CapitalM : Ida perlu gembira dgn apa yg ida ada skrang Tak perlu bsdih lgyg dtg tetap akan pergi juga
CapitalM : Smalaman sy tcari2 d mana kekuatan sy,tp hari ni sy mampu tsnyum dgn kkuatan itu kkuatan itu adalah rasa yg wujud antara kita kranaNya.. kranaNya sy nangis kranaNya sy gembira, dan krana Dialah pmilik hati ini
Itu antara mesej dari CapitalM. Bila aku terima, aku baca. Aku tak tahu nak buat apa. Sebab aku dah tak rasa apa-apa. Aku tengok lagi. Aku exit. Aku letak balik phone tu dekat tempat tadi. Dan begitulah selalunya. Bila aku terima, aku aku baca. Dan aku letak balik. Dan sampai ada masa bila aku dapat mesej, aku harap sangat yang mesej tu bukan dari dia. Sebab aku dah tak mampu nak terima apa-apa lagi dari dia. Aku dah takde perasaan. Aku penat. Aku tenat. Aku dah jadi mayat. Yang hanya terzahir pada jasad.
Tak seperti mula-mula dulu. Pantang masa terluang, aku terus text dia. Jangankan waktu terluang, waktu lecturer mengajar dekat depan pun aku ada curi-curi mesej dia. Kalau dia reply lambat sikit je, aku send mesej lagi. Tak pun aku call dia terus. Takut-takut jadi apa-apa. Tak pun manalah tahu kredit dia habis. Bukan tu je, makan solat dia semua terjaga. Maksudnya aku tanyalah semua tu. Kalau belum solat, aku suruh dia tunaikan. Kalau belum makan, kadang tu sampai aku belikan. Takpe kalau aku berlapar pun, yang penting dia lengkap serba serbi keperluan.
Macam tu sekali. Bayangkan penangan kuasa cinta, kasih dan sayang. Tapi itu semua dulu. Saat aku masih kuat lagi. Saat dia masih ampuh menyokong aku dari segenap segi. Saat aku perlukan dia di hati. Tapi sekarang, dah tak macam dulu. Sejak peristiwa malam tu, aku sedar yang cinta bukan hak mutlak manusia. Jadi jangan berlagak kata jodoh itu milik kita. Ya aku sedar yang aku seolah-olah sedang melepaskan dia pergi. Tapi aku dah cuba untuk halang dia. Aku dah cuba bina mahligai cinta. Aku dah siapkan kamar untuknya. Tapi aku tak boleh selama-lamanya bersiap sedia. Aku juga perlu pengisiannya. Ibarat sebuat rumah tanpa penghuni, kosong. Ibarat laut tanpa hidupan, jemu dan ibarat hati tanpa kasih, busuk.
Sampai satu tahap bila terlalu tertekan akibat ego kemanusiaan, aku mesej dia. Aku harap aku tak mengganggu dia.
Aku : Maaf kalau ganggu mesej dengan Dia. Dah makan
CapitalM : Sy x msj dia
Aku : Tak menjawab soalan
CapitalM : Ya, sy dah makan. X gnggu hehe puas
Aku : Makan apa
CapitalM : Nasi pth sup sayur.
Aku : Dah solat
CapitalM : Dah..apa lg nak tnyahehe.. Awk dah s0latdah makanbt pa Kena jawab
Aku : Belum solat. Dah makan. Online.
CapitalM : Naa solat la
Aku : k
CapitalM : =) snyum wak
Aku : =)
CapitalM : Bagus.hehe rindu
Aku : Okay
CapitalM : Eh salah taip
Aku : Apa yang salah taipnya
CapitalM : Xde apalah.. malu =(
Aku : Apa nak malunya
CapitalM : Xda bha hehe yg td taip rindu..sy terbiasa..maaf =(
Aku : Terbiasa taip rindu atau terbiasa rindu
CapitalM : Enthlh..org tu je yg fham
Aku : Siapa
CapitalM : Yg baca msj ni
Aku : Hm okaylah nak solat. Lepas tu nk study skt.
CapitalM : Okaylah, study2.
Dan begitulah selalunya. Tiada lagi kata-kata sayang. Mahupun ungkapan cinta atau rindu. Tiada kata sapaan papa mama. Sekadar bertanya khabar. Dan adakalanya, tiada langsung mesej yang dihantar. Aku cuma mahu dia belajar sendirian. Bagaimana hidup tanpa aku kerana Riz sedang menunggu dia. Bukan aku tak sakit. Bukan aku tak rindu. Bukan aku tak sayang. Cuma aku dah putus asa. Benar-benar putus asa. Kerana cinta itu tak boleh dipaksa-paksa. Aku kesian dia. Sebab tu aku lepaskan dia.
Sekarang ni apa yang aku mahu ialah dia pergi kepada Riz. Lupakan aku. Semuanya telah dirancang untuk dia. Untuk kebahagiaan dia. Percayalah walau dia tak rela, tapi berkat doa ibu bapa tu akan bawa dia bahagia. Sebab tanpa mereka, siapa kita di dunia ni. Aku tak nak dia jadi anak derhaka.
Sebab dulu aku pernah beritahu dia. Bantah apa yang mak ayah rancangkan untuk awak. Awak ada hak untuk tetapkan hala tuju masa depan awak. Aku tak rasional. Aku hanya pentingkan diri sendiri. Aku hanya mahukan kebahagiaan aku. Aku tak fikir orang lain. Aku tak fikir tentang mak ayah dia, mak ayah aku, perasaan dia, perasaan budak lelaki tu.
Jahatkan aku Jadi sebelum dia buat apa-apa yang boleh memungkinkan dia menerima buku amalan dari tangan kiri, biarlah aku mengundur diri. Maafkan saya awak.
Aku dapat mesej lagi. Jam 2 petang. Dari CapitalM. Senyum pahit.
CapitalM : Ble kita jmpa
Aku : Bila
CapitalM : Bla awak free
Aku : Petang ni
CapitalM : Tmn pmainan amcorp blesy nak jalan2 g ctu
Aku : Awak dengan siapa
CapitalM : Sy pegi sendiri kot..
Aku : Bila nak pergi
CapitalM : Klu sy sy nak awl ckit jam2 stgh gtu tp klu awak ada keja bt la dlu
Aku : Sekarang panas kot
CapitalM : Klu ptg tntu rmai org kan t tsrmpak bdk kolej.xpela skg ikt awak la..jm brapasy ok
Aku : Awk ikt fiz. Kita g tempat lain.
CapitalM : Oke.. awak nak sy tggu kat na ptg jm brapa
Aku : Lepas asar. Tunggu dekat stesen U
CapitalM : Baik jgn lpa bwak external awak wrna pink tu hehe
Aku : Baik. Kita gerak awal. Jam 4 tunggu saya di stesen U. Kita asar di sana.
CapitalM : Oke..sblum jm4 sy gerak
Aku : Oke. Nak study dulu
CapitalM : Baik..studylah
Lepas text tu, aku sambung balik baca nota. Memang aku tengah study masa tu. Study tengah-tengah panas. Gigihkan Tapi lepas dapat mesej tu, aku tolak semua nota ke tepi. Hati aku dah tak tenang. Otak aku mula serabut. Jantung aku mula laju pam darah yang tak beroksigen ke paru-paru. Lepas tu ventrikel kiri aku mula sibuk nak pam darah yang dah beroksigen ke seluruh badan melaluri aorta. Jadinya badan aku mula panas.
Kenapa dia nak jumpa aku Rindukah Atau nak akhirkan semua ni Atau dia nak cakap yang dia pilih aku Atau apa Macam-macam aku fikir. Sekarang baru pukul 2. Nak keluar pukul 4. Ada 2 jam lagi masa sebelum nak keluar. Aku duduk. Aku baring. Aku minum. Aku jenguk tingkap. Aku buka baju. Aku pakai baju. Semuanya jadi serba tak kena.
Aku keluar, duduk foyer. Semua tengah layan Hindustan dekat tv3. Aku tak tahu apa tajuknya. Tapi yang pasti diorang bantai gelak macam kena rasuk. Aku Buat bodoh je. Tak faham apa-apa. Dengan kepala otak tengah serabut. Aku ada masa lagi ni kalau nak batalkan. Tapi nanti dia cakap apa. Kalau tak sekarang, bila lagi nak jumpa. Tinggal seminggu je sebelum semester ni habis.
Jumpa. Tu keputusan yang aku buat. Semua ni harus dirungkaikan. Semua ni harus diselesaikan. Apa nak jadi-jadilah. Lagipun aku nak amik cerita My Girlfriend is Gumiho. Aku dah janji. Janji harus ditepati. Sebelum aku jadi gila, aku on laptop. Bukak twitter. Aku scroll timeline. Takde apa yang best. Aku bukak tumblr, bosan. Aku bukak website joho.my. Pun takde apa yang menarik. Aku check email, semuanya spam yang masuk. Haram. Jadi apa yang aku boleh buat
Tik tik tik tik tik tik. Jadi tunggul. Aku tunggu detik pukul 4. Aku tengok jam. Rasa macam jarum saat tu tengah ketawakan aku. Lagu Masih-Flop Poppy aku mainkan. Volume sekuat yang boleh. Lepas tu aku pergi mandi. Dah siapa yang nak dengar. Biarlah. Aku nak bilik aku pun rasa kesedihan yang aku alami. Lepas dah siap semua, pukul 3.45. Aku mesej dia.
Aku : Awak, dah gerak k
CapitalM : Jap tgh bsiap t sy msj law nak grak.
Aku : Okay.
Lambatlah jawabnya. Berjalan dari kolej nak ke Stesen U hampir 15-20 minit. Asar masuk 4.36. Takpelah, sampai KLCC nanti terus solatlah dulu. Senang. Aku dapat mesej. Dari dia.
CapitalM : Ok sy gerak dah ni.
Aku : Dah sampai mana
CapitalM : Baru je gerak ni.
Aku jenguk dari aras aku. Nampak dia baru keluar dari pondok pengawal. Tudung pink. Warna kegemaran aku. Pink. Tapi aku tak rasa apa-apa. Jujur aku cakap hanya jasad aku yang keluar dangan dia hari ni. Hati aku dah lama aku cabut, simpan dekat bilik siap-siap.
Aku : Okay nampak. Tudung pink.
CapitalM : Yakeslh org hehe
Aku : Okaylah, hati-hati. Tunggu saya dekat Stesen U.
CapitalM : Oke
Aku pun gerak ke Stesen U. Memang selalunya macam ni. Kalau keluar, dia akan gerak dulu. Sebab tak nak nampak orang nampak kami keluar bersama. Malu katanya. Aku pun okay je. Yela, kolej kami ni ada satu je jalan kalau nak keluar. Jadi kalau jalan bersama, mesti ada yang ternampak nanti. Takut jadi fitnah katanya. Yela dia bakal tunang orang. Nanti apa pula orang kata. Itu yang dia risaukan.
Sampai depan Masjid Ar Rahman, dia mesej aku.
CapitalM : Awak kat nasy dah smpai
Aku : Masjid Ar Rahman
CapitalM : Okay saya tggu
Semakin dekat, semakin aku takut. Aku takut nak tengok muka dia. Aku takut nak cakap dengan dia. Aku tak tahu nak buat apa. Aku mengeluh panjang. Semoga semuanya berakhir dengan cepat. Sampai Stesen U, aku nampak dia tengah tunggu aku. Alahai, muka suci yang aku tak sanggup nak tengok. Bukan aku benci tapi aku tak sampai hati. Kau terlalu muda untuk harungi semua ni. Dalam tren, kami senyap. Masing-masing membisu. Aku seperti kematian akal. Aku tak tahu apa yang hendak dibicarakan.
Aku nampak seorang lelaki. Memakai jersi Red Warrior. Baru aku teringat. Malam ni ada final FA. Kelantan dengan Sime Darby. Mesti dia nak ke Bukit Jalil ni. Sampai Stesen Kerinchi, ada lagi tiga orang Red Warrior masuk. Mula-mula masing awkward je dengan diorang. Tapi bila diorang berbual, gamat jadinya. Bayangkan penumpang dalam dua coach tersenyum sendiri melihat gelagat mereka. Diorang berbual dengan gaya dan loghat Kelantan buatkan semua orang tertarik dengan mereka. Apa yang aku ingat diorang cakap, Kelantan Will Be The King Tonight. Lebih kurang macam tu. Aku pun tak berapa dengar sangat. Bagus semangat demo ni. Semoga berjaya Kelantan.
Sampai aku lupa yang tengah keluar dengan CapitalM. Dia senyap. Aku pun senyaplah. Aku bersandar dekat pintu. Dia membelakangkan aku sambil tangannya berpaut pada tiang besi. Jadi, apa lagi yang aku boleh buat Aku cuba cari topik. Keheningan ni harus dipecahkan. Kalau tak, buang masa aku je keluar petang ni.
Saya keluar dengan besi kot Aku
Dia berpaling. Tersenyum. Jelas mukanya ceria, matanya bersih. Pandai dia mengaburi gelora hatinya. Aku senyum. Dia berpaling dekat aku. Melekatkan dirinya pada ruang kecil sebelah pintu. Menghadap aku.
Nak balik pukul berapa CapitalM
Jumaat ni Aku.
Dia tergelak. Aku pelik. kalau ya pun sedih sangat, takkan dah jadi gila. Eh jangan, dia ni buat aku takut. Apa salah ke jawapan aku tadi.
Saya salah cakap k Aku
Saya tanya bila nak balik petang ni Bukannya bila nak balik kampung. Takkanlah nak balik jumaat ni. Lamanya dekat KLCC. Nak buat apa je Tak nak exam k Hee CapitalM
Oh tak dengarlah. Bising. Biasalah dalam tren. Kita balik sebelum maghriblah. Aik, takkan baru keluar dah tanya bila nak balik. Okay kita balik sekaranglah. Hee Aku
Eh gurau je lah CapitalM
Baru aku nampak dia senyum. Ketawanya yang ikhlas. Memang betul-betul dia ketawa. Sampai KL Sentral. Orang keluar masuk. Suasana jadi sunyi semula walau keadaan tren yang memang hactic. KLCC jauh lagi ni. Bilalah nak sampai. Aku cari topik lagi. Aku tengok ada sepasang mat salleh. Umur pertengahan 40-an.
Eh mak awak ada dekat belakang tu Aku
Aah, memang mak saya. Memang saya orang luar negara pun. Cuma sengaja tak mengaku CapitalM
Tak menjadi. Aku putus idea. Inilah susahnya kalau dipaksa-paksa. Perbualan dan keharmonian yang sengaja direka-reka. Sampai Masjid Jamek. Tren jadi makin sesak. Aku ingat akan jadi lengang. Sebab selalunya ramai yang turun dekat sini. Tapi keadaan jadi sebaliknya. Aku semakin terhimpit. capitalM pula dah menempel di ruang sebelah pintu. Semakin ramai masuk. Semakin aku terhimpit.
Jarak antara aku dan dia sehasta angin cuma. Rapat. Betul-betul rapat. Aku jadi kaku. Lidah kelu. Aku pandang dia. Dia tunduk, malu. Aku dapat rasa getarannya jantungnya. Aku dengar pernafasan dia. Aku dapat rasa keluh kesah hatinya. Masa seolah-olah terhenti buat kami. Andainya kami sedang diberi peluang untuk bersama merasa dan menghargai satu sama lain. Aku cuma harap agar waktu terus terhenti. Biar kami terus di sini. Hanya kami. Demi cinta, kasih dan sayang yang suci. Aku takkan lupa sampai bila-bila. Nafasnya, getaran jantungnya, keluh hatinya.
Keadaan kami begitu. Sampai KLCC, aku segera beralih. Aku tak sedar walau keadaan tren dah tak sesesak tadi, tapi aku tetap di posisi tadi. Entah kenapa. Aku rasa selesa. Aku rasa dia dekat sangat dengan aku. Sampai aku dah tak hirau orang lain. Aku tak hirau dunia luar. Hanya aku dan dia, dalam dunia kami.
KLCC sesak walau weekdays. Anak muda berpeleseran. Ada yang hisap rokok. Ada yang sibuk snap picture sana sini dengan gaya ala-ala funky. Tak kurang yang datang dengan family. Anak usung tablet, ayah sibuk dengan iPhone. Mak sibuk dekat ZARA. Ada sale katanya. Ada yang lone ranger. Ada yang dengan couple. Macam kami. Tapi kami lain.
Dia tetap macam mula-mula tadi. Diam. Hanya menuruti aku walau ke mana aku pergi. Seperti tak mahu berpisah dengan aku. Tidak mahu berjauhan walau seinci dengan aku. Aku jadi tak selesa. Kenapa dia jadi macam ni
Say something please. Saya keluar dengan awak ni, bukan saya keluar seorang Aku.
Nak pergi mana ni CapitalM
Entah, saya ikut awak je Aku
Eh mana saya tahu. Saya pun ikut awak je CapitalM
Sudah. Awak ni berani-berani je ikut saya. Mana tahu saya saya jahat. Saya culik awak nanti. Baru tahu Aku
Culiklah. Tak kisah CapitalM
Amboi. Kita pergi solat asar dululah Aku
Lepas solat, kami jalan-jalan lagi. Aku buntu. Aku tak tahu. Kebisuan dia buat aku tertekan. Bila aku tanya nak pergi mana, dia cakap tak tahu. Bila aku tanya ada nak beli apa-apa, dia cakap takde. Jadi apa kesudahannya Kami masuk Candylicious. Pusing lima kali dalm kedai tu. Cashier dah usha panas, aku keluar. Dia ikut. Masuk pulak Uniqlo. Tengok baju, singlet, boxer, seluar, pants. Takde nak beli apa. Dia Masih ikut. Dan akhirnya dia bersuara.
Ada nak beli apa-apa ke CapitalM
Akhirnya. Ingat dah takde peti suara. Takde pun nak beli apa-apa. Awak pun senyap je Aku
Dekat mana nak beli stokin baby CapitalM
Dekat Isetan ada kot. Jom! Aku
Eh takpe-takpe. Beli lain kali je CapitalM
La, jomlah. Kata nak beli Aku
Takpelah. Lain kali je okay CapitalM
Hm, okay Aku
Kami berjalan lagi. Berjalan dan terus berjalan. Ke mana kaki ni bawa kami, kami terus ikut. Berjalan dan terus berjalan. Aku bawak dia keluar. Ingat nak ke taman. Tapi orang ramai. Nama pun KLCC. Kalau tak nak ramai, pergilah Hutan Simpan Endau-Rompin sana. Memang takde orang.
Cuaca mendung. Tapi semakin galak orang bertebaran. Tak hiraukan keadaan alam yang sudah bagi ketentuan bahawa Sang Hujan akan melabuhkan tirainya. Masing-masing sibuk dengan hal sendiri. Macam kami.
Kami duduk di tangga. Bertentangan dengan air pancut yang tak pancut. Kerja pembersihan sedang dijalankan. Rugi sebab tak dapat tengok air pancut itu pancut. Belakang kami Menara Maxis dan sebelah kiri kami Menara Berkembar Petronas. Dia duduk sebalah kiri aku. Jauh. 30 cm. Aku dapat lihat bermacam-macam gelagat orang. Bergambar, hisap rokok, berbual, gelak ketawa. Semuanya gembira. Semuanya tersenyum. Aku tertanya Betul-betul gembirakah mereka Apa mereka tiada masalah Atau aku sahaja yang punya masalah dalam dunia ni
Dah tak tahu nak pergi manakan, jadi duduklah di sini Aku
Tapi macam dah nak hujan ni CapitalM
Macam nak hujan. Belum hujankan Aku
Hm yela-yela. Tadi sebenarnya sebelum keluar, saya banyak nak cakap dengan kamu. Tapi sekarang, entahlah. Semuanya hilang. Saya jadi bisu CapitalM
Patutlah senyap je. Awak kalau ada apa-apa nak cakap, cakaplah. Jangan simpan je Aku
Saya terkejut. Pagi semalam saya bangun. Saya online. Saya tengok Rizman follow saya dekat twitter CapitalM
Dia sayang awak tu. Sampai dekat twitter dia cari awak Aku
Dia tanya tentang awak. Dia stalker twitter awak CapitalM
Dia stalk saya Eh mana dia tahu twitter saya Aku
Saya beritahu. Dia mintak nombor awak tapi saya tak bagi CapitalM
Awak jangan nak libatkan saya. Masalah awak dan dia, biarlah awak dengan dia selesaikan sama-sama. Saya tak nak terlibat Aku
Ye, jangan risau. Saya tak bagi pun nombor awak walaupun dia nak bercakap dengan awak. Cuma dia mintak secara baik. Untuk awak pergi tinggalkan saya CapitalM
Cakap dengan dia, jangan risau. Apa yang dia nak tu dah pun termakbul. Semuanya dah berakhir. Tinggal lagi seminggu je Aku
Perjanjian tetap perjanjiankan CapitalM
Ya, tetap perjanjian. Apa pun yang terjadi, kita kena ikut perjanjian. Walau kita sebenarnya dah tahu apa kesudahan cerita ni Aku
Rizman suruh saya tukar nombor bila balik Sabah nanti. Dia suruh saya stop semua. Facebook, twitter, blog CapitalM
Baguslah. Dia caring dengan awak. Nampak tak, agaknya kalau kita tak berjumpa, mesti dia tak berubah. Mesti dia dengan perempuan lain. Mesti dia tak jaga awak. Mesti dia tak hiraukan awak Aku
Mungkin CapitalM
Nanti sebelum naik flight, awak padam semua mesej saya. Awak delete nombor saya. Awak unfollow saya. Biarlah awak kembali dekat Rizman dengan keadaan bersih tanpa saya seperti mana awak pergi dari dia dulu Aku
Memang dah ditakdirkan kita bukan untuk bersamakan CapitalM
Dan hati awak bukan milik saya. Saya datang sekadar untuk membetulkan keadaan antara awak dan Rizman. Eh dah hujan ni. Sebelum kita kering kena sambar petir, jom masuk. Hee Aku
Aku nampak mata dia mula berair. Tapi aku buat tak tahu. Aku tak nak melayan. Aku tak nak bertanya. Takut nanti gugur empangan itu. Aku perasaan keadaan menjadi lebih sepi dari tadi. Lebih sunyi. Antara aku dan dia. Jaraknya semakin jauh walau tautan hati kami semakin erat. Aku sedih. Aku pedih. Kami merintih. Kenapa perlu bertemu kalau untuk berpisah Antara aku dan dia kini semakin jelas. Dia sudah ada aturan hidup. Perancangan. Dia harus mengikut landasan itu. kalaupun dia menongkah, laluan itu sudah tidak seindah dulu. Kerana yang indah itu datangnya tidak selalu. Aku Aku tetap aku. Aku kembali seperti dahulu. Seorang lelaki biasa. Yang cintanya tidak ada harganya. Ya, aku sudah bersedia untuk itu.
Kami pergi ke Kinokuniya. Pergi bahagian bahan bacaan Melayu. Bahagian novel.
Hatiku Di Harajuku - Ramlee Awang Murshid terbaik. Awak kena baca ni CapitalM.
Best ke Aku
Best CapitalM
Aku ambik novel tu. Aku belek-belek. Aku letak semula dekat rak. Aku akan beli novel ni tapi bukan sekarang. Sebab aku tak nak novel tu akan jadi kenangan antara aku dan dia. Biarlah aku miliki novel tu bila aku dah sedia terima hakikat semua ni. Aku tak nak menangis. Sebab tu bukan penyelesaian. Aku tak nak bunuh diri. Sebab tu hanya menyebabkan penyelesan. Jadi biar masa yang menentukan caranya. Last-last, aku rembat Lawak Kampus 13 dengan Under 18 Elite. Lepas cash, aku jumpa dia dekat luar.
Dekat center court, aku tengok atas. Hujan. Aku terdengar ada security tu cakap dengan tourist, Kalau panas, bumbung ni akan terbukak. Kalau hujan, bumbung ni akan tertutup. Automatik. Aku pun baru tahu. Aku stay dengan dia dekat center court kejap.
Ni yang terakhirkan CapitalM
Aku buat-buat tak dengar. Sebab aku takde jawapan untuk itu. Aku biarkan soalan tu tergantung di situ. Aku tukar topik.
Awak, jom balik. Dah pukul 6 ni Aku
Awak balik dulu. Saya selesa dekat sini. Saya suka tengok orang ramai. Saya mahu sendiri-sendiri CapitalM
Eh tadi dah janji nak balik pukul 6 kan Aku
Mana ada janji. Saya tak janji pun CapitalM
Aku nampak dia bermain-main dengan sandal yang dia pakai. Aku amik satu dan sepak perlahan jauh dari dia. Aku tergelak-gelak. Security tadi yang nampak kami pun tersenyum. Mungkin pada fikiran dia bahawa kami sedang bahagia. Dia senyum pahit tanda protes.
Aku dapat mesej
CapitalM : Sy bli bru.awak bwak balik la tu ye
Aku pura-pura nak balik. Dia buat muka sedih. Kakinya dihentak-hentakkan ke lantai. Comel. Aku tak jadi. Aku pergi dekat dia.
Tau takut. Dah jom balik. Dah lambat ni Aku
Okay tapi saya nak singgah KL Sentral kejap CapitalM
Nak buat apa lagi Aku
Nak beli stokin baby, untuk adik. Awak baliklah dulu CapitalM
Hish, yela-yela Aku
Lepas beli tiket, kami turun ke platform.
Tren seterusnya 4 coach ke Kelana Jaya. Tren seterusnya 3 min dan 33 saat.
Itu yang tertera pada billboard dekat platform.
Awak jangan bersedih. Semua yang berlaku ada hikmahnya Aku
Saya yang bersalahkan CapitalM
Sekarang ni bukan masanya nak salahkan diri sendiri atau siapa-siapa. Benda dah berlaku wak. Semua bersalah. Kalau Rizman jaga awak betul-betul, awak mungkin takkan layan saya. Dan saya ni pun satu, dah tahu awak dah berpunya tapi masih nak try. Sekarang tanggunglah akibatnya. Aku
Tren dah sampai. Awak baliklah dulu CapitalM
Eh, saya teman awak sampai KL Sentral Aku
Awak balik dulu. Saya naik tren seterusnya CapitalM
Aku jadi serba salah. Antara aku, tren dan dia. Tren dah menunggu. Aku lihat mata dia dah berair. Tunggu masa untuk gugur. Aku bingung. Apa yang aku harus lakukan. Aku tak boleh fikir secara waras. Aku tengok dia. Aku tengok tren. Semua penumpang dah masuk. Aku tengok dia lagi.
Cepat balik, tren dah nak jalan tu CapitalM
Aku keliru. Aku buntu. Dia terus mendesak aku. Tapi mata dia dah berair. Apa yang aku harus lakukan sekarang. Dia mendesak aku. Temankan dia Balik Atau apa Dia terus mendesak aku. Tinggalkan dia.
Aku terus balik. Naik tren. Itu keputusan yang aku buat. Aku buntu. Aku tak tahu. Aku tak boleh didesak. Aku tak boleh lihat air mata. Aku tinggalkan dia keseorangan. Seorang diri. Aku jahat. Aku memang lelaki tak guna. Aku sedar tu. Aku bodoh. Aku takde common sense. Cakaplah apa yang orang nak cakap tentang aku. Ya, memang salah aku. Tinggalkan dia sorang-sorang dekat sana. Aku buntu. Aku keliru. Maafkan aku.
CapitalM : Sy x kuat wak
Aku : Sabar wak. Tiada siapa mahu keadaan jadi begini. Saya, Rizman mahupun awak sendiri. Tiada siapa mahu pengakhiran yang begini.
CapitalM : Awak thu knpa sy plih nak kl sntral x ikt skali p stsn u..sy nk jd kan klcc tmpt trakhr.. sy nak bntu jalan crita novel awak..
Aku tak balas. Aku tak tahu apa yang harus aku lakukan. Aku buntu. Aku benci dengan diri aku sendiri. Aku seorang lelaki yang tak guna. Kenapa harus aku tinggalkan dia Kenapa aku tak boleh buat keputusan yang tepat Aku benci.
Sampai bilik, aku terus mandi. Solat, capai Al-Quran, baca. Aku tak nak fikir apa-apa dah. Aku nak kelahiran baru. Anggaplah tadi tu pertemuan terakhir. Aku dah tak nak fikir apa-apa tentang dia. Tentang kami. Tentang kenangan kami. Semuanya tentang kami. Walaupun masih ada lagi seminggu sebelum perjanjian tiu bermula, tapi aku anggap ini sebagai satu latihan sebelum segalanya bermula.
Seminggu Memang tak logik untuk waktu sesingkat itu untuk aku lupakan dia. Tapi apa pilihan yang aku ada Aka dah penat. Aku nak rehat. Aku nak rehat panjang. Daripada perjalanan yang penuh ranjau. Aku benci diri aku.