Les Criaturas - 23
PRESENT 12

Siti menghampiri kawasan luar rumah sambil menjinjit beberapa naskhah surat khabar dan dua bungkus roti krim. Dia mengoyakkan satu bungkusan roti dan mengunyahnya perlahan. Haruman vanilla yang kuat beserta krim yang gebu membuatkan dia asyik dan larut dalam rasa. Dia mengeluarkan kunci rumah dari dalam poket.

Eh Kenapa pintu rumah tak bertutup rapat

Siti ternampak bungkusan plastik hitam di tepi pintu. Dia berasa hairan. Seingatnya, sampah sarap telah dibuang sebelum keluar tadi. Tanpa mengunggu lama, dia membuka ikatan plastik tersebut.

Pokok cili Kenapa mak buang Eh, ni pasu kesayangan mak!

Siti keliru. Dia mengikat kembali plastik sampah dan masuk ke dalam rumah. Langsir menutupi bahagian rumah tamu menyebabkan dia tidak perasan akan mayat Tima yang terbujur kaku berdekatan tangga rumah.

Mak, ada orang pecahkan pasu mak ke Kenapa gelap sangat rumah kita ni Siti terus memanggil Tima. Tangannya ligat mencari suis lampu.

Suis lampu ditekan. Siti terlopong melihat isi rumah yang berselerak. Pandangannya dihalakan tepat kearah tubuh kaku milik Tima.

Mak!

*****

Majid melihat keadaan sekeliling. Sesekali dia mengeluh. Mary, Yop Khoon dan Fetty Malar sedang asyik berbincang. Hafez menenangkan Siti yang masih lagi bersedih.

Siti, cuba kamu ingat balik. Tima ni ada musuh tak

Tak ada, Pak Hafez. Selama ni kita tinggal kat sini mana pernah mak bermusuh dengan sesiapa. Dia dah lama tinggalkan ilmu dia. Mustahil mak ada musuh. Siti mengesat air matanya. Hafez mula menggaru seluruh anggota badannya. Dia kelihatan resah. Yop Khoon yang memerhatikan tingkah laku Hafez datang menghampiri.

Kawal emosi kau. Kita tunggu apa kata Majid, ujar Yop Khoon. Dia menepuk-nepuk belakang badan Hafez.

Hafez memejamkan matanya. Nafasnya ditarik dan dihembus berulang kali. Dia cuba menenangkan fikirannya.

Nak aku cakap dekat Dynah ke Hafez mengangguk. Dia memandang Fetty Malar dengan pandangan yang sugul. Fetty, kau tolong tengokkan Dynah. Aku takut dia tak boleh kawal diri. Bahaya kalau..

Jangan risau. Aku tau apa aku nak buat. Fetty menjawab dengan yakin.

Majid, macam mana Hafez mengalihkan tumpuannya ke arah Majid.

Majid cuma menggeleng. Dia duduk bersebelahan dengan Hafez. Mereka yang lain masih menunggu jawapan dari mulutnya. Selama aku hidup dan jadi pembunuh, aku rasa ni pertama kali aku tengok kawasan pembunuhan yang betul-betul terancang.

Maksud kau

Tak ada tanda pecah masuk. Pintu semua elok. Tanda bergelut start dari dapur. Cawan plastik dan air yang tumpah kat lantai tu mungkin punca dari pertahanan Tima. Mungkin dia cuba melawan menggunakan air sebab pisau dan segala mak nenek yang tajam kat dapur tu tak disentuh langsung. Ataupun mungkin dia dahaga. Aku pun tak faham sangat cara korang semua hidup, terang Majid sambil memandang Hafez.

Hafez mengangguk. Dia bangun dan berjalan ke arah dapur. Hujung jarinya menyentuh permukaan air di lantai dapur.

Aduh!

Hafez meniup hujung jarinya yang sedikit melepuh.

Tima cuba melawan. Ni air yang dijampi.

Baik, aku teruskan teori aku. Kau tengok perabot yang berselerak ni. Mula-mula aku syak orang yang serang Tima ni datang berkumpulan. Sorang serang Tima. Yang lain rosakkan perabot. Tapi, cuba kau tengok kesan darah ni.

Hafez meneliti kesan darah di atas lantai. Ianya lain daripada yang lain. Kesan darah itu setempat dan agak comot. Tima pakai kuasa dia sekali lagi kat tempat ni. Hafez membuat kesimpulan.

Aku setuju, ujar Majid sambil memerhatikan keadaan perabot disekelilingnya.

Kau rasa perabot ni berselerak sebab kuasa Tima ke Aah.Sebelum ni pun Tima pernah buat angin ribut kan Ingat tak masa ada pemburu haram nak ambil kayu balak dekat belakang hutan hujung taman dulu.

Kuat betul ribut masa tu. Aku ingat lagi yang Tima tak bagi sesiapa masuk campur sebab nanti ada yang meroyan dan rasa nak membunuh.

Betul tu. Fikiran Hafez menerawang teringatkan peristiwa tersebut.

Kenapa Tima tak nak pakai kuasa dia Aku pelik la. Bukan dulu dia..

Tima ada alasan sendiri. Kita kena hormat.

Aku yakin Tima masih hidup kalau dia melawan betulbetul. Kita boleh tolong dia bunuh si celaka tu. Aku rasa orang yang bunuh Tima ni orang yang sama tikam Mary masa kita bermesyuarat dulu.

Kita kena siasat dulu. Hafez cuba menenangkan Majid.

Sayang.. Hafez menyapa isterinya yang baru tiba.

Dynah melangkah masuk. Siti yang duduk berteleku segera bangun dan memeluk Dynah. Dia menangis teresak-esak. Mak Dynah minta maaf. Mak Dynah sepatutnya tolong tengok-tengokkan ibu kamu, luah Dynah kesal.

Fetty Malar hanya menyaksikan gelagat Dynah dan Siti. Dia baru sahaja selesai menutup mayat Tima menggunakan kain.

Tima dah tak boleh nak pakai kuasa dia macam dulu.

Memang dia yang paling kuat antara kita semua tapi dia sanggup korbankan kuasa dia demi seseorang yang dia sayang. Terang Fetty Malar. Dia seperti sedang memikirkan sesuatu.

Tapi, aku tak faham. Tima boleh seru nama aku dengan darah sebanyak itu. Cermin pun tak jauh dari tempat dia diserang. Sampuk Mary.

Mungkin dia tak sempat atau dia tak terfikir pun nak seru nama kau. Sekarang ni bukan salah sesiapa. Kita kena lebih berhatihati, jawab Majid.

Korang semua ada pertahanan masing-masing. Tapi aku Aku cuma bekas pembunuh yang diberi peluang kedua untuk hidup dan tebus kesalahan aku. Aku tak tahu macam mana kalau tiba-tiba anak bini aku jadi sasaran, tambah Majid sambil mengeluh. Dia kelihatan sedikit tertekan.

Dynah meleraikan pelukan. Dia menghampiri mayat

Tima. Kain penutup dibuka. Dia memerhatikan mayat Tima dengan perasaan bercampur baur.

Maafkan aku. Aku tak ada sewaktu kau perlukan aku. Tubuh Dynah tiba-tiba menggigil. Tangannya terketarketar. Matanya bertukar kemerahan. Mary yang menyedari keadaan tersebut terus memeluk erat Dynah.

Siti! Fetty! Cepat! Jerit Mary.

Siti dan Fetty berlari mendapatkan Dynah. Hafez, Yop dan Majid saling berpandangan.

Fetty, peluk Dynah!

Fetty Malar dan Siti segera memeluk Dynah sebaik sahaja Mary meleraikan pelukkannya.

Nak aku tolong

Tak payah, Hafez. Aku rasa Fetty boleh kawal Dynah. Dynah, kawal diri kau. Kami tak nak kehilangan kau. Fetty Malar mengetatkan pelukan. Dynah meronta-ronta namun Fetty masih lagi dapat mengawal keadaan. Kawal diri kau! Fetty sedikit menjerit. Nada suaranya ditinggikan.

Biar aku tolong, gesa Hafez. Dia tidak mahu sesuatu berlaku kepada isterinya.

Jangan! Dynah perlu kawal diri dia sendiri tanpa bantuan orang lain. Sampai bila kau nak menolong dia Kalau kau mati, dia nak bergantung pada siapa

Betul cakap Mak Fetty tu. Siti akhirnya bersuara. Dynah beransur tenang. Mata dan tubuh badannya kembali normal. Mereka yang menyaksikan kejadian itu menarik nafas lega.

Kau okay

Aku okay. Terima kasih, Fetty.

Pelukan dileraikan. Siti tersenyum melihat Dynah kembali normal.

Mak mesti bangga dengan Mak Dynah. Aku minta maaf. Aku ingat aku boleh kawal diri aku. Dynah memandang wajah-wajah mereka yang berdiri di hadapannya.

Tak payah nak drama sangat. Nasib baik aku ada kat sini. Kalau tak, siapa nak peluk kau macam tu Fetty ketawa kecil. Tangannya menggenggam erat tangan Dynah.

Dynah mengalihkan perhatian ke arah jasad Tima. Dia mencium dahi sahabatnya sebelum menutup mayat itu kembali. Aku rasa biar aku yang tanam mayat Tima. Majid, kau nak tolong aku Yop Khoon memberikan cadangan. Masingmasing mengangguk setuju.

Sekejap. Yop, Hafez, Mary, Siti, Dynah, Fetty.. Majid menyebut nama sahabatnya satu-persatu.

Aku nak ucapkan terima kasih banyak-banyak atas budi baik korang selama ni. Korang memang sahabat aku. Aku nak minta izin..

Tak apa. Kami semua faham keadaan kau. Hafez bangun dan memeluk erat tubuh Majid. Pelukannya dibalas. Hafez menepuk-nepuk kuat belakang tubuh sahabatnya. Air mata Majid bergenang.

Aku minta maaf. Hafez, kau jaga keluarga kau. Aku selalu doakan korang.

Kau nak aku hantarkan kau balik

Tak payah, Mary. Aku rasa baik aku ikut jalan biasa je. Kalau ikut jalan kau nanti habis muntah anak bini aku. Majid cuba berjenaka.

Amboi, nak berambus masih nak menyombong dengan aku! Mary menjegilkan matanya sambil ketawa kecil.

Kita sama. Yang bezanya aku ni manusia.

Mary menghampiri Majid. Mereka bersalaman.

Tak ada geng la aku nak memburu lepas ni, keluh Mary. Kalau kau perlukan aku, seru nama aku tiga kali kat cermin. Ingat tu. Majid mengangguk. Dia memandang sahabatnya buat kali terakhir.

Aku rasa malu dengan korang semua. Sudahlah tu. Yang penting sekarang kamu dan anak bini kamu selamat.

Kau dah banyak tolong aku. Kau buat aku sedar walaupun korang bukan manusia, tapi tak bermakna korang tak boleh jadi lebih baik. Hafez dan rakannya yang lain tersenyum mendengar kata-kata Majid sebelum dia berlalu pergi.

Kan bagus kalau semua pembunuh kat dunia ni macam si Majid tu. Ada motivasi nak berubah jadi elok.

Kau ni dari tadi asyik membebel je, Yop. Ingat pesan Majid tadi. Kita kena berjaga-jaga. Aku rasa Siti boleh duduk dengan Fetty. Lagi elok kalau Mary pun pindah duduk sekali dengan mereka berdua, cadang Hafez.

Tak ada masalah. Aku pergi kemas barang-barang aku sekarang. Mary pergi ke arah cermin berdekatan. Dia lesap secara tiba-tiba.

Senang sungguh hidup dia. Main hilang-hilang masuk cermin macam tu je.

Membebel lagi kau ni. Jom tolong aku sempurnakan mayat Tima. Dynah, awak balik tengok Iman dan Selina. Jangan beritahu mereka tentang hal ni. Diorang tu masih mentah. Tak boleh nak berfikir. Dynah mengangguk setuju.

Siti, Mak Dynah pergi dulu ya Jangan risau. Mak Fetty dengan Mak Mary akan jaga kamu. Kamu selamat sekarang. Baik. Siti pergi kemas apa yang patut sekarang. Dynah meninggalkan mereka. sebelum itu dia sempat memandang mayat Tima yang diangkat keluar.

Selamat tinggal, Patimae.

*****

Siti melipat kasar pakaian miliknya dan disumbatkan ke dalam beg pakaian. Dia memeriksa segala barang-barang peribadi untuk memastikan tidak ada yang tertinggal. Dah siap Mak Mary dah sampai ni.

Sekejap, Mak Fetty. Sikit lagi.

Siti membuka pintu almari berdekatan dengan katil. Dia menolak helaian baju ke tepi dan masuk ke dalam almari tersebut. Dia membuka satu lagi pintu yang tersorok di balik helaian baju yang tergantung dan menekan suis lampu. Cahaya daripada mentol menampakkan barisan anak tangga yang melingkar ke bawah. Siti menuruni anak tangga dengan laju. Barisan anak tangga itu menghubungkan biliknya dengan bilik bawah tanah.

Pintu bilik dikuak.

Suis lampu dipetik.

Di hadapannya ada sebuah bekas kaca berbentuk keranda yang dikelilingi oleh batu kristal. Batu tersebut kadang-kadang menyala. Siti mendekati bekas kaca itu. Asap putih memenuhi ruang bekas seolah-olah melindungi sesuatu.

Mulut Siti terkumat-kamit membaca sesuatu. Sebaik sahaja dia menghembuskan nafasnya, batu kristal tersebut mengeluarkan cahaya yang terang untuk beberapa saat.

Tang!

Bekas kaca itu diketuk dari dalam. Siti tersentak. Dia berhenti membaca mentera. Bekas kaca itu dihampiri.

Aku terpaksa tinggalkan kau sekejap. Situasi terlalu bahaya sekarang. Emak sudah mati dibunuh. Tapi, kau jangan risau. Aku akan cuba tolong kau. Aku dah jampi kawasan ni. Jadi, tak ada orang tahu kau ada di sini. Aku janji aku datang lagi.

Siti menutup lampu dan mengunci kemas pintu bilik. Dia segera menaiki tangga dan meninggalkan kawasan bilik bawah tanah. Keadaan menjadi sunyi sepi.

Tang!