Tika Cinta Berbisik - 23
Bab 22

SUDAH dua hari Nurul membiarkan dirinya bersendirian di dalam bilik yang gelap. Sengaja lampu tidak dipasang agar Anis tidak melihat matanya yang sembab dan wajahnya yang layu. Nurul tidak mahu Anis tahu kesedihan yang masih membelenggunya.

Kematian Iwan mengajar Nurul menjadi manusia yang lebih tabah dalam menempuh ujian daripada Tuhan. Adakala tanpa sedar dia kalah pada emosi. Membiarkan diri terumbang-ambing tanpa arah tujuan. Bila tersedar, Nurul segera beristighfar. Betapa kerdil dirinya di sisi Allah SWT.

Nurul hanya mengetahui berita kematian Iwan melalui Doktor Hisyam. Itupun sewaktu dia menghantar Anis menjalani rawatan susulan. Iwan pergi tanpa meninggalkan pesanan. Lelaki yang dicintainya itu ditimpa kemalangan sewaktu dalam perjalanan kembali ke rumah selepas habis kerja. Apa yang paling memilukan Nurul, pada siang hari itulah Iwan telah berkunjung ke rumahnya untuk memujuk dirinya.

Nurul membuka kembali kotak yang diberi oleh Doktor Hisyam tempoh hari. Katanya kotak itu ada di dalam almari Iwan dan arwah tidak membenarkan sesiapa pun membukanya dahulu. Doktor Hisyam memberikannya kepada Nurul kerana mengetahui tentang hubungan gadis itu selama ini dengan Iwan.

Ambillah. Doktor Hisyam menghulur sebuah kotak kayu kepada Nurul. Kotak itu beru kir awan larat yang cantik. Ia adalah kesenian Melayu yang sungguh lama.

Apa ini, doktor

Saya jumpa di dalam almari Iwan. Saya rasa elok beri pada awak. Mungkin ada gunanya.

Nurul mengambil kotak itu dengan hati yang penuh tanda tanya. Sekembalinya ke rumah, dia tidak segera membukanya. Dia hanya memerhati kotak itu tanpa ada rasa untuk melihat isinya.

Akak, kotak apa tu, bukaklah gesa Anis.

Nurul seperti orang mengantuk disorong bantal menuruti kehendak Anis. Di dalam kotak itu terdapat beberapa keping gambar dia, Anis dan Iwan. Gambar sewaktu mereka membawa Anis berkelah di pantai.

Kak, tengok ni gambar Anis. Anis ternyata teruja melihat gambar-gambarnya.

Nurul meneliti setiap keping gambar yang ada. Deringan telefon di ruang tamu memeranjatkan mereka yang sedang leka menatap gambar arwah Iwan.

Assalamualaikum, Cik Nurul ke tu

Ya, saya.

Saya Doktor Hisyam.

Ya, doktor. Ada apa doktor telefon ke rumah

Sebenarnya, saya terlupa nak beritahu kamu tentang suatu perkara yang saya dan arwah Iwan bincangkan. Kami sepakat akan melakukan pembedahan ke atas Anis pada penghujung bulan ini. Namun nampaknya, pembedahan ini akan berjalan tanpa Iwan. Saya tak mahu menundakan proses ini dan saya rasa Nurul juga tak akan mahu menunggu lama. Bagaimana

Nurul berfikir sejenak akan kata-kata Doktor Hisyam. Memang benar, dia tidak mampu menunggu lama dan tidak sabar mahu melihat Anis berjalan seperti kanak-kanak lain.

Hm... bagaimana dengan kosnya doktor. Boleh dibayar ansur-ansur tak

Begini, Nurul. Sebelum Iwan meninggal, arwah telah menyediakan sejumlah peruntukan untuk kos pembedahan ini. Jadi, segalanya tiada masalah.

Oh, dia tak maklumkan pada saya. Nurul mengeluh sayu. Tidak tahu bagaimana mahu meng gambarkan perasaannya ketika itu. Belum sempat Nurul mengucapkan terima kasih, insan yang dikasihinya itu telah pergi buat selamanya.

Saya harap hujung bulan ini, pembedahan tersebut akan berjalan dengan lancar. Persiapkan diri Anis sebaik mungkin.

Baiklah, terima kasih doktor. Wajar bagi saya untuk mengucapkan rasa terima kasih yang tak terhingga buat doktor dan juga arwah Iwan.

Nurul benar-benar memanjatkan rasa syukur kerana doanya selama ini dimakbulkan oleh Allah SWT. Dia kembali mendapatkan Anis yang masih membelek gambarnya.

Nurul mengeluarkan segala isi kotak itu. Tangannya mencapai kotak kecil berbaldu merah. Terdapat sebentuk cincin berlian yang tertulis nama Nurul di tepinya. Seandainya dia sempat memakai cincin ini di hadapan arwah, tentu hatinya akan lebih perit untuk menerima berita kematian lelaki itu. Biarkanlah segalanya ber lalu. Nurul menyarung cincin itu ke jari manisnya sebagai lambang kenangan abadi cinta mereka.