkan semula, ada logiknya juga, bank berbuat demikian kerana akaun tersebut adalah akaun amanah antara Alyssa dan Wadi Afzan, sedangkan abang masih memegang proksi pengerusi, seperti mana yang Alyssa pinta sebelum ini.
Sayang belum masak menilai pendirian dan peribadi seseorang. Seseorang pembelit tidak perlu memberitahu yang dia seorang penipu, tetapi tutur katanya boleh menjelaskan sifat sebenarnya. Jangan mudah terpedaya sayang. Di zaman ini, wang lebih bernilai dari sifat keinsanan,
pujuk Tuan Fahreen lagi. Alyssa tahu yang Tuan Fahreen terlalu sayangkannya dan bimbang dia bakal terluka lagi. Tetapi, kebimbangan dan keprihatinan suaminya itu, kadangkala merunsingkannya. Alyssa sedar yang dia sering melakukan kesilapan, sebelum ini. Tetapi, Tuan Fahreen tidak wajar menjadikan itu sebagai kayu pengukur untuk setiap tindak-tanduknya.
Maafkan abang, sayang. Kemarahan abang tadi, telah melukakan sayang,
pujuk Tuan Fahreen lagi memperlihatkan nada-nada kesal di dalam perkataanya itu.
Tak apalah, tuan. Apa-apapun, tuan tetap tidak salah. Tuan boleh bertindak apa sahaja yang tuan fikir betul. Lyssa hanyalah perempuan naif, tetapi nampaknya tuan telah mengikat Lyssa dengan cara yang begitu berhemah sekali,
sindir Alyssa dengan beberapa titis air mata yang bertamu di matanya, sebelum berlalu pergi meninggalkan Tuan Fahreen sendirian di situ.
Ya Allah! Mengapakan aku sebegini bodoh sehingga merosakkan hatinya
keluh Tuan Fahreen di dalam hatinya. Tuan Fahreen tahu yang dia telah bertindak keterlaluan sebentar tadi. Dia menghentam Alyssa dengan taluan soalan-soalan yang tidak disenangi wanita itu. Tuan Fahreen telah menenggelamkan kasih sayangnya sendiri dengan mengocak air yang sedang tenang di muara hati Alyssa. Malahan, Tuan Fahreen sendiri tahu yang Alyssa sedang berusaha untuk berbaik-baik dan menerimanya sebagai suami. Tiba-tiba, telefon bimbinya berbunyi. Nama Kamal tertera di skrin tersebut. Baru Tuan Fahreen teringat, yang dia ada meminta Kamal untuk menyiasat pengeluaran wang yang di buat Alyssa itu.
Hello Fahreen, engkau pergi mana ni Puas aku call engkau, tapi tak angkat-angkat. Sebelum itu, aku call office engkau, tapi Che Ros kata engkau sudah keluar,
suara Kamal dihujung talian. Tuan Fahreen tahu ada beberapa panggilan yang tidak dijawabnya ketika sedang angin dengan Alyssa tadi. Dia berfikiran bahawa, panggilan tersebut tidak sepenting perbicaraanya dengan isterinya itu. Pada hal, panggilan tersebut adalah dari Kamal dan jika dia dapat berkata-kata dengan Kamal terlebih awal, pastinya pertengkaran dengan Alyssa tidak terjadi.
Aku dah dapat informasi yang engkau perlukan berkenaan wang yang dikeluarkan oleh Alyssa itu. Pembayaran wang tersebut dibuat atas nama Nur Ellyna binti Zain, yang mempunyai akaun di bank yang sama,
beritahu Kamal, yang mempunyai kawan yang bekerja dibahagian transaksi, bank yang dimaksudkan. Nur Ellyna binti Zain Bukankah itu nama penuh Elly, teman rapat Alyssa Tuan Fahreen teringat bahawa dia ada menandatangani surat perletakan jawatan dengan serta-merta oleh Elly. Sebab itulah, dia masih mengingati nama penuhnya. Cuma, dia tidak tahu mengapa Elly bertindak berhenti dengan segera. Dia hanya menandatangani surat tersebut setelah dinasihatkan oleh bahagian Sumber Manusia yang lebih maklum dengan alasan yang diberi Elly. Lalu, Tuan Fahreen pun segera menghubungi pegawai Sumber Manusianya itu, untuk menagih alasan teman rapat Alyssa tersebut. Manalah tahu, jika ianya berhubung rapat dengan tujuan pengeluaran wang oleh Alyssa itu.
Tuan, Nur Ellyna berhenti dengan notis sertamerta atas alasan yang agak kukuh. Kami telah mempertimbangkan bahawa alasannya logik dan wajar diberi pengecualian notis sebulan,
terang Munirah, pegawai Sumber Manusia tersebut.
Ya, saya tahu, tetapi apakah alasannya
tanya Tuan Fahreen dengan agak keras apabila Munirah gagal memberikan jawapan yang dikehendakinya.
Ibunya menghidap penyakit kanser hati dan memerlukan perhatian khusus dari Nur Ellyna. Dia telah membuktikannya dengan mengepilkan bersama laporan doktor mengenai penyakit ibunya itu. Menurut Nur Ellyna lagi, dia terpaksa membawa ibunya untuk berubat di Jerman dengan segera.
Jelas sekali, alasan Elly itu cukup kuat untuk mendapat pelepasan berhenti dengan serta-merta. Tuan Fahreen seperti sudah dapat mengagak akan keperluan yang diperlukan oleh orang yang berpenyakit sekronik itu. Tambahan lagi, apabila perlu menjalani rawatan di luar negara. Sudah tertunya, kos akan menjadi berganda-ganda. Kemungkinan besar, Alyssa menggunakan wangnya itu untuk membantu Elly memandangkan jumlahnya agak logik dengan keperluan tersebut.
Ya Allah, kenapa aku begitu mendesaknya tadi Kalaulah aku boleh bersabar sedikit, tentu Alyssa tidak akan berkecil hati dan marah denganku sekarang,
keluh Tuan Fahreen di dalam hati kecilnya. Dengan penuh kekesalan, Tuan Fahreen cuba menuruti Alyssa semula. Dia cuba mencari Alyssa di dalam pejabat tersebut, namun gagal ditemuinya. Menurut Tina, Alyssa telah keluar beberapa minit lepas tetapi tidak tahu ke mana. Jelas sekali, Alyssa merajuk dengannya.
Itulah engkau, Fahreen. Tak pasal-pasal merajuk Alyssa tu,
tegur Kamal, ketika perkara itu diadukan kepadanya. Memang benar, setiap kali berdepan masalah peribadi, Kamallah orang yang pertama sekali dicari oleh Tuan Fahreen. Kepada Kamal, dicurah segala masalah yang telah merenggut kepercayaan Alyssa terhadapnya, tadi. Mulutnya lancar sahaja meminta pemandunya menghantarkannya ke pejabat Kamal, sebaik sahaja keluar dari pejabat Abang Bob itu.
Entahlah Kamal, aku pun tak faham dengan apa yang telah terjadi tadi. Tiba-tiba saja, aku naik angin tak tentu fasal. Kalaulah aku dapat bercakap dengan engkau dulu tadi, pastinya perkara begini tidak akan terjadi,
kesal Tuan Fahreen. Kamal hanya tersenyum sahaja melihatkan kekesalan sahabatnya itu, lantas berkata,
Perkara dah jadi, Fahreen. Biasalah, perempuan kan sensitif lebih sikit. Kau carilah dia balik, cuba pujuk dia.
Aku tak rasa yang dia nak bercakap dengan aku, dalam masa terdekat ni. Nampaknya, dia marah sangat dengan aku. Engkau tahu tak, aku baru hendak berasa dekat dengannya, tiba-tiba terjadi pula hal sebegini. Sekarang ni, dia tengah merajuk. Entah ke manalah pula perginya,
keluh Tuan Fahreen lagi.
Engkau cubalah cari dia di rumah kakak angkatnya tu. Aku yakin, dia tak akan ke mana-mana. Lagi pun, siapa lagi yang dia ada selain engkau dan kakak angkatnya tu Hati perempuan ni, ibarat kerak nasi. Lama-lama lembutlah dia, kalau kena dengan pujuknyalah.
Tapi, engkau pastikah yang Nur Ellyna itu adalah kawan baik Alyssa Kalau benar, engkau tak rasakah yang dia ambil kesempatan di atas kesenangan Alyssa Sorrylah, kalau keterangan aku ni salah, sebab aku tak kenal sangat budak tu,
ujar Kamal cuba meneka dalam kesongsangan.
Aku tak rasa begitu, Kamal. Bila engkau sebut nama dia tadi, aku segera telefon pegawai Sumber Manusia aku. Baru aku tahu yang ibu salah seorang pekerja aku, menderita penyakit yang amat merbahaya sekali. Aku tak tahu akan hal tersebut, jika tidak, pasti aku akan menghulurkan bantuan kewangan kepadanya. Aku yakin yang Alyssa menggunakan wangnya yang banyak itu untuk membantu Elly,
Lagipun, selama ini, Elly tahu segala perkara yang terjadi kepada Alyssa. Elly juga, telah beberapa kali mengeluarkan Alyssa dari terjerumus ke lembah hina. Dia merupakan sahabat sejati Alyssa. Aku sendiri, tidak mungkin boleh jadi sahabat sehebat Elly. Kelebihan aku adalah kemewahan, sedangkan kelebihan Elly adalah keikhlasannya terhadap Alyssa. Aku yang telah tersalah anggap akan kemuliaan hati Alyssa untuk membantu Elly itu,
rintih Tuan Fahreen lagi. Kamal dapat merasakan kegelisahan hati Tuan Fahreen yang telah lama juga bersahabat dengannya. Mungkin talian persahabatan mereka tidak sehebat Alyssa dan Elly, namun dia juga tidak rela melihat keresahan teman rapatnya itu. Dalam diam, Kamal juga mahu Tuan Fahreen berbahagia dan menjadi cinta sejati Alyssa buat selama-lamanya. Tuan Fahreen mengambil masa yang agak lama untuk menemui wanita kesayangannya itu dan biarlah cintanya itu kekal abadi selama-lamanya.
Begini sajalah Fahreen, aku rasa ada baiknya jika engkau membuka pekung perkahwinan rahsia kamu berdua itu. Tidak ada faedahnya, menyimpan rahsia hubungan kamu berdua terlalu lama. Ini adalah masa yang sesuai untuk engkau war-warkan pernikahan yang sudah lama berlaku ini. Biar satu dunia tahu, yang engkau berdua adalah suami isteri yang sah,
saran Kamal dengan harapan baru demi kebaikan Tuan Fahreen dan Alyssa.
Alyssa tak akan setuju, Kamal. Selama ini pun, dia tak pernah bersetuju dengan hubungan ini, apa lagi untuk merasmikannya kepada pengetahuan orang lain. Dia tak sukakan publisiti yang sedemikian, takut orang akan tersalah anggap.
Fahreen, aku tahu yang Alyssa itu terlalu tegas mempertahankan fahaman dan pendapatnya. Dia takkan sesekali memecahkan egonya, yang menyatakan perkahwinan salah itu, harus dirahsiakan. Tetapi, jauh di sudut hatinya, dia tetap mahu, satu dunia tahu yang dia sudah berstatus isteri. Dengan cara itu, tiada siapa lagi yang akan berani mengambil kesempatan terhadap Alyssa lagi.
Selepas itu, apa kata, engkau bawa isterimu itu berbulan madu ke suatu tempat, yang dia sendiri tidak pernah pergi. Lagi pun, semenjak bernikah, engkau bedua belum pernah berbulan madu lagi, kan Engkau cuba pastikan yang tempat itu akan dia kenang seumur hidupnya. Aku yakin, yang Alyssa akan jatuh cinta dan menyayangi engkau, selamanya,
tambah Kamal dengan penuh keyakinan. Sebagai peguam bertauliah, sememangnya Kamal bijak mengutarakan hujahnya. Namun, sebagai sahabat baiknya, Kamal seorang yang pandai memberi saranan untuk kebahagiaan rumah tangga temannya. Tidak salah rasanya, jika Tuan Fahreen mempertimbangkan cadangan Kamal itu. Manalah tahu, dia dan Alyssa bakal bertemu titik kebahagiaan nanti.
Harap-harap begitulah. Sementara itu, Alyssa masih lagi terasa sedih dengan pertengkaran kecil yang terjadi antaranya dan Tuan Fahreen tadi. Alyssa tidak terluka dengan teguran Tuan Fahreen itu, kerana sebagai seorang suami, dia berhak mengetahui titian hidup isterinya sendiri. Tetapi, hati Alyssa agak terguris dengan ketidakpercayaan Tuan Fahreen terhadapnya. Seharusnya, Tuan Fahreen mencuba sedaya-upaya untuk tidak meragui keikhlasannya membantu sahabatnya, Elly. Dia tidak sepatutnya mempersoalkan hak Alyssa untuk membelanjakan wang dan harta Wadi Afzan.
Jika Tuan Fahreen tidak boleh mempercayai aku mengurusi wang dan harta-harta tersebut, mengapakah dia menyerahkan kesemuanya kepada aku
bentak hatinya. Roziana dengan mudahnya, dapat membaca ketidakpuasan dan keterlukaan hati Alyssa. Seperti biasa, kepada wanita itulah tempat Alyssa meluahkan isi hatinya yang agak sebal itu. Mujurlah, Roziana tidak bekerja hari itu. Dia mengambil cuti rehat setelah beberapa minggu berhempas-pulas menyiapkan kerja-kerjanya. Alyssa pula, seperti tidak ada hala tuju yang lain, terus sahaja ke rumah kakak angkatnya itu, apabila keluar dengan hati yang lara dari pejabatnya itu.
Tak baik merajuk dengan suami sendiri, Lyssa. Mungkin, Tuan Fahreen tak bermaksud nak marah Lyssa, cuma dia keliru agaknya. Nah, ambil fresh orange ni, minum. Biar sejuk sikit hati yang tengah membara tu,
ujar Roziana, sambil menghulurkan segelas jus oren. Mata Alyssa masih merah berair. Dia sendiri tidak mengerti, mengapa dia sampai boleh menitiskan air mata kerana Tuan Fahreen. Walhal sebelum ini, perasaannya terhadap Tuan Fahreen tidak sekuat perasaan seorang isteri terhadap suaminya sendiri. Apakah Tuhan sedang menguji kekebalan hatinya terhadap lelaki itu Lelaki itu, yang pernah ditolaknya mentah-mentah suatu ketika dahulu. Lelaki itu, yang pernah dibenci gara-gara menikahinya secara paksa. Kini, lelaki itulah, satu-satunya lelaki yang telah membahagia dan meluluhkan hatinya yang kukuh tetapi tidak berbenteng itu.
Dia telah berjaya membuka kunci hati Lyssa ini, kak. Lyssa tak pernah rasa perasaan seperti ini dalam satu masa, sedih, sakit, pilu, benci tapi rindu. Apakah itu semua, kak
Cinta!
Alyssa mengerutkan dahinya, jelas yang tidak nyata, mimpi yang tiada tidur dan lena dalam terjaga. Bagaimana Roziana boleh merumuskan perasaan Alyssa dengan begitu mudah sekali, sedangkan Alyssa sendiri tidak pernah jumpa cinta tersebut dalam perasaannya
Lyssa tak pernah jatuh cinta sebelum ini, kak. Lyssa tak percaya, ianya wujud.
Cinta sememangnya wujud. Hanya mereka yang buta macam kita sahaja yang masih gagal melihatnya. Tapi, jangan salahkan diri kita sendiri kerana tak mampu melihat cinta itu.
Tetapi, dia telah melukakan hati Lyssa ni, kak. Sampai hati dia mencurigai diri ini. Lyssa tak pernah terniat untuk membohonginya. Lyssa cuma mahu hak privasi Lyssa sendiri. Itupun, dia tak boleh mengerti,
sungut Alyssa lagi.
Itu semua cuma satu salah faham, Lyssa. Kak Rozi yakin yang Tuan Fahreen tidak mempunyai niat apa-apa. Mungkin dek kerana kebimbangannya yang melampau itu, telah menutup kemurniaan cintanya, di mata Lyssa.
Kalau dia benar-benar cintakan Lyssa, kenapa dia sanggup melakukan sedemikian
Tuan Fahreen bukan malaikat, dik. Kekurangannya, ada di mana-mana. Sebagai isteri, Lyssa harus menutup kekurangannya itu. Lagi pun, sebelum Lyssa menyalahkannya, lebih baik Lyssa kaji semula puncanya. Sebagai isteri, Lyssa harus memberitahunya segala apa yang Lyssa lakukan, supaya tidak timbul curiga dan pertengkaran seperti ini,
nasihat Roziana. Benar sekali kata-kata Roziana itu. Alyssa sedar, sepatutnya dia membincangkan perihal bantuan yang hendak dihulurkan kepada Elly itu, bersama Tuan Fahreen, walaupun dia menggunakan wangnya sendiri. Tetapi, demi ego yang tersemat, Alyssa tergamak mengenepikan suaminya itu. Mungkin itulah yang menyebabkan Tuan Fahreen marah lalu berkecil hati.
Janganlah dibesar-besarkan perkara sekecil ini. Boleh pincang rumah tangga kalian berdua. Alyssa baru saja nak berbaik-baik dengan Tuan Fahreen, belum lagi sempat menikmati kebahagiaan. Berilah peluang untuk masing-masing mengenali antara satu sama lain dan jangan biar hati tewas dengan hasutan syaitan.
Oh ya, bagaimana dengan Elly Dia sudah hubungi Lyssa
tanya Roziana cuba mengubah topik perbualan kerana tidak mahu Alyssa terusterusan berasa hati.
Belum lagi Kak Rozi. Insya-Allah, dia baikbaik saja di sana kut. Lagipun, kawan Doktor Haris tentunya akan membantu dia di sana. Lyssa janji, kak, Lyssa akan bantu dia sampai Mak Cik Markonah benar-benar sembuh seperti sediakala. Lyssa tak mahu dia jadi anak yatim piatu seperti kita.
Akak sanjung niat murni Lyssa tu. Tetapi sentiasa ingat, kita hanya mampu merancang dan berusaha. Tetapi, perancangan Allah S.W.T. untuk hambanya, maha sempurna. Andainya sudah tersurat, keadaan yang bakal terjadi nanti, menyimpang dari perancangan kita, janganlah kecewa. Ada hikmah yang tersirat dah kasih sayang Allah terhadap hambanya, tiada bandingannya sampai bila-bila. Sampaikan kepada Elly sebegitu, supaya dia tabah dan sabar dalam menempuh dugaan ini.
Alyssa tidak lama di rumah Roziana. Lewat petang itu, dia keluar menuju ke satu destinasi yang tidak diberitahunya. Yang pastinya, Alyssa masih belum punya hati untuk pulang ke rumah Tuan Fahreen. Dan berita itu dikhabarkan kepada Tuan Fahreen, apabila dia turut menuruti Alyssa yang difikirnya masih berada di rumah kakak angkatnya itu.
Maaf tuan, Alyssa dah lama balik. Dia tak pulang ke rumah tuan, ke
Ke mana sajalah kamu ni, Alyssa. Janganlah siksa abang sebegini rupa,
rintih hati Tuan Fahreen yang sudah seharian gagal menjejaki isterinya itu. Baru sebentar tadi, Tuan Fahreen menghubungi Mak Chom untuk bertanyakan Alyssa. Namun, jawapan yang diberikan Mak Chom, juga mengecewakannya. Menurut Mak Chom, Alyssa masih belum lagi pulang ke rumah. Tuan Fahreen segera memutuskan talian supaya Mak Chom tidak perlu bersoal dengan lebih banyak lagi. Tidak tergamak rasanya untuk Tuan Fahreen memberitahu Mak Chom tentang apa yang telah terjadi antaranya dan Alyssa, tadi. Dia tidak mahu orang tua itu bimbang apabila mengetahui Alyssa menghilangkan diri kerana hari sudah pun melewati malam.
Tuan, rasa-rasanya Abang Mat tahu di mana Puan Alyssa berada.
Kata-kata Abang Mat itu, mengejutkan Tuan Fahreen yang sedang pening memikirkan isterinya itu. Sepanjang berada di dalam keretanya, sepatah pun Tuan Fahreen tidak bersuara. Abang Mat yang turut serta dalam mencari Alyssa itu, tidak mahu menambahkan kegelisahan Tuan Fahreen, namun dia berasa dia harus menyuarakan pendapatnya.
Orang muda, tuan. Ke mana lagi dia nak pergi, jika mahu meredakan tekanan pada dirinya
Tuan Fahreen faham dengan apa yang cuba disampaikan oleh pengawal peribadinya itu. Tanpa banyak soal, dia segera mengarahkan pemandunya untuk menuju ke tempat yang dimaksudkan oleh Abang Mat itu. Istimewanya Abang Mat, dia lebih mengenali hati orang muda kerana kepetahannya meresam resmi perasaan orang muda zaman kini. Apa lagi dalam mengenali hati budi wanita semuda Alyssa. Tidak salah telahan Abang Mat itu. Sememangnya Alyssa sedang berada di sebuah kelab malam, barangkali sedang menenangkan fikirannya. Terlalu cetek akalnya dalam mencari ketenangan dengan cara yang lebih moden, fikirnya.
Pada hal, ada banyak lagi cara ketenangan yang boleh didapati, selain dari melepak menghabiskan masa di tempat sedemikian. Abang Mat tidak bersetuju dengan cara dangkal Alyssa itu. Akan tetapi, dia berasa tidak berhak untuk menegurnya kerana ada lagi yang lebih berhak, iaitu suaminya Tuan Fahreen. Alyssa sedang santai menikmati ketenanganya di situ, sendirian. Di hadapannya, terhidang segelas coke untuk dilayannya bersama sebatang rokok yang sedang tersemat di hujung bibirnya. Entah bila masa pula perempuan itu punya tabiat baru. Sebelum ini, Alyssa tidak pernah menghisap rokok, tetapi apabila fikiran sudah berkecamuk dan tertekan, dia tidak sedar dengan apa yang dilakukannya.
Sesungguhnya, seorang yang berhati rapuh seperti Alyssa tidak boleh dibiarkan tertekan dengan masalah, kerana dia mudah lupa dan melatah. Tidak banyak yang bermain di fikirannya ketika itu. Hanya Tuan Fahreen yang sedang melingkari setiap ruang dan kotak ingatan. Perasaan sedih, bengang, kecewa dan rindu, bercampur-baur. Yang peliknya, kali ini dia tidak berasa benci, malahan semakin sayang dengan Tuan Fahreen. Benarlah kata Roziana, itulah dia yang dinamakan cinta. Ketika itu, teralun pula sebuah lagu Inggeris kegemarannya, yang berjaya mencuit perasaannya yang sedang bergelodak sekarang. Lagu lama, dendangan kumpulan Bangles itu, seolah-olah menceritakan segala curahan hatinya terhadap Tuan Fahreen. Antara lirik yang menghembus perasaannya,
Close your eyes, give me your hand, darling, do you feel my heart beating, do you understand, do you feel the same as I always dreaming......
Alangkah indah andainya Tuan Fahreen muncul di hadapan matanya ketika itu dan menghulurkan tangannya untuk membawa Alyssa ke pangkuannya. Namun, perkara itu tidak mungkin terjadi. Fikirnya, Tuan Fahreen pastinya tidak tahu di mana dia berada sekarang.
Gilalah engkau ni Alyssa, engkau menjauhinya tetapi dalam masa yang sama, hati kecil kau ingin dia mendekatimu. Masakan itu semua boleh terjadi serentak
rengus Alyssa di dalam hatinya. Namun, kehadiran Tuan Fahreen di situ, pada ketika itu umpama mimpi yang menjadi kenyataan buat Alyssa. Tanpa disedarinya, Tuan Fahreen sudah agak lama memerhatikannya. Akan tetapi, bila hati sudah dipaut, kerinduan Alyssa amat mudah dihidunya. Lalu, Tuan Fahreen mengatur langkahnya untuk mendekati isterinya itu dari belakang. Lantas, bahu Alyssa disentuhnya perlahan. Hampir menitis air mata Alyssa kerana dia dapat merasakan bahawa sentuhan itu, milik lelaki yang sedang menghuni hatinya. Namun, Alyssa tidak mampu menoleh menghadapi Tuan Fahreen kerana bimbang air mata itu akan bertamu di pipinya. Malu rasanya, jika Tuan Fahreen tahu perasaannya yang sebenar. Perlahan-lahan juga, Tuan Fahreen cuba mencabut puntung rokok yang hanya tinggal secebis, di bibir Alyssa itu. Dia tidak mahu puntung itu membakar dan merosakkan bibir mungil wanita pujaannya.
Sayang, merokok tidak baik untuk kesihatan. Dia boleh merosakkan sistem dalaman kaum hawa, termasuk sistem peranakan.
Mengapa Tuan bimbang jika saya tak mampu memberi zuriat kepada tuan
soal Alyssa, sinis.
Tolong jangan fikir yang bukan-bukan, boleh tak sayang Abang datang ni, nak jemput sayang balik ataupun sekurang-kurangnya, ada perkara yang boleh kita bincangkan,
pujuk Tuan Fahreen. Alyssa menoleh ke belakang dan dia dapat melihat Abang Mat dan seorang lagi pengawal Tuan Fahreen turut berada di situ. Alyssa merasakan kurang privasi jika bicaranya dengan Tuan Fahreen nanti, diperhatikan oleh dua pasang mata itu, walaupun dari kejauhan.
Lyssa tak berminat untuk berbincang, dengan adanya pengawal-pengawal tu. Rasanya, lebih selesa kalau mereka semua disuruh pergi dari sini.
Tuan Fahreen tahu, sampai bila pun Alyssa tidak pernah berasa selesa dengan kehadiran pengawalpengawalnya. Mungkin kerana itu jugalah, dia sering menolak untuk keluar atau makan bersama. Tuan Fahreen dapat merasakan bahawa itu adalah masa yang sesuai untuk mereka berdua meluah rasa antara satu sama lain. Kemahuan Alyssa itu wajar diberi pertimbangan atau dituruti sahaja. Lalu, Tuan Fahreen berpaling semula untuk mendapatkan Abang Mat.
Abang Mat dan yang lainnya boleh balik dulu. Biar saya tinggal di sini dahulu, bersama Alyssa,
pinta Tuan Fahreen kepada ketua pengawal peribadinya itu.
Tapi tuan, bagaimana tuan nak balik nanti Saya bimbanglah nak lepaskan tuan bersendirian di sini, hanya bersama Puan Alyssa. Takut ada apa-apa bahaya yang menunggu pula,
ujar Abang Mat, yang masih ragu-ragu dengan keselamatan majikannya itu.
Abang Mat jangan risaulah, tahulah saya jaga diri nanti. Sebentar lagi, saya pulang dengan Alyssa saja. Diakan ada keretanya sendiri. Please Abang Mat, saya mahu bersendirian seketika, dengan isteri saya sendiri,
rayu Tuan Fahreen. Nampaknya, Abang Mat tidak dapat membantah lagi. Itu adalah kehendak Tuan Fahreen sendiri, sekali gus meletakkan dirinya di bawah tanggungjawabnya sendiri. Akhirnya, walaupun dengan rasa berat, Abang Mat mengajak teman-teman sekerjanya yang lain meninggalkan tempat itu. Harap-harap, tiada siapa yang perasankan kehadiran Tuan Fahreen di situ. Tuan Fahreen segera menarik tangan Alyssa untuk keluar dari tempat tersebut. Orang seperti Tuan Fahreen, tampaknya tidak begitu selesa berada di tempat bingit dan suram seperti itu. Dia berasa seperti tiada apa yang boleh dibicarakan bersama isterinya di situ.
Tiada ketenteraman dan ketenangan di situ. Yang peliknya, kali ini Alyssa hanya menurut sahaja tanpa sedikit bantahan pun. Dia menuruti sahaja suaminya dan merelakan tangannya dipimpin suami tersayang untuk keluar dari situ. Mungkin, itulah yang diharapkan Alyssa selama ini. Seseorang yang bernama suami, memimpin tangannya dan membawa dia keluar dari jalan kesesatan. Kebetulan pula, berhampiran dengan kelab tersebut, ada sebuah restoran eksklusif..
Tempat itu kelihatan tenang dan amat sesuai untuk pasangan romantis seperti mereka berdua. Ketibaan pasangan itu disambut mesra oleh pelayan di situ. Malahan, ada juga antara mereka yang turut mengenali Tuan Fahreen. June, pengurus restoran yang bertugas malam itu, juga amat mengenali dan mengagumi lelaki seperti Tuan Fahreen. Maka, tidak hairanlah jika dia sendiri sanggup turun padang bagi melayani dan memastikan keselesaan Tuan Fahreen dan pasangannya di situ.
Welcome, Tuan Fahreen. We are so glad that you are here. Its our pleasure to serve you tonight. Wow! You are looking much much more handsome, sir. Please come in, Ill ask somebody to serve you as best as we can.
Thanks June. Saya tak sangka yang kamu sudah dipindahkan ke sini. Sebelum ini, bukankah kamu di cawangan Petaling Jaya
tanya Tuan Fahreen, yang nampaknya begitu mengenali June.
Mungkin jodoh yang bawa I ke mari, untuk bertemu dengan orang kacak dan gentleman macam you, Tuan Fahreen. Kalau you nak tahu, dah tiga bulan I di sini,
jawab June, yang agak menggedik bila berhadapan dengan pelanggan yang kaya dan berpengaruh seperti Tuan Fahreen. Loya tekak Alyssa melihat tingkah laku June yang mengada-ngada dengan suaminya itu. Menyampah pun ada, macam dah tak nampak orang lain yang turut berada di situ. Dia tidak hairan kalau Tuan Fahreen punya ramai peminat ala-ala June itu tetapi tak perlulah berlebih-lebihan pula. Macam tak ada jantan lain lagi dalam dunia ini. Alyssa tahu, orang seperti June, tak akan mengambil kira status mangsanya. Baik bujang, suami orang, duda atau yang tua berharta, semua disebatnya. Dalam sibuk membodek Tuan Fahreen dengan pelbagai pujian melambung, June sempat juga menjeling kepada Alyssa yang berada di sebelah. June mengagak yang Alyssa pastinya teman wanita atau perempuan simpanan Tuan Fahreen. Setahu June, Tuan Fahreen masih lagi bujang.
Well tuan, who is this lovely lady coming along with you
soal June sambil tersenyum sinis.
Oh, this is Alyssa, my...
Hai Cik June, saya Alyssa, kawan Tuan Fahreen,
ujar Alyssa dengan segera memotong cakap Tuan Fahreen tadi. Alyssa merasakan, tidak perlu untuk digembargemburkan hubungan sebenar dia dan Tuan Fahreen kepada perempuan seperti June. Nampak gayanya, perangai June tak ubah seperti Che Ros, pembantu Tuan Fahreen. Mereka berdua tampak taksub dengan Tuan Fahreen dan pastinya akan membuat telahan yang tidak bermanfaat sama sekali andainya tahu yang perempuan naif seperti Alyssa yang menjadi pilihan hati. Tentunya, mereka akan berpandangan negatif kepada Alyssa. Akhirnya, June mengarahkan salah seorang pelayannya untuk memandu Tuan Fahreen dan Alyssa ke ruangan makan yang elegan dan eksklusif sekali. Ruangan tersebut sememangnya disediakan untuk tetamu-tetamu vip seperti Tuan Fahreen. Ruangnya tampak cantik dan selesa sekali, untuk tetamu yang mahu bersantai sambil menenangkan fikiran. Di sebelahnya pula, terhidang sebuah akuarium besar yang dihuni oleh ikan-ikan belaan. Setiap kali menjamu selera di ruangan tersebut, tetamu-tetamunya akan berasa seolah-olah sedang berada di dalam laut.
Mengapa sayang tak mahu mengaku yang sayang tu adalah isteri abang, di hadapan June tadi,
soal Tuan Fahreen selepas memesan makanan dari pelayan itu, sebentar tadi.
Tak perlulah kita nak ceritakan kisah kita ni pada perempuan macam Cik June tu. Lyssa tak berapa selesalah dengan dia.
Tak selesakah atau cemburu
teka Tuan Fahreen yang tersenyum manja mengusik. Ya Allah, tampannya lelaki ini, fikir Alyssa. Alyssa merasakan yang dirinya sedang berada di awangan sekarang, kerana hanya mereka berdua sahaja yang berada di situ. Alyssa dan Tuan Fahreen. Tiada Abang Mat, pengawal peribadi, malahan Che Ros sekali pun, yang berada di sekitar lingkungan mereka. Pertemuan ini hanya melibatkan pertembungan empat mata yang penuh dengan sinar harapan antara satu sama lain. Namun, Alyssa cepat tersedar apabila menyedari yang martabatnya yang tidak setaraf suaminya itu,
Mana ada cemburu, cuma Lyssa tak selesa dengan pandangan mengejeknya itu. Lagi pun, buat apa Lyssa nak cemburu dengan perempuan seperti itu
Benar, sayang tak sepatutnya cemburu dengan perempuan seperti Cik June tu tadi, kerana sayang sudah punyai lebih dari dia. Sayang punya abang. Abang tak suka tau, sayang terlalu cemburukan abang sebab walau apa pun yang terjadi, abang hanya cintakan sayang seorang saja,
ucap Tuan Fahreen dengan lunak suara yang betul-betul menggoncang jiwa Alyssa. Kalaulah tidak kerana hatinya yang masih berbelah bagi dan geram dengan tindakan Tuan Fahreen pada siang hari tadi, mahu cair perasaan Alyssa dibuatnya. Silap-silap, dia boleh terlentok manja pada bahu suaminya itu. Memang tidak silap lagi yang Alyssa mahu sahaja memeluk suaminya itu, namun ditahannya saja. Alyssa juga perasan yang ada sepasang mata yang sedari tadi sedang asyik menghendap dan memerhatikan perbualan mereka. Mata penuh cemburu yang menjadi milik June.
Oh, kalau Lyssa yang cemburukan abang, abang tak suka. Tetapi kalau abang yang cemburukan Lyssa, macam insiden siang tadi, tak mengapa pula. Dunia, memang tidak adil. Setiap masa, tetap lelaki yang kena lebih dalam segala-galanya.
Life is always fair, if we do have faith on Allah, sayang. Kalau dunia ini tidak adil, tentu kita tidak dipertemukan dan menjadi suami isteri. Abang bersyukur kerana Tuhan telah mengirimkan abang dengan isteri yang seistimewa sayang. Di mata abang, sayang cukup sempurna,
tutur Tuan Fahreen, ikhlas sekali. Tak mungkin, getus hati Alyssa. Dia hairan, mengapa Tuan Fahreen boleh menyatakan bahawa dirinya itu sempurna. Padahal, terlalu banyak lompang dalam hidupnya. Butakah lelaki itu ataupun dia sengaja menyindir Alyssa, supaya perempuan itu sedar diri. Tetapi, Tuan Fahreen benar-benar maksudkannya. Kenaifan Alyssa itulah yang menjadikan dia sempurna di mata Tuan Fahreen.
Demi Allah, abang, Lyssa tidak pernah terfikir untuk menghabiskan kekayaan yang abang serahkan kepada Lyssa, ke jalan yang tidak benar. Lyssa hanya mahu membuat bakti untuk perkara yang tidak pernah Lyssa rasai dan perolehi sebelum ini. Dengan membantu Elly, Lyssa dapat merasakan yang Lyssa sudah berbuat kebaikan untuk orang tua Lyssa sendiri,
terang Alyssa supaya Tuan Fahreen tidak ragu-ragu lagi dengan tindakannya membantu sahabat baiknya.
Dan demi Allah juga, abang tidak pernah berniat untuk mengungkit apa yang telah abang serahkan kepada sayang, kerana sebenar-benarnya semua itu berhak untuk sayang dapat. Abang cuma bimbang jika peristiwa seperti sayang diugut oleh manusia-manusia jahat seperti Nisya dan Fir dahulu, berulang lagi. Abang mahu melindungi sayang dari kejahatan dunia ini,
jelas Tuan Fahreen pula.
Abang sudah cukup protective pada diri Lyssa, sejak dari dulu lagi. Lyssa sedar itu semua dan cukup berterima kasih kepada abang yang selalu mendahulukan keselamatan dan keselesaan Lyssa. Tetapi, Lyssa minta abang tolong hargai pendapat dan tindakan Lyssa. Lyssa sedang cuba untuk menjadi dewasa, tetapi tolonglah jangan paksa Lyssa untuk cepat jadi dewasa. Memang Lyssa perlukan sokongan abang tetapi Lyssa juga mahukan kepercayaan abang. Jika tidak, sampai bilapun Lyssa tak akan dapat terajui Wadi Afzan, seperti mana yang abang mahukan,
rintih Alyssa. Tuan Fahreen berasa terharu dengan luahan Alyssa itu, lalu segera memegang tangan Alyssa dan menyisir rambut yang melepasi bahu itu supaya tersemat kemas di belakang isterinya. Sekilas itu, pipi Alyssa juga diusap, tanda dia begitu menghargai Alyssa dalam apa jua keadaan.
Abang berjanji yang abang akan beri sokongan dan kepercayaan yang tidak berbelah bagi kepada sayang kelak. Sayang jangan bimbang.
Kedua merpati sejoli itu, akhirnya mencapai kata sepakat untuk saling sokong-menyokong dan sentiasa ada untuk satu sama lain. Alyssa dan Tuan Fahreen tidak pernah berasa setenang malam itu kerana mereka punyai kesempatan untuk meluahkan perasaan masing-masing. Dan, malam itu mereka makan dengan seleranya dalam suasana yang cukup romantis. Apabila hati sedang ria, makanan yang tersaji pun terasa sedap sekali.
Alyssa dan Tuan Fahreen pulang ke rumah bersama-sama, agak lewat malam. Ketika tiba di rumah, kesemua pembantu dalam rumah tersebut, sudah lena dibuai mimpi. Awal sebelum itu, Tuan Fahreen telah menghubungi Mak Chom, memberitahunya agar tidak menunggu pasangan suami isteri itu pulang. Mereka hendak menghabiskan masa bersama dengan makan malam dan bersantai di luar. Kerana itulah, tiada sesiapapun yang menyambut kepulangan mereka berdua seperti biasa. Kedua-duanya masuk ke dalam rumah besar itu perlahan-lahan, kerana tidak mahu mengejutkan seisi rumah. Biarlah kesemua pembantu tidur dengan lenanya tanpa sebarang gangguan kerana esok pagi, mereka harus menyambung kerja semula. Sebagai majikan yang bertimbang rasa, mereka juga punya belas kasihan terhadap insan-insan yang mencurahkan khidmat di mahligai besar itu, walaupun dibayar gaji.
Apa yang penting, keringat mereka tiada tolok bandingnya kerana itu adalah tenaga manusia dan bukannya tenaga binatang. Meraba-raba juga Tuan Fahreen dan Alyssa mencari jalan ke bilik masing-masing. Maklumlah, lampu di bahagian ruang tamu, tengah dan tangga, tidak dinyalakan. Mahu atau tidak, Alyssa terpaksa berpaut pada lengan suaminya itu kerana tidak mahu tersalah langkah atau tersadung kaki di manamana sudut. Tuan Fahreen pula, dengan senang hati memimpin tangan isterinya itu. Setibanya di tingkat atas, berdekatan dengan bilik mereka, keadaan agak terang kerana Mak Chom sudah menyalakan lampu di ruangan tengah. Jadi, tidak perlulah mereka teraba-raba lagi. Dengan segera, Alyssa cuba melepaskan genggaman tangan Tuan Fahreen. Namun, dia tersipu-sipu malu, apabila Tuan Fahreen masih enggan melepaskannya malah terus merenungnya tanpa berkedip sedikit pun. Akhirnya, sudah puas berenungan, Tuan Fahreen pun bersuara,
Sayang tahu tak macam apa kita balik malam ni
Macam apa
tanya Alyssa, hairan.
Macam penyamun tarbus! Terkial-kial masuk rumah orang tetapi bingung sebab tak tahu nak buat apa-apa.
Serentak dengan itu, mereka tertawa bersamasama. Agak lucu juga apabila Tuan Fahreen menyamakan mereka dengan penyamun tarbus. Tetapi, apabila dikenangkan kembali, memang tidak salahnya telahan Tuan Fahreen itu, walaupun dia sedang berjenaka. Mereka terpaksa masuk bagaikan pencuri, semata-mata kerana tidak mahu orang gaji menangkap mereka bersama. Walhal, sedikitpun tiada salahnya.
Mmmmm...abang, Lyssa masuk bilik dulu, ya. Good night,
ucap Alyssa meminta izin untuk merehatkan diri selepas seharian berada di luar.
Good night
Tidak rela rasanya untuk membenarkan isteri tercinta masuk ke bilik tanpa mempelawanya sekali. Tetapi, sebagai seorang lelaki yang sudah mengikat dirinya dengan janji-janji gila, terpaksa jua dia melepaskan Alyssa. Tuan Fahreen hanya mampu memerhatikan sahaja liuk lentuk tubuh isterinya itu memasuki kamar. Namun, sebelum menutup pintu kamarnya, Alyssa sempat menghadiahkannya dengan sebuah senyuman yang cukup manis.
Alyssa, engkau telah mengunci hatiku dan mengurungku di rumah aku sendiri, rumah kita ini,
bisik Tuan Fahreen di dalam hatinya. Tuan Fahreen hanya mampu tersenyum sendirian, sebelum berpaling ke biliknya. Detik-detik indah yang diluangkan bersama Alyssa malam itu, tidak mungkin luput dari ingatannya sampai bila-bila pun. Ini kerana, Alyssa telah menunjukkan tandatanda yang dia bakal menerima Tuan Fahreen suatu masa nanti. Bila masanya, Tuan Fahreen sendiri tidak dapat menekanya. Tetapi, apa yang penting, sikap Alyssa sudah tidak sekeras dahulu terhadapnya. Begitu juga dengan Alyssa, yang berasa senang dan gembira sekali bila berpeluang berada di samping Tuan Fahreen. Alyssa sendiri tidak menyangka bahawa hatinya yang keras bagai batu itu, berjaya dijinakkan dengan ketulusan dan kecintaan suaminya sendiri. Banyak khayalan yang tercipta di minda Alyssa ketika air membasahi tubuhnya di kamar mandi. Jelas sekali terselit ilusi indah antaranya dan Tuan Fahreen.
Ah, gila! Barangkali, aku ni syok sendiri,
keluhnya. Tuan Fahreen pula menunaikan solat isyaknya tepat jam dua pagi. Di hatinya terselit perasaan kesal kerana melewatkan tanggungjawabnya kepada Yang Maha Kuasa, semata-mata kerana mencari isterinya. Bimbang juga, kalau dirinya bakal dihukum di atas kealpaannya tadi. Tuan Fahreen segera memanjatkan doanya kepada Allah, semoga kekurangannya sebagai hamba diberi pengampunan. Begitu juga dengan dosa isterinya, Alyssa. Semoga Tuhan akan mengampunkan dosa Alyssa yang masih keberatan untuk bersamanya sebagai isteri, kerana sebagai suami, Tuan Fahreen juga reda dengan segala kekurangan isterinya itu. Walaupun malam sudah hampir berganti subuh, namun kedua-dua Tuan Fahreen dan Alyssa masih gagal melelapkan mata masing-masing. Di hati mereka, tersemat cerita yang enak antara masingmasing. Alyssa dapat merasakan sesuatu yang istimewa dalam diri Tuan Fahreen dan kerana itulah jodoh mereka dipertemukan. Tetapi, Alyssa masih berasa malu untuk mengakui yang dia juga sudah mula tertarik hati untuk menyintai dan menyayangi suaminya itu.
Ah, ini tidak boleh jadi. Mengapa jiwaku bergelodak sebegini sekali Aku merinduinya, walhal dia berada di dalam bilik berhampiran denganku sahaja
getus Tuan Fahreen di dalam hatinya.
Tidak kira apa yang akan terjadi, aku harus berterus-terang dengannya tentang perasaan hatiku yang ingin dibelai sebagai seorang suami. Hatiku meronta-ronta untuk besamanya.
Entah apa yang dirasakan ketika itu, tetiba deruan angin malam yang menyusup dari celahcelah tingkapnya, meniupkan bisikan keramat yang mahukannya menjejakkan kaki ke bilik Alyssa. Menurut angin itu, Alyssa juga turut dalam dilema kerana dia juga mencintai Tuan Fahreen. Sekiranya perasaan itu dibiarkan begitu sahaja, jiwanya pasti jadi kacau. Tuan Fahreen seperti menurut sahaja kehendak angin, melangkahkan kakinya menuju ke bilik Alyssa. Setiba di hadapan bilik Alyssa, perasaannya semakin bergetar antara kemahuannya dan janji bicara yang kurang pasti.
Namun, perasaan itu digagahinya juga. Seperti kedengaran suara halus Alyssa, memanggilnya di dalam. Alyssa mengharapkan Tuan Fahreen mengetuk pintu biliknya dan seterusnya mengetuk pintu hatinya, sebelum dibenarkan menghuni ruangan tersebut. Tok tok tok... pintu bilik Alyssa diketuk perlahan. Alyssa yang sedang berkhayal, agak tersentak dengan ketukan itu. Siapa pula yang mendatangi biliknya lewat-lewat sebegini Takkan Mak Chom, kut Setahu Alyssa, orang tua itu, kalau sudah meletakkan kepalanya ke bantal, akan terus hanyut dan lena. Sungguhpun ribut petir atau tsunami mendatang, tidak akan pernah mampu untuk mengejutkannya. Jadi, apalah gunanya untuk Mak Chom terjaga pada waktu malam dan mendatangi biliknya Dengan berat, Alyssa bangkit dari katilnya dan menuju ke pintu bilik. Apabila membuka pintu, dia terkesima apabila terlihat Tuan Fahreen sedang tercegat di hadapannya. Wajah Tuan Fahreen yang amat tampan itu, direnunginya tanpa sebarang kerdipan. Soal hatinya mula menerjah, bertanyakan tentang tujuan suaminya itu menjengah muka biliknya.
Ada apa, abang
Abang tak boleh tidurlah malam ni. Tetapi, kenapa sayang pun tak tidur lagi Tak boleh tidur macam abang jugakah
soal Tuan Fahreen sambil bibirnya tak putus-putus mengukir senyuman manis.
Entahlah abang. Mungkin sebab tadi makan terlalu kenyang, kut,
jawab Alyssa pula yang masih tersipu-sipu malu.
Rasanya, tak puas pula makan bersama tadi. Tak puas bercerita juga. Banyak lagi tentang sayang yang perlu abang tahu. Rasanya, kita perlu berkenalan semula dan kali ini dengan lebih dekat lagi. Semenjak bernikah, kita tak punya banyak masa untuk itu. Abang sibuk dengan kerja seharian,dan sayang pula, sibuk membenci dan marahkan abang.
Maafkan Lyssa, mungkin selama ini Lyssa tak sedar lagi. Nantilah, selepas ini, kita pasti ada banyak masa untuk mengenali hati budi masing-masing,
ujar Lyssa. Alyssa tidak berdaya untuk terus berdiri bertatapan mata dengan suaminya di situ. Dia takut perasaannya mudah cair dan tergoda dengan sepasang mata yang memikat itu. Bimbang juga terjadi perkara yang tidak sepatutnya. Sedangkan, Tuan Fahreen masih enggan berganjak dari situ. Kakinya sudah terpaku dan terkaku di situ. Matanya juga, tidak bisa berkalih kepada yang lain.
Lyssa masuk dulu, ya abang. Rasa mengantuk pula,
pinta Alyssa sambil ketawa kecil yang sengaja dibuatnya.
Alyssa.
Terasa yang tangannya ditarik oleh Tuan Fahreen ketika dia berpaling untuk kembali menyambung igaunya. Langkah Alyssa terhenti serta-merta. Mengapa mereka harus tersekat di muka pintu itu Hati menjadi panas, perasaan pula tidak henti bergelora, jiwa menambah keyakinan dan fikiran pula, menyusun keinginan bersama. Nafsu yang bergelodakan, memaksa mereka menurut hati masing-masing. Ternyata, mereka memerlukan ruangan dan waktu untuk menjadi satu. Lalu, tangan Tuan Fahreen turut ditarik memasuki ruang kamar Alyssa, sebelum pintunya tertutup dengan sendirinya seperti ada kuasa luar biasa yang tolong menolak daun pintu tersebut. Mereka berdiri kaku agak lama, sambil hati berbicara mengarahkan mereka melayan kehendak yang meluap-luap antara satu sama lain. Alyssa begitu ayu sekali dalam pandangan suaminya. Tuan Fahreen cuba membelai pipi halus Alyssa yang hanya terdiam dan merelakan sahaja dirinya diusapi sebegitu. Tingkap kamar yang terbuka kecil pula, telah menghembuskan bayu yang mengerbangkan rambut ikat Alyssa, sehingga menyentuh muka suaminya itu. Segala-galanya yang ada dalam bilik itu seolaholah memberikan sokongan bagi pasangan ini untuk memadu asmara.
Sayang, kita tidak perlu menyeksa diri kita lagi. Kita tidak berhak menafikan perasaan kita sendiri, kerana apa yang kita rasa antara satu sama lain adalah ikhlas dan halal. Abang cintakan sayang dan sayang adalah milik abang yang terindah. Abang rayu pada sayang, terimalah abang dengan sepenuh hati dalam hidup sayang. Tolong jangan sia-siakan perasaan abang kepada sayang, kerana perasaan ini tidak akan luput walaupun suatu hari nanti, tubuh abang hancur ditelan bumi,
ucap Tuan Fahreen dengan penuh romantis sekali. Bergetar jiwa Alyssa mendengarkan bisikan manja suaminya itu. Di dalamnya, terselit rayuan dan permintaan untuk dirinya dibelai dan dimanja. Alyssa juga sudah tidak mampu lagi untuk melawan kehendaknya sebagai seorang isteri.
Abang, Lyssa mahu membuat pengakuan yang Lyssa juga sudah mulai jatuh cinta pada abang. Lyssa ingin jadi seperti wanita lain di dunia ini, yang ingin bermanja dan mengasihi seorang insan bernama suami. Abang adalah suami Lyssa, dunia dan akhirat. Tolonglah bimbing Lyssa ke dunia kita ini.
Abang, Lyssa relakan abang meletakkan tangan abang di dada Lyssa. Peganglah Lyssa dan perlakukanlah Lyssa mengikut kehendak abang. Malam ini, Lyssa serahkan diri Lyssa kepada Abang. Tubuh Lyssa hanyalah untuk abang seorang.
Segala-galanya seakan termeteri pada malam itu. Tuan Fahreen tidak mahu mensia-siakan peluang yang ada untuk mengauli isterinya itu. Sudah agak lama dia menunggu kerelaan Alyssa. Kali pertama dia bersama isterinya itu, tidak memberi sebarang pengertian kepadanya kerana pada waktu itu, Alyssa tidak sedarkan diri. Ketika itu, rasanya seolah-olah dia menyetubuhi patung hidup yang tak punya perasaan. Akhirnya, soalan cinta mereka terjawab juga. Alyssa tenggelam dalam pelukan erat Tuan Fahreen. Mereka berdua telah hanyut dibuai fantasi dan perasaan.
Dan malam itu, kasih mereka yang tersimpan selama ini diterjemahkan dengan hubungan badan yang ikhlas, tulus dan rela, datang dalam kesedaran mereka berdua. Perhubungan itu, telah melengkapkan status mereka sebagai suami isteri, dalam erti kata yang sebenarnya. Kamar Alyssa menjadi persinggahan Tuan Fahreen untuk beradu malam itu. Pasangan suami isteri itu terlena dalam berdakapan sehingga azan subuh berkumandang memecah hening sunyi. Subuh itu, mereka solat berjemaah untuk yang pertama kalinya. Tuan Fahreen berasa bangga kerana dapat mengimamkan Alyssa. Itulah antara idamannya sebelum ini, untuk menjadi imam dan khalifah dalam membentuk keperibadian Alyssa. Kini, hasrat Tuan Fahreen itu telah tercapai. Tinggal masa sahaja untuk mereka bersama membina sebuah keluarga pula.
Sayang, abang gembira sangat kerana akhirnya, abang dapat membina kebahagiaan dengan wanita yang abang cintai. Sayang adalah cinta pertama dan terakhir abang. Sama-samalah kita berdoa semoga mahligai kita ini akan berkekalan abadi sampai ke syurga,
ucap Tuan Fahreen selepas selesai bersalaman dengan Alyssa waktu selesai solat subuh.
Insya-Allah, abang. Ini semua berkat kesabaran abang menunggu Lyssa. Kalau abang tidak sabar dengan Lyssa, tentu pernikahan yang kita lalui dulu, sudah berantakan. Terima kasih abang, kerana memahami dan menerima Lyssa seadanya.
Tuan Fahreen mengengsot sedikit, lalu merapatkan dirinya dengan Alyssa yang masih bertelekung,
Terima kasih juga kepada sayang yang sudi terima abang, walaupun pada mulanya, sayang begitu membenci abang. Tak pernah terniat di hati abang untuk memaksa, apa lagi membuatkan Alyssa membenci diri abang.
Jodoh, pertemuan, ajal dan maut, semua di tangan Tuhan, abang. Lyssa rasa beruntung sangat sebab abang datang dalam hidup Lyssa. Selain dari memberi sinar, abang juga telah membawa rezeki masuk ke dalam hidup Lyssa. Syukur Alhamdulillah. Seketika kemudian, mata Alyssa tiba-tiba kelihatan berair apabila mengenangkan sikap kurang ajarnya terhadap suaminya itu selama ini. Alyssa merasakan dirinya adalah seburuk-buruk isteri yang ada dalam dunia ini. Tiada lelaki yang sanggup memperisterikannya, memandangkan perangainya yang teruk itu. Malahan, ada beberapa kali juga dia berlaku curang dengan membiarkan dirinya diusung keluar oleh lelaki lain.
Sayang, kenapa ni Jangan macam ni, sayang. Abang tak sanggup melihat sayang mengalirkan air mata. Setitik airmata sayang, adalah umpama mutiara yang bertaburan pergi dari hidup abang,
kata Tuan Fahreen sambil mengesatkan air mata isterinya itu.
Abang, Lyssa nak mohon beribu-ribu ampun dan maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki. Lyssa telah banyak melakukan dosa terhadap abang. Lyssa biadap, kasar dan curang pada abang. Isteri macam Lyssa ini, tak layak untuk cium bau syurga pun. Tolonglah maafkan Lyssa bang. Tak sanggup rasanya, lama-lama hidup bertemankan dosa ini,, rintih Alyssa dengan penuh penyesalan.
Sebaiknya, kita lupakan saja semua perkara tu, sayang. Kita tutup buku lama dan buka buku baru. Benda yang tak elok, tak baik kita kenangkan selalu, boleh jadi barah dalam hidup kita. Abang nak mulakan hidup baru dengan Alyssa yang sekarang, bukannya Alyssa, yang dahulu, kerana Alyssa sekarang lebih sayang dan cintakan abang. Abang bahagia sekali,
pujuk Tuan Fahreen, lembut. Alyssa terus mencium tangan suaminya itu, lalu merebahkan kepalanya ke ribaan Tuan Fahreen. Dia menangis sepuas-puasnya di situ. Tuan Fahreen hanya mampu mengusap rambut isterinya tanda memujuk. Namun, jauh di sudut hatinya, Tuan Fahreen berjanji yang dia bakal mewarnai kehidupan isterinya itu dengan senyum tawa yang indah. Pagi itu, Mak Chom menyediakan menu kegemaran Tuan Fahreen untuk sarapan, iaitu nasi lemak kukus. Tuan Fahreen, kalau menghadap nasi lemak kukus itu, boleh habis tiga empat pinggan juga. Memang dia suka benar masakan hasil air tangan pembantu yang sudah merangkap ibunya itu.
Amboi, amboi, amboi, bahagianya Mak Chom tengok pasangan pengantin ni. Nampak sepadan saja,
tegur Mak Chom apabila melihat Tuan Fahreen dan Alyssa turun ke bawah sambil berpimpinan tangan dan bergurau senda. Alyssa yang tersipu-sipu malu dengan teguran Mak Chom itu, lantas menarik tangannya dari gengaman Tuan Fahreen. Segan rasanya, jika Mak Chom mengetahui tentang apa yang telah berlaku semalam kerana Mak Chom sendiri sedia maklum, bagaimana dinginnya hubungan Alyssa dengan suaminya itu. Namun, orang tua seperti Mak Chom, tidak mungkin akan menghebohkan perkara tersebut kalau dia mengetahuinya. Mak Chom akan menyimpannya sebagai rahsia besar terutamanya apabila ia bersangkutan dengan Tuan Fahreen.
Selamat pagi tuan, selamat pagi Puan Alyssa.
Selamat pagi, Mak Chom, ucap Tuan Fahreen dan Alyssa serentak.
Mak Chom nampak kedua-duanya berseri lain macamlah, pagi ni. Nampak macam seri pengantin baru. Ha, macam nilah cara orang hidup berumah tangga. Berdamping-dampingan, berpimpinpimpinan, berkasih-sayang dan bergurau senda. Seronok sangat Mak Chom tengok kamu berdua dah berbaik-baik. Kalau tak tu, seorang ke kutub utara, seorang lagi ke kutub selatan,
beritahu Mak Chom dengan perasaan yang senang sekali. Memang benar kata Mak Chom itu. Semenjak tinggal bersama di rumah besar itu, Mak Chom tidak pernah melihat Alyssa begitu mesra sekali dengan suaminya,Tuan Fahreen. Alyssa seringkali mengelak dari terserempak dengan Tuan Fahreen walaupun mereka tinggal sebumbung. Bukan Mak Chom sahaja yang pelik, malahan kesemua orang gaji yang mendiami kediaman mewah itu turut berasa hairan. Terdapat perbezaan yang nyata sekali antara pasangan tersebut dengan pasangan suami isteri di luar sana.
Mak Chom nak dengar satu cerita tak Mulai hari ini, Alyssa bukan saja jadi rakan serumah saya, malahan akan jadi rakan sebilik dan sekatil saya.
Abang!
ujar Alyssa sedikit nyaring sambil tangannya mencubit mesra peha Tuan Fahreen. Tuan Fahreen sempat mengaduh manja dengan cubitan Alyssa itu. Namun tangannya segera menarik tangan isterinya itu untuk digenggamnya sekali lagi. Dia sedikitpun tidak mempedulikan kehadiran Mak Chom di situ. Biar pun satu dunia melihatnya sekali pun, dia juga tidak peduli kerana di matanya sekarang hanya ada Alyssa sahaja di mana-mana.
Seronok Mak Chom mendengarnya. Selepas ini, bolehlah Mak Chom menimang cucu.
Tuan Fahreen tersenyum manja memandang Alyssa. Dia begitu mengharapkan agar harapan Mak Chom itu menjadi kenyataan. Sudah tentunya, Tuan Fahreen mahukan anak dari perkahwinannya itu. Anak yang bakal dilahirkan oleh isterinya Alyssa, sebagai lambang kasih mereka yang sudah bersatu.
Menjadi seorang ibu merupakan harapan dan impian hampir setiap wanita dalam dunia ni, Mak Chom. Terus-terang Lyssa katakan yang Lyssa juga sudah bersedia untuk menjadi seorang ibu. Lyssa kepingin punya baby, yang bakal menjadi pewaris kami berdua, Tajul Holdings dan juga Wadi Afzan,
ujar Alyssa dengan ikhlasnya.
Alhamdulillah, akhirnya termakbul jua doa Mak Chom. Dah lama Mak Chom kerja di sini. Dari bujang sampai kahwin dan sampailah ke tua-tua begini, tiada apa yang lebih membahagiakan Mak Chom selain dari melihat Tuan Fahreen bahagia dengan cinta sejatinya.
Mak Chom dah macam ibu kami. Tuan Fahreen sudah tidak beribu, begitu juga dengan Lyssa. Kami sentiasa mengharapkan nasihat dari seorang ibu seperti Mak Chom. Begitu juga, jika Lyssa ingin melahirkan nanti, pastinya kami perlukan bantuan dan nasihat Mak Chom. Lyssa janji Mak Chom, baby kami nanti akan jadi cucu pada Mak Chom.
Tersentuh hati Mak Chom dengan pengucapan Alyssa itu. Orang tua itu merasakan dirinya begitu dihargai di dalam rumah itu, walaupun dia hanyalah orang gaji di situ. Kalau dahulu, Tuan Fahreen, Tuan Tajul dan Puan Suhaila telah menganggapnya sebagai ahli keluarga, begitu juga apabila Alyssa datang ke rumah itu. Tanggapan mereka terhadapnya tidak akan pernah berubah sampai bila-bila pun. Mak Chom bersyukur, kerana walaupun hidup sebatang kara, namun dia sedikitpun tidak merasakan kesunyian di dalam hidupnya. Tuan Fahreen tersenyum. Sejuta rasa bahagia menyelinap ke sudut hatinya seperti seorang remaja yang baru menerima balasan cinta pertamanya. Tuhan telah mengabulkan segala doa dan harapannya. Kini dia punya seorang isteri yang amat menyintainya. Semoga kebahagiaannya berkekalan. Dalam diam Tuan Fahreen meramas tangan Alyssa yang duduk disisinya. Dan Alyssa menoleh kearahnya dengan senyuman seorang wanita yang bahagia.
DEDIKASI
Novel ini didekasikan khas untuk semua insan berhati mulia yang sentiasa menjadi tulang belakang yang mendokong cita-cita dan kehendakku. Buat suami, terima kasih kerana kasihmu yang menjadi penegak semangatku. Buat anak-anak, yang sentiasa mengerti dan mengizinkan waktu mereka untuk dikongsikan bersama cita-cita ibu mereka. Buat mak, ayah dan ibu mertuaku yang tidak pernah jemu untuk menyayangiku sepenuh hati. Buat adik-adik dan ipar duai yang sentiasa memberikan galakan dan kata-kata semangat. Buat rakan-rakan, penerbit terutama sekali Encik Nizam, Encik Fahizul, Kak Suraya dan saudara yang di luar sana yang sentiasa menjadi pemangkin kepada usaha kerasku. Semoga kita semua menjadi hamba kesayangan Allah setiap masa hendaknya. Amin.