SEOUL LOVE STORY - 23
Yoohwan berjalan di samping Abriel sambil menyanyinyanyi kecil. Gadis itu tersenyum sambil menoleh ke arahnya. Wow, aku tak pernah dengar kau menyanyi sebelum ni.

Hanya untuk telinga-telinga yang istimewa, sahut Yoohwan sambil tersenyum.

Aku termasuk telinga yang istimewa soal Abriel.

Mestilah. Kau kan kekasih aku.

Abriel mencebik. Masih nak cakap macam tu Dengar sini ya, Lee Yoohwan, aku tak mahu menjalin hubungan dengan sesiapa pun daripada dunia hiburan. Aku sudah cukup serik dengan apa yang berlaku. Lebih baik aku jadi anak dara tua.

Sesaat Yoohwan mendongak, memandang langit malam. Jadi maknanya aku kena berhenti jadi artis, ya soalnya kepada langit.

Abriel berhenti berjalan tiba-tiba. Is that a standard pick up line for celebrities

Yoohwan tertawa kecil. Jadi dia pun cakap macam tu ye

Abriel menarik muka masam. Aku tak nak fikir pasal dia. Yoohwan tersengih lagi. Tak nak fikir pun bagus, sahutnya. Dia memandang Abriel dengan penuh perasaan. Kau cuma perlu pegang tangan aku dan ikut langkah aku. Percaya pada ku dan serahkan semuanya kepada aku. Semuanya akan baik-baik saja.

Abriel tertawa besar. Ya, aku pernah buat begitu, but look where it brought me soalnya dengan nada sinis.

Yoohwan merangkul bahu gadis itu erat. At least it brought you to me.

I suffered and you think its a good thing soal Abriel.

Hey, di mana lagi kau akan jumpa lelaki yang kacak, muda, sihat, kaya dan sangat setia pada kau soal Yoohwan.

Yeah, for like what, two weeks sindir Abriel.

Dia memandang ke hadapan dan langkahnya terhenti. Ada seorang lelaki berjaket hitam dan bertopi di hadapan mereka yang sangat dikenalinya. Yoohwan, aku rasa kita kena berhenti sekejap.

Yoohwan yang tidak faham maksud Abriel mengikut arah pandangan gadis itu. Kemudian dengan suara yang sangat tenang dan yakin, dia berseru. Selamat malam, hyung! Seakan-akan mereka tidak pernah bertengkar dan perempuan yang menyebabkan mereka bertengkar tidak ada di antara mereka.

Abriel mencondongkan tubuhnya ke arah Yoohwan dan berbisik. Dia ni kenapa Tak faham ke maksud tak ada sebarang hubungan tu

Yoohwan berbisik kembali. Kau mahu berdepan dengan dia Atau kita pergi dari sini

Kalau dia ada di sini, kau ingat kita boleh lari keluh Abriel.

Betul kata kau.

Jaejoong menyaksikan Yoohwan dan Abriel berbisik-bisik dengan perasaan membara. Nyaris saja kesabarannya habis. Apakah mereka sengaja mahu membuat aku marah Tetapi dia tidak berkata apa-apa sehinggalah adegan berbisik itu tamat. Kemudian Abriel menoleh kembali ke arahnya sambil membuka mulut.

Tuan Park yang terhormat, apakah lagi yang tuan mahu daripada saya Cakap cepat dan pulang! Saya dah cukup sakit kepala selama seminggu ni, ujarnya serius.

Saya nak berbincang dengan awak. Berdua saja, tekan Jaejoong. Dia melirik ke arah Yoohwan yang masih berdiri di sebelah Abriel.

Saya tak ada apa-apa yang nak saya bincangkan dengan tuan, sahut Abriel selamba.

Tapi saya ada!

Cakap seorang diri, ujar Abriel. Dia mula melangkah tetapi tangannya ditarik Jaejoong. Dia berpaling semula ke arah lelaki itu dengan renungan marah.

Tolonglah

Saya dah kata, saya tak ada apa-apa nak cakap dengan tuan. Sekarang, berambos dari hidup saya!

Tiba-tiba genggaman Jaejoong longgar. Abriel fikir, itu kerana kata-katanya. Tetapi ternyata Yoohwan sedang mencuba melonggarkan pegangan Jaejoong di pergelangan tangannya. Untuk seketika mereka seperti bergelut. Mujurlah tidak ada yang menyaksikan kejadian itu.

Kau jangan masuk campur! desis Jaejoong marah!

Tapi kau menyakiti dia! balas Yoohwan, juga bernada marah.

Genggaman Jaejoong melonggar, tetapi dia masih memegang tangan Abriel. Abriel, dengar sini. Saya faham awak marah, ujarnya, cuba untuk tidak peduli pada reaksi gadis itu yang sedang memaut lengan Yoohwan, seperti cuba meminta pertolongan.

Tuan tak perlu faham saya! jerkah Abriel. Dia masih menggunakan panggilan Tuan untuk membahasakan lelaki itu. Hati Jaejoong benar-benar terguris mendengarnya, seolah-olah Abriel telah meletakkan jarak di antara mereka. Saya cuma nak tuan pergi dan jangan ganggu saya lagi! Dia menyentap lengannya daripada pegangan lelaki itu dan menarik tangan Yoohwan, mengajaknya pergi.

Awak tinggalkan saya untuk dia jerit Jaejoong dari jauh. Abriel berhenti dan berpusing kembali. Wajahnya benarbenar marah sekarang. Apa kau kata

Kau dengar apa yang aku cakap! Kau tinggalkan aku sebab dia kan Kali ini Jaejoong juga nampak benar-benar marah.

Hei lelaki ego! Bukan aku yang menghilang tanpa khabar sejak seminggu lepas! Bukan aku yang membiarkan kekasihku dikejar wartawan sampai ketakutan separuh mati! Bukan aku yang buat kenyataan media mengatakan aku tak ada hubungan dengan perempuan yang cintakan aku separuh mati! jerit Abriel geram.

Aku buat tu semua sebab

Sebab apa Untuk melindungi aku Jangan merepek! Kalau kau ingat dengan buat macam tu kau melindungi aku, lebih baik kita tak ada hubungan apa-apa langsung!

Selepas menjerit kata-kata itu, Abriel terus berlari meninggalkan Jaejoong dan Yoohwan. Yoohwan ingin menurutinya, tetapi ditahan oleh Jaejoong yang menarik jaketnya kuat-kuat.

Kau nak jelaskan semua ni Kau nak tikam aku dari belakang soalnya dengan rahang yang diketapkan menahan marah.

Aku seru Yoohwan sambil tertawa kecil. Aku cuma nak melindungi dia, katanya.

Tak payah susah-susah! Itu tanggung jawab aku!

Tapi kau tak menjalankan tanggung jawab kau dengan baik, kan

Buk! Tinju Jaejoong terus melayang, menghentam bibir Yoohwan sampai berdarah. Spontan Yoohwan membalasnya. Kalau hyung tak boleh melihat kenyataan itu, bermakna hyung memang tak layak untuk bersama dia! kata Yoohwan sambil melangkah pergi.

Kau memang sukakan dia

Soalan Jaejoong itu membuat Yoohwan berpaling dan merenung tajam ke arah Jaejoong. Ya, memang aku sukakan dia. Kemudian dia terus berjalan, meninggalkan Jaejoong sendirian di situ sambil memaki-maki dirinya sendiri.

jjj

Pagi itu, Abriel dikejutkan oleh bunyi loceng pintu. Kepalanya sakit kerana tidak cukup tidur. Semalaman dia memikirkan tentang apa yang telah terjadi. Apa masalah lelaki tu Kenapa masih nak kejar-kejar aku padahal dia dah umumkan yang kami tak ada apa-apa kepada seluruh dunia Sebab cemburukan Yoohwan Sebab tak rela Yoohwan ambil tempat dia Kalau tak rela, kenapa dia cakap macam tu Bodoh!

Dengan wajah yang masih berserabut dan rambut kusut masai, Abriel melangkah ke singki. Langsung tidak terfikir siapa yang akan datang mengetuk pintunya seawal itu. Loceng ditekan lagi diikuti ketukan. Abriel mencuci mukanya dan mengikat rambutnya seadanya sebelum melangkah ke pintu. Tunggu sekejap! laungnya dalam bahasa Korea yang sudah benar-benar fasih. Dalam hatinya dia memaki-maki orang yang mengejutkannya seawal itu.

Pintu dibuka. Abriel kaget. Papa! Mama!

Papa dan Mama sedang berdiri di hadapan pintunya dengan senyuman riang. Mama memeluk Abriel yang

masih ternganga di situ. Surprise! ujar Papa

Papa! Mama! Oh my god! I missed you guys! ujar Abriel keriangan. Dia mendakap ibu dan ayahnya silih berganti, gembira dengan kehadiran kedua orang tuanya. Apa Mama dengan Papa buat kat sini soalnya.

Mama mengerutkan keningnya. Eh, Mama dengan Papa tak boleh datang tengok anak sendiri ke soalnya. Dia melangkah masuk ke dalam dan melihat-lihat sekitar apartment Abriel. Pa.. betullah. Kecik sangat apartment Abriel ni, bebelnya.

Papa cuma tersenyum memandang anak bongsunya itu. Anak papa okay di sini Seronok

Abriel mengangguk. Papa mencium keningnya lalu masuk ke dalam rumah, menuruti Mama yang sedang memeriksa setiap penjuru apartmennya. Abriel menutup pintu sebelum kembali mengadap ibu dan ayahnya. Papa dengan Mama buat apa kat sini soalnya sekali lagi.

Papa ada meeting dengan satu company Korea. Lepas tu mama fikir, kenapa tak datang tengok-tengok kamu sekali. Lagipun hari tu lepas abang kamu balik dari sini, dia bisingbising. Katanya kenapa Mama dengan Papa tak bagi duit yang cukup pada kamu sampai kamu kena tinggal dekat rumah sebesar reban ayam. Dan Mama tengok memang rumah ni tak sesuai untuk kamu tinggal.

Abriel tersenyum. Tidak sesuai bagi Mama mungkin kerana apartmen satu bilik ini jauh lebih kecil dari bilik Abriel di rumah mereka di Kuala Lumpur. Padahal baginya apartmen itu sudah cukup untuk didiami sendirian. Bersih, selesa dan keselamatannya terjamin. Tak apa lah Ma, kalau besar-besar pun susah Abriel nak uruskan, ujarnya.

Kamu kerja juga soal ibunya.

Part time je, Ma. Saja hilangkan boring dekat rumah, jawab Abriel santai. Matanya masih memerhati ibu bapanya yang masih lagi belum puas memeriksa keadaan rumah itu. Papa sedang melihat-lihat dapur kecil Abriel sebelum matanya terhenti pada gitar yang tergantung di dinding. Kamu belajar main gitar ke, sayang Dia mengambil gitar itu dan mula memetiknya.

Abriel menoleh ke arah Papa dengan sedikit panik. Bodoh! Kenapa aku tak buang gitar tu Ugh! Mungkin perasaannya masih dijajah oleh pemilik gitar itu. Taklah. Tu kawan Abriel punya. Mereka suka datang ke sini jadi gitar tu ditinggalkan kat sini je. Dia duduk di sebelah Papa yang sudah melabuhkan punggung di sofa bersama gitar itu.

Pa, main lagu Elvis, boleh ujar Mama yang kelihatan teruja. Sebentar kemudian, melodi lagu Are You Lonesome Tonight berkumandang, diiringi suara Mama yang menyanyi merdu sambil menyiapkan sarapan pagi untuk anak dan suami yang tersayang.

Abriel agak keliru. Tiba-tiba saja Mama dan Papa muncul di rumahnya dan sekarang pasangan itu sedang menyanyi penuh bahagia sambil menyiapkan sarapan. Tiba-tiba sekali lagi loceng pintu berbunyi. Aduh! Siapa lagi sekarang Macam mana kalau yang menunggu di sebalik pintu itu adalah Jaejoong Abriel serba salah. Tidak tahu apa yang mahu dijelaskan seandainya lelaki itu tiba-tiba muncul dan merayunya.

Sekali lagi loceng berbunyi. Mama berhenti menyanyi dan menoleh ke arah Abriel. Kenapa tak buka pintu tu, sayang

Abriel berjalan perlahan-lahan, berdoa agar yang muncul itu bukan seseorang yang akan menyusahkannya. Dia membuka pintu, dan menghembus nafas lega. Tunggu! Jangan lega dulu! Yang berdiri di depannya adalah Yoohwan, sambil membimbit satu beg kertas mengandungi sarapan pagi.

Lain kali! ujar Abriel pantas sebelum menutup pintu itu semula.

Siapa, Abriel soal Mama.

Tak ada siapa-siapa ma, sahut Abriel agak serba salah. Kedua-dua orang tuanya saling berpandangan, tidak mengerti. Loceng pintu berbunyi sekali lagi. Pasangan itu kembali mengerutkan kening. Kemudian Papa bangun dan berjalan menuju pintu sambil menunjukkan isyarat jari menyuruh Abriel agar tidak bergerak dari tempatnya. Abriel mengeluh pasrah.

Papa membuka pintu. Terserlah wajah Yoohwan yang baru membuka mulut. Tetapi melihat ada seorang lelaki yang lebih tua yang berdiri di hadapannya, dia menutup mulutnya semula. Automatik dia menunduk hormat dan mengucapkan Maaf.

Its okay, sahut Papa. Are you a friend of Abriels soalnya lagi. Yoohwan mengangguk mengiakan. Im her father. Yusuf Setiawan. You

Yoohwan menyambut huluran salam dari ayah Abriel yang kelihatan ramah. Im Lee Yoohwan. Nice to meet you sir, ujarnya penuh sopan.

Please come in! Were just about to have our breakfast! pelawa Papa sambil menyuruh Yoohwan masuk. Mata Yoohwan dan Abriel bertemu. Lelaki itu juga kelihatan sedikit panik seperti Abriel.

Yoohwan mengangkat beg kertas yang dibawanya dan meletakkannya di atas meja. Im sorry, I just brought breakfast for two. I didnt know Abriel has company, ujarnya tenang. Bahasa Inggerisnya yang fasih dan percakapannya yang sopan membuat Papa dan Mama Abriel tersenyum senang.

Its okay! Theres plenty. My beautiful wife cooked something for us, ujarnya sebelum memperkenalkan Yoohwan pada ibu Abriel. Mama mengangguk dan tersenyum manis sebelum melirik ke arah Abriel. Yoohwan yang faham maksud lirikan itu turut melirik ke arah Abriel. Wajah gadis itu merah padam. Entahkan marah atau malu. Mata mereka bertemu. Yoohwan mengenyitkan mata pada gadis itu sehingga wajah itu semakin merah.

Yoohwan, suka nasi goreng tak soal Mama dalam bahasa Inggeris. Makcik nak masak benda lain tapi yang ada cuma nasi dan barang-barang untuk buat nasi goreng, keluhnya. Yoohwan mengangguk.

Jemput duduk! ujar Papa sambil menepuk kerusi di sebelahnya. Yoohwan duduk di sebelah Papa, berhadapan dengan Mama dan Abriel. Dia kelihatan santai saja dan tidak ada masalah dengan kehadiran ibu bapa Abriel. Sudah kerja atau masih belajar soal lelaki itu.

Dua-dua sekali, sahut Yoohwan tenang.

Oh, di mana

Saya belajar dalam jurusan muzik, sekarang sudah semester akhir. Tapi susah sikit nak habiskan sebab sibuk dengan kerja, sahut Yoohwan sambil menyuap nasi ke mulut.

Kerja apa soal Mama pula.

Yoohwan melirik Abriel sekilas sebelum menyahut. Saya penyanyi.

Penyanyi apa Bar Kelab soal Papa ingin tahu.

Penyanyi rakaman. Kami selalu sibuk dengan persembahan dengan konsert di sana sini.

Mama kelihatan kagum pada jawapan Yoohwan. Kamu mesti terkenal orangnya, katanya sambil menyenduk nasi goreng ke pinggan Abriel yang hanya membisu sejak tadi.

Bolehlah, sahut Yoohwan merendah diri.

Abriel berdesis. Bolehlah tu merendah diri sangat. Mereka sangat terkenal Mama, Asia, Eropah, Amerika bahkan sampai ke Timbuktu sekalipun.

Walaupun kedengarannya seperti sedang memuji, Yoohwan menangkap nada sinis dalam suara Abriel. Dia memandang Abriel lama, seperti mahu menggoda gadis itu. Namun Abriel kemudiannya menundukkan kepala.

Mesti sukar untuk kamu berdua, kata Mama tiba-tiba sehingga kepala Abriel terangkat.

Kenapa Mama cakap macam tu soal Abriel pantas.

Ya, susah untuk bertemu, keluar dating dan sebagainya.

Kenapa nak keluar dating dengan dia pula kali ini Abriel bercakap dalam bahasa Melayu. Wajahnya agak panik.

You two arent dating soal Mama lagi sambil memandang ke arah Abriel dan Yoohwan silih berganti.

No! bantah Abriel nyaring.

Mama menoleh ke arah Yoohwan yang kelihatan tenang. Belum lagi, Makcik.

Tapi kamu dah meluahkan perasaan, kan soal Mama lagi.

Yoohwan mengangguk. Sudah. Tapi dia tak percaya katakata saya, sahutnya.

Mama juga mengangguk-angguk. Dia memang susah sikit kalau tentang cinta. Mungkin sebab

Mama!

Mama menoleh ke arah Abriel yang kelihatan marah sekali gus kecewa. Wajah gadis itu tegang. Okey, sorry, ujarnya tenang. Kemudian dia menoleh kembali ke arah Yoohwan. You just have to try harder, darling, ujarnya sambil menepuk tangan Yoohwan. Abriel membeliakkan mata tanda tidak puas hati, namun tidak mampu berkata apaapa lagi.

Sarapan pagi itu berlangsung tenang. Kedua ibu bapa Abriel kerap kali bertanya beberapa soalan kepada Yoohwan yang menjawabnya dengan sopan dan mesra. Abriel mengaku, playboy kelas dunia itu memang pandai mengambil hati sesiapa saja. Papa dan Mama jelas sudah terpesona pada lelaki yang seorang itu. Hati Abriel agak runsing melihat kemesraan lelaki itu dengan kedua orang tuanya. Di dalam kepalanya berulang-ulang soalan yang sama. Apa yang dia nak sebenarnya

Tepat jam sepuluh pagi, Yoohwan meminta izin untuk pulang kerana ada kerja yang harus dilakukan. Dia beredar selepas mengucapkan selamat kepada kedua ibu bapa Abriel. Abriel hanya diam sambil pura-pura sibuk mengemas dapur dan menguruskan pinggan mangkuk selepas makan.

Hensem budaknya. Sopan pula tu, puji Mama sambil menolong Abriel mengemas dapur. Abriel hanya tersenyum nipis. Dah jumpa keluarganya

Cuma neneknya, sahut Abriel ringkas.

Macam mana korek Mama lagi.

Neneknya sangat baik.

Mama tersenyum mendengar jawapan Abriel yang pendekpendek itu. Mudah saja membaca gelora di dalam hati anak gadisnya yang seorang itu.

Selesai mencuci, ibunya menyuruh Abriel mandi dan mengemas barang. Tidur di hotel Mama dengan Papa je malam ni. Malam nanti ikut Papa dengan Mama attend satu party kawan Papa. Mama dengan Papa kan tak faham sangat bahasa Korea, jadi kalau boleh kamu ikutlah supaya boleh jadi penterjemah kami, ujarnya. Abriel cuma mengangguk. Lepas ni kita pergi shopping baju untuk malam nanti. Kemudian terus pergi ke salun.

Abriel mengangguk lagi. Tidak ada masalah untuknya mengikut kedua ibu bapanya kerana dia sudah biasa menghadiri majlis seperti itu sama ada di Malaysia mahupun di negara-negara lain. Namun saat sedang memilih pakaian bersama ibunya di sebuah butik berjenama di tengah-tengah bandar Seoul, dia merasa sedikit kekok dengan tiba-tiba. Selepas terbiasa dengan gaya hidup sederhana semenjak dia sampai di Seoul, masuk ke butik-butik mahal membuatnya terasa canggung. Setiap kali Mama menghulurkan baju, beg dan kasut yang harganya bernilai ribuan dollar itu, dia menyambutnya dengan perasaan berkecamuk. Agak sulit untuk kembali ke dunianya sebelum dia datang ke Korea Selatan ini.

Selesai membeli belah, Mama meminta pemandu bangsa Korea itu membawa mereka ke sebuah salun paling ternama di Seoul. Saat melangkah masuk, Abriel berani bersumpah yang dia baru saja melihat Lee Hyori, artis paling terkenal di Korea Selatan sedang didandan oleh seorang wanita di satu sudut salun itu. Mama memberi arahan dalam bahasa Inggeris kepada petugas salun untuk menata rias wajahnya dan Abriel. Abriel lega kerana tidak perlu menjadi penterjemah kerana apa yang ingin dilakukannya saat ini hanyalah duduk diam dan hanyut dalam fikirannya sendiri. Hampir dua jam berlalu barulah wajah Abriel dan ibunya siap didandan. Gadis itu menatap dirinya di dalam cermin. Sudah lama dia tidak didandan sebegitu. Kali terakhir mungkin sebelum dia berkahwin.

Kita nak ke mana ni, Ma Sampai kena bersiap macam ni sekali, rungut Abriel saat mereka dalam perjalanan menuju ke hotel untuk bertukar pakaian.

Kan Mama dah kata. Ada kawan Papa yang buat parti. These people are really important people, honey. Mama tak mungkin akan bawak kamu ke sana dengan mekap yang

biasa je.

Kalau macam tu tak payah bawaklah, getus Abriel jengkel. Namun dia kembali menoleh ke luar tingkap melihat reaksi ibunya yang seperti tidak puas hati dengan jawapannya.

jjj

Sejak mereka masuk ke dalam kereta, Papa tidak hentihenti memuji penampilan dua wanita kesayangannya itu. Abriel hanya tersenyum mendengarnya. Sesekali dia mendengar Papa dan Mama yang duduk di tempat duduk belakang sedang berbisik-bisik. Kemudian kedengaran Mama ketawa kecil seperti ada yang terlalu lucu.

Kita tunggu siapa, Pa soal Abriel, hairan kerana kali ini dia disuruh duduk di hadapan di tempat duduk sebelah penumpang. Pemandu mereka masih belum muncul walaupun sudah hampir lima minit keluarga itu menunggu di dalam kereta.

Tunggu sekejap. Yoohwan ke tandas, sahut Papa selamba. Abriel menoleh ke belakang dengan wajah kaget. Papa tersenyum sambil menuding ke luar, membuat Abriel menoleh ke arah yang ditunjukkan.

Yoohwan kelihatan segak dengan sut warna biru gelap dan kemeja warna putih beserta tali leher merah tua. Dia tersenyum lebar melihat Abriel yang berdandan cantik, lain sekali dari kebiasaan. Dia duduk di tempat duduk pemandu sebelum Papa menghulurkan kunci kereta kepadanya. Yoohwan akan memandu malam ini.

You look beautiful tonight, puji Yoohwan sambil tersenyum menawan. Dia menghidupkan enjin kereta dan mula memandu menuju ke lokasi parti malam itu.

Cantik sebab baju mahal dan mekap setebal lima inci, sahut Abriel dalam bahasa Korea.

Eh, tidaklah. Kau dan ibumu sama-sama cantik, sahut Yoohwan juga dalam bahasa Korea. Dia mengenyitkan matanya pada Abriel yang sedang memandangnya dengan reaksi tidak percaya.

Sambil memandu, Yoohwan dan ibu bapa Abriel berbualbual mesra. Mereka kini begitu akrab, seperti sebuah keluarga yang bahagia. Mungkin tidak akan ada sesiapa yang menyangka Yoohwan baru dua kali bertemu Papa dan Mama kerana dia begitu pandai melayan, bergurau, berbual dan mengambil hati. Abriel di sebelahnya lebih banyak diam sambil berfikir, alangkah gilanya semua ini. Kemudian dia terfikir Jaejoong. Adakah lelaki itu akan semesra dan serasi itu bila bertemu dengan kedua orang tuanya!

Ah! Kenapa pula aku tiba-tiba teringat dia Abriel menarik nafas panjang, cuba mengusir kenangan yang mula berputar dalam ingatannya.

jjj

Parti itu diadakan di sebuah hotel paling terkemuka di pusat Bandaraya Seoul. Dekorasinya berhiaskan bungabunga segar beraneka warna. Abriel memandang keadaan sekeliling tanpa sebarang kata. Dia perasan ada matamata yang memerhatikannya dan berbisik-bisik saat dia melewati mereka. Apatah lagi saat menyedari lelaki yang mengiringinya adalah Lee Yoohwan, artis yang terkenal itu. Tiba-tiba dia terdengar keriuhan di pintu masuk. Abriel menoleh dan pandangannya bertamu di wajah seorang lelaki yang tadinya berkelabut di fikirannya. Park Jaejoong kelihatan kacak dengan sut warna kelabu gelap, menyerlahkan pesona seorang artis dan pewaris tunggal kepada orang kenamaan di Korea Selatan.

Abriel tersentak saat menyedari dia merenung Jaejoong terlalu lama. Dia kemudian menoleh ke arah Yoohwan yang sedang memandangnya. Apa yang dia buat di sini bisiknya agak panik.

Yoohwan mencicip wain di dalam gelasnya sebelum menjawab. Apa maksud kau Ini kan pesta anjuran keluarganya

Abriel menoleh ke arah pentas yang memaparkan nama penganjur majlis itu. Park Jong Company Ltd. Itu nama syarikat keluarganya

Yoohwan merenung Abriel dengan pandangan bingung. Kau tak tahu Abriel menggeleng laju.

jjj

Sebaik melangkah masuk, mata Jaejoong terus singgah pada kelibat Abriel yang sedang berdiri di tengah-tengah orang ramai. Tidak kira betapa besar bilik itu dan betapa ramainya orang, dia akan tetap dapat merasa kehadiran gadis itu seperti magnet dan besi. Gadis itu kelihatan cantik dengan dandanan dan gaun mahal, persis seorang anak gadis seorang konglomerat berjaya atau anak seorang diplomat yang berwibawa.

Dia berjalan menghampiri Abriel, tidak peduli dengan kehadiran Yoohwan yang berada di sisi gadis itu. Hey! Kebetulan kita bertemu di sini, ujarnya dengan tenang seperti tidak ada apa-apa yang terjadi.

Hai, hyung. Baru sampai soal Yoohwan yang juga sedang berlagak biasa. Namun Abriel berusaha menyembunyikan wajahnya di sebalik tubuh Yoohwan. Kedua-dua lelaki itu mungkin boleh menipu orang lain dengan kemesraan mereka tetapi bukan Abriel.

Awak nampak cantik hari ini, puji Jaejoong, masih berusaha untuk bercakap dengan Abriel. Abriel tidak menjawab, sebaliknya hanya memandang Jaejoong dengan pandangan yang sukar ditafsirkan. Kemudian Jaejoong menoleh kembali ke arah Yoohwan. Kau datang dengan siapa Setahu aku, aku tak menjemput kau.

Yoohwan memeluk bahu Abriel dengan wajah tenang. Dengan ibu bapanya.

Siapa soal Jaejoong kembali.

Dengan ibu bapa Abriel, hyung, ujar Yoohwan lagi sambil menunjuk ke arah sepasang suami isteri berpakaian elegan yang sedang berbual dengan sepasang suami isteri warga Eropah.

Jaejoong menoleh ke arah Abriel, cuba mendapatkan kepastian namun perhatian gadis itu pada pasu bunga yang berada tidak jauh darinya. Dalam hatinya dilanda seribu satu perasaan; lega, gembira, bahagia dan banyak lagi. Ternyata gadis itu bukan orang sembarangan. Satu senyuman terukir di bibirnya.

Abriel yang melihat senyuman itu memejamkan mata. Terasa yang hidupnya menjadi semakin rumit pada setiap saat yang berlalu. Tidak lama kemudian, Papa dan Mama datang menghampiri Abriel. Mereka memandang ketigatiga anak muda itu dengan perasaan ingin tahu.

Ini siapa soal Mama ramah sambil menghulurkan tangan kepada Jaejoong.

Jaejoong menyambutnya tenang dan mengukir senyuman paling menawan. Bakal suami anak puan, sahutnya dengan bahasa Inggeris yang tidak kalah sempurnanya dengan Yoohwan.

Abriel membeliakkan mata memberi amaran tetapi lelaki itu seakan tidak mempedulikannya. Mama dan Papa memandang Abriel dan Yoohwan dengan riak keliru. Melihat itu, Yoohwan memperkenalkan mereka. Ini Park Jaejoong. Anak tuan rumah, ujarnya.

Oh, anak Tuan Park. Wah, kacak seperti ayah kau zaman muda dulu, puji Papa.

Jaejoong tertawa senang. Sudah lama sampai di Seoul, tuan soalnya penuh karisma. Dia mahu kedua ibu bapa Abriel kagum dengan sifatnya yang tidak kalah mesra dan ramah dengan Yoohwan.

Sudah. Semalam. Dah berjalan-jalan pun dengan Abriel seharian hari ni, sahut Papa. Seoul sangat cantik dan menarik sekali.

Jaejoong mengangguk senang. Kalau tuan nak melawat bandar Seoul, atau mahu ke Pulau Jeju, saya boleh temankan. Pemandangannya sangat indah sekali.

Semua orang boleh mendengar Abriel yang tiba-tiba mengeluh marah. Wajahnya sudah berubah masam. Mama menoleh ke arah Abriel yang tiba-tiba buat perangai. Namun belum sempat dia menegur sikap Abriel yang kurang sopan, tiba-tiba satu suara kedengaran.

Well look whos here. Itik yang hodoh dah bertukar jadi angsa yang cantik. Ternyata kuasa duit boleh mengubah semuanya, kan Siapa kekasih kau ni Yoohwan

Fokus mereka tertumpu pada Puan Park yang kelihatan anggun dalam balutan gaun mewahnya. Namun bagi Abriel, perempuan ini jauh lebih bahaya saat dia sedang menunjukkan prestij dan kedudukannya. Perempuan sihir jahat sudah datang! Getusnya dalam hari. Abriel sungguh bersyukur Mama dan Papa tidak faham bahasa Korea, kalau tidak pasti mereka akan marah mendengar hinaan perempuan itu pada Abriel.

Ah, Puan Park! Gembira bertemu puan! Puan nampak cantik sekali malam ini, ujar Papa sambil menghulurkan tangan pada ibu Jaejoong.

Puan Park tersenyum mesra. Serta merta dia berubah menjadi seseorang yang kelihatan mesra, baik dan menawan. Terima kasih Tuan Setiawan. Tuan dan Puan menikmati pesta ini

Mama mengangguk dengan senyuman. Ya. Kami juga sudah berkenalan dengan anak lelaki Puan. Dia begitu tampan dan berbudi bahasa, ujarnya. Sangat mirip Tuan Park sewaktu masih muda.

Puan Park tertawa kecil yang kedengaran palsu di telinga Abriel. Ah, anak ini. Dia ini nakal sebenarnya. Cuma suka menyanyi dan menari. Ayahnya sampai pening kepala menguruskan halnya, ujarnya sambil memaut lengan Jaejoong.

Anak saya pun begitu, sahut Mama. Di sini cuma mahu duduk di apartmen kecil dan sempit, hidupnya juga seperti orang biasa. Tak berminat dengan perniagaan keluarga, sambungnya. Dia menarik tangan Abriel dan menyuruhnya ke depan. Kenalkan, ini anak gadis saya.

Saat paling menggembirakan Abriel adalah ketika melihat dengan jelas perubahan wajah Puan Park saat dia diperkenalkan sebagai anak hartawan Malaysia, Yusuf Setiawan. Wajah perempuan itu benar-benar pucat, mulutnya sedikit ternganga seperti tidak percaya. Selamat petang, puan. Nama saya Gabrielle Setiawan, ujarnya sopan sambil menunduk sedikit.

Puan Park menyambut tangan yang dihulurkan Abriel dengan sedikit ragu-ragu. Jelas sekali dia benar-benar terkejut namun dia berusaha melindungi rasa kagetnya dengan mencuba tersenyum. Anak kalian cantik sekali, ujarnya pada Papa dan Mama yang mengangguk riang. Abriel tahu itu semua cuma basa-basi. Dia pasti lebih rela makan katak hidup dari memujinya dengan ikhlas.

Dia memang cantik, kan sahut Mama sambil mengusap belakang Abriel. Saya risau mulanya masa dia kata dia nak datang belajar di sini. Tapi mujurlah dia ada kekasih yang pandai menjaganya.

Kekasih soal Puan Park sambil melirik tajam ke arah Jaejoong.

Ya. Yoohwan, sahut Mama sambil menunjuk ke arah Yoohwan yang sedang tersenyum bangga di sebelah Abriel. Oh, betulkah Sekarang Puan Park memandang anaknya dan Yoohwan silih berganti dengan sedikit bingung.

Ma, Abriel nak ke bilik air, bisik Abriel ke telinga ibunya. Maaf, saya ke bilik air dulu, ujarnya sopan sebelum beredar. Kepalanya semakin pening. Ternyata Papa dan Mama sudah salah faham tentang Yoohwan. Memang lelaki itu tidak akan berkata apa-apa kerana dia memang mahu ibu bapa Abriel berfikir yang dia adalah kekasih Abriel yang sebenarnya. Jadi bagaimana sekarang

Untuk menenangkan dirinya, Abriel pergi kesatu sudut yang agak sunyi berhampiran restoran hotel. Matanya merenung ke luar tingkap, menikmati keindahan lampulampu beraneka warna yang menghiasi seluruh Bandaraya Seoul. Dia mahu berfikir sejenak sambil menikmati pemandangan di hadapannya.

Kenapa lari

Abriel menoleh. Ternyata tempat ini tidaklah setenang yang dijangka. Dia kemudiannya melirik ke arah Jaejoong yang juga sedang menikmati pemandangan di luar tingkap kaca itu. Dia rasa dia tidak perlu menjawab soalan itu.

Jadi awak bersama dia sekarang soal Jaejoong lagi.

Tidak, sahut Abriel perlahan.

Jadi kenapa malam ini awak dengan dia

Orang tua saya sukakan dia, ujar Abriel selamba.

Benarkah

Abriel mengangguk. Dia pandai mengambil hati.

Jaejoong menoleh ke arah Abriel. Kenapa awak tak perkenalkan saya kepada orang tua awak Saya pun pandai mengambil hati orang tua.

Abriel mencebik. Awak nak saya cakap apa Ma, ini lelaki yang memutuskan hubungannya dengan saya secara langsung di TV nasional. Begitu

Pipi Jaejoong memerah. Awak boleh kata saya kekasih awak. Tak perlu cakap benda lain.

Sunyi. Kemudian Jaejoong bersuara lagi. Awak tak pernah cakap awak bukan sekadar pelayan pada saya. Itu tak penting, ujar Abriel datar.

Kalau saya tahu status awak yang sebenar, keadaannya akan berbeza. Hasil akhirnya juga pasti berbeza. Bukan Yoohwan yang akan berdiri di sebelah awak tapi saya! Benarkah ujar Abriel sinis.

Awak tahu ibu saya pentingkan status. Dia pasti akan merestui hubungan kita denga mudah kalau dia tahu siapa awak.

Saya tak suka orang macam tu.

Tapi tak dapat dielakkan, kan Dia ibu saya!

Hampir-hampir saja Abriel menjerit untuk melepaskan kemarahannya pada kebodohan Jaejoong namun ditahannya. Dia tidak mahu menimbulkan kekecohan di sini. Apa kau nak, Jaejoong soalnya lagi, enggan bersopan lagi.

Saya nak awak

Kau tahu tu musta

Jaejoong melangkah setapak menghampiri Abriel. Spontan gadis itu melangkah setapak ke belakang menjauhi Jaejoong. Tak mungkin Awak yakin awak tak mencintai saya lagi soalnya. Dia melangkah lagi setapak ke depan, semakin menghampiri Abriel. Abriel seperti melihat seorang lelaki yang tidak dikenalinya di hadapannya saat ini. Berbahaya tetapi seksi. Awak yakin awak tak rindukan pelukan saya soalnya lagi, semakin hampir kepada gadis itu. Tubuh Abriel sudah rapat ke dinding di belakangnya. Bibir Jaejoong semakin hampir dengan Abriel.

Seketika bibir Jaejoong menyentuh bibir Abriel. Lembut sekali. Awak milik saya. Saya tak takut merebut awak dari sesiapa dengan apa cara sekalipun, tak kira apa risikonya. Selepas menuturkan itu, dia mengelus pipi Abriel sebelum mengucupnya dan beredar, meninggalkan Abriel sendirian di situ dengan kekeliruan yang semakin memuncak.