Setiap kali telefon bimbitnya berbunyi, pasti jantungnya berdegup laju. Beberapa hari ini, masanya banyak dihabiskan di dalam di bilik sahaja. Membaca dan menelek majalah yang dibawa tempoh hari.
Dia hanya keluar ketika bersarapan, makan tengah hari dan makan malam. Sudah dua kali Hakimi pulang untuk makan tengah hari bersamanya. Tidak tahu mengapa, tiba-tiba dia merasa segan dengan Arissa. Kalaulah Arissa tahu yang Wafa menolak Hakimi kerana sudah punyai kekasih, manalah nak diletakkan mukanya.
Bosannya duduk rumah ni! Keluhnya sendiri.
Kan elok dia balik ke Shah Alam sahaja. Boleh juga mengemas dan berjalan-jalan di sekitar kompleks membeli belah di sana. Rindu pula dia dengan pembantu rumahnya, Mak Wan dan Sumi.
Terasa bosan berada di bilik itu. Pusing sana, pusing sini pemandangannya masih sama. Akhirnya dia menuju ke pintu namun telefon bimbit di tangan berbunyi.
Ya Allah... Kak Talha!
Hampir sahaja dia terpekik sebaik melihat nama wanita itu tertera di skrin telefon bimbitnya. Pintu bilik ditutup rapat semula. Bimbang kalau-kalau perbualannya didengari oleh Arissa yang berada di tingkat bawah. Ditarik nafas dalam-dalam sebagai menenangkan hati. Dia percaya setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya, tetapi bagaimana penyelesaian masalahnya yang ini
Assalammualaikum kak, ucapnya cuba menceriakan suaranya.
Waalaikumussalam... Hanim, apa semua ni Kenapa tak beritahu awal-awal! Sergah Puan Talha di sebelah sana.
Err... Tak tahu apa yang patut dikatakan kepada wanita itu.
Akak tak sangka Kimi buat macam ni pada Wafa! Tengking wanita itu.
Terkelip-kelip mata Puan Hanim mendengar suara garang wanita itu di sebelah sana.
Saya minta maaf... saya tak sangka Kimi bernikah senyap-senyap, jelasnya lalu melangkah ke sofa.
Habis macam mana ni Wafa nak putuskan pertunangan ni!
Sekali lagi Puan Hanim menarik nafasnya dalamdalam. Pening kepalanya memikirkan perkara itu sejak mengetahui pernikahan Hakimi.
Kalau itu yang dah Wafa nak. Saya tak boleh nak cakap apa-apa.
Wah, kalau Wafa tak nak putus... anak aku tu bermadulah ya! Sekali lagi wanita itu menyergah Puan Hanim.
Bukan begitu kak.
Habis macam mana sekarang Kimi dah nikah, kan Wafa macam mana pula!
Lelah dia mendengar Puan Talha asyik bertempik di telefon bimbit. Mahu sahaja diputuskan talian itu tetapi reaksi itu akan menunjukkan yang dia bersalah.
Insya-Allah, perkara macam ni boleh diperbetulkan, kak, pujuk Puan Hanim lembut.
Betulkan Betulkan apanya Eh, kau ingat anak aku ni kayu, patung. Tak ada perasaan! Puan Talha terus memetir.
Puan Hanim senyap. Buntu kepalanya.
Hanim, kau kena ingat janji kita! Apa pun terjadi,
15% syer kau tu kena tukar ke nama Wafa!
Sekali lagi Puan Hanim menarik nafasnya dalamdalam. Dia tidak menyangka rancangannya tidak berjalan lancar seperti yang dimahunya. Tiba-tiba dia merasa menyesal dengan apa yang telah dijanjikan kepada wanita itu.
Saya akan bercakap dengan Kimi balik, kak. Akak jangan bimbang! Sudah habis kata-kata Puan Hanim. Ayat yang sama diulangnya namun dia tidak pasti bagaimana hendak memujuk Hakimi. Anak itu sudah tidak mahu mendengar kata-katanya.
Mana aku tak bimbang... Kimi bernikah dalam masa bertunang! tempik Puan Talha untuk kesekian kalinya.
Itu saya tahu. Akak jangan risau sangat pasal tu! Macam mana Suruh Kimi ceraikan isteri dia Mahukah Kimi! Atau suruh bermadu! Puan Talha menyoal dalam memberi cadangannya.
Sakit telinga Puan Hanim mendengar tempikan Puan Talha di sebelah sana.
Kau jangan nak tipu kami, Hanim... kau dah janji nak bagi lima belas peratus dari syer kau tu! tekannya sekali lagi.
Kalau dah tak jadi... macam mana saya nak bagi, kak! balas Puan Hanim bengang namun suara dan nadanya masih dapat dikawal.
Kau lupa Kita ada perjanjian. Puan Talha ketawa di sebelah sana. Jadi atau tak... setengah daripada syer Sweet Arena kau, kena serahkan kepada Wafa, faham tak!
Puan Hanim memejam matanya. Matilah dia. Bukan mudah hendak memindahkan sesuatu saham kepada penama yang lain. Ia melibatkan banyak prosedur yang telah ditetapkan oleh syarikat.
Kenapalah dia terburu-buru membuat keputusan sebegitu. Benarlah seperti yang pernah dipesan oleh arwah ayahnya suatu masa dahulu. Jangan mudah berbuat janji ketika gembira dan jangan membuat keputusan ketika marah! Baru dia faham kini.
Kita bincang balik kak. Pujuk Puan Hanim.
Bincang Nak bincang apa lagi Aku tak nak bincang-bincang. Kimi dah memalukan aku. Laki aku. Wafa, faham tak! Persiapan perkahwinan dah buat. Dah separuh siap faham tak Dah banyak aku berhabis. Sekarang ni aku nak minta ganti rugi! selar Puan Talha di sebelah sana.
Kak... apa-apa kita bincang dulu!
Bincang, bincang, bincang... tak habis-habis dengan bincang kau! Bincang apa lagi Hanim! Kimi dah bernikah. Kau faham tak! Dan aku tak mahu anak aku bermadu! pekik Puan Talha.
Ya, saya tahu.
Sudahlah, Hanim... aku bagi kau tempoh dua minggu untuk selesaikan pasal syer tu. Kalau tidak... see you in court!
Seketika dia tidak lagi mendengar suara garang Puan Talha. Puan Hanim melepaskan keluhannya. Tiba-tiba kepalanya pusing. Dia kembali memandang telefon bimbitnya yang berbunyi dan nama Hakimi tertera di situ.
Ya, Kimi...
Walid sampai esok.
Apa! terkejut dia mendengar berita itu dan dia sudah dapat mengagak tujuan kepulangan suaminya.
Err... bila Walid call soalnya.
Sekejap tadi, jawab Hakimi perlahan di sebelah sana.
Ke... ke... kenapa gagap tuturnya.
Walid suruh tanya Umi.
Puan Hanim senyap. Nampaknya suaminya sudah tahu. Pasti Encik Amar mahupun Puan Talha sudah beritahu perkara itu kepada Encik Razali.
Apa yang berlaku ni Umi Ada perkara yang Kimi tak tahu ke Hakimi menyoal di sebelah sana.
Puan Hanim senyap.
Kejap lagi Kimi balik. Dia bersuara kembali setelah tiada jawapan daripada Puan Hanim.
Setelah membalas salam Hakimi, Puan Hanim bangun dan melangkah ke tingkap. Nampaknya perkara ini akan menjadi lebih besar dari sangkaannya.
HAKIMI menggeleng kepala selepas mendengar cerita Puan Hanim. Bagai hendak lerai tubuhnya mendengar perjanjian antara Puan Hanim dan orang tua Wafa. Dibuat tanpa pengetahuan Encik Razali pula tu. Nampaknya akan berlaku taufan Razali-Hanim di rumahnya dua, tiga hari lagi.
Mana hitam putihnya. Masakan buat perjanjian dengan mulut. Ini bukan zaman P Ramlee, tegas Hakimi. Rasa marahnya disimpan sambil memandang Uminya yang duduk di sofa tidak jauh darinya.
Umi tak bawa balik.
Jadi adalah perjanjian bertulisnya Soal Hakimi sedikit lega. Dia mengangkat lengan untuk melihat waktu ketika itu.
Ada. Perlahan jawapan Puan Hanim seperti orang takut-takut.
Hakimi meraup wajahnya beberapa kali dengan keluhan sejak tadi. Dia memandang Arissa yang tidak memandangnya.
Pukul berapa Walid terbang
Puan Hanim mula merasa bimbang. Bagaimana dia hendak berdepan dengan suaminya Sebaik sahaja dapat tahu yang lelaki itu mahu pulang ke Malaysia, terasa sudah terbelah dua dunianya.
Entah. Tapi, secepat mungkin, jawab Hakimi.
Siapa temankan dia Walid tu belum betul-betul sihat lagi. Lelaki itu bukan sihat sangat untuk terbang bersendirian.
Mr Ruben. Peguam kita di sana!
Jawapan Hakimi membuat tekaknya kering walaupun selepas meneguk air liur berkali-kali.
Macam mana Umi boleh terfikir nak buat macam ni soal Hakimi sedikit keras.
Umi buat semua ni untuk Kimi... tak sangka Kimi pergi menikah pula dengan perempuan ni! balas Puan Hanim sambil menuding jari kepada Arissa.
Dah jangan nak salahkan Arissa pula... yang Umi pergi baik hati sampai nak transfer syer Umi tu pada dia orang untuk apa Rupanya itulah tujuan Mak Cik Talha dan Pak Cik Amar, kan Wafa nikah dengan Kimi untuk dapat syer Umi! selarnya dengan rasa geram.
Puan Hanim menjeling. Dia tidak patut salahkan sesiapa. Semua itu silapnya yang terlalu gembira ketika berjanji. Sekarang ini janji itu memakan dirinya sendiri dan menyusahkan semua orang di sekelilingnya.
Apa yang ada dalam perjanjian tu soal Hakimi ingin tahu.
Termangu Puan Hanim sendiri cuba mengingatkan isi kandungan perjanjian yang pernah dimeterai antara dia, Puan Talha dan Encik Amar.
Hakimi bangun lalu mencapai telefon bimbitnya.
Mana Umi letak perjanjian tu
Cadangnya untuk meminta bantuan Hazami menyerahkan perjanjian itu kepada Walid. Namun tersekat bila Hazami mula mengungkit rasa tidak puas hatinya dengan sikap Umi mereka. Terpaksa dia menadah telinga mendengar setiap leteran Hazami.
Dia juga turut dimarahi apabila bernikah senyapsenyap. Mujurlah tidak panjang leteran lelaki itu apabila terpaksa menghadiri mesyuarat di sana.
Err... dalam bilik Umi tu ada peti besi. Dalam fail biru, jelas Puan Hanim.
Hakimi mula menghubungi Encik Razali beberapa kali namun tidak berjawab.
Tak jawab pun. Dia memandang jam dinding. Sudah hampiri 8.30 malam. Maknanya di Doha dalam pukul 3.00 petang. Dia tidak pasti Encik Razali ambil penerbangan pukul berapa dari sana.
Walid ke hospital kut. Puan Hanim mengagak. Dia sendiri tidak pasti dengan jadual rawatan lelaki itu sejak pulang ke Malaysia.
Nanti Umi call Walid.
Umi takut! spontan Puan Hanim membalas.
Arissa menyimpan senyumnya melihat reaksi comel ibu mentuanya sekejap tadi. Tiba-tiba dia rasa hendak ketawa. Dia berdehem lalu bangun.
Bang, Ris naik dulu. Mengantuk. Arissa meminta diri. Rasanya dia tidak perlu berada di situ. Lagipun dia tidak terlibat. Tak kuasa dia nak dengar semua tu.
Yalah, sayang, balas Hakimi sambil mengusap lembut bahu Arissa lalu mengucup dahi si isteri sebagai tunjuk-tunjuk di hadapan Puan Hanim.
Umi, saya naik dulu. Arissa berkata sebelum naik menuju ke tingkat atas.
Eh... sebab dialah semua ni jadi tau tak! keras suara Puan Hanim sebaik bayang Arissa hilang dari pandangannya. Kalau Kimi tak kahwin dengan dia... tentu-tentu dah nikah dengan Wafa.
Apa kena mengena dengan Arissa pula. Bukan ke perjanjian tu Umi dah buat sebelum pertunangan tu soal Hakimi bengang.
Puan Hanim senyap sambil menjeling anaknya.
Umi buat ni untuk kebahagiaan Kimi tau! Puan Hanim kembali bersuara setelah lama mendiamkan diri.
Umi jamin ke yang Kimi boleh bahagia Hakimi kembali duduk di sofa.
Wafa tu dari keluarga yang baik-baik, Kimi...
Ya, dari keluarga yang baik-baik. Tak semesti anak mereka pun baik kan Tengok apa yang dia orang nak sekarang... tak jadi, minta ganti rugi kemudian nak juga syer Umi tu. Baik ke tu tegas Hakimi.
Sebab Umi dah janji. Puan Hanim bangun lalu duduk bersebelahan Hakimi.
Apa kata kalau kita teruskan dengan pernikahan Kimi dan Wafa lengan anak itu diusap lembut sambil mengajukan cadangan dan dia berharap Hakimi bersetuju.
Spontan Hakimi bangun.
Kimi tak akan madukan Arissa. Hanya dia seorang sahaja isteri Kimi, Umi! lantang Hakimi membalas.
Habis tu macam mana dengan syer Umi tu Biarkan je Wafa dapat macam tu soalnya geram.
Kenapalah anak itu tidak mahu membantunya.
Hakimi berdengus kasar.
Kenapa Umi berjanji sampai macam ni sekali. Umi tak fikir panjang ke Runsing dia memikirkan rancangan Puan Hanim yang sudah melibatkan saham syarikat mereka.
Kalau kita bayar mereka... berapa ya perlahan soalan Puan Hanim.
Hakimi memandang Puan Hanim.
Lebih daripada 20 juta mungkin! Dia sendiri tidak pasti perkara itu harus dirujuk kepada Sweet Arena Management di Kuala Lumpur.
Ternganga mulut Puan Hanim. Tiba-tiba dia merasa amat menyesal dengan apa yang dilakukan. Padan dengan muka!
Dahlah Umi... kita tunggu Walid balik. Pergilah tidur. Kepala Kimi ni pun dah rasa macam nak pecah! Tanpa menunggu kata-kata dari Puan Hanim, Hakimi melangkah ke tangga untuk naik ke biliknya. Lebih baik dia tidur.
BAIK sungguhlah ibu mentuaku. Belum jadi menantu, dah nak bagi syer. Ya Allah, bahagianya dapat emak mentua macam tu ya Keluh Arissa sebaik melangkah keluar dari bilik mandi selepas menggosok gigi, mencuci muka dan meletak krim malam di muka. Iyalah... menantu pilihan. Bebelnya sendiri sambil melangkah naik ke atas katil Hakimi.
Hai, Arissa... tak sedar-sedar ke Kau tu isteri sementara, ingat sikit! Tekannya sebagai mengingatkan dirinya sendiri. Ditarik selimut sebaik berbaring.
Tiba-tiba pintu terbuka dan Hakimi muncul dari sebalik pintu.
Awalnya awak tidur, tegur Hakimi. Belum pukul 10.00 malam lagi!
Hakimi merapatkan pintu sebaik melihat Arissa sudah selesa berbaring di atas katil. Begitulah tiaptiap malam sejak Arissa menjadi penghuni biliknya.
Tak sanggup dia melihat gadis itu tidur di atas karpet di bilik persalinan walaupun agak selesa. Terasa diri tidak jujur dalam lafaz akad tempoh hari bila memperlakukan Arissa seperti itu.
Kepala saya pening, adu Arissa sambil mengiring membelakangi pintu bilik.
Awak tak sihat ke
Mana nak sihat... Walid Encik nak balik. Itu maknanya, Umi Encik takkan balik ke Doha lagi. Dari dua tiga bulan janji kita, ini dah macam nak jadi dua tiga puluh tahun kahwin dengan Encik, keluh Arissa dengan situasi yang melanda mereka.
Termangu Hakimi seketika. Dia tidak terfikir pula akan perkara itu sebab kalut dengan masalah Uminya yang mahu menyerahkan saham syarikat kepada Wafa. Dia melabuhkan punggung di birai katil tidak jauh dari Arissa yang sedang berbaring.
Tambah-tambah projek Langkawi dah nak berjalan, kan Rasanya memang Walid Encik akan terus menetap di sini, tambah Arissa dengan telahannya.
Kuat hatinya mengatakan yang Encik Razali tidak akan kembali semula ke Doha. Hazami dan beberapa orang penting dari Sweet Arena Management ada di sana untuk menguruskan Hotel Sweet Arena Doha
Hakimi menarik nafas dalam-dalam. Benar seperti yang dikatakan oleh Arissa. Kepulangan kedua orang tuanya bukan setakat dua tiga bulan tetapi untuk selama-lamanya.
Arissa mengiring menghadap Hakimi yang duduk membelakanginya.
Macam mana ni Encik soal Arissa memandang belakang tubuh Hakimi yang kekar yang ditutupi t-shirt putih.
Hakimi menoleh memandang Arissa. Lama mereka berpandangan seperti mencari satu jawapan pada tujuan yang sudah kelihatan kabur daripada rancangan mereka yang asal. Akhirnya Hakimi bangun, tidak sanggup hendak menentang mata Arissa yang agak jinak memandangnya sebentar tadi.
Kita tunggu sampai Walid sampai. Tengok macam mana rentak Walid dan Umi dulu... kemudian baru saya fikirkan. Entah mengapa ada rasa kecewa dengan kata-katanya sendiri.
Walid Encik dah tahu ke siapa menantu dia Arissa bangun lalu duduk memandang Hakimi yang sudah duduk di sofabed.
Dah acuh tak acuh Hakimi menjawab.
Encik sebut nama saya tak teruja dia hendak tahu kisah itu.
Ya, saya sebut nama awak... Arissa Mohd Salleh! sengih dia memandang Arissa yang tersengih memandangnya. Mula-mula rasa nak marah tetapi melihat sengih comel Arissa tidak jadi hendak memetir. Tidak sanggup dia memarahi Arissa.
Arissa ketawa.
Dia kata... sengaja dia tidak meneruskan katakatanya sebagai mahu melihat Arissa.
Encik Razali kata apa Dia masih ingat pada saya ke soal Arissa.
Terangkat kening Hakimi mendengar soalan gadis itu. Masakan Walidnya tidak ingat.
Mestilah ingat! Hakimi menarik selimut yang dilipat kemas oleh Arissa pagi tadi.
Saya rasa macam tak sanggup nak jumpa dengan Walid Encik. Yang juga bapa mentuanya. Tidak tahu bagaimana dia nak berdepan dengan lelaki itu kelak.
Hakimi menoleh. Kenapa
Sebab Encik Razali seorang yang baik. Sangatsangat baik dengan kami pekerja bawahan dia, puji Arissa. Biarpun pernah bekerja di bawah arahan lelaki itu sekejap, dia dapat merasakan sikap lelaki itu yang lebih kepada seorang bapa kepada anak-anaknya.
Ya, dia faham dengan maksud Arissa. Encik Razali seorang ketua yang amat disenangi oleh kakitangan hotel tidak kira hotel mana pun lelaki itu berada. Ramai memanggilnya Walid, kerana gelaran itu merapatkan hubungan dengan kakitangan hotel.
Saya rasa bersalah sangat-sangat. Bersalah sebab menipu dia, keluh Arissa untuk kesekian kali. Kalau dia tahu, pasti dia kecewa kan
Aduh, kata-kata Arissa buat kepalanya bertambah pusing.
Jadi, jangan kecewakan dia! Hakimi terus merebahkan tubuhnya.
Terpaku Arissa mendengar ucapan Hakimi. Apa maksud lelaki ini Jangan maksudnya lain sudahlah, keluhnya sendiri.
Encik... dia cuba untuk bertanya lagi.
Dah-dah, tidur! Cepat-cepat Hakimi mencantas bicara Arissa. Dia tahu apa yang hendak ditanya oleh gadis itu. Tutup lampu! keras suara Hakimi di sebalik senyumnya.
Arissa senyap.
Arissa! keras suara Hakimi apabila suasana masih lagi terang benderang.
Ya, baik Bos! ejek Arissa.
Tiba-tiba Hakimi bangun.
Apa awak panggil saya tadi! Sengaja dia hendak mengusik Arissa dengan wajah kucamnya.
Terkejut Arissa melihat Hakimi sudah tegak duduk di sofa.
Err... nak tutup lampulah ni! keras suaranya dan cepat-cepat dia menekan suis lampu. Bingung sungguhlah, bisik Arissa sendiri di dalam selimutnya.
Takut dia melihat wajah Hakimi sekejap tadi.