Arissa Daniel - 24
BAB 24

BANTAL dicampak kuat ke atas lantai. Perasaannya semakin berkecamuk. Ternyata sungguh liat nyawa Daniel. Jelas dia melihat di restoran mamak pagi tadi, Daniel menghulurkan coklat yang diberinya kepada seorang lelaki lain yang berbadan sasa.

Dia nak buat apa dengan coklat tu Arissa masih berfikir. Dia bingkas bangun. Mundar-mandir di bilik.

Entah-entah dia suruh orang tu buat ujian ke atas coklat tu. Arissa menelan liur. Dia mundar mandir semula di bilik. Masih mencari idea untuk membalas dendam.

Telefon berdering kuat. Dia jeling skrin. Nelissa! Lama Arissa berborak. Sesekali dia tersenyum sendiri.

Hmm..Nely ajak aku ke majlis pengiktirafan usahawan berjaya. Aku tak akan lepaskan peluang ni. Aku pasti perogol tu tentu ada sekali dalam majlis tu. Arissa mula mengukir senyuman yang lebar. Rancangannya akan dipastikan berjaya kali ini.

Malam esok, di Hotel JW Marriot, majlis itu akan bermula.

Kali ini aku akan pastikan semuanya berjalan lancar.

Lampu bilik ditutup. Malam itu tidur Arissa bertemankan dendam membara di hatinya.

JAM sembilan pagi, Arissa sudah berada di makmal menyediakan bakteria berbahaya di dalam botol kecil. Dia senyum puas.

Sesekali dia melihat jam di dinding. Hari itu terasa lambat waktu berjalan.

Ah..baik aku tak payah fikir sangat. Malam nanti tahulah nasib kau! Arissa senyum sinis.

Dia meneruskan kerjanya. Semua ujian yang dijalankan oleh ahli mikrobiologi lain diperhatikan seketika. Memang setiap bulan dia perlu memantau kerja setiap pekerjanya untuk tujuan rekod. Itu juga akan ditunjukkan kepada juruaudit semasa audit nanti.

Hari semakin menginjak petang. Arissa semakin gelisah. Tadi Nelissa sudah mengingatkannya tentang majlis itu. Mulanya dia tidak suka menghadiri majlis seperti itu kerana terpaksa mengikut protokol berpakaian dan berpakaian rasmi tapi bila mengingatkan dendamnya pada lelaki itu, dia nekad untuk menemani Nelissa.

Bergegas Arissa pulang ke rumah. Dia sudah berjanji dengan Nelissa akan bertemu di lobi hotel malam nanti.

SAMPAI di rumah, Arissa segera membersihkan diri. Majlis itu nanti bermula pukul sembilan malam.

Pukul lapan setengah dia perlu berada di lobi hotel. Meluru Arissa ke bilik air. Tekaknya terasa loya dari tadi lagi. Habis makanan yang dimakan siang tadi dimuntahkan di dalam singki.

Arissa pegang kepalanya. Terasa pening.

Haih..masa nilah nak buat hal. Aku kena hadir juga majlis tu.. Arissa basuh mukanya beberapa kali. Biar segar dan bermaya.

Dia capai gaun warna firus dari dalam almari. Gaun yang pernah dipakai dulu semasa di universiti. Gaun yang mendapat tempat pertama dalam pakaian paling cantik semasa majlis prom univerisiti. Dia sebenarnya tidak betah dengan semua itu tapi Nelissa yang mendesaknya untuk turut serta dalam acara majlis promp itu. Pemilihan pelajar lelaki paling kacak dan pelajar perempuan paling cantik dengan pakaian yang elegan telah menjadikan dirinya menjadi perhatian pada malam itu. Arissa senyum. Itulah kenangan paling indah dalam hidupnya.

Dia segera menyarung gaun itu ke tubuhnya. Rambutnya di sebelah kiri disikat kemas ke tepi dan diselit dengan riben kecil bentuk bunga daisi.

Lama dia memerhati wajahnya di cermin. Terbayang kembali semasa majlis prom dulu.

Ah, aku dah lambat ni. Arissa melangkah laju ke keretanya. Botol kecil yang dibawa pulang dari makmal tadi sudah diselitkan dalam poket gaun yang tersembunyi di sebalik gaun kembangnya yang ala gaun cinderella.

TIBA di lobi hotel, Arissa senyum. Nelissa sudah menunggunya di sofa. Dia mendekati Nelissa yang sedang asyik menatap skrin telefon bimbit.

Nely!

Nelissa mendongak. Dia senyum.

Wow! What a lovely gown! Nelissa bingkas bangun.

Thanks! Kau pun apa kurangnya. Im sure this gown, kau baharu beli kan Arissa perhatikan gaun yang membaluti tubuh Nelissa, warna merah hati, ketat di bahagian pinggang dan dada. Cukup seksi di matanya.

Haah..aku beli semalam di butik Datin Laila. What do you think Nelissa pusing-pusingkan badannya.

Kau pakai apa pun tetap cantik! Arissa senyum sambil mata melirik pada gaun di badan Nelissa.

Eh, ni gaun masa majlis prom dulu kan Nelissa baharu perasan gaun yang dipakai Arissa.

Arissa mengangguk. Hanya itu yang dia mampu. Itu pun gaun dua tahun dulu.

Wow! Masih muat lagi dengan kau Nelissa belek-belek gaun yang membaluti tubuh langsing Arissa.

Muat..aku ni bukan melantak macam kau! Arissa ketawa. Sempat mengelak bila ditepuk oleh Nelissa.

Mereka berdua mula menapak ke dewan besar di tingkat lima hotel. Kelihatan ramai ahli perniagaan dan usahawan dari pelbagai bidang mula memenuhi dewan. Meja bulat yang disediakan untuk sepuluh orang satu meja cukup memuatkan lebih tiga ribu tetamu.

Arissa, kita duduk di meja tu. Tadi kita ditempatkan di meja nombor 12. Nelissa lihat sekeping kad di tangannya yang diberi oleh penyambut tetamu semasa mendaftar diri di luar dewan tadi.

Arissa hanya mengikut. Matanya liar melihat kelibat Daniel. Mereka berdua duduk di meja yang disediakan. Arissa memerhati sekitar dewan. Meja bufet disediakan di sepanjang tepi dinding. Pentas di hadapan sudah dihiasi dengan bunga-bunga segar. Majlis yang begitu berprestij pada fikirannya.

Arissa..kau cari siapa Dari tadi aku tengok kau macam mencari seseorang. Nelissa cuit lengan Arissa.

Err..tak..aku tengok ramai juga usahawan muda di sini. Aku ingatkan semuanya tua-tua. Arissa senyum.

Nelissa gelak. Dah tahu ramai yang muda, kau tak nak kenal ke mereka tu semua

Arissa menoleh. Minah ni tak ada fikir lain ke

Nak buat apa Aku tak pandang la lelaki kaya ni. Semuanya plastik! Arissa senyum hambar.

Plastik Maksud kau Nelissa tidak faham.

Plastik! Maknanya tidak asli. Kau tengok, senyuman dia orang tu, bukan ikhlas pun. Terpaksa senyum sebab nak dapat tender atau job untuk kepentingan masing-masing. Kau tengok cara berjabat pun ada stail. Nak kipas la tu. Arissa tuding ke arah beberapa orang yang bersembang sesama sendiri.Entah apa yang diborakkan, sekejap angguk, sekejap ketawa dan sekejap juga serius.

Alah..dah adat dunia perniagaan. Kalau tak buat macam tu, ketinggalan la cik Arissa oi! Nelissa masih ketawa.

Kan betul apa aku cakap Kau sendiri mengaku kan Arissa sengih.

Dia pandang lagi sekitar dewan. Matanya tertancap pada susuk tubuh seseorang yang ditunggu-tunggu selama ini. Kacak dengan suit kot putih dan juga kasut putih. Hati dan jantungnya mula berdegup kencang.

Jam sudah hampir sembilan malam. Semua tetamu kebanyakannya sudah mula memenuhi dewan. Ucapan dari pengerusi majlis mula kedengaran. Usai ucapan, majlis penganugerahan dan pengiktirafan pun bermula.

Huh! Menyampah aku! Arissa mencebik. Lelaki itu turut terpilih sebagai usahawan berjaya.

Eh, beb, tu Adam! Siapa nama penuh dia eik Nelissa cuit lengan Arissa. Tadi masa diumumkan nama usahawan yang terpilih, dia tidak mendengar dengan jelas. Suasana di dewan itu terlalu bising ditambah lagi dengan alunan sentimental musik memenuhi segenap ruang dewan.

Entah! Sepatah Arissa menjawab. Dia sendiri tidak ambil peduli.

Rugilah macam ni.. Nelissa mencebik.

Selesai majlis penyampaian sijil, tetamu dipersilakan untuk menjamu selera. Arissa masih memerhati ke arah lelaki tadi. Dia masih mencari masa yang sesuai untuk mendekati lelaki itu.

Arissa! Jom! Aku tak sabar dah ni nak makan. Nelissa pantas menarik tangan Arissa ke meja bufet.

Arissa terpaksa mengikut rentak Nelissa. Gaun labuh yang dipakainya diangkat sedikit.

DANIEL masih leka berbual dengan para usahawan lain. Baginya majlis seperti itu patut dihadiri untuk memudahkannya mengenali ramai ahli usahawan lain dan boleh bertukar-tukar fikiran.

Daniel..look at that! Bennett tuding ke arah seseorang.

Daniel berpaling. Terpegun dengan kecantikan Arissa. Arissa dilihat sungguh mempesona bak sang puteri yang ingin bertemu sang putera raja. So drop dead beautiful!

Hey! Your mouth! Bennett tepuk bahu Daniel yang sudah terlopong.

Itu Nely Badlina kan Bennett masih memandang ke arah Arissa dan Nelissa yang asyik mengambil makanan.

Daniel diam seketika. Nama itulah juga yang diketahuinya dulu dan disalahanggap sehingga gadis itu menjadi mangsanya.

Lets go over there. Bennett mengajak Daniel ke tempat Arissa dan Nelissa.

Hi!

Arissa dan Nelissa serentak menoleh. Riak Arissa sudah berubah. Nelissa pula tersenyum lebar. Matanya melekat pada Daniel.

Daniel tidak berkelip melihat Arissa yang begitu anggun dengan gaun kembang berona firus.

Hi! Jumpa lagi kita ya! Nelissa melemparkan senyuman manis.

Arissa memandang tajam ke arah Daniel. Bencinya pada lelaki itu semakin menebal.

So, you juga dijemput ke majlis ni. Apa bisnes korang Bennett semakin ramah.

No business! Nelissa ketawa.

Daniel hanya senyum kelat. Bennett di sebelah dilihat turut sama ketawa. Hanya dia dan Arissa sahaja yang berdiam dari tadi. Masing-masing menelah perasaan.

Boleh saya cakap dengan awak sekejap Akhirnya Daniel beranikan diri bersuara.

Nelissa jeling Arissa. Dia cuit lengan Arissa yang masih merenung Daniel.

Psst..dia tanya tu.. Bisik Nelissa ke telinga Arissa yang sudah dilihat masih membatu di situ. Nelissa mula beredar dari situ bersama Bennett memberi peluang kepada Arissa bersama Daniel.

Daniel faham apa yang tersirat di benak dan apa yang Arissa fikirkan ketika ini. Tentu Arissa masih membencinya disebabkan kejadian pada malam itu.

You are so beautiful tonight. Puji Daniel. Jujur.

Arissa masih diam. Semua itu dirasakan hanya lakonan semata. Daniel dipandang tajam. Arissa..kau kena berlakon juga. Kan kau nak seksa mamat perogol tu! Kata hati Arissa mula menerjah ruang hatinya.

Really Thanks! Arissa mula mengukir senyum. Terpaksa!

Daniel berkerut kening. Wajah gadis itu sudah 360 darjah berubah riak. Tadi masam mencuka dan memandang tajam ke arahnya dengan riak benci tapi sekarang ni...

Err..Im sorry about that night. It was my mistake..Im really sorry.. Daniel berkata perlahan.

Arissa masih senyum tapi di dalam hati nak saja dia tembak kepala lelaki itu. Biar hancur berkecai!

Lets have some food. Hanya itu yang Arissa mampu luahkan. Dia tidak mahu berdua lama-lama dengan lelaki itu. Rasa benci dan debaran di hatinya yang pelik itu sama-sama bertarung sekarang ini.

Daniel hanya mengikut rentak Arissa. Mereka berdua sama-sama mengambil makanan. Daniel masih memerhati Arissa yang sudah berubah. Dia masih mencari riak gadis itu yang ternyata masih menjadi tanda tanya.

Biar saya ambilkan untuk awak. Sengaja Arissa menawarkan diri. Dia ambil beberapa kuih dan puding dan diletakkan ke dalam pinggan. Dia masih berfikir bagaimana caranya untuk memasukkan cecair bakteria itu ke dalam makanan Daniel. Lambat-lambat dia mengambil makanan. Daniel dijeling sekilas. Lelaki itu masih dillihat memandangnya tidak berkelip.

Err..Arissa..let me help you... Daniel cuba capai pinggan di tangan Arissa setelah melihat Arissa sibuk memegang gaun yang labuh menggunakan sebelah tangan lagi.

Err..tak apa.. Arissa cuba mengelak bila Daniel semakin dekat dengannya.

No, its ok. Let me help you. Daniel berkeras.

Arissa cuba tepis tangan Daniel. Kakinya terpijak gaun, dia hampir jatuh ke lantai tapi sempat dipeluk Daniel.

Mata mereka bertembung seketika. Terdiam kaku sebentar.

Erk! Maaf... Daniel lepaskan pelukannya.

Arissa cepat-cepat betulkan gaunnya. Matanya tertancap pada botol kecil di atas lantai. Alamak..mampus aku kalau Daniel nampak benda tu! Perlahan Arissa beralih tempat dan menutupi botol kecil itu dengan gaun labuhnya.

Nah, makanan awak. Arissa senyum hambar.

Thanks. Arissa, you are different.. Daniel masih tidak percaya perubahan Arissa yang tiba-tiba.

Arissa diam. Dia ingin beredar dari situ. Kebetulan Nelissa memanggilnya tadi. Dia terus saja berlalu pergi sehingga terlupa pada botol kecil yang tercampak di atas lantai tadi.

Eh, apa ni Daniel capai botol kecil di atas lantai. Dia meneliti kandungan dalam botol cerah itu. Ada sejenis cecair di dalamnya. Botol kecil itu dimasukkan ke dalam poket seluar.

Telefon bimbitnya berdering kuat.

Yes Gagak Really Ok!

Talian putus. Daniel seluk poket. Botol itu dperhatikan lagi.

Hmm...jadi semua ni kerja Arissa.. Daniel senyum. Dia simpan semula botol itu dalam poketnya. Dia berpura-pura tidak tahu menahu.

Langkahnya menghala ke arah Bennett, Nelissa dan Arissa.

BALIK dari majlis tadi, Daniel terus ke rumah. Dia berehat di sofa di ruang tamu. Botol di dalam poketnya tadi diperhatikan lagi.

Hmm...nampaknya Arissa benar-benar nak balas dendam pada aku. Benci pada aku sampai dia nak bunuh aku dengan benda ni.. Sekali lagi Daniel senyum. Dia faham dengan perasaan Arissa.

Arissa terlalu naif. Dia boleh je guna senapang atau pun pistol, tak pun upah sniper... Daniel senyum lagi. Tindakan Arisa sudah dirasakan tidak profesional. Malah tadi, sempat dia masukkan ubat ke dalam makanan Arissa supaya Arissa merasa muntah dan pening. Dia senyum kelat.

Belum tiba masanya untuk Arissa tahu perkara sebenar selagi gadis itu belum menjadi miliknya yang sah.