SELESTIAL - 23
AKTA AKUAN BERKANUN 2154 (SEMAKAN-2165)

BORANG AKUAN

Saya, Razali bin Mokhsen No K/P: 2030032013-5632 beralamat di No. 154, Apartmen Srivijaya, Taman Merkuri Jaya, Jalan Ruby, 56100P, Cheras Jaya, Kuala Lumpur dengan sesungguh dan sebenarnya mengakui bahawa kewujudan kita adalah satu simulasi realiti yang dikawal oleh makhluk asing bernama The Things dan saya membuat akuan ini dengan kepercayaan bahawa akuan ini benar, serta menurut kuasa peruntukan Akta Akuan Berkanun 2154.

Diperbuat dan dengan sebenar-benarnya diakui oleh yang tersebut namanya di atas iaitu:

(Nama)

(Razali bin Mokhsen )

...............................

................................

Di alamat

No. 154,

Apartmen Srivijaya,

Taman Merkuri Jaya, Jalan

Ruby, 56100P, Cheras

Jaya................... ................................

................................

................................ dihadapan saya

Di Negeri ..Wilayah )

Persekutuan Kuala Lumpur

Pada ...31.. haribulan ..1... Tahun ..2072..

* Pesuruhjaya Sumpah/ Majistret/Hakim

* Mahkamah Sesyen

(Potong mana yang tidak berkenaan)

Saya tidak dapat menyerahkan surat akuan ini lagi, tuan doktor. Maafkan saya. Saya tidak mahu dikatakan gila, tuan doktor. Saya masih ada maruah. Saya masih waras. Namun saya harus ceritakan semua ini. Apa yang terjadi antara Puan Raudah, Krishnan dan juga Mitchelle itu tidak dapat dijelaskan dengan logik akal kita sedia ada. Mungkin kenyataan yang saya bagi ini diluar akal anda, tetapi inilah hakikatnya.

PENGAKUAN

Saya tidak tahu bagaimana mahu mulakan. Namun saya telah buat catatan mengenai pengalaman saya. Dalam hidup saya, saya telah dihantui oleh The Things dalam liku-liku hidup saya. Saya pada mulanya menyangka ia adalah imaginasi saya, tetapi sejak dari tahun lalu, saya mula mempersoalkan mimpi-mimpi saya.

Biar saya bacakan jurnal yang saya karang tahun lepas untuk menjelaskan situasinya. Agak sukar sebenarnya untuk meneruskan kehidupan sesudah mengharungi pengalaman sebegitu aneh tanpa menulis mengenainya. Saya hampir gila ataupun mungkin sudah gila ketika mengarang jurnal ini.

3/01/2071

Tiga bulan. Puan Raudah disahkan hilang dari galeri. Krishan dan Mitchelle pula hilang dari penjara. Tiada tangkapan dibuat sesudah itu. Aku takut. Berita mengenainya heboh diperkatakan di mana-mana. Ia adalah satu detik gelap dalam hidup aku. Aku mengurung diri selama tiga bulan. Dengan keberanian aku keluar rumah dan mendapatkan buku nota kosong ini untuk menukilkan hari-hari gelap ini.

5/01/2071

Aku masih teringat bagaimana asimilasi itu berlaku. Ia proses aneh. Setiap organ dan anggota badanku bertukar menjadi partikel-partikel halus. Kesedaran tidak pula bertukar menjadi partikel-partikel itu. Maksud aku tadi, kesedaran aku masih berlegar-legar dan menyatu dengan pengetahuanpengetahuan The Things dan juga The Phosphorus.

.. The Phosphorus adalah The Martian. Aku harus mengingati makhluk itu punya dualiti.

Menyebut perihal The Phosphorus, aku akan teringat arwah ayah. Mengingati perihal ayah, aku akan mengingati The Phosphorus. Ingatan itu sudah dirosakkan oleh The Phosphorus. Aku tidak pasti adakah aku pernah punya ayah atau tidak. Selagi aku percaya aku adalah manusia, aku harus percaya: aku pernah punya ayah. Ia logikal.

Apabila aku menukilkan rasa hati aku ini, aku percaya ia sudah dicemar. Dengan menuliskannya kembali mungkin aku akan dapat lihat bahagian tercemar itu dan mengasingkannya.

Ia semacam proses defragmentasi dan aku mencari memoriku yang sebenar sebelum aku bertemu The Things dan The Phosphorus.

Ah, aku teringat pula cerut yang selalu dihisap oleh Krishnan, salah seorang dari The Things. Mengapa ia tidak berbau langsung

... Aku sedar kini. The Things ketika itu belum sempat mengestrak The Phosphorus ke dalam minda mereka. Mungkin itu menjelaskan kenapa asap cerut Krishnan tak berbau langsung.

8/01/2071

Aku gigih menelaah akhbar digital setiap hari. Tiada sebarang perkembangan mengenai kes kematian Puan Raudah di D7 Sentul dimaklumkan. Aku pasang niat nak balik kampung melawat pusara ayah. Mungkin aku boleh dapat sesuatu untuk memadamkan memori artifisial ini. Teringat akan surat-surat misteri yang dijumpai di D7 Sentul tempoh hari. Namun begitu, ia menceritakan kejadian eksploitasi The Things ke atas Puan Raudah dan The Phosphorus berlaku di D8 dan bukannya di D7. Mungkin typo.

13/01/2071

Berjumpa dengan rakan-rakan dari komuniti Marikh dahulu. Mereka kelihatan murung juga. Mereka berbualbual mengenai isu-isu di bumi, keluarga mereka dan aktiviti mereka sehari-hari. Aku tak ingat nama mereka, tetapi aku segan nak tanya. Ini adalah hipokrasi. Tetapi masing-masing punya hipokrasi. Aku rasa mereka tidak tahu apa yang jadi di Marikh sebelum ini. Ingatan mereka sudah diubah apabila mereka tiba di bumi. Tidak, aku rasa ini adalah ilusi aku sendiri. Ketika aku menulis catatan ini, aku cuba mengingati bahawasanya mereka tidak berkata tentang Marikh.

Insiden kematian ahli-ahli pasukan aku dan penjajahan The Phosphorus ke atas komuniti itu juga tidak dicerita. Aku tidak ingat pula apa yang terjadi sesudah komuniti kami itu diceroboh. Ada memori sipi-sipi menyelubungi. Aku harus ingat kerana aku adalah istimewa di mata The Phosphorus dan juga The Things.

Namun aku tak ingat apa yang istimewanya aku ini di mata mereka.

18/01/2071

Aku pergi ke D7 Sentul untuk mendapatkan informasi ataupun pengakuan. Dalam perjalanan aku membayangkan Puan Raudah, Krishnan dan juga Mitchelle masih ada di tempat mereka dalam posisi yang sama. Tiada siapapun yang mati. Tiada siapapun yang menghilangkan diri.

Mereka membuat perundingan untuk pembelian sebuah lukisan yang dinamakan Marikh. Anehnya, ia bukanlah sebuah gambar pemandangan planet Marikh. Tiada kaitan langsung dengan angkasa. Tiada debu merah. Apatah lagi sebarang objek yang relevan dengan merah, planet, angkasa mahupun angkasawan yang pergi ke Marikh.

Ia sebuah potret seorang budak yang kelihatan biasa-biasa dengan beberapa naskhah buku tebal tersusun kemas mengelilingi dalam bentuk bulatan. Budak itu berdiri tegak dengan renungan matanya kaku tetapi tajam. Aku suka lakaran mata itu, ia begitu hidup. Terdapat kekuasaan dipaparkan melalui mimik wajah dan juga bebola mata yang terbuntang luas itu. Namun apabila dilihat sekali lagi dengan teliti, budak itu tidak lain dan tidak bukan, melainkan imej aku sendiri ketika berusia 10 tahun.

Aku telengkan kepala dari mengelamun. Aku sedar aku telah berada di bangunan D7 Sentul yang sudah begitu usang. Aku terasa seolah terperangkap dalam lingkup zaman yang sudah berhenti dari berkembang teknologinya. Sedang aku menikmati espresso, aku jeling-jeling ke arah galeri seni di hujung koridor ini. Perbualanku dengan Puan Saodah berlegar dalam kepala. Hanya dalam bentuk yang terkeratkerat tanpa makna khusus.

Puan Saodah akan menghirup kopinya dan berkata sesuatu mengenai sastera orang dulu-dulu. Aku ingat dia ada memberitahu berapa kalikah sastera telah mati sebelum dihidupkan kembali oleh revolusi orang-orang hedonis. Dunia berapa kali telah mengalami zaman gelap akibat persaingan teknologi dengan robot yang dibina manusia. Kebijaksanaan artifisial amat menakutkan dan manusia tak pernah serik.

Walau berapa kali aku cuba membayangkan butir-butir suara Puan Saodah dan juga perincian piksel rupa bentuk fizikalnya, aku hanya dapat melihat secangkir kopi bergerak sendiri dari permukaan meja ke udara. Aku hanya melihat bagaimana air kopi di dalam gelas itu berkurangan setiap kali ia bergerak.

Aku rasa Puan Saodah tidak wujud. Aku tidak nampak peranannya dalam Enigma II yang aku ceritakan sebelum ini.

Maka informasi mahupun pengakuan yang cuba diperolehi adalah kegagalan.

19/01/2071

Aku masih lagi berada di D7, Sentul. Aku memilih untuk berdiri di depan galeri seni itu. Oh ya, aku juga membawa cerut yang aku beli di kedai serbaneka 24 jam di depan pangsapuri kediamanku. Aku mengajuk tindak-tanduk Krishnan. Perbuatan aku mundar-mandir di depan galeri menarik perhatian orang di dalam galeri. Seorang gadis rupawan berbangsa Cina. Dia tersenyum kepadaku lalu aku menyimpan cerut yang tak dinyalakan itu ke dalam kocek baju depan dada. Aku melangkah masuk ke dalam galeri. Aku tanya gadis itu.

Saya nak cari lukisan Marikh. Ada jual ke

Tak ada Encik. Tapi kami banyak lukisan mengenai kehidupan di angkasa. Ya, tema pengembaraan ke Marikh sebelum ini sangat popular. Tapi, lukisan Marikh tak ada dijual di sini

Hmm, kalau macam tu, saya nak tengok dulu lukisan dengan tema angkasa

Boleh Encik. Sila

Aku ceritakan galeri itu tidak seperti apa yang pernah aku lihat. Memoriku terbatas ketika menuliskannya ke dalam jurnal ini. Apa yang aku tahu, terlalu banyak lukisan abstrak. Angkasawan dengan tengkorak di balik topengnya. Lohong hitam dengan perkataan GOD di tengahnya. Buah epal berapungan dengan dewa maut (tengkorak berjubah hitam) sedang menadahnya dari bumi. Ada lukisan kontemporari, mono warna. Ada yang punya dwi warna. Impak perasaan yang dicetuskan dari lukisan-lukisan tersebut berbezabeza. Aku dapat kebingungan selalunya. Ada masanya aku akan rasa ceria melihat warna-warna garang yang begitu menyerlah kontrasnya.

Aku mengambil nama gadis Cina itu dan menyimpan nombor holofonnya.

Jessie Borgues.

Cantik namanya, seindah paras rupanya.

21/01/2071

Aku percaya Jessie Borgues tak wujud. Dalam bilik aku, aku renung dinding dan bayangkan hologram Jessie Borgues sedang menari balet. Ketika ini muzik Rachmaninoff sedang berkumandang dalam kepala aku.

Aku mula percaya juga The Things dan juga The Phosphorus tidak wujud. Berita Puan Raudah juga seolah surreal kerana tiada perkembangan terbaru mengenainya di dalam akhbar digital.

Jessie Borgues masih menari ligat. Aku sedang makan keropok lekor keseorangan sambil memainkan lagu Rachmaninoff dalam kepalaku tanpa henti. Mungkin kalau dilihat dari luar, aku akan kelihatan seperti seorang gila yang merenung dinding kosong dan tersengih-sengih sendiri.

Jessie Borgues berhenti menari dan dia berkata:

Baliklah ke pangkal asalmu!

Aku terbayang lohong hitam terbit dari belakang Jessie Borgues dan menelannya serta merta. Keropok lekor juga habis dimakan ketika itu. Aku rasa kekosongan.

22/01/2071

D7, Sentul. Aku lihat Jessie Borgues. Aku ragu-ragu dengan realiti.

Polis penyiasat bernama Saiful Izham duduk di depanku tibatiba. Dia mengeluarkan tiga keping gambar yang terpahat kemas dalam bentuk holografik di permukaan meja kami. Krishnan, Mitchelle dan Puan Raudah. Aku mendapati Saiful Izham sedang menyiasat di luar bidang kuasanya. Dia kata dia buat semua ini untuk mengetahui kebenaran.

Heh, kebenaran. Tiada apa yang benar tentang manusia ketika ini.

Aku harap aku tak diekori. Aku seolah menjadi suspek. Bagaimana pula aku boleh jadi suspek Aku rasanya tidak melibatkan diripun ketika Puan Raudah diusung keluar dari galeri. Aku hanya berdiri di luar cafe ketika kedua-dua subjek yang berada dalam galeri sudah ditangkap.

(Aku tak bagitahu perihal Krishnan dan Mitchelle meletakkan ilusi untuk mengaburi pihak polis. Ia kedengaran terlalu tak logik. Aku tak mahu menceritakan perihal The Things. Ia tidak menguntungkan sesiapa)

1/02/2071

Tiada konsistensi dalam perbuatan mengisi jurnal ini. Aku seorang bekas angkasawan yang menghampakan dalam bab menulis diari. Mungkin perbuatan ini tidak berkekalan. Namun aku sentiasa berada dalam keadaan keliru. Sejak aku dibebaskan oleh The Things dari galeri (aku tak pasti adakah ia portal ke planet lain), aku jadi tak keruan. Diari ataupun jurnal ini sahajalah satu-satunya caraku untuk mengekalkan keyakinanku. Kewarasanku.

Seeloknya aku beri nama baru kepada The Things. The Things terlalu umum.

Aku telah menulis perihal pertemuanku dengan The Things dan The Phosphorus dalam tiga cerpan yang diletak tajuk Enigma I, Enigma II dan Enigma III. Masih juga aku rasa ketiga-tiga cerpan itu tidak memadai untuk menerangkan betapa asingnya sifat makhluk-makhluk itu dari manusia. Aku faham, aku terperangkap dalam tampuk antropik. Aku tetap manusia.

Biarpun aku percaya asimilasi telah membuatkan aku tahu lebih banyak mengenai The Things dan The Phosphorus lebih dari apa yang manusia biasa tahu, ia tidak membantu kehidupanku.

Memahami hakikatnya aku berada dalam dunia di mana hanya aku yang wujud, manakala yang lainnya hanya ilusi, membuatkan aku berasa begitu sepi. Aku sedar, Krishnan dan juga Mitchelle sedang berhempas pulas dengan output asimilasi makhluk-makhluk sejagat untuk menghalang kehancuran alam semesta.

Adakah mereka berjaya

Dalam rumah ini, aku duduk merenung langit dari tingkap. Aku membayangkan sebuah lohong hitam tiba-tiba terbit di langit dan menyedut kami dalam sekilas masa sahaja. Aku tarik langsir dan bergelap. Bayangan itu cukup menakutkan.

Dengar cerita, penyiasat bernama Saiful Izham telah mati. Berita telah melaporkan. Dia kemalangan jalan raya. Pesawat kecilnya jatuh tiba-tiba dan terhempas dari ketinggian 6,000 kaki. Kegagalan pesawat kecil yang dinaikinya itu dipercayai disabotaj. Polis sedang menyiasat.

Aku harap aku tak dikaitkan dalam siasatan nanti. Ia meletihkan.

3/02/2071

Hari ini aku dapat panggilan dari Jessie Borgues. Imejnya pada holofon menyedarkan aku betapa aku merinduinya. Katanya, lukisan bernama Marikh sudah ada dijual di galeri. Aku tanya dia, siapa yang lukis Katanya lagi, ia dilukis oleh pegawai penyiasat polis bernama Saiful Izham. Terus aku letak panggilan holofon itu.

Aku tak rasa aku dapat mencintai Jessie Borgues. Aku harus berhati-hati.

Aku buat panggilan kepada Jessie Borgues.

Aku akan datang ke galeri pukul 11 pagi keesokan hari nanti. Lukisan bertajuk Marikh itu harus disambar secepat mungkin.

Teh cadamon dan keropok lekor. Ia penemanku semasa menatap dinding dengan imaginasi.

Ketukan di pintu menyedarkan aku dari melayan muzik Julie London yang bagiku masih muzik yang terbaik biarpun sudah beratus tahun berlalu. Aku lihat kamera pemantauan dari Membrane 03 (komputer apung keluaran Zeppelin yang merupakan peneraju utama bidang pengkomputeran sejak sedekad lalu). Imej seorang nenek tua dengan cermin mata virtual menyalut perimeter wajah dan mukanya kelihatan sedang menunggu ketukan pintu berbalas.

Aku tarik selimut dan mengabaikan ketukan pintu yang tidak henti-henti itu. Ia berterusan selama 10 minit tanpa gagal. Aku takut. Aku tak kenal orang tua itu. Boleh jadi dia salah satu dari The Things ataupun The Phosphorus. Ataupun makhluk asing lain. Paranoid, aku terus menyorok diamdiam dalam kelubungan ini.

4/02/2071

Nenek itu meninggalkan sepucuk surat di luar pintu rumah. Aku tak yakin ia tidak mengandungi sebarang objek berbahaya. Melalui alat pengesan radiasi yang aku buat sendiri, aku selitkan dari celah antara daun pintu dengan lantai dan mengharap bacaannya tidak melebihi paras radioaktif yang berbahaya. Membayangkan nenek itu selaku The Phosphorus amat menjengkelkan sebenarnya. Namun aku pesimis dan aku dah tak percaya kepada sesiapapun sekarang.

Surat itu memang merupakan surat normal dalam sampulnya. Tidak beradioaktif, bahkan ia berbau seperti bau mancis. Ah, fosforus. Mengapa ia punya bau seperti mancis yang dibakar ya

Surat itu aku letakkan dalam beg kerana aku sendiri sudah kesuntukan masa. Aku harus berada di D7, Sentul sebelum pukul 11 pagi kerana aku sangat menghargai masa. Aku anggap diriku seorang yang gagal jika datang sebelum waktu yang dijanjikan kerana ia seolah merobek-robek maruahku selaku seorang yang intelek.

Aku sampai di D7, Sentul sebelum pukul 10 pagi dan aku menikmati sarapan dahulu di cafe berhampiran. Aku ingat lagi aku mengacau gelas panas Cappucino dengan harapan buih-buih berapungan keluar dari permukaan krimnya dan ia tak berlaku. Fokus aku ketika itu, agak padu. Aku sendiri tidak memahaminya.

Setiap cicip Cappucino itu aku bayangkan dalam keadaan Puan Saodah ada di depanku. Kami akan berbual-bual mengenai perkembangan dunia sastera Malaysia yang kini seiringan dengan bidang sains dan teknologi. Kelompok baru yang menerajui perbadanan bahasa kini begitu rajin menterjemah dan memberi nafas Malaysia pada termaterma sains yang kompleks dari negara-negara asing.

Jom kita tengok galeri tiba-tiba terpacul ayat itu keluar dari bibirku.

Puan Saodah tak ada di depanku. Maka orang-orang di sekitar ketika itu hanya menjeling seimbas dan mungkin juga melabel aku selaku orang gila. Abaikan mereka.

Tepat pukul 11 pagi, aku terpacak depan pintu galeri dan Jessie Borgues menyambutku dengan senyum penuh seri. Aku dipelawa masuk ke ruang dalam galeri di mana sebuah lukisan yang sengaja ditutup dengan kain sutera berwarna merah debu Marikh dipertontonkan kepadaku.

Aku membayangkan Jessie Borgues akan berdiri di tepi bingkai lukisan itu dan melucutkan kain sutera itu dengan postur seorang model yang berdiri di sebelah pesawat mini terbaru dan mengatakan Tadaaa!! tetapi ia tidak berlaku.

Memandangkan dia mengalami kepayahan untuk menanggalkan kain sutera itu, aku turut membantunya. Aku tak faham juga kenapa perlu mereka (dengan telahan Jessie tidak berseorangan mengurus galeri) menutup lukisan itu dengan kain yang sebegitu mahal. Apabila aku melihat apa yang terlindung di sebalik kain tersebut, aku mendapati ia adalah lukisan yang seperti aku gambarkan bulan lepas.

Ia adalah imej aku sendiri.

Aku bersahaja, tenang seolah tidak pernah tahu akan lukisan tersebut. Jessie Borgues mengatakan lukisan itu dilukis oleh seorang skizoid bernama Saiful Ahzim yang merupakan penyiasat polis yang telah diberhentikan tugas. Aku dapat ingat bagaimana aku hampir-hampir terserdak air Cappucino ais yang aku bungkus dari cafe sebelum ini tatkala mendengar nama Saiful Ahzim disebut. Orang itulah yang menyiasat aku sebelum ini. Tidaklah aku tahu dia itu skizoid. Tambahan pula, dia seorang pelukis. Aneh.

Tanyaku Siapa pemilik galeri ni

Jawabnya Saya dan rakan-rakan

Rakan-rakan

Saya, Mitchelle dan juga Krishnan

Oh, jadi mereka di mana

Bercuti

Ke mana

KIC 8462852

Oh

Aku yakin aku tak salah tengok. Muka Jessie ketika menyebut tempat percutian kedua-dua orang yang dicari polis itu begitu statik umpama patung porselin yang tak bernyawa. Jawapan itu mudah tetapi cukup misteri. Aku tahu tempat itu. KIC 8462852 merujuk kepada sebutir bintang aneh yang terletak lebih dari 1480 tahun cahaya dari bumi. Dahulu ia digambarkan berkedipan pada kadar aneh, kurang 20 peratus dari kadar illuminasi bintang-bintang lantas mengambarkan ia punya sesuatu yang mengorbitnya lantas mengurangkan kecerahannya.

Namun misteri itu tidak terungkai dan disimpulkan kemalapannya itu normal.

Boleh saya tahu tempat tu kat mana Saya bosan ni, mana tahu saya boleh melancong ke sana

Jessie hanya tersenyum.

KIC 8462852 bukan untuk orang yang lemah semangat katanya.

Aku turut tersenyum.

6/02/2071

Aku yakin Jessie adalah The Things sepertimana Krishnan dan juga Mitchelle. Dia terlalu berterus-terang juga. Setahu aku, The Things tidak pernah bermaksud untuk melindungi kewujudan mereka dari pengetahuan manusia. Mereka sejak dari dulu lagi mahu berkomunikasi dengan manusia, tetapi oleh kerana mereka tidak mampu menurunkan tahap kejanggalan mereka yang duduknya di luar kefahaman manusia, maka mereka gagal memberitahu bahawasanya mereka ada.

Prinsip antropik telah mengurung manusia dalam persepsi yang akan membuatkan usaha untuk berinteraksi dengan The Things begitu sukar. Menyedari kewujudan manusia, The Things menggunakan teknik pos-biologikal untuk menukar beberapa struktur mereka agar humanoidal. Hasilnya adalah, Krishnan dan juga Mitchelle. Dua orang manusia dewasa. Namun itu adalah persepsi The Things. Sebelum itu, jasad Krishnan dan juga Mitchelle sengaja dipinjamkan kepada The Phosphorus tanpa diketahui sebab-sebab yang nyata. The Things, tidak pernah memilih cara mudah. Aku membayangkan ia selaku cara The Things merendah-rendahkan martabat The Phosphorus. Dengan mudah sekali jasad Krishnan dan juga Mitchelle dirampas kembali. Angkuh lagaknya pada hematku.

Persoalannya, jika benarlah The Things datang dari KIC 8462852, maka apakah mod pengangkutan yang digunakan mereka

Aku teringat bagaimana aku dibawa masuk ke satu tempat aneh, di mana lohong hitam begitu hampir dengan tempat itu. Pelbagai jenis makhluk dibekukan dan dimonitor perjalanan minda mereka. Satu-satunya jalan masuk ke tempat itu adalah sebuah bilik sulit yang terletak di galeri.

Aku mahu menerangkan sains yang terlindung di balik bilik itu yang bertindak selaku portal. Namun aku harus pergi ke galeri itu lagi untuk mengetahui kebenarannya.

8/02/2071

Malam kelam aku pergi ke D7, Sentul. Tatkala aku parkir di tingkat bawah, aku rasa seram sejuk. Tapi aku tahankan. Kelihatan beberapa buah cyborg sedang meronda-ronda. Aku tunjukkan kad pengenalan, mereka buat imbasan dan aku terlepas. Aku tak pasti, adakah galeri buka lagi malam begini.

Pukul 8:27 malam.

Aku membayangkan Jessie sedang melukis sesuatu pada waktu ini. Aku percaya dia seorang pelukis yang bagus.

Tampak kesungguhan dan minatnya ketika menerangkan perihal lukisan-lukisan yang terpampang di galeri. Pendapat peribadinya diceritakan dengan teliti dan komen-komen dari pengkritik yang hadir ke galeri turut dicerita sama. Namun masih juga dia gagal membuatkan hatiku tertarik untuk membeli lukisan di galeri tersebut.

Di depan pintu kaca galeri, aku berdiri dan menatap lukisanlukisan dari luar. Pintu itu berkunci namun nampak lampulampu bilik menyala dan terbit dari celah pintu bilik yang sedikit terbuka.

Jessie ada dalam galeri. Aku hendak ketuk pintu tetapi mengenangkan aku datang tanpa temu janji dan waktu malam hari, maka ia satu benda yang salah secara etikanya. Aku adalah seorang intelek, aku tidak patut berbuat begini. Lalu aku turun ke tempat parkir dengan tangan kosong. Sebelum sempat aku turun ke parkir, bahuku dipegang seseorang. Aku menoleh dan aku dapati Krishan sedang tersenyum kepadaku.

Jadi kau dah tertarik dengan Jessie

Jessie seorang wanita yang cantik balasku, tidak mengiyakan andaiannya secara terus.

Ya, setuju. Kalaulah dunia ini ramai orang macam Jessie, mesti dunia ini satu tempat yang cantik bukan

Eh, tak juga. Kalau dunia ini ramai orang macam Jessie, maka keunikan Jessie akan hilang. Dia takkan jadi tarikan lagi

Jessie memang seorang sahaja dalam dunia ini, Razali

Kenapa kau kata begitu

Semua orang, setiap makhluk dalam dunia ini hanya tinggal satu setiap kewujudannya

Dia bukan The Things

Mungkin, dia bukan The Phosphorus mahupun The Raudah

Jadi dia bukan manusia jugalah kan

Tepat sekali

Kami berjalan menyusuri koridor D7, Sentul yang malapmalap dengan cahaya kebiruan menerangi dari lantai jubinnya. Aku tak suka cahaya biru itu, kerana ia mirip lampu bilikku ketika berada di Marikh. Pengalaman di Marikh adalah sesuatu yang pahit, aku masih cuba melupakannya.

Hakikatnya aku lupa akan insiden-insiden teruk di Marikh, dengan hanya sedikit memori yang kabur-kabur dan merata tempatnya. Ia perasaan kebencian yang tak tertafsir umpama qualia. Gambaran imej yang kabur-kabur tetapi disertakan dengan laungan meminta pertolongan terngiang-ngiang dengan silihan cahaya biru yang memancar-mancar ini.

Kau nak bawa aku ke mana

Krishan menoleh ke arahku, kehairanan. Wajah yang dibuatbuat seolah-olah hairan tetapi sebenarnya dia sedang mempersendakan aku. Suasana kian gelap dan aku hanya suram baju kemeja putih yang dipakai Krishnan sahaja. Tiada lagi lampu-lampu kebiruan dan aku syak kami tidak lagi berada di bangunan D7, Sentul.

Langkah kian mencuram dan aku mengalami kepayahan untuk berpijak pada permukaan rata. Nasib baik aku berkasut dengan getah yang elok selaku tapak; ia mencengkam elok permukaan konkrit yang tadinya jubin-jubin dengan iluminasi itu. Semakin lama ia semakin curam tetapi langkah Krishnan kian pantas. Bagaimana pula dia buat

Aku berhenti. Bayang Krishnan perlahan lenyap. Aku mendapati aku dalam gelap. Tiada apa-apa kelihatan kini.

Perlahan aku menurut langkah aku dengan berundur kembali. Aku membayangkan terdapat koridor yang membawaku ke galeri tadi dengan kelebaran lorong 3 meter dari hujung ke hujung.

Aku menoleh bila aku rasa jalan tidak lagi menjunam. Sedar tak sedar aku sudah berada di parkir.

The Things memang aneh. Aku akan datang lagi esok hari.

9/02/2071

Aku tak jadi datang ke galeri. Jessie buat panggilan menanyakan bilakah aku akan membeli lukisan Marikh itu. Aku bagitahu dia, aku akan beli pada lusa. Perbualan kami berakhir di situ. Dia kedengaran dingin benar kali ini.

10/02/2071

Teringat akan surat yang ditinggalkan oleh nenek itu. Deskripsi surat itu adalah begini:

Sejambak bunga ros menjadi tema getah yang menempelkan katup surat dengan haruman fosforus yang cukup kuat. Dari kembungnya sampul itu, aku andaikan surat di dalamnya pasti panjang berjela. Penggunaan surat fizikal begini sebenarnya satu permainan milik borjuis yang kebosanan.

Nilai estetika, bau surat yang semerbak dan apa lagi ya Oh ya, perasaan ketika jari memegang kertas itu vintaj kata mereka. Merepek. Bagi aku, duit yang dihabiskan ke atas benda-benda beginilah yang buatkan orang berperangan.

Oh, itu bukan isinya, itu adalah bagaimana sifatnya surat itu tadi, isinya pula berbunyi begini:

Kepada Encik Razali bin Mokhsen

Berhati-hati dengan The Things. Mereka bijak manipulasi. Kami, seperti yang The Things gambarkan, selaku The Phosphorus ataupun The Martian tahu akan kewujudan mereka sejak dari dahulu lagi.

Pemilihan medium surat ini adalah untuk mengelakkan mereka dari tahu apa yang terjadi kepada kita. Mereka tidak boleh tahu bahawasanya kita ini sedang membincangkan sesuatu di luar pengetahuannya.

The Things adalah makhluk yang punya kerumitan dalam mengatur peribadinya. Jika dilihat secara hierarki, mereka adalah makhluk terulung dan menguasai keseluruhan alam semesta. Mereka juga telah merekod kewujudan kita semua dengan teliti. Mereka memilih untuk berkomunikasi dengan satu-satu kewujudan itu apabila tahap intelektualiti satu-satu kewujudan itu sudah mendekati mereka.

Macam kau dan aku. Kita sudah boleh melihat mereka. Itupun kerana mereka mengizinkan diri mereka untuk dilihat oleh kita.

Oleh kerana pengetahuan mereka mengenai alam ini begitu luas, mereka meletak diri mereka pada tahap pencipta. Mereka merasakan adalah tanggungjawab mereka untuk menjadi pelindung kepada setiap kewujudan yang ada. Mereka melihat kita umpama anak kecil yang perlu dilindungi dari kemusnahan. Mereka lihat tanggungjawab mengendalikan alam ini adalah tanggungjawab mereka. Tuhan sudah tiada lagi dalam pemikiran mereka. Mereka terlalu sibuk untuk mengganti tugasan Tuhan.

Konsep ketuhanan hanya ada dalam hati manusia. Aku cuba untuk berkomunikasi dengan kau dengan menggunakan Tuhan selaku medium kita. Nampak relevansinya Jika kau hendak bertemu dengan aku, jumpa aku di Menara Angkasa Kuala Lumpur. Aku akan jelaskan semuanya.

The Phosphorus.

Aku membuat imbasan imej surat itu ke dalam holofon. Ada seseorang yang harus aku tunjukkan imej tersebut.

Puan Saodah.

11/02/2071

Apabila aku tiba di galeri, Jessie telah membungkus lukisan itu untuk aku. Tanpa banyak bertanya, aku beli lukisan itu tanpa memeriksanya dahulu. Aku mempelawanya untuk makan tengahari bersama dan dia tidak menolaknya. Ada sesuatu yang tidak kena mengenai Jessie. Dia kelihatan begitu robotik seolah rohnya telah ditarik keluar dari tubuhnya. Aku teringat kata-kata Krishnan sebelum ini di mana dia mengatakan Jessie bukan manusia.

Ketika makan tengahari, aku menanyakan lagi perihal Mitchelle.

Jessie termenung sejenak seolah dia sedang memuat turun informasi tersebut daripada otak robotiknya. Aku memerhati bagaimana dia mengunyah, mimik wajahnya ketika bercakap. Aku melihat pergerakan jari-jemarinya ketika mengangkat gelas. Aku memerhati juga orang-orang di sekeliling kami dengan harapan aku dapat lihat perbezaannya. Tampak benar perbezaannya.

Namun tiada sesiapapun yang pedulikan kami. Mereka masing-masing hanyut dalam perbualan mereka. Dan semakin lama, semakin aneh pula kelihatannya Jessie ini. Air yang sepatutnya berpindah tempat dari gelas tidak masuk ke dalam mulutnya. Bibirnya yang memaut gelas kini basah dan jus limau kini melimpah membasahi pakaiannya. Melihatnya begitu, aku pantas merampas gelasnya. Aku tidak mahu tindakannya membuatkan kami diperhatikan orang.

Siapa kau

Siapa aku Aku Jessie

Bukan, kau manusia bukan

Aku manusia bernama Jessie

Jessie bangkit dari kerusinya dan bergerak seolah tulang belakangnya telah patah. Bebola matanya keputihan dan bergerak tidak sekata. Ini bukan lagi manusia, getus hatiku. Dia tidak ubah seperti cyborg yang sudah ketinggalan zaman dan tidak ada bahan gantinya. Dari tubuhnya yang bongkok aku dapat dengar sesuatu seperti enjin rosak, barangkali engsel-engsel yang tidak diselia dengan kemas. Aku tidak mengejarnya. Aku hanya memerhati dari meja dan melihat dia rebah ke lantai. Dia tidak dapat mendengar dan bertindakbalas dengan reaksi orang-orang di sekelilingnya.

Epilepsi. Dia rebah. Dia menggeletar seluruh tubuh badan dan bebola matanya terbeliak. Tatkala orang ramai berpusupusu mengelilinginya dan cuba merawatnya, aku lekas-lekas mengemas barangku dan meninggalkan restoran itu. Dalam hatiku tersemat rasa bersalah yang tak terhingga.

Mereka tidak dapat diselamatkan lagi. Maksudku, Jessie dan juga pengunjung-pengunjung restoran ini.

Ketika ini, aku berharap aku akan dapat bertemu Mitchelle dan juga Krishnan. Terutama sekali Krishnan. Aku mahu tumbuk mukanya sehingga dia menunjukkan raut wajahnya yang sebenar. Wajah The Things yang sebenar.

*

Ini adalah hari yang sibuk. Aku bergegas ke Menara Angkasa Kuala Lumpur yang didirikan sebelah menyebelah dengan Menara Berkembar Petronas yang pernah menjadi kemegahan warganegara Malaysia satu ketika dulu. Dengan kemunculan Menara Angkasa Kuala Lumpur yang mobilitinya tidak terpahat pada satu lokasi dalam satu tempoh masa yang panjang, ia memberikan satu perspektif baru kepada Malaysia selaku salah satu negara yang menerajui pemodenan seimbang negara-negara yang telah menghantar rakyatnya ke Marikh untuk diduduki.

Bumi kini tidak sihat dan harus dirawat segera. Dan manusia tiada jalan untuk merawatnya langsung. Manusia hanya tahu melukakan bumi dan lari tanpa nilai tanggungjawab dalam usaha mereka.

Ah, bagaimana harus aku memanggil The Phosphorus itu Aku tidak tahu adakah dia akan muncul dalam bentuk seorang nenek yang menghantar surat dan mengetuk pintu rumahku itu. Mungkin juga dia akan muncul dalam bentuk seorang lelaki kurus yang telah ditangkap oleh The Things untuk dipadu dengan The Raudah.

Namun itu bukanlah perkara yang aku takuti. Aku lebih takut sekiranya dia muncul dalam bentuk yang tidak begitu manusia sepertimana di Marikh dahulu.

The Phosphorus Di mana kau berada

15/02/2071

The Phosphorus tidak muncul hari itu. Aku menunggunya sehingga matahari terbenam. Aku rasa tertipu. Surat itu juga telah aku koyakkan dan dicampak ke dalam tong sampah. Aku menunggu juga orang tua itu datang ke pintu rumahku dan mengetuknya berulang kali. Aku perlukan penjelasan. Aku syak Jessie telah disabotaj oleh The Things. Namun atas dasar apa

The Things dalam kefahamanku bukanlah sejenis kewujudan yang mahu melindungi dirinya dari pengetahuan orang awam. Bahkan setahuku, The Things ini telah menangkapku dan menjadikan realiti ini khas untuk aku seorang di mana orang-orang yang lain hanyalah sekadar simulasi realiti yang tidak wujud hakikatnya.

Ah, mengapa aku begitu mudah mempercayai ini semua Tidak mustahil The Things menipu dan memanipulasi pemikiranku. Aku teringat akan kata-kata The Phosphorus dalam suratnya tempoh hari.

Berhati-hati dengan The Things. Mereka bijak manipulasi.

Aku dapat panggilan daripada Puan Saodah. Katanya ada konferens penting terletak di Bangi. Konferens yang akan membicarakan teori-teori silam mengenai paradoks makhluk asing yang dikatakan masih kabur-kabur itu.

Aku harus mencari Puan Saodah. Aku mengharap aku akan dapat berjumpa manusia kali ini. Biarpun hanya sekadar simulasi, aku berharap ada keajaiban akan berlaku nanti.

23/02/2071

Kesibukan kerja membuatkan pertemuan kami mengambil masa yang lama untuk diaturkan. Aku faham dia harus menyelesaikan urusan perniagaannya yang banyak. Dan aku pula Makan duit dari pembentangan pengalamanku semasa berada di angkasa. Aku memberi ceramah dalam dua minggu sekali dan aku dah boleh hidup tanpa perlu bersusah payah.

Aku mahu sesuatu yang bermakna dalam hidupku, tetapi setiap apa yang berlaku kini bukanlah apa yang aku dambakan. Aku telah menjadi angkasawan dan kembali dengan selamat. Aku tahu tidaklah aku selamat sepenuhnya, tetapi sekurangkurangnya aku masih dalam bentuk manusia lagi.

Bagaimana pula dengan nasib mereka yang pernah samasama menghuni Marikh bersamaku

Anda hendak tahu

Biar aku ceritakan sahaja.

Manusia adalah satu kewujudan yang menjelekkan. Tambahan pula apabila mereka berpeluang untuk bertemu dengan satu kewujudan lain yang jauh beza benar dari mereka. Apabila mereka mendapati makhluk itu mengancam mereka, mereka sanggup membunuhnya tanpa sebarang perundingan. Biarpun hakikatnya mereka akan kehilangan peluang untuk mendapat input penting mengenai angkasa lepas yang masih kekal misteri.

Angkasa bukan milik orang-orang yang paranoid akan kewujudan sesuatu yang tidak difahami. Pengembaraan angkasa adalah sesuatu yang memerlukan keberanian untuk menghadapi apa saja kemungkinan yang tiba.

Boleh jadi kita akan ketemu Tuhan dalam konteks lain. Maka bagaimana pula dengan kepercayaan kita Cukup beranikah kita menentang kewujudan yang punya kebolehan yang begitu omnipoten itu Kerana itu ia memerlukan keberanian yang luar biasa. Bukan ketakutan tidak berdasar.

Satu pengasingan. Kuarantin. Kami dimonitor oleh pusat induk di bumi tanpa sebarang bantuan dihulurkan. Ramai yang mati dan dihidupkan kembali oleh makhluk parasitik Marikh itu. Aku sendiri tidak terkecuali. Berada di antara dua keadaan, yakni, hidup dan mati mengajarku betapa manusia itu belum cukup lagi kekuatan untuk menangani ancaman dari luar. Terlalu banyak yang tidak diketahui manusia.

Tindakan The Phosphorus menghantar isyarat kecemasan ke pangkalan induk milik SETI yang berhampiran telah menjadikan kami subjek pemerhatian saintis-saintis bumi dari jauh. Tiada bantuan dihantar. Ketika itu aku sudah percaya, kemanusiaan sudah dikorbankan oleh kegilaan manusia memburu kehidupan yang jauh berlainan sifatnya dari mereka. Aku kecewa.

Berapa bulan telah berlalu dan kami kekal utuh biarpun bekalan makanan sudah habis. Kami menyedari kami dimonitor oleh orang-orang dan bumi dan begitu jugalah parasit di dalam tubuh kami. Maka satu perundingan telah dibuat.

Ah, terlalu berat. Aku tidak mahu menceritakannya hari ini. Ia perlukan kekuatan. Ia satu tamparan hebat kepada aku dan igauan ngeri itu tidak mengizinkan aku mencoretkannya pada lembaran jurnal ini. Maaf.

4/03/2071

Puan Saodah kelihatan menawan hari ini. Jika dilihat dari gaya pemakaiannya yang jelas menampakkan kecantikan raut wajahnya dan juga bentuk tubuhnya yang ramping pinggangnya, pasti tiada siapa menyangka wanita di depan aku ini sudah bergelar ibu kepada tiga orang anak. Pada usia 45 tahun, dia boleh sahaja memberitahu khalayak umum:

Aku berusia 24 tahun

Tiada siapa akan mempersoalkannya.

Aku pula sentiasa tertanya-tanya bagaimana mereka ini mampu memusatkan masa dan kehidupan mereka untuk mengekalkan keremajaan itu. Berbaloikah kelihatan cantik sepanjang masa Namun jawapan tipikal yang aku terima pastinya Ah, untuk kesihatan tubuh badan

Aku tidak patut menilai seseorang itu dengan pilihan gaya hidupnya. Aku harus akui, Puan Saodah memang seorang wanita yang menarik.

Dia menjanakan paparan sekeping notis yang pada hematku, sesuatu yang revolusionis. Ia adalah satu perdebatan mengenai kewujudan makhluk asing yang ditafsirkan selaku hocus pocus setelah berabad lamanya tidak diketemukan bukti kewujudan mereka di alam semesta ini. Bagiku ia sesuatu yang menarik kerana apabila aku melihat senarai panel-panel pembentangan itu dan juga moderatornya, aku mendapati, Krishnan, Mitchelle, Jessie dan juga Pn Raudah merupakan panel-panel terpilih.

Dalam notis iklan yang berukuran A4 itu, aku sedar ia merupakan mesej kepadaku khususnya. Aku harus datang ke forum itu. Aku harus menyertai penghujahan demi penghujahan yang dilontarkan.

Dengar cerita Paradoks Fermi dan juga nilai N, iaitu jumlah peradaban yang wujud di seluruh alam semesta ini akan dihuraikan dengan terperinci. Bahkan ada ura-ura mengatakan bukti-bukti kewujudan makhluk asing dan caracara untuk mengenalpastinya akan dibincangkan juga. Awak berminat ke nak sertai konferens ini

Mestilah berminat, Puan

Mata Puan Saodah ketika itu tidak berkedip-kedip melihatku. Aku tidak tahu apa yang cuba disampaikan dengan perlakuan begitu.

Awak tak takut ke

Kenapa pula saya nak takut

Mereka macam tahu banyak tentang konspirasi Marikh, yang melibatkan awak tu

Kalau mereka tahu banyak baguslah. Biarlah dunia tahu

Tapi awak tak ceritakan dekat saya apa yang jadi dekat awak masa dekat Marikh tu

Bukan saya tak nak cerita, tapi saya tak mampu

Puan Saodah menggeleng kepala. Dia kesal dengan jawapanku itu. Adakah ia kesalahanku Ia pengalaman traumatik. Bayangkan tubuh kau dijajah makhluk asing, dirosakkan tetapi dikekalkan beberapa organ penting agar kau tidak mati. Kau tahu tubuh kau sedang dimusnahkan oleh sesuatu dan kau tak mampu melakukan apa-apa. Kesakitannya, oh Tuhan, tidak terhingga. Memikirkan sedikit sahaja pengalaman itu sudah cukup membuatkan aku derita.

Manakan mampu aku menceritakan semua ini secara tenang dengan mencicip kopi mahal di cafe borjuis ini

Awak pergi ke tak tanyaku kembali pada Puan Saodah.

Ye, saya pergi. Saya nak awak temankan saya

Mana pulak suami awak

Suami saya tak nak tahu benda-benda ni. Awak patut faham, suami saya tu macam mana. Duit itu lebih penting dari segala-galanya. Lebih penting dari pengetahuan dan enigma yang kita harungi tiap masa. Dia kata kita harus realistik. Bagi saya, tanpa ilmu pengetahuan begini, kita takkan jadi orang kaya yang bermoral. Borjuis tapi bodoh. Borjuis tapi tak ada seni. Bosan!

Sedikit sebanyak aku menyesal pula menanyakan perihal suaminya. Aku sedar hubungannya dengan suaminya itu agak dingin. Namun itu bukan alasan untuk aku mencelah masuk dan konon-kononnya cuba mencerahkan kembali hubungan mereka.

Baiklah, lupakan semua tu. Awak nak saya ambil awak kat rumah awak ke macam mana tanya aku lagi. Pengalihan topik kali kedua.

Eh, eh. Tak payahlah. Saya pergi ambil awak dekat rumah awak

Oh ok. Suami awak tak marah ke

Sekali lagi terpacul soalan itu dari mulut aku. Wajah Puan Saodah merah padam. Mungkin gunung berapi akan meletus dan menenggelamkan cafe ini bersama keangkuhan peminum-peminum kopi mahal di dalamnya. Biarkan mereka. Aku rela ditenggelamkan gunung berapi dan mati bermaruah ketika menggenggam cangkir kopi mahal dari mati ditembak bersama isteri orang dan menjadi celaan orang ramai sehingga tujuh keturunan.

Saya dah bercerai dengan dia ok

Oh

Kali ini aku terdiam. Aku tak tahu bagaimana mahu bereaksi lagi. Sekurang-kurangnya gunung berapi tidak meletus hari ini. Seperti mana gunung berapi Olympus di permukaan Marikh yang mati. Ya, hubungan cinta antara Puan Saodah dengan suaminya sudah mati sepertimana gunung berapi Olympus tersebut.

Aku mencatatkan tarikh konferens penting itu. Ia akan berlangsung dua bulan lagi pada bulan April. Aku tunggu pendedahan penting ketiga-tiga panel tersebut. Dan aku hendak memahami juga bagaimana pihak polis tidak menangkap panel-panel tersebut yang telah menipu mereka satu ketika dahulu.

Terbayang kekecohan akan terjadi nanti. Aku menanti dengan senyuman. Ia menarik. Oh, hidup ini memang menyeronokkan biarpun ia mendatar sifatnya.

7/03/2071

Aku berada di hadapan galeri lukisan. Ia berkunci. Aku balik. 10/03/2071

Kehilangan Jessie dari kehidupan aku sebenarnya berat. Aku rasa bersalah sebenarnya apabila meninggalkannya keseorangan di restoran mahal tempoh hari. Namun aku ketika itu percaya orang yang aku temankan itu bukan Jessie tetapi sekadar sebuah klon rosak. Ia begitu robotik dan telah menenggelamkan rasa ihsan dalam diriku kepadanya. Bagaimana kalau aku berada di situ dan membawanya keluar untuk mendapatkan rawatan Aku takut sebenarnya.

Aku takut dia akan bertukar menjadi makhluk asing tibatiba yang punya fisiologi yang jauh berbeza dengan manusiamanusia di sekelilingnya. Aku bayangkan bagaimana orangorang di restoran itu akan melihat kami selaku ancaman kepada mereka lantas membunuh kami. Ia seperti apa yang dihujahkan jawapannya kepada Paradoks Fermi.

Mengapa tiada makhluk asing yang menemui kita sehingga ke hari ini

Ia kerana mereka telah berbunuh-bunuhan sesama mereka sebelum sempat mereka meneroka angkasa dan menjumpai bumi. Satu pengakhiran yang menyedihkan. Namun andaian itu bagiku benar untuk makhluk bernama manusia. Makhluk asing mungkin langsung tiada keinginan begitu.

Sepertimana yang aku temui dalam makhluk parasit dari Marikh. Mereka hanya mahu berkomunikasi dengan kami, mengkhabarkan kejahatan The Things yang agak transendental. Biarpun begitu, ia sesuatu yang tidak dapat difahami mudah. Makhluk asing tidak jahat dan tidak juga baik. Aku keliru.

Kehancuran dunia sejagat. Ia mesej yang berulangan terbit dalam kepalaku apabila cuba memikir mengapa makhlukmakhluk asing ini cuba berkomunikasi dengan kita barubaru ini.

15/02/2071

Penemuan makhluk asing di Kuala Lumpur dalam bentuk manusia tetapi gagal fisiologinya telah menggemparkan seketika warga-warga internet. Terdapat beberapa kelompok yang mempercayai ia adalah buatan manusia yang mahukan keseronokan menyebar fitnah. Namun bagi mereka yang pernah mendepani situasi demikian, mereka memilih untuk berdiam sahaja.

Aku berharap ia bukan Jessie. Gambar yang dipertontonkan pada holofon pula menunjukkan sejenis cairan lekit yang dikatakan berasal dari makhluk tersebut yang telah mati. Ujian ke atas sampel yang diambil dari cairan lekit berwarna perang sawo itu telah membuktikan ia bukanlah sejenis material yang terdapat di bumi ini. Tiada sesiapa yang dapat memberi konklusi tepat mengenai apa yang ditemui itu. Aku tahu ia akan mengambil masa yang panjang sebelum ia dapat dibuktikan secara saintifik. Namun cerita bohongan sudah berlegar-legar. Cepat benar sebarnya.

Ia mungkin kerja The Things. Mereka itu tidak teragak-agak untuk melakukan perkara seperti ini. Mereka telah mampu menjelmakan diri mereka dalam bentuk yang manusia boleh lihat dan kenalpasti. Mereka begitu beria-ria mahu diri mereka diketahui. Atas dasar mengapa, aku pun tak pasti.

Aku sedar mereka hanya mahu aku memahami mereka dengan lebih terperinci. Asimilasi dahulu masih tidak diketahui fungsinya. Aku masih hidup dalam dunia ini, yang terasa begitu realistik sedangkan aku telah dipertunjukkan oleh Krishan dan juga Mitchelle betapa semua ini hanya saduran agar kami makhluk-makhluk yang tak berdaya ini mampu meneruskan kelangsungan hidup sebelum The Things berjaya memulihkan alam semesta yang telah musnah.

Persoalannya, adakah Jessie sebahagian daripada mereka atau sekadar makhluk yang dimanipulasi seperti aku

18/03/2071

Aku jarang mendapat jemputan untuk membuat ucapan dan seminar baru-baru ini. Cerita saduran yang telah ditetapkan oleh Agensi Angkasa Negara bersama dengan NASA dijaja tanpa henti. Aku berjaya mempromosi kembara ke angkasa tanpa gagal melindungi realiti sebenar yang berlaku dalam penjelajahan angkasa tersebut. Aku berharap satu hari nanti, aku diberi keberanian untuk menjeritkan apa yang tersingkap dalam hati ini. Aku berharap satu hari nanti, orang ramai akan mengetahui realiti sebenar exoplanet yang melata di alam semesta.

Sebenarnya aku masih merasakan kejanggalan. Aku tahu aku hanya berseorangan dan latar tempatku hidup ini tidak lain dan tidak bukan melainkan satu simulasi yang diciptakan The Things. Namun begitu, mengapa aku masih mampu memberi reaksi ke atas apa yang berlaku dalam hidupku ini

The Things sering memonitor pergerakanku setiap masa. Mereka muncul dalam kepalaku. Mereka muncul dalam mimpiku. Mereka muncul dalam hidupku selaku pejalan kaki di jalan depan rumah, penonton wayang ketika aku berada di panggung, penghirup Green Tea Latte ketika aku menikmati Cappucino di cafe kegemaranku yang melata cawangannya di Kuala Lumpur. Jika hendak disimpulkan di sini, maka aku harus akui The Things adalah makhluk licik yang begitu berkuasa. Mereka mampu mengawal makhluk lain dengan kesedaran bahawasanya mereka itu dikawal. Sepertimana The Phosphorus yang tahu akan diri mereka dikawal, maka begitulah jua nasibku.

Sehingga hari ini, aku tidak lagi ketemu The Phosphorus. Nenek tua itu tidak datang lagi ke pintu rumahku mengetuk pintu. Jika diperbesarkan imej rakaman yang memaparkan bagaimana orang tua itu mengetuk pintu rumahku berulang kali, aku akan mendapati dia sebenarnya punya wajah yang kabur. Ia merupakan satu imej kabur yang hanya dilengkapkan dengan ciri-ciri asas yang membuatkan aku percaya ia adalah imej seorang nenek tua. Ah, aku sentiasa tertipu. Manusia sering tertipu dengan apa yang mereka lihat di angkasa. Kami belum lagi berkelayakan untuk meneroka angkasa sebenarnya.

Ia seolah memberitahu kepada makhluk-makhluk asing yang lain bahawasanya masa telah tiba untuk mereka cuba berkomunikasi dengan kami. Dengan teknologi yang masih di tahap amatur kami teroka jalan ke Marikh. Dan apa yang menunggu kami di Marikh pula adalah kecelakaan yang membawa kepada penjajahan The Things.

Holofon berbunyi. Nama dan imej Jessie muncul berapungan pada holofon tersebut. Aku angkat. Aku rindukan suaranya. Apabila mendengar suaranya terbit dari holofon itu, aku berasa kekuatanku untuk mengharungi hidup penuh derita ini seolah terubat.

Saya tahu kenapa awak tinggalkan saya dekat restoran tempoh hari

Err, maaf ye

Tak apa, awak tak bersalah

Kenapa awak tak salahkan saya

Sebab saya bukan seperti awak. Awak nakkan kebenaran, tapi saya tak nak tahu kebenaran

Saya tak faham

Awak telah tahu kebenaran dan cuba genggam kebenaran itu. Sekarang awak takut dan tak nak hadapi sebarang musibah dalam hidup awak. Awak tahu itu adalah palsu, saya adalah palsu dan sebahagian dari simulasi, tetapi awak tetap takut. Awak tidak mahu berada dalam kebenaran, tetapi awak seorang yang berprinsip maka kebenaran akan sentiasa berada dalam hati awak.

Benar, saya bukan manusia. Saya juga bukan The Phoshorus mahupun The Things yang Maha Mulia itu. Saya hanya sejenis kewujudan di sebuah planet tak bernama yang gelap sepanjang masa. Saya hanya diletakkan dalam simulasi awak untuk memberi variasi kepada hidup awak yang malar

Perbualan holofon itu terasa surreal pula. Aku mahu Jessie muncul di depanku secara realiti dan bukan sekadar hologram seperti ini. Aku berasa ini bukan kebenaran yang aku mahukan.

Saya nak cari awak balik. Awak kat mana

Jangan cari saya

Kenapa

Dalam keadaan awak sekarang, awak takkan dapat cari saya. Tak dalam bentuk ini, awak takkan dapat cari saya walaupun saya bagitahu awak tempatnya Awak ada dekat mana

Saya dekat tempat bos saya bercuti

Planet tu

Ia bukan planet, ia tempat percutian. Tempat taklimat

Taklimat galaksi

Bukan. Bukan. Awak tak faham

Jika saya tak faham, awak jelaskanlah kepada saya

Tak, saya hanya boleh ceritakan setakat ini sahaja. Awak, cuba bertahan sampai konferens itu nanti ya. Jangan mati dulu

Jangan mati dulu.

Dan panggilan holofon dimatikan tanpa meninggalkan sebarang jawapan yang jelas. Namun aku tahu, Jessie ini jauh berlainan dari Jessie yang aku temui di restoran tempoh hari. Aku menoleh ke arah dinding dan lukisan Marikh seolah merenungku. Memandangkan ia adalah imej aku ketika kecil, aku merasa seolah aku sedang melihat masa lampau. Aku membayangkan diriku berada dalam bentuk itu, dengan obsesi kepada buku dan juga binokular.

Aku teringat pula dengan Saiful Izham. Wajah penyiasat dan juga pelukis potret Marikh itu, macam pernah aku lihat di mana-mana. Dan aku tahu ia bukan de ja vu. Ya, aku teringat.

Ia merupakan lipatan memori seperti ini.

Ketika aku berusia 10 tahun, aku gemar berbasikal keseorangan di taman-taman sekitar rumah yang berbezabeza kecerunannya. Aku suka perasaan angin menerpa wajah dan daya inertia membuatkan badan kecilku teranggukangguk menelan tolakan angin ketika aku menuruni bukit demi bukit. Aku girang, aku begitu bebas. Aku tak rasa dunia ini seolah punya sempadan. Aku kayuh laju dan semakin laju. Sehinggalah genggaamanku pada gagang basikal itu terlucut. Aku melayang dan jalan berbatu kerikil menungguku. Aku tersungkur. Kesakitan tidak terasa pada mulanya, tetapi perlahan-lahan ia menyengatku.

Lututku terkopak kulitnya. Darah merah pekat merekat alirnya.

Aku toleh sekeliling. Hanya ada rumah-rumah sepi, tiada orang di jalanan. Tiada kenderaan lalu lalang. Tiada anjing mahupun kucing. Pepohon hijau kaku, tanpa angin membelai-belai dedaunnya. Kelihatan taman bunga yang indah mekar bunga-bunga yang pelbagai, tetapi mati dari sinar manusia. Aku keseorangan menahan kesakitan. Dengan perlahan-lahan aku bangkit dan berjalan terhenjuthenjut. Aku mendapati tapak tanganku juga berdarah kerana mahu menahan impak jatuhan tadi. Perutku terasa senak kerana seingatku ia dirodok oleh gagang basikal ketika aku tercampak.

Dengan kepayahan aku bangun. Aku sorong basikal aku menaiki jalan yang begitu cerun dituruni aku tadi. Aku tak dapat lupakan wajah seorang budak yang memerhatikanku dari celah tingkap bangunan terbiar di sebelah jalan ketika itu. Renungannya penuh misteri. Dia mahu memberitahu aku sesuatu dari renungan itu dan aku sedar, dia adalah orang yang sama melukis potret Marikh itu.

Dia adalah Saiful Izham. Arwah Saiful Izham.

19/03/2071

Aku mula rasa takut untuk keluar rumah. Aku dapat rasakan setiap orang yang berkeliaran di luar sana adalah The Things dan aku tak mahu diperhatikan seolah aku ini bahan eksperimen mereka. Antara semua orang di luar sana, siapakah sebenarnya manusia Puan Saodah Puan Raudah

Ketukan di pintu menyedarkan aku dari lamunan. Aku perhati dari lensa kamera pemantauan dan mendapati nenek tua itu sedang mengetuk pintu rumahku. Tanpa berlengah lagi, aku bergegas dan membuka pintu tanpa mempedulikan bagaimana imej aku kini. Dia tergamam tatkala pintu dibuka mendadak dan tidak henti-henti merenung wajahku, terpaku tanpa kata.

Nenek ni, siapa

Dia menggeleng. Dia mengenakan jaket labuh hitam menutup sepenuhnya tubuhnya yang kecil sehingga aku mengandaikan saiz badannya lebih kecil dari jaket labuh hitam itu. Rambutnya kerinting, mungkin dibuat di salon. Walau berapa kali aku melihat wajahnya, aku rasa kekosongan. Ia seolah tiada beza sekiranya dia tiada di depan mataku. Tiada apa yang istimewa pada wajah itu yang dapat aku ingat. Ia mengingatkan aku pada imejnya pada kamera. Ya, sebab itulah dia sentiasa dilupakan.

The Phosphorus tanyaku lagi.

Dia mengangguk. Sesekali dia melilau memerhatikan persekitarannya seolah tidak mahu tindak-tanduknya diperhatikan orang lain. Dia merapatkan dirinya kepadaku dan aku pula mengundur perlahan. Tangan kanannya menyeluk ke dalam poket jaketnya dan aku dapat rasa keanehan pada pergerakan tangannya yang tersembul dari balik jaket. Ia seolah ular yang menjalar ke segenap arah dan tersembul jelas dari bawah jaketnya. Aku mengundur lagi dan bersedia untuk menutup pintu. Namun tindakan itu gagal apabila nenek itu dengan pantas menahan daun pintu dengan kedua-dua belah tangannya secara mengejut. Ketika itulah baru aku mendapati terdapat kejanggalan pada kedua-dua belah tangannya itu. Jari-jemarinya 10 dan ruas tangannya luas luar biasa untuk menampung 10 jari-jemari yang terbit dari tapak tangannya tadi.

Adakah ini bentuk The Phosphorus yang sebenar

Dia mengangguk dan lekas-lekas masuk ke dalam rumahku. Usai menolakku jatuh, dia menutup pintu rumah. Setelah itu dia menarik nafas tiga kali dan menghembusnya tiga kali juga. Lagaknya seolah paru-parunya tercemar dengan udara luar dan sedang meneutralkannya. Namun apalah bezanya udara luar dengan udara di dalam rumahku Janggal, sungguh janggal.

Akhirnya baru ketika inilah aku dapat dengar dia bersuara. Nafasnya mengah-mengah. Semerbak bau fosforus menular ke dalam ruang ini. Bau yang sama menghantuiku ketika aku bertemu dengan makhluk parasitik Marikh.

Kau patut dah baca surat tu, cu

Ye, nenek. Saya tahu akan The Things dan apa yang mereka boleh buat

Mengetahuinya saja tak memadai. Kau mesti buat sesuatu untuk keluar dari pengawasan mereka

Tak boleh nenek. Mereka terlalu berkuasa. Mereka sedang tengok kita sekarang, serasanya.

Tak, cu. Mereka pun ada kekurangan. Ingat, The Things bukan Tuhan. Mereka cuma meniru perbuatan Tuhan dari perspektif manusia, dan kerana itulah awak nampak seolah mereka tak ada kelemahan

Bukan nek. Bukan saya mengaku mereka Tuhan. Saya melihat mereka tu macam di luar kemampuan kita untuk menentangnya. Dan kenapa nenek muncul dalam bentuk begini

Orang tua itu tersengih pula. Dia meringkuk tiba-tiba seolah tulang belakangnya patah dan aku dapat dengar bunyi sesuatu sedang meretak perlahan-lahan. Jaket bertukar menjadi selubungan hitam yang membalut tubuhnya pantas. Dia meringkuk dan meringkuk sehingga jaket hitam itu menutup sepenuhnya tubuh kecil itu dari pandangan mataku. Sebaik sahaja usai bunyi keretakan itu, dia bangkit semula dan aku dapati Simon, salah seorang dari pasukanku di Marikh kini mengganti tempat orang tua itu.

Takkan kau lupa kebolehan kami, sahabat

Heh, aku patut tahu awal lagi. Cuma aku curiga, mengapa kau muncul dalam bentuk orang tua itu Aku juga tak faham, kenapa setiap kali aku jumpa kau, kau sentiasa bertukar bentuk menjadi manusia lain. Kenapa kau tak nak bertukar menjadi makhluk lain selain manusia

Semua ini spontan. Kami parasit asalnya. Kami masuk ke tubuh manusia dan mengubahnya mengikut acuan yang kami mahu. Kami boleh masuk ke tubuh orang tua dan mengembalikan keremajaannya. Manusia itu bagi kami umpama plastisin yang boleh dibentuk-bentuk. Namun kami tidak seekstrim The Things yang mahu mengubah dunia ini mengikut acuan mereka

Dia tidak menjawab soalan aku. Mungkin dia terlau banyak memikir. Ia tidak mengubah situasi kami. Aku masih percaya aku dalam simulasi di mana, apabila aku mati nanti, aku akan ketemu kembali The Things di dunia aneh itu.

Jadi, apa tujuan kau datang ke sini hari ini

Dia menggaru-garu kepalanya seolah tidak faham. Dia sedang memikir jawapan. Tindak-tanduknya lebih menyerupai manusia dari makhluk asing. Aku tersenyum sendiri.

The Things akan buat konferens bulan depan. Ketika itu, dia akan bangunkan semua makhluk-makhluk yang ada dari mimpi mereka. Mereka akan dibangunkan dan dikerah untuk memerah otak bersama. Tujuannya adalah mereka mahu selamatkan dunia ini kemusnahan yang mereka lakukan sendiri.

Kau patut tahu, dunia ini dah tinggal planet itu sahaja. The Things hanya mampu menghalang planet itu dari disedut ke dalam pusaran lohong hitam. Namun begitu, mereka tidak dapat menahan kemusnahan itu berseorangan. Mereka perlukan setiap tenaga kita dan kemampuan akal kita agar dapat digunakan untuk mengembalikan dunia ini kepada asal.

Persoalannya adalah, adakah kita mampu membantu

Adakah berbaloi kita menghalang dunia dari musnah

Untuk apa diteruskan kehidupan yang tak bermakna ini lagi

Aku tak mahu jadi hamba kepada The Things dan aku tak rasa kau juga nakkan takdir kau jadi begitu. Maka, untuk menghalang diri kita dari jadi hamba kepada The Things, bagus kita gagalkan usahanya itu

Termenung sejenak aku dibuatnya. Aku tidak pernah memikirkan cara-cara untuk menentang The Things. Aku tidak dapat menerima hakikat bahawasanya The Things itu boleh ditentang. Caranya mengawal minda kami sangat menakjubkan. Aku tak rasa kami boleh bebas hanya kerana aku berada dalam rumahku. Jauh di sudut hati, aku dapat rasa seolah Krishnan sedang duduk di kerusi dan menonton perbualan aku dengan The Phosphorus sambil menghembuskan asap cerutnya yang tak berbau langsung itu.

Kau kena ingat, The Phosphorus. Seorang hamba hanya mampu bermimpi untuk bebas. Itu sahaja impian seorang hamba. Dan kau sedang menunjukkan diri kau adalah seorang hamba. Kau sendiri telah mengaku diri kau adalah hamba kepada The Things!

Kita harus keluar dari enigma ini.

Jika benarlah The Things akan sedarkan kita dari simulasi ini, itulah masanya kita akan menentang mereka bersama. Kita akan jatuhkan mereka dan dunia ini akan musnah. Itu lebih baik

The Phosphorus berubah lagi. Kali ini matanya kebiruan dan membulat seolah kelopak matanya mula terurai. Dua biji mata yang membulat merenungku. Metamorfosis ini tidaklah begitu humanoidal lagi. Dia barangkali perlahanlahan akan menjadi dirinya sendiri. Satu kewujudan yang takkan pernah aku ingin melihatnya semula. Mereka, pernah menjajah mayat sahabat-sahabat perjuanganku di Marikh dan hari ini dia muncul lagi di depanku selaku sekutu. Sungguh aku tak mengerti akan situasi begini.

Kali ini dia telah bertukar menjadi bentuknya seperti yang pernah aku lihat di Marikh satu ketika dahulu. Wajahnya melonjong dan perlahan-lahan sifat matanya lenyap ditelan lapisan kulit yang cukup kering dan keras. Ia bertukar kemerahan dan melonjong panjang laksana ular sawa, cuma bezanya kulitnya tidak ubah seperti batu-batu Marikh yang disaluti debu-debu merah yang dingin. Usai metamorfosis tersebut, dia melingkar lantas meninggalkan jaket hitam yang dipakainya. Dari lingkaran itu, kepalanya yang lonjong dan tidak bermata itu bergerak naik ke atas siling dan sebentuk mulut terbit dari lonjongan kulitnya yang kering itu.

Aku cuba mengawal ketakutan yang kembali membenih dalam diri. Imej-imej penjarahan tubuh manusia yang pernah dilakukan oleh makhluk di depanku kembali hadir bahkan ia menjadi lebih kuat dengan setiap pergerakan yang dilakukan. Aku mengingati bagaimana ia masuk ke dalam tekak melalui mulut yang dikoyakkan. Aku teringat lagi bagaimana ia mencairkan setiap organ di dalam tubuh manusia yang dijajahnya dan menggantikan struktur tubuh itu dengan jasadnya yang fleksibel. Aku mengingati bagaimana ia mengawal otak mangsa yang dicerobohinya dan menggunakan pengetahuan itu untuknya berkomunikasi dengan manusia-manusia lain. Makhluk yang begitu berbahaya.

Kelicikannya telah membuatkan komuniti pertama di Marikh punah ranah. Jika tidak kerana perundingan antara NASA dan juga FBI, pastinya maklumat penjajahan koloni manusia di Marikh oleh The Phosphorus telah diketahui manusia lantas membantutkan hasrat penjelajahan ke ruang angkasa yang lain.

Kau nak jajah aku Tak semudah itu

Aku keluarkan sepucuk pistol dari laci. Aku acukan pantas ke arah The Phosphorus. Ia mula mengeluarkan bauan fosforus yang lebih kuat dari tadi.

Tidak. Aku takkan jajah kau hari ini. Kita adalah seteru. Aku mahu hilangkan ketakutan kau. Kau harus ingat bentuk ini

Perlahan-lahan dia kembali kepada bentuk humanoidal itu lagi. Aku masih tak mengerti akan pemilihan bentuk yang dipilihnya. Nenek tua itu kelihatan begitu lemah dan ampuh. Dan bentuk itu jugalah yang disenanginya.

Usai bertukar dia memohon diri untuk beransur dari rumahku.

Jumpa lagi di konferens. Berhati-hati dengan The Things

Huh, aku rasa aku patut berhati-hati dengan The Phosphorus. Aku rela jadi hamba The Things lagi, dari menjadi boneka The Phosphorus.

25/03/2071

Hari ini aku kebosanan. Aku kesepian. Aku paranoid. Aku mahukan kelainan. Aku berasa terasing. Tiada keluarga. Tiada sesiapa. Kawan-kawan membuat panggilan aku matikan holofon. Jessie turut menghantar mesej kriptik, aku abaikan. Penaja-penaja taklimat dan juga seminar telah mengajakku untuk menjadi penceramah, tetapi aku abaikan mesej dan email dari mereka. Aku mahu menyendiri. Aku mahu cari makna menjadi manusia yang sudah tidak punya realiti ini.

Aku nukilkan apa yang aku rasa pada halaman jurnal ini dengan harapan aku akan dapat kekuatan untuk meneruskan hari-hari esok. Aku belek jadual penerbangan ke bulan dan Marikh lalu aku beli tiket ke Marikh. Aku tidak tahu akan alasan Agensi Angkasa Negara melindungi fakta; bahawasanya bumi sudah diduduki makhluk asing. Apabila difikir teliti, pelindungan fakta ini pastinya disebabkan oleh tekanan dari United Nation. Ataupun konglomerat-konglomerat yang telah mendapat keuntungan dari penerokaan angkasa. Ah, aku hanya mampu berspekulasi.

Ini adalah kegilaan. Aku tak mahu jadi gila. Aku mungkin berseorangan dalam memburu realiti, tetapi aku tak mahu mengalah. Biarpun aku tahu, tukang pengaturcara cerita hidupku adalah makhluk asing yang punya kuasa yang mirip Tuhan. Mengapa aku masih mahu melawan Aku tanya pada diri sendiri. Aku takkan menang jika mahu mengira kelogikan. Jika dikira matematiknya dan juga kebarangkalian aku untuk memenangi perjuangan menentang The Things, maka pastinya ia duduk pada kadar negatif.

Aku sedar, kenapa aku begini kuat. Kenapa aku tak mahu mengalah. Ia kerana aku ada Tuhan. Aku percaya pada Allah S.W.T. The Things hanyalah ciptaan Tuhan dan takkan mampu mengatasi Tuhan. Daripada kepercayaan itulah aku binakan harapan. Aku hidup berlandaskan kepercayaan dan keyakinanku pada Tuhan.

Dengan nama Tuhan yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang, aku harus mulakan hidup baru. Aku harus tunjukkan kepada The Things, aku tidak gentar dikawalnya. Aku akan meneruskan kehidupanku dengan berani.

Aku angkat holofon, aku balas semua mesej yang menerpa. Aku bersetuju dengan setiap tawaran yang diberi. Aku terima pelawaan dari setiap ajakan. Aku akan harung semuanya tanpa gagal. Aku harus melawan arus.

Aku mandi dan bersiap-siap untuk keluar. Langsir aku selak dan mentari tengahari sedang galak menerangi landskap.

Ketika ini, aku hanya memikir untuk pergi membuat sesuatu yang bermakna. Yakni, masjid. Aku mahu beriktikad di masjid. Aku mahu cari ketenangan mutlak. Barangkali satu hari nanti, aku akan dapat menewaskan The Things dengan jiwa manusia ini. Sesuatu yang tidak dapat ditiru oleh The Things mahupun The Phosphorus!

2/04/2071

Di bawah kubah masjid aku lihat ketenangan. Aku rasai ia dalam setiap kelubungan putih yang mengitari masjid. Aku rasai ia dalam alunan bacaan Al-Quran yang perlahan dibacakan oleh beberapa orang pengunjung masjid. Aku cuba membaca Al-Quran yang berada di dalam tangan dan memori silam kembali hadir dalam diri. Aku telah lama bergelumang dengan golongan ateis di angkasa yang memegang hujah bahawa agama tidak patut dibawa bersama ke angkasa. Ia akan menyesatkan manusia tatkala bertemu dengan peradaban yang mampu mengadakan setiap yang Tuhan boleh lakukan. Bayangkan jika ia omnipresen, omnisains dan juga omnipoten.

Benar juga kata mereka, pertemuan dengan makhluk sebegitu akan membuatkan Tuhan seolah kerdil. Sepertimana yang aku temui kini, yakni The Things. Namun ia adalah ilusi. Tuhan Maha Kuasa dan Maha Mengetahui akan apa yang terjadi pada alam. The Things hanyalah pentadbirnya dan bukan penciptanya. Jika benarlah mereka merupakan pencipta alam, pasti mereka mampu untuk menghalang kemusnahan yang berlaku secara sendirinya.

Maka dengan itu, aku memikir juga mengapa alam semesta boleh musnah

Aku tidak merasakan izin Tuhan semata sudah memadai untuk mengakhiri dunia ini. Ia seolah ada satu lagi tangan ghaib yang menadah tangannya; berdoa agar alam ini dimusnahkan. Namun aku percaya ia bukanlah doa, tetapi tindakan. Satu-satunya makhluk yang mampu melakukan kerosakan sebegitu adalah The Things. Mereka itu cukup aku ragui.

Waktu Zohor sudah lama berlalu. Aku masih lagi beriktikad di sini menghanyutkan diri dalam surah demi surah menunggu waktu Asar. Tiada apa lagi yang hendak aku kejar di dunia nan fana ini. Jika ini adalah simulasi, maka biarlah The Things melihat aku. Melihat setiap perlakuanku dan mengetawakannya. Aku tak kisah. Satu ketika nanti, Tuhan akan membalas apa yang The Things lakukan sekiranya mereka bersalah menodai alam.

Tidak mustahil juga Tuhan akan mengizinkan mereka mentadbir alam semesta ini sewenang-wenangnya. Ia di luar pengetahuanku.

Bahuku dipegang seseorang. Aku tersentak tatkala aku menoleh. Aku dapati orang itu tidak lain dan tidak bukan, melainkan Saiful Azhim. Dia tersenyum dengan raut wajah yang begitu bersih, bercahaya dan jubah putih yang dipakainya harum semerbak. Ketika ini aku rasa aku akan dapat satu lagi pendedahan akan realiti yang aku hidupi ini.

Aku teringat akan budak yang merenungku ketika aku jatuh ke jalan yang berbatuan itu. Wajah itu bukan lagi milik Saiful Ahzim. Wajah budak itu mula menjadi wajah yang tidak aku kenali.

Lepas Asar kita minum-minum di warung depan masjid ni, okay tanya Saiful Ahzim. Berlainan benar nadanya jika hendak dibandingkan dengan ketika dia menyoal siasatku di cafe borjuis beberapa bulan yang lepas.

Aku angguk.

Kopi O panas satu! Teh Tarik!

Sungguh vintaj bagiku kedai warung ini. Ia cuba mengekalkan tradisi lalu. Pemilik warung mengenakan fesyen zaman 2000 dahulu. Biarpun ia sebenarnya sebuah kotak logam yang dikelilingi bangunan-bangunan pencakar langit, ia masih berjaya memberi aku perasaan seolah-olah aku berada di kampung pada tahun 2000. Kayu-kayu yang ditempel pada dinding logam dan juga bunyi-bunyian rimba yang berkumandang membuatkan aku rasa seolah terdapat keperluan untuk membekukan satu dekad dan mengurung orang-orang yang tidak dapat terima kemajuan di dalamnya.

Kadangkala, ada masanya kita sedar kita hidup bahagia bukan selamanya. Dalam kehidupan yang mencabar ini, barangkali kita nikmati tahun-tahun bahagia dalam sedekad atau kurang. Bayangkan, sekiranya manusia diberi kemampuan untuk hidup dalam satu pusingan dan melaraskannya sendiri mengikut tafsiran diri. Bagi aku, aku mahu hidup aku sebelum aku bertolak ke Marikh. Aku mahu kekalkan 10 tahun aku berada di bumi itu dan mengulangnya tanpa henti.

Saiful Ahzim kelihatan normal. Mungkin aku terlalu hanyut dalam drama makhluk asing ini selama ini. Aku melihat kesemua manusia itu sudah tidak wujud. Sedangkan barangkali mereka masih ada di sekelilingku dan dikaburi oleh persepsi aku sendiri. The Things boleh jadi berbohong. Apa-apa kemungkinan boleh terjadi.

Adakah kita pernah jumpa sebelum ini tanyaku, dengan harapan aku ada jawapan ke atas misteri kematiannya itu.

Pernah, dekat D7, Sentul. Ketika itu aku seorang polis. Kini aku bukan lagi polis

Jadi kau tahu apa yang dah jadi dekat kes tu

Mungkin. Tapi aku tak tahu apa kebenaran dalam semua ini

Apa yang kau tahu Boleh ceritakan dekat aku

Saiful Ahzim menghirup teh tariknya tenang. Dia sedang memikir, barangkali sedang menyusun ayat-ayatnya dalam kepala. Dia tidak gopoh sepertimana ketika dia menyoal siasatku dahulu.

Puan Raudah sebenarnya masih hidup. Bahkan, dia tidak pernah datang ke galeri itu. Pada hari kejadian, Krishnan dan juga Mitchelle sedang melukis sesuatu dengan berpandukan skulptur aneh depan mereka. Skulptur itu mirip manusia. Mirip Puan Raudah. Kami ingat mereka telah melakukan mutilasi ke atas Puan Raudah tetapi sudahnya kami menyedari ia tidak lebih dari skulptur semata-mata.

Persoalannya ketika itu, kami selaku polis yang menyiasat tidak pasti, adakah kami telah ditipu Krishnan dan juga Mitchelle tadi. Misteri skulptur mirip Puan Raudah juga telah kami siasat.

Puan Raudah tidak mengetahui langsung akan kewujudan galeri seni ini. Namun dia pernah juga menjalani sesi fotograf di beberapa tempat sekitar Kuala Lumpur. Persoalannya terletak pada di mana gambar-gambar itu berakhir. Semestinya Puan Raudah punya kesemua salinan gambar-gambar itu. Namun ia tidaklah bermakna jurufoto tidak berpeluang untuk mengedarkannya kepada orangorang yang tidak bertanggungjawab.

Itu satu perkara. Satu hal lagi adalah, bagaimana Krishnan dan juga Mitchelle boleh melarikan diri dari kami. Untuk seketika mereka adalah manusia, berjalan dengan tangan bergari dan sudah hampir-hampir ditolak masuk ke dalam kereta. Namun dalam masa seimbas, mereka bertukar menjadi boneka yang mati. Bagaimana ia dibuat dan mengapa perlu buat begitu

Aku ketika itu terfikir juga sekiranya Saiful Ahzim sedang menceritakan sesuatu yang betul. Ia kedengaran logik dan autentik. Memang aku teringat lagi bagaimana Krishnan keluar dari masa yang dibekukan dan berbual-bual denganku. Mereka menukar persepsi dengan mudah sekali. Makhluk asing yang licik dan punya teknologi tinggi. Apa yang diceritakan Saiful Ahzim tepat benar dengan apa yang aku perhatikan ketika itu.

Ermm, boleh aku dapatkan nombor holofon Puan Raudah Saiful Ahzim menggeleng kepala.

Itu rahsia. Biarpun aku dah berhenti kerja dari polis, tak bermakna aku boleh bocorkan rahsia orang awam sewenangwenangnya. Itu tak berintegriti Aku mengangguk tanda faham. Kau tahu Jessie Jessie Borgues

Saiful Ahzim menggeleng lagi.

Aku tak tahu. Kenapa

Tak apalah. Mana tahu kau tahu

Kami menghabiskan minuman masing-masing dan beransur ke masjid itu lagi. Dakwaan Jessie Borgues mengenai Saiful Ahzim tidak tepat. Tak mungkin Saiful Ahzim yang melukis potret aku yang dinamakan Marikh itu.

5/04/2071

Sekali lagi aku pergi ke galeri. Satu kerja-kerja renovasi sedang berlaku. Aku tanya mandur pekerja-pekerja itu. Katanya tempat itu akan jadi cafe. Aku balik. Aku kecewa.

8/04/2071

Aku ada jemputan untuk memberi seminar di Agensi Angkasa Negara, cawangan Kuala Lumpur yang bertempat di Menara Angkasa yang berhampiran dengan tapak KLCC dahulu. Seminar yang melibatkan penerangan persediaanpersediaan sebelum berhijrah ke Marikh. Prosedur yang harus dipatuhi. Penyediaan wasiat. Penyediaan dokumendokumen peribadi dan cara-cara melindungi aset-aset yang ditinggalkan di bumi. Ia satu seminar yang betul-betul meletihkan sebenarnya. Aku terpaksa menyediakan banyak bahan dan aku kerap kali berhubungan dengan penganjur agar mereka memberiku informasi yang setepatnya dan terkini. Aku tidak faham mengapa aku selaku angkasawan dalam misi-misi penyediaan atmosfera Marikh untuk manfaat manusia harus menerangkan kerja-kerja pentadbiran pejabat. Aku harus faham mereka kekurangan tenaga pengajar. Aku adalah salah seorang dari pengunjung Marikh terawal dan aku tahu banyak. Aku tak banyak kompromi dan senang dibawa berbincang. Tatkala rakan-rakanku yang lain telah mengundur diri ke ceruk rantau yang jauh dari hubungan dunia luar, aku pula memilih untuk hidup secara normal.

Aku rasa ini tanggungjawab aku untuk menyedarkan manusia betapa tidak seronoknya tinggal di Marikh. Biarpun kini pohon-pohon menghijau telah berjaya menjalar di permukaan Marikh yang khusus, ia tidak mengubah hakikat bahawasanya planet itu telah mati. Itu belum lagi tiba kepada penjelasan kewujudan The Phosphorus yang menunggu masa sahaja untuk menyerang dan menguasai komunitikomuniti Marikh di sana. Aku tak tahu apa yang ada dalam kepala otak penaja-penaja ekspedisi ke Marikh ini. Tidakkah mereka sedar risikonya The Phosphorus kini telah berada di bumi semenjak kami dibawa pulang ke bumi. Mereka bijak menipu pihak atasan melalui asimilasi kami dan masalah penjajahan itu tidak dapat dikesan orang bumi.

Jantung aku berdebar-debar dengan skala orang-orang yang datang ke dewan seminar. Penuh dan bermacammacam ragam. Bukan setakat itu sahaja, pihak media turut dijemput atas dasar yang aku tidak tahu. Aku tidak pasti sama ada haruskah aku memarahi penganjur seminar kerana kegagalannya untuk memberitahu aku akan kehadiran pihak media ini.

Belum sempat aku memulakan ucapan, aku rasa kepalaku berat. Teks di atas meja kelihatan kabur. Ya, aku tidak membuat ucapan hari itu. Aku berada di hospital selepas itu.

15/04/2071

Tiada lagi jemputan diterima untukku. Aku tak tahu kenapa aku merasakan semua ini adalah kerja-kerja The Things yang mahu aku merana. Namun peluang ini membuatkan aku lebih dekat ke masjid. Aku selalu bertemu Saiful Ahzim. Aku selalu ceritakan masalah aku dekat dia.

Bila aku cerita perihal lukisan itu, dia tidak tahu hal itu. Maka aku tunjukkan lukisan berjudul Marikh itu pada satu ketika di luar masjid.

Hari itu, cahaya mentari agak hangat. Aku khuatir juga sekiranya potret itu hancur dan melumat dijamah suhu yang tinggi. Maka aku letakkan potret itu berbalut di dalam perpustakaan mini masjid. Aku selubungkan ia dengan kain lembut agar tidak dilihat orang lain.

Bila mengenangkan wang dah susut, aku muram juga. Sewa rumah sudah lama tidak berbayar. Aku bernasib baik kerana perkhidmatan holofon percuma, pengangkutan awam percuma dan juga lambakan makanan percuma di jalanan masih disediakan oleh kerajaan untuk orang-orang seperti aku.

Aku percaya semua ini akan berakhir pada konferens itu nanti. Jurnal ini, kewujudan aku, perjuangan aku dan alam semesta akan tamat usai konferens. Bagaimana ia berakhir aku tak pasti. Aku cuma pegang firasat itu.

Saiful Ahzim memerhati dengan teliti lukisan potret Marikh itu. Dia tanyakan aku perihal identiti budak di dalam potret itu. Aku cakap aku tidak tahu. Sengaja aku berbohong. Mungkin tugasan membawa lukisan itu ke mari adalah perbuatan sia-sia. Aku patut cari Jessie dan bukannya Saiful Ahzim. Jika tidak pun aku cari Puan Saodah. Mungkin dia boleh periksa ke mana galeri seni D7, Sentul itu berpindah. Dia punya banyak kawan-kawan perniagaan. Rangkaian maklumat perniagaan semudah dia memetik jari. Namun aku keberatan nak minta tolong dia.

Aku sudah hilang status aku selaku orang terhormat. Dari borjuis aku menjadi proletariat. Namun aku lebih tenang, kerana aku tak perlu berfikir banyak. Aku mahu memulakan kerjayaku selaku seorang pelukis, jika tidakpun aku boleh menjual jurnal ini agar ia ditukarkan menjadi novel fiksyen.

18/04/2071

Puan Saodah tenang sahaja bila aku memberitahunya aku mahu jadi seorang penulis sepenuh masa. Aku mahu menuliskan kisah The Phosphorus dan kebenarannya yang tersirat di planet Marikh. Aku ceritakan perihal Jessie, The Things dan juga Saiful Ahzim. Aku ceritakan perihal lukisan potret berjudul Marikh itu. Puan Saodah tercengangcengang, tetapi kembali berlagak normal sesudah mempertimbangkan apa yang aku mahu dia sediakan.

Aku mahu senarai nama penerbit yang berani untuk menerbitkan apa yang aku nukilkan ini. Aku bagitahu dia perihal penjajahan makhluk asing ke atas bumi sudah begitu kronik dan aku bagitahu dia juga aku tak percaya ada manusia yang terselamat. Lalu aku tanya Puan Saodah, adakah dia The Phosphorus atau The Things

Panggilan holofon dimatikan. Sejak hari itu, aku tak dapat hubungi Puan Saodah lagi.