Tiada siapa yang tahu mengapa Pandolfo, penguasa Sienne, mengangkat Antonio da Venafro sebagai menteri. Tetapi Pandoflo dianggap sebagai penguasa yang tidak bijak kerana memiliki Venafro sebagai menteri. Intelek terbahagi kepada tiga kelas. Pertamanya, pemahaman yang dapat difahami dengan sendirinya. Keduanya, pemahaman yang dapat difahami dengan bantuan pemahaman lain. Ketiganya adalah bukan bentuk pemahaman pertama dan kedua. Pertama adalah yang terbaik, kedua bagus, dan ketiga tidak berguna. Maka, sekiranya Pandoflo bukan kelas pertama, maka dia berada di kelas kedua.
Apabila penguasa itu mempunyai neraca untuk mengetahui baik dan buruk pada para menterinya, maka mereka tidak mampu untuk menipunya. Terdapat satu ujian yang membolehkan seorang penguasa memahami para menterinya. Apabila Tuan melihat menteri lebih banyak memikirkan kepentingannya, maka dia bukanlah menteri yang baik atau boleh dipercayai. Mereka yang mempunyai tanggungjawab kepada negara tidak harus mempunyai kepentingan diri.
Untuk memastikan menteri sentiasa jujur, penguasa harus mengenali dan meraikan mereka serta berbuat baik dan menghargai mereka. Pada masa yang sama, jadikan mereka tidak lagi mampu berdiri sendiri supaya banyak penghargaan dan penghormatan tidak akan membuatkan mereka meminta penghargaan dan penghormatan lain. Banyak kekayaan tidak akan membuatkan mereka meminta lebih kaya. Maka, apabila penguasa dan menteri saling mempercayai, mereka akan saling berharap antara satu sama lain. Sebaliknya, kerugian akan menimpa mereka.