AYAH EDY PUNYA CERITA - 23
Ibu bapa yang berbahagia, suatu hari saya bertemu dan berbincang dengan seorang juruterbang dari salah satu syarikat penerbangan antarabangsa, namanya Eugine Lee. Saya banyak bertanya tentang pengalamannya menjadi pilot dan menjelajah berbagai-baagai negara di dunia.

Ada satu hal menarik dari penjelasannya. Katanya, fungsi juruterbang pada sebuah pesawat komersil bersaiz besar seperti Boeing 777 sangatlah sedikit. Pilot hanya memiliki fungsi utama pada waktu berlepas dan meninggalkan landasan, selebihnya fungsi penerbangan diambil alih oleh program autopilot pesawat tersebut.

Saya jadi teringat cerita seorang ahli hipnosis bahawa hal serupa terjadi pada manusia. Menurut ilmu hipnosis, setiap tindakan dan gerakan manusia itu dikendalikan oleh dua kesedaran; yang pertama, dikendalikan oleh alam sedar yang dalam hal ini dapat dianalogikan sebagai juruterbangt dari sebuah pesawat, dan selebihnya dikendalikan oleh alam bawah sedar yang dapat dianalogikan sebagai program autopilot dalam pesawat tadi.

Ternyata, manusia juga mirip seperti cerita penerbangan tadi. Dalam menempuh perjalanan hidupnya, hampir 90 peratus tindakan manusia dikendalikan oleh alam bawah sedar atau program autopilot yang sudah terbentuk dalam dirinya. Jika dalam pesawat, program autopilot dirancang oleh para programmer dalam bidang penerbangan, yang memenuhi standard keselamatan antarabangsa yang sangat ketat dan hampir dapat dipastikan pesawat akan tetap dalam keadaan aman dan selamat untuk menempuh perjalanannya.

Akan tetapi, bagaimana dengan manusia Siapa yang merancang program autopilot dalam dirinya untuk boleh menempuh perjalanan hidup selama lebih dari 40 tahun Bayangkan jika ternyata program autopilot yang dimiliki oleh seorang anak berisi program yang merosakkan. Akan mampukah si anak kelak menempuh perjalanan hidupnya dengan selamat

Menurut penelitian para ahli dalam bidang pendidikan, ada tiga pihak yang paling berperanan dalam merancang program autopilot pada anak.

1. Ibu bapa. Ibu bapa pada umumnya memegang lebih dari 60 peratus peranan tersebut.

2. Guru di sekolah. Guru pada umumnya berperanan 20 peratus.

3. Dan bakinya, persekitaran sosial dan pergaulan anak seharihari.

Meskipun demikian, berdasarkan perubahan keadaan dari masyarakat tani ke masyarakat metropolis, ketika ini ibu bapa dan guru harus berebut peranan dengan persekitaran sosial pergaulan anaknya. Sayangnya, persekitaran sosial sering kali mengambil alih peranan ibu bapa dan guru, yang hampir mencapai 80 peratus pengaruhnya dalam pembentukan program autopilot seorang anak.

Lalu, bagaimana program autopilot seorang anak boleh terbentuk Mengapa persekitaran sosial pergaulan anak boleh mengatasi peranan ibu bapa dan guru Berikut adalah pendapat ahli psikologi mengenai proses pembentukan karakter atau program autopilot anak. Ada empat hal penting dalam proses pembentukan program autopilot seorang anak.

1. Yang lebih dahulu diterimanya

2.

Dalam meyakini suatu tindakan, sama ada ia benar atau salah, seorang anak akan mengambil rujukan dari maklumat yang lebih dahulu diterimanya. Contoh sederhana, misalnya: Anak yang baru boleh bicara bertanya tentang nama binatang yang ternyata merupakan seekor kucing. Namun, jika kita katakan kepadanya bahawa binatang itu adalah arnab, si anak akan menyebut kucing itu dengan nama arnab dan akan berdebat dengan temannya yang tidak menyebut binatang itu sebagai arnab.

Prinsip psikologinya adalah siapa yang lebih dahulu mengajar atau menyampaikan maka semakin besar kemungkinan dia menjadikan itu sebagai rujukan kebenaran dan dirakam ke dalam program autopilotnya.

3. Yang lebih dipercayai

4.

Sepanjang perjalanan hidupnya, seorang anak akan mengetahui bahawa ibu bapa atau orang dewasa sering kali membohonginya terutama dalam hal-hal kecil sehingga lambat laun dia mulai hilang kepercayaan pada maklumat yang diterima dari ibu bapanya. Dalam hal ini, sesiapa yang dipercayai, itulah yang akan menjadi nilai kebenaran bagi dirinya.

Contoh yang paling sederhana adalah jika seorang anak sukar makan, biasanya kita membohonginya dengan berpura-pura pergi dan anak anda tidak diajak supaya mahu makan, padahal anda tidak pergi ke mana-mana. Dengan cara demikian, lambat laun seorang anak tidak lagi akan mempercayai anda pada saat anda berusaha berbicara tentang nilai-nilai kebenaran dan etika moral. Prinsip psikologinya adalah semakin anak percaya kepada anda, maka perkara yang anda sampaikan akan segera diturutinya dan segera dirakam ke dalam program autopilotnya.

5. Yang lebih menyenangkan

6.

Pola pendidikan ibu bapa dan guru yang berkuasa atau yang dalam istilah anak ketika ini jaim (jaga imej), akan membuatkan proses pendidikan kurang menyenangkan hatinya. Semakin cara anda kurang menyenangkan dalam proses mendidiknya, semakin anak tidak mahu menerima perkara yang anda sampaikan. Bahkan sering kali dia melakukan hal sebaliknya, yang tidak anda sukai. Prinsip psikologinya adalah apabila cara anda mendidik menyenangkan diri anak, semakin besar kemungkinan untuk anak anda menuruti dan menjadikannya sebagai sebahagian dari program autopilotnya.

7. Yang berlangsung terus-menerus

8.

Ingatlah bahawa setiap hari anak bertemu dengan ibu bapanya, hampir setiap hari dia bertemu dengan gurunya tetapi jangan lupa bahawa anak kita juga setiap hari bertemu dengan teman-teman bergaulnya. Namun sayangnya, walaupun ibu bapa dan guru sering bertemu dengan anak tetapi belum tentu mereka menggunakan waktu bertemunya untuk membicarakan persoalan yang dihadapi anak dari hati ke hati. Sering kali proses konsultasi masalah anak berpindah, tidak lagi pada ibu bapa dan gurunya melainkan pada temannya. Nah, prinsip psikologinya adalah siapa yang selalu dan secara terus-menerus memberikan pandangan, merekalah yang akhirnya ditetapkan menjadi sebahagian dari program autopilot dalam diri seorang anak.

Wahai ibu bapa yang berbahagia, mengapa peranan kita, ibu bapa saat ini berpindah kepada persekitaran sosial si anak sehingga hampir 80 peratus program autopilot anak kita dibentuk oleh persekitarannya Hal ini terjadi kerana kita, ibu bapa tidak lagi dapat menjalankan keempat-empat proses tadi dengan baik.

Kita, kerana kesibukan kerja dari pagi hingga petang, sudah tidak lagi sempat berbicara kepada anak sehingga sering kali anak kita lebih dulu menerima perkara baru dari teman-temannya tanpa mengetahui akibat dan risikonya. Sejak itulah anak kita mulai berani mencuba untuk, misalnya, merokok.

Kita ibu bapa yang sering kali tergesa-gesa untuk segera berangkat kerja, lebih memilih cara praktikal untuk membohongi anak secara kecil-kecilan agar kita boleh cepat menghindari tuntutannya dan segera memandu ke pejabat. Sejak itulah dia mula berani melawan dan tidak mahu lagi menuruti kata-kata anda.

Ibu bapa yang kelelahan pulang dari pejabat dan kerja lewat hingga larut malam, sudah tidak lagi punya tenaga untuk berbicara secara menyenangkan. Kita cenderung melahirkan emosi terhadap anak. Sementara, teman-temannya di luar sana lebih mudah untuk diajak bicara dan berkongsi masalah. Lama-kelamaan, anak kita semakin jarang berbicara kepada kita. Dia lebih senang memilih temannya untuk menumpahkan masalah dan mencari penyelesaiannya. Sejak itulah anak kita mula tidak betah tinggal di rumah dan mula pulang larut malam.

Ibu bapa yang berangkat sebelum matahari terbit dan sampai rumah setelah matahari tenggelam sehingga dalam seminggu hanya memiliki dua hari untuk bertemu dengan anak-anak. Kemudian sehari digunakan untuk tidur membalas kelelahan dan yang sehari lagi untuk bersukan bersama teman sekerja. Sementara pengaruh pergaulan teman-temannya berlangsung terus-menerus selama satu minggu. Ingatlah bahawa siapapun yang memberi pengaruh terusmenerus kepada anak kita, maka itulah yang akan dijadikan sebagai program autopilotnya, sejak itu anak kita mulai berani mencuba bahan terlarang.

Wahai ibu bapa yang berbahagia, mari kita renungkan sejenak. Tidakkah kita ingin mengambil kembali peranan kita yang terlepas dalam membangunkan program autopilot anak-anak kita Tidakkah kita ingin membekalkan anak kita dengan program autopilot yang dapat menjamin keselamatan hidupnya kelak, ketika mereka meninggalkan landasan dan berada di angkasa

Wahai ibu bapa, bukankah perjalanan hidup yang akan mereka tempuh masih sangat jauh dan panjang Akankah mereka tempuh perjalanan itu dalam kebahagiaan atau dengan penuh kenistaan Pilihan itu sepenuhnya berada di tangan kita saat ini. Ya, segeralah mengambil keputusan sebelum segalanya terlambat.

Siapa pun yang memberi pengaruh terus-menerus kepada anak kita maka itulah yang akan dijadikan sebagai program autopilotnya.