Ye la tu kau nak tolak. Bukan kau memang tak nak lari dari syarikat ni ke Alasannya kau nak dekat-dekat dengan Ryan kan Suara akalnya mengejek.
Hani mengeluh. Tak habis lagi rupanya suara makhluk asing disekitar kepalanya nak mengejek. Ye la! Dia setuju! Dia masih kerja dekat situ sebab dia tak mampu nak lepaskan Ryan lagi. Baru je nak kenal erti sayang dan suka, dah kena kick.
Sedih betul!
Hani, kan
Hani berpusing. Toya je mukanya bila nampak wajah rakan sepejabatnya dulu.
Betul la kau. Cewah, isteri bos datang kerja. Liana tolak perlahan bahu Hani macam selalu dia buat bila berjumpa dengan kawannya itu.
Wei, kau jangan nak tolak dia sesuka hati. Ingat dia isteri bos besar. Dia mengadu dekat laki dia, tak pasal-pasal you are fired! suara Syafiza pula kedengaran.
Hampeh betul la dua minah ni. Aku isteri bos pun nak dijadikan bahan ke
Ye la. Aku lupa. Jangan bagi tahu laki kau tau. Tapikan, kau bukan main demand lagi ya. Mentang-mentang kahwin dengan topeng puaka tu, kau tak ingat kita orang ni. laju mulut Liana merungut.
Lia, kau kutuk laki dia kut! Syafiza murah hati menegur.
Aku kutuk Aku cakap apa Mana ada. nafi Liana. Hani dah juling mata ke atas.
Topeng puaka. Kau sebut topeng puaka tadi. terkuis-kuis tangan Syafiza sambil mata memandang wajah tak kisah milik Hani.
Aku sebut eh Sorry la Hani. Bukan topeng puaka. Aku silap sebut. Gelaran laki kau tu Topeng Raksasa kan Bukan topeng puaka.
Syafiza tepuk dahi! Malas dah nak cakap dengan orang lurus bendul macam Liana ni. Patut la selalu kena buli.
Hows your life Syafiza membuka topik baru.
Terjongket kening Hani dibuatnya. Ikutkan hati nak je dia lagakan si minah bendul dengan Syafiza ni. Hesy!
Sejak bila kau cakap oghang putih ni perli Hani.
Sejak kau jadi isteri big boss la wei.
Tertekan la Hani dibuatnya. Memang wajib eh, mereka ni ingatkan dia pada si Ryan tu Huh!
Gedik la kau orang ni. Aku ni Hani. Hani yang kau orang kenal dulu. Tak payah gatal mulut nak speaking. Cair tahi telinga aku! marah Hani dengan muka tertekan habis.
Syafiza dan Liana memandang Hani sebelum berpandangan sesama sendiri. Sesaat kemudian, mereka sama-sama menjerit serentak. Ini barulah Hani yang kami kenal!!! Habis tubuh Hani diterkamnya.
Wei..wei... Kau orang ni saka harimau ke nak terkam aku. Senget tudung aku la minah! Hani tolak tubuh kawannya.
Habis imej cantik aku dimusnahkan dua minah ni. Cis! Sempat perasan cantik lagi rupanya.
Malas aku nak layan kau orang. Sakit jiwa. Sebelum aku lambat masuk ofis, baik aku naik lif dulu Hani berlalu meninggalkan Syafiza dan Liana.
Wei, isteri bos tak kisah la masuk pukul berapa pun. Nak cuti setahun pun, laki kau tak kan kisah la. jerit Liana sebelum dia dan Syafiza mengejar langkah Hani.
Hani mencebik. Dia cakap lagi pasal big bos tu! Hailah! Dengan badan saja dilenggang-lenggok, dia terus berjalan. Hanya berhenti saat sampai di depan lif. Namun sekali lagi dia diterkam dua kawan baiknya.
Kau orang ni memang gedik...gedik..gedik... Hani cucuk kedua-dua pinggang kawan baiknya.
Menggeliat mereka jadinya.
Yang ni aku tak suka. Kau jangan nak cucukcucuk pinggang. Aku belajar silat gayung wei! Syafiza mula angkat tangan dengan gaya bersilat.
Ketawa Hani dibuatnya. Dah lama tak cucuk pinggang orang. Rasa macam rindu pula. Jangan tak tahu, dekat pejabat ni dia terkenal sebagai perempuan pencucuk pinggang. Sebab tu dulu bila pekerja syarikat ni nampak dia, masingmasing sibuk tutup pinggang. Takut kena cucuk dengan minah seorang ni.
Hani, kau cerita la macam mana hidup kau Big boss romantik tak wei soal-siasat sudah mula dijalankan.
Kenapa kau nak tahu. balas Hani penuh bersahaja.
Mestilah. Ni berita yang aku nak tahu. Ye la, kau tahu kan dulu big boss tu semua orang tahu perangai dia. Gila duit! Confirm tak romantik!
Tapi, mana tahu dah kahwin ni dia dah bertukar.
Hani diam sebentar. Antara nak jawab atau tak. Disaat dia berfikir untuk menjawab atau tak, beberapa pekerja lain menghampiri mereka. Berdiri di belakang sambil menunggu lif buka.
Kau ingat dia tu Ryukendo nak bertukartukar Tapi, kan...
Tapi, apa Liana tak sabar.
Mestilah romantik. Dia lelaki paling romantik di abad ni. tipu Hani dengan senyuman lebar.
Ryan romantik Agaknya kena pergi tandas buang semua muntah yang nak terkeluar.
Serius Syafiza seakan tak percaya.
Hani angkat bahu sebelum masuk ke dalam lif yang kebetulan terbuka. Terjerit Syafiza dan Liana bila soalan mereka tak berjawab. Hani tetap diam. Semakin lama, lif semakin penuh. Padah masuk awal! Dia terhimpit ke belakang. Badannya betul-betul melekap ke dinding lif. Dia pandang Liana dan Syafiza yang turut tertolak ke penjuru lif. Hani mengeluh.
Macam tak ada lif lain pula! Nak juga sumbat dalam ni selagi lif ni tak bunyi! rungutnya geram.
Sesak betul nafasnya. Matanya terhala pada lelaki yang berada di depannya. Lelaki itu semakin lama berinjak ke belakang. Hani angkat bag tangannya. Menghalang daripada lelaki itu bersentuhan dengannya.
Hesy! Ni lagi la aku tak suka! Sebab sesak macam ni la selalunya jadi kejadian raba-meraba. Nasib aku tak pernah jadi mangsa kalau tak memang kaki naik biar orang yang meraba tu senak!
Aduh! Lembik la mamat ni! Orang tolak kau, kau tolak la balik. Gumam Hani bila lelaki itu semakin kebelakang.
Tapi, siapa lelaki ni Tak pernah tengok pun. Badan lelaki yang membelakangnya dipandang. Boleh tahan cantik badan mamat ni. Mesti orang setia gym ni! Geram punya pasal, Hani perlahanlahan menyepak sedikit kasut berkilat lelaki tu. Sekali... Dua kali..tiga kali.. Di tersengih-sengih.
Siapa suruh kau undur-undur, tak pasal-pasal kasut berkilat kau dah jadi mangsa kasut berdebu aku. Hani tersenyum jahat.
Lif terbuka dan beberapa pekerja mula keluar termasuk lelaki iu. Hampeh! Sampai akhir, Hani tak nampak siapa si gerangan yang kasut berkilat itu.
Wei Hani, kau tak patut tau. ujar Liana saat mendekati sahabatnya.
Apa yang tak patut Hani menyoal kembali. Aneh!
Ye la! Laki kau dekat depan kau tadi, sikit pun kau tak tegur. Liana dah menggeleng.
Hani terkejut. Ryan di depannya tadi Tak mungkinlah! Tiba-tiba dia tertawa kecil.
Kau orang nak prank aku agak-agak la. Ryan tak kan naik lif sama dengan pekerja la. Macam la kau orang tak kenal big bos. Kalau dia ada, mana boleh pekerja lain naik dengan dia. Nak kenakan aku konon. Hani sambung ketawa.
Syafiza dan Liana berpandangan sesama sendiri dengan muka pelik.
Tapi, tadi tu memang betul-betul laki kau. Big boss!!! suara kedua-dua wanita itu bergema serentak.
Dan... Hani yang ketawa, mati terus tawa. Matanya membulat. Tak kan la Lelaki yang dia tendang belakang kasut tu adalah Ryan Tak mungkin!!!