NORA AFIQA benar-benar tidak waras. Saat tertoleh ke kiri, dia ternampak Airish. Saat menoleh ke kanan pun, dia ternampak Airish lagi. Apa ni Hantu Airish datang kacau dia ke Adakah roh lelaki itu tidak tenang Apa kau merepek ni, Fiqa Bentak akal dan hatinya serentak.
Pandangan Afiqa dihalakan pada skrin komputernya. Bayangan Airish menyapa lagi. Afiqa tersentak. Terus, komputer riba itu ditutup. Masih jelas lagi akan reaksi wajah lelaki itu. Persis seperti sedang tersenyum seksi, menggoda dan sedang menatapnya tanpa henti.
Wajah Afiqa berona merah tiba-tiba.
Apa ni, Fiqa Kau dah kena rasuk ke
Matanya dipejamkan, mencuba sedaya mungkin melupakan seraut wajah itu. Bila dipejamkan matanya, terserlah pula wajah Airish yang putih bersih sedang tersenyum kacak. Gaya dan penampilannya sangatlah cool! Afiqa mengeluh berat. Apa nak jadi ni
Satu muka surat novel pun dia tidak mampu lakarkan. Semuanya gara-gara penangan Airish. Manuskrip novelnya dibiarkan terbengkalai begitu sahaja. Apabila difikir-fikirkan balik, sebenarnya wajah itulah yang sering menjadi tatapannya dalam hidup kini. Saat dia berduka, kesunyian, pasti wajah itu yang menggamit dirinya agar sentiasa tabah. Entah dari mana kuasa wajah itu berikan untuknya.
Kadang-kadang pernah juga Afiqa terfikir. Ke mana hilangnya kegilaannya pada Rayhan Kini lamunan dan anganannya semuanya terarah kepada Airish. Semuanya.
Dadanya disentuh. Ada debaran kecil menyapa dirinya. Aku dah jatuh cintakah Sedang Afiqa ralit mempersoalkan tentang perasaannya muncul pula satu suara halus milik Airish. Mengigit-gigit cuping telinganya sekaligus membawa Afiqa ke arah dunia yang tercipta hanya antara dirinya dan Airish.
Afiqa benar-benar runsing. Betulkah dia mencintai Airish Atau ia hanya mainan perasaan Tapi kalau jawapannya ya sekalipun, apa yang perlu dia lakukan Afiqa menggeleng. Tak mungkin. Mana mungkin dia mencintai Airish Dia menerima perkahwinan ini pun hanya atas dasar simpati. Mustahil boleh wujudnya perasaan cinta berlandaskan rasa simpati!
OH, MAK! Apa awak buat dalam bilik ni marah Afiqa.
Tubuh Airish yang membongkok menghadap meja kerjanya dipandang aneh. Dia yang baru sahaja sudah mencuci muka terkejut dengan kewujudan Airish dalam kamarnya. Tubuh lelaki itu ke kanan dan ke kiri membongkok mencari sesuatu. Afiqa mengangkat keningnya. Apa yang lelaki tu cari
Bila awak balik Saya tak sedar pun.
Airish masih lagi mendiamkan diri. Afiqa tersentak melihat wajah Airish yang menyinga tiba-tiba itu. Kenapa tiba-tiba pulak mamat ni nak marah Air liurnya ditelan. Debarannya kembali lagi. Airish akhirnya memusingkan kembali kepala ke arah meja kerja. Membelek segala isi yang berada dalam laci meja itu. Dahi Afiqa berkerut seribu.
Tidak lama selepas itu, Airish meninggalkan kamar Afiqa membawa timbunan majalah yang tinggi separa dadanya ke bawah. Afiqa kaku. Tubuhnya mengeras. Rasa bagaikan dia tidak mampu bergerak.
Airish! Afiqa berlari terus menuju ke luar.
Ternyata, telahannya benar belaka. Lelaki itu sedang membakar semua majalahnya!
Apa ni, Airish Apa awak buat ni marah Afiqa.
Aku buat benda yang betul! Memang sepatutnya dari dulu aku bakar semua ni!
Apa kena dengan awak ni, hah! Apa salah majalah saya Bukannya saya letak merata-rata tempat pun.
Aku bakar majalah ni sebab kau bodoh! Berapa kali aku nak pesan, lelaki ni hanya peralatkan kau! Dia tak pernah sukakan kau! Jadi, buat apa kau nak pegang lagi semua majalah ni
Apa hak awak nak cakap macam tu!
Sebab tu aku cakap kau bodoh! Kau tak sedar ke, disebabkan lelaki ni hidup kau dan aku terseksa! Disebabkan lelaki ni inilah kita kahwin! Kau tak sedar ke semua ni
Jadi, awak menyesallah sebab kahwin dengan saya bergetar hebat suara Afiqa, mempersoalkan keikhlasan lelaki itu dalam menerimanya sebagai isteri. Kelihatan lelaki itu bercekak pinggang. Jelas di pendengaran Afiqa nafas lelaki itu yang turun naik sejak tadi.
Airish merengus kasar. Ranting kayu diambil lalu dihempaskan kasar ke atas timbunan majalah-majalah Afiqa yang mula memperlihatkan abunya.
Berbirat bunyinya. Habis berterbangan abu itu bersama dengan lirikan api yang masih lagi marak. Tanpa sedar, lirikan api daripada perbuatan Airish terkena tepi mata Afiqa. Afiqa memejamkan matanya kuat. Menahan sakit dan pedih.
Afiqa tertunduk. Mukanya ditekup. Tidak tertahan lagi rasanya akibat panahan api itu tadi. Lama Afiqa berada dalam keadaan begitu. Keadaan yang senyap memaksa Afiqa mengangkat mukanya sedikit ke atas. Dicuba untuk membuka kedua-dua matanya. Akhirnya, hanya sebelah matanya sahaja yang mampu untuk dibuka. Samar-samar nampaknya keadaan di sekeliling. Namun, dia pasti Airish sudah masuk dek tiada langsung rupa tubuh orang di sekelilingnya.
Mukanya kembali ditundukkan. Ya, Allah... pedihnya. Jerit Afiqa di dalam hati. Dalam benaknya, timbul satu persoalan yang bermain dalam mindanya sedari tadi.
Adakah dia akan buta
Lama dia terduduk di situ dengan api yang semakin surut dek mamahan pada majalah Afiqa sudah menampakkan abunya. Sungguh Afiqa kecewa. Kecewa yang teramat sangat dek perbuatan seorang lelaki yang mula mendapat tempat di hatinya.
Airish merenung lama dada langit pada malam itu. Nafas yang tadinya berkocak hebat, mula surut sedikit demi sedikit. Mukanya menunduk. Entah apa yang merasuknya tadi sehingga bertindak begitu. Terbayang di mindanya peristiwa semasa di lokasi pengambaran.
Fiqa macam mana Dia ok
Airish diam, tidak mahu membalas kata-kata lelaki itu. Buang masa, buang tenaga dan buang air liur! Baju untuk set yang seterusnya dicari. Terasa mood baiknya untuk memulakan penggambaraan mereka pada hari itu sudah hilang.
Just in case, if you taught there is still a chances for you to get her... dont ever dream of it! Ill gonna make sure each of your one step, therell be another step in front of you, Airish memberi amaran.
Setakat manalah lajunya seekor rusa itu dapat berlari Sekali dikejar harimau bintang, kena ngap juga akhirnya! tenang Rayhan membalas. Penampilannya ditilik sekali lagi di cermin.
Aku akan pastikan aku yang jadi harimau bintang
tu.
Rayhan tergelak sinis lagi.
Kalau kau ingat kau masih ada peluang.
Tawa Rayhan terhenti.
Berhentilah bermimpi. Giliran kau dah habis!
Sekarang ni masa untuk aku pulak.
Kau fikir macam tu
Airish tidak mengangguk mahupun menggeleng.
Then, Ill make sure there will be a scar left behind, senyuman sinis diukir sebelum Rayhan meninggalkan
Airish di situ.
Ah! kuat Airish melemparkan gebarnya ke arah pintu almari. Bergegar pintu kaca itu. Nasib tidak retak mahupun pecah.
Merah matanya saat mengingati babak itu. Apa lagi yang lelaki itu mahu Sungguh dia berasa benci. Sejak bila, dia sendiri tidak punya sebarang jawapan tentang itu. Apa yang pasti dia paling benci mendengar nama itu meluncur dari mana-mana bibir manusia apatah lagi jika manusia itu adalah Fiqa!
Salahkah apa yang dia lakukan Apa yang dilakukannya sebentar itu adalah untuk membuatkan Afiqa lupakan segalanya tentang Rayhan.
Airish bingung.
SUASANA kini terasa hening. Tiada lagi gelak tawa atau pertengkaran mulut sesama sendiri. Insiden antaranya dan Airish pada malam itu tidak mampu untuk dia lupakan hingga kini.
Afiqa mulai sedar bahawa Airish bukanlah miliknya yang kekal. Masih belum terlambat untuknya mengawal perasaan daripada jatuh cinta dengan lebih dalam lagi terhadap lelaki itu. Afiqa mencuba sedaya upaya agar melupakan lelaki itu. Sesak nafas dirinya jika memikirkan tentang Airish.
Afiqa memejamkan mata. Masih terasa kesakitan di bahagian bawah matanya. Disentuh perlahan-lahan bahagian bawah matanya. Sakitnya sudah kurang, cuma lukanya masih belum lagi sembuh. Tanpa sedar ada titisan jernih mengalir ke pipi.
Bunyi derapan langkah kaki seseorang mengejutkan Afiqa. Sisa air matanya dilap. Airish sempat menjeling pada Afiqa saat dia melintasi gadis itu. Baru sahaja tubuhnya disandarkan pada sofa, Afiqa sudah melarikan diri. Tangannya mahu menghalang namun hati lain pula ceritanya. Pasti Afiqa ingin memencilkan dirinya kembali ke dalam bilik.
Airish mengeluh. Dia tahu Afiqa sengaja menjauhkan diri. Gadis itu seakan meletakkan tembok yang tinggi di antara mereka sekaligus membuka dan menambahkan lagi jurang yang terjadi pada hubungan mereka. Sudah hampir seminggu Afiqa bereaksi begini. Terlalu beratkah kesalahan yang dia lakukan
Akibatnya, sofa yang didudukinya ditumbuk. Menzahirkan perasaannya yang membengkak. Mana adil! Terasa dirinya sedang dipermainkan Afiqa pula. Airish mengeluh lagi. Mindanya sedang berkira-kira sama ada mahu berjumpa empat mata di hadapan Afiqa ataupun tidak. Dia tidak punya idea. Kedua-dua tangannya diangkat menghadap sepasang matanya yang merenung lama kesepuluh jari itu.
Lalu, kiraan dibuat.
Tak pergi, pergi, tak pergi, pergi..., dan begitulah seterusnya perkiraan itu dijalankan. Akhirnya, kiraan itu menemui jarinya yang ke-10. Ia berakhir dengan keputusan pergi! Airish menggeleng. Tak boleh jadi. Dia harus membuat kiraan sekali lagi.
Pergi, tak pergi, pergi, tak pergi, dan akhirnya.
Tak pergi
Airish mengeluh berat. Kepalanya digaru-garu. Buntu.
Buntu... oh, sungguh buntu dia dibuatnya!
TOK! TOK!
Afiqa menjeling pada pintu biliknya yang diketuk itu. Masuk kali ini sudah ke berapa kalinya ketukan itu berlangsung. Afiqa mengeluh. Malas mengambil tahu. Tak payah buka pintu pun dia dah tahu siapa gerangan manusia itu. Bunyi ketukan demi ketukan di pintu biliknya membuatkan Afiqa sudah naik berangin satu badan pula. Dum!
Terkejut Afiqa tatkala tubuh Airish terjengul secara tiba-tiba dari pintu biliknya. Lelaki itu tanpa rasa berdosa terus merempuh sahaja masuk ke dalam bilik. Airish tersengih lebar. Afiqa mengeluh sebelum kemudiannya mempamerkan wajah masam mencuka tanda dia tidak suka apabila lelaki itu menceroboh kamarnya.
Airish menahan rasa geramnya. Bukannya nak bersuara ke apa Marahlah sikit, tak pun senyumlah sikit. Ini beku aje. Huh! Airish mengetap gigi. Terasa benarbenar tercabar dengan sikap endah tak endah Afiqa itu. Tangannya cepat sahaja naik ke pinggang.
Hei, Fiqa! Kau ingat semua manusia tu tak pernah buat silap ke Eh, kau silap besarlah. Kau pun pernah buat silap jugak. Kau nak marah aku ni kenapa
Afiqa masih diam. Airish mengeluh.
Cepat pergi siap, mendatar sahaja suara Airish menyebabkan Afiqa mengangkat muka.
Airish tersenyum dalam hati. Nampaknya sudah mula menampakkan hasilnya. Mata Airish sengaja dilemparkan ke luar, menunjukkan ego seorang selebriti plus suami.
Kita pergi makan aiskrim.
Terdengar keluhan dari bibir Afiqa. Bingung Airish dibuatnya. Dia tak suka ke Gumam Airish sendiri. Jelas, dari hujung matanya, Afiqa mencapai telefon bimbitnya. Jarinya bermain-main di papan kekunci sendiri, sebelum disuakan di hadapan Airish.
Airish menjeling. Tidak nampak. Ditundukkan sedikit wajahnya, namun tidak juga nampak. Mungkin disebabkan jarak antara mereka yang agak jauh itu. Langkahnya dimajukan sedikit. Terus, dibongkokkan pula badannya sekali lagi.
SAYA TAK NAK MAKAN AISKRIM!
Omel Airish sendirian. Mengulangi ayat yang ditulis Afiqa. Airish tanpa berlengah berdiri tegak. Ditinggalkan kamar wanita itu. Sambil tangannya menutupi pintu bilik perempuan itu, ada sesuatu bermain di mindanya. Perempuan itu telah memalukannya. Oleh sebab itu, gadis itu harus menerima akibatnya! Dalam benaknya, sudah tersimpan kemas 1001 misteri rancangan yang tak mampu diungkapkan oleh sesiapa. Senyuman jahatnya diukirkan. Siaplah kau!