Mencari Kiblat Cinta - 24
Nira dah biasa bangun awal semasa dalam penjara dulu kak. Jawab Danira, lurus bendul. Kamila terdiam sejenak. Kata-kata gadis itu membuatkan dia merasa serba-salah.

Nira dah sarapan Tanya Kamila ingin tahu. Danira menggeleng.

Kakak ada bawakan nasi goreng. Mari kita makan sama-sama. Lepas ni, Nira ikut kakak shopping. Kita beli barang-barang dapur. Nanti senanglah sikit kalau Nira nak makan apa-apa. Dapur kat sini dah ada, Nira guna ajelah. Lagipun kami memang masak semua makanan untuk anak-anak kat sini. Jelas Kamila.

Err tak payahlah kak. Nira rasa tak perlu. Kepalanya digelengkan.

Alah apa pula tak perlu. Lagipun tak ada apa-apa pun kat peti ais tu lagi. Sekurang-kurangnya kita pergi beli makanan untuk dipenuhkan kat dalam peti ais tu. Sahut Kamila.

Danira terdiam sejenak. Wajah Kamila ditatap sayu. Entah kenapa kebaikan hati wanita itu membuatkan dia sebak.

Kamila tersenyum simpul. Wajah gadis manis itu ditatap lembut. Nira jangan macam ni. Jangan tolak keikhlasan hati kakak. Kakak memang tak kenal sangat dengan Nira, tapi kakak percaya naluri kakak. Gadis di hadapan kakak ni tak seperti apa yang dituduh, itu kakak yakin. Ujar Kamila seraya memegang bahu Danira.Danira mengangkat wajah memandang Kamila. Airmata yang bergenang nyaris gugur diusik kata-kata Kamila. Ya ALLAH! Syukur kepadaMU, masih ada insan yang baik hati seperti Kamila. Yang mempercayai diriku yang hina ini! Bisik hati kecilnya.

Meskipun kakak tak tahu apa sebenarnya yang terjadi pada Nira, tapi kakak percaya, Nira punya masa depan yang cerah. Kakak takkan paksa Nira bercerita, tapi kalau suatu hari nanti, Nira nak berkongsi cerita dengan kakak, kakak sudi mendengarnya. Bila-bila masa sahaja Nira. Tutur Kamila.

Hatinya sedih mendengar kata-kata Kamila. Bahu Kamila sudah diraih lalu dipeluk. Dia menangis teresak-esak di bahu wanita itu. Aneh! Mereka baru kenal tak sampai sehari. Tapi dia benar-benar mempercayai kata-kata Kamila. Kamila dan Salmi sama sahaja sifatnya. Kedua-duanya tidak pernah jemu mententeramkan perasaannya.

Sudahlah tu, jangan nangis lagi. Nira lebih cantik kalau tersenyum. Mulai hari ni, Nira dah ada seorang kakak. Apa-apa sahaja masalah Nira, ceritakan pada kakak. Kakak akan bantu selagi terdaya. Bisik Kamila di telinganya.

Kita tunggu Umaira, Lynn dengan Kak Siti datang dulu, baru kita keluar shopping. Sambung wanita itu lagi.

Siapa mereka tu kak Soal Danira ingin tahu. Nama-nama yang baru disebut wanita itu, benar-benar janggal di pendengarannya.

Mereka tu pekerja kat sini. Umaira dengan Lynn tenaga pengajar. Kak Siti pulak buat tugas-tugas mengemas dengan memasak. Sekejap lagi, kakak kenalkan Nira dengan diaorang. beritahu Kamila.

Apabila pekerja-pekerja Kamila datang, wanita itu segera memperkenalkannya dengan pekerja-pekerjanya. Danira cepat suka pada Umaira dan Siti yang peramah. Hanya Lynn yang nampak pendiam dan sombong terhadapnya. Dia sendiri tidak tahu kenapa Lynn menjelingnya lain macam sahaja, seolah-olah tidak suka dengan kehadirannya di situ.

Namun dia malas mahu membuat andaian atau berprasangka yang bukan-bukan. Mungkin gadis hitam manis dari Pulau Pinang itu ada masalah sendiri agaknya!

Kamila becok bercerita itu ini sambil memandu keretanya ke suatu arah. Sesekali Danira tergelak kecil apabila Kamila bercerita sesuatu yang melucukan. Entah kenapa dia senang sekali berada bersama wanita itu. Kamila ternyata peramah serta menghiburkan.

Biasanya anak-anak kat taska ni dari lingkungan usia 4 hingga 6 tahun. Kat sini kami ajar anak-anak ni membaca, menulis dan melukis. Apa yang diajar dalam darjah satu di sekolah, sama dengan apa yang kami ajar di sini. Jadi bila mereka semua mula bersekolah, senanglah sikit sebab mereka dah boleh membaca dan menulis. Jelas Kamila.

Pukul berapa biasanya mereka kat sini kak

Dalam pukul 8.00 hingga 8.30 pagi, datanglah budak-budak tu. Setakat ni anak-anak yang ada di sini semuanya berjumlah dua puluh dua orang.

Danira terdiam. Dua puluh dua Ramai juga tu. Sempat ke nak handle mereka semua Lagipun rata-rata budak kecil ni banyak kerenah dan ragamnya. Tapi dia tidak pula menyatakan persoalan yang berlegar di fikirannya ketika itu.

Jangan bimbang, Umaira dan Lynn tu memang mahir melayan kerenah budak-budak tu. Buat masa ini, Nira cuma bantu-bantu dulu mereka berdua dengan budak-budak tu. Nanti kakak susun semula jadual kat situ. Ujar Kamila.

Dia sekadar mengangguk. Sesekali dia mengerling ke arah belakang tempat duduk yang dipenuhi dengan barang-barang dapur yang mereka beli di pasaraya tadi. Mulanya dia membantah Kamila membeli barang-barang sebanyak itu, tapi wanita itu bagaikan tidak kisah langsung. Malah apabila mereka singgah di sebuah butik pakaian, Kamila sekali lagi menarik tangannya masuk ke dalam.

bersambung

Bab akan datang:

Adakah Kamila ingin membelikan baju untuk Danira