EPILOG KITA - 24
HANI tarik nafas dalam-dalam sampai perut kempis semacam. Dia tengah kecut perut saat ni. Sakit perut sekali datang. Rasa nak lari dalam tandas je saat ini. Gemuruh gila-gila. Dia bakal bertemu dengan lelaki yang berminggu-minggu tak bersua muka.

Memang dia cari nahas dan sekarang nahas sudah menghampiri dirinya. Gatal sangat pergi tendang kasut berkilat tu, padan muka kau! Tapi, macam mana la mamat tu boleh jadi Ryan Ryan keluarkan arahan berjumpa dengannnya, sah untuk maki hamun dia. Dia lebih rela lelaki yang dia tendang tu adalah pencuci tandas!

Sakit hati pula bila teringat sengihan Liana dan Syafiza. Tak lain tak bukan mesti ingat Ryan tu panggil dia sebab rindu. Kononnya romantik la. Dia orang tak tahu berapa jenuh dia nak telan maki hamun dari lelaki tu

Apa yang patut dia buat bila berhadapan dengan lelaki tu Patutkah dia hai dengan penuh bersahaja atau berpura-pura terkejut sebab Ryan panggil dia Tapi, lebih baik dia buat gaya formal. Ryan kan bos dan dia hanya pekerja.

Ye bos Bos panggil saya. Hani mula berlakon sambil berjalan ke bilik Ryan. Kononnya formal lah sangat.

Ish! Silap tu. Sebelum tanya kena bagi salam dulu. Tapi, nak ke lelaki tu jawab salam dia Silap hari bulan, dari menjawab salam, Ryan bag dia tendangan maut dari sini hingga ke Shah Alam!

Sedar tak sedar, dia sudah berdiri depan pintu bilik Ryan. Teringat pula saat pertama kali pertama dia datang ke bilik Ryan. Hani tersenyum sedikit mengenang peristiwa itu. Pertama kali dia bertemu dengan Ryan.

Apa yang kau buat ni Hani Bala ada dekat dalam, kau sibuk buat jejak kasih dengan kenangan semalam kau tu. Sedarlah Hani! Lelaki tak ada perasaan tu nak ceraikan kau nanti! spontan senyuman Hani mati mendengar amarah dirinya sendiri

Lemah seluruh tubuh bila perkataan cerai bermain di hatinya. Penuh rasa lemah, dia mula mengetuk pintu bilik pejabat Ryan.

Masuk!

Tombol pintu dipulas. Hani angkat muka dan dia terkejung sendiri. Eh Masa bila aku ketuk pintu ni Hilang terus rasa lemahnya. Fikir pasal cerai sampai tak sedar dia dah ketuk bilik suaminya. Bila nampak muka kacak yang duduk bagaikan patung, baru dia tersedar.

Datang pun. Come... Ryan panggil Hani hanya dengan satu gerakan jari telunjuknya.

Hani mengeluh. Perlahan-lahan dia hampiri Ryan. Muka lelaki tu macam biasa je. Tak rindu langsung pada dia ke Tiba-tiba, jiwanya terasa bagaikan hirisan lemon. Banyak asid!

Siapa kata tak rindu Ryan rasa hatinya nak melompat-lompat bila nampak Hani. Kalau la hati boleh dikawal, dah lama dia kawal hati dia yang teruja melihat Hani. Kali ni dia memang tak mampu tipu diri lagi. Dia dah mula cintakan gadis yang masuk dalam hidupnya tiba-tiba.

Bos panggil saya

Ryan berdiri tanpa menjawab. Dia kemudiannya melangkah ke arah Hani. Duduk berhadapan dengan gadis itu sambil pinggangnya disandarkan di meja. Sekali Hani tengok, menggoda pula. Bila Ryan bersandar seperti itu, otot-otot di sebalik kemeja yang agak fit itu, mula memunculkan diri. Seksi gila!

Tahu kenapa aku panggil kau Ryan tibatiba saja membuka kasutnya.

Tengok Ryan hanya bersarung kaki, Hani mengeluh kecil. Mestilah dia tahu!

Tengok muka macam tahu. Kau cuba tengok apa kau dah buat dekat kasut aku. Ryan tendang kasutnya hingga terpusing kasut itu.

Kau nampak debu dekat belakang kasut tu tanya Ryan lagi.

Hani mencebik sekilas sebelum memandang bahagian belakang kasut yang dia tendang tadi.

Debu Mana debunya Aku nampak berkilat je. Tak ada debu pun tuan. jawab Hani berani.

Semakin besar biji mata Ryan dibuatnya. Dia pandang Hani dan kasutnya bersilih ganti.

Tak ada kau kata laju Ryan menghampiri Hani. Tangannya diletakkan di bahu gadis itu sebelum menarik gadis itu mendekati kasutnya.

Kau tengok betul-betul. Ada ke tak Ryan alihkan tubuhnya ke belakang Hani dengan sebelah tangannya di bahu gadis itu dah sebelah lagi terletak dibelakang pinggang.

Hani dengan lurus bendul asyik menilik kasut itu. Ryan dibelakang dah tersenyum. Hidungnya sengaja didekatkan dengan kepala yang berlapik tudung itu. Wangi! Hatinya terasa tenang. Rasa macam mahu lekatkan wajahnya di kepala itu.

Rindu...

Tak ada pun tuan... pantas Hani berpusing dan...

Auch!!! Ryan tekup hidung mancungnya.

Hani tergamam. Alamak!

Sorry... Sorry... Hidung awak sakit ke kelamkabut Hani melihat Ryan tekup hidung. Boleh pula terlanggar hidung Ryan saat berpusing-pusing.

Sakit la! Kau ingat hidung aku ni besi ke Ryan terlompat ke belakang dek tahan kesakitan.

Rasa bersalah pula, tapi melihat Ryan terkinjakinja menahan sakit. Namun, satu ketawa kecil terletus dari bibirnya. Sekali diimbas, lawak juga mamat ni. Kena hantuk hidung terus melompat ke belakang macam monyet. Cara dia mengaduh pun, comel!

Hei!!! jerit Ryan bila Hani ketawa.

Hani kemam mulut. Tapi, sebahagian jiwanya dia masih rasa kelakar. Padan muka kau Ryan! Nak marah aku pasal kasut konon, kan dah kena. Allah kalau nak balas, sekejap je.

Kau ni memang melampau tahu tak! Kau tendang aku dan sekarang ni kau nak patahkan hidung aku pula!!! Ryan naik angin.

Hidungnya dilepaskan. Merahnya hidung itu buat Hani rasa geli perut. Mesti sakit gila tu.

Mana saya tahu muka awak betul-betul belakang kepala saya. Tapi, kenapa awak dekatkan muka awak dengan kepala saya Jangan-jangan awak ada niat tak baik. Hani mula membuat sangkaan. Kalau muka lelaki tu jauh dari belakang kepalanya, mesti tak kena tadi.

Jadi sekarang kau nak tuduh aku Aku tak teringin la nak cium kepala kau tu. Cium Hani tersentak.

Ryan terdiam. Alamak! Dia terlepas cakap.

Apa awak cakap Ulang sekali lagi! Sengaja Hani membulatkan matanya dengan wajah memerah.

Hello, aku nak buat macam tu Memang tak la! Aku cakap macam tu sebab aku tengok muka kau tu macam curiga dekat aku. Dalih Ryan.

Memang saya curiga dengan awak, tapi saya tak curiga sampai nak tuduh awak macam tu. Saya cuma nak cakap, jangan-jangan awak nak tarik tudung saya biar senget. Tapi, awak yang mention pasal kiss tu. Otak kuning!

Otak kuning Ryan tahan geram. Memang itu lah niat dia, tapi sakit la jiwa kalau kena setepek depan mata. Adakah patut orang pakej lengkap macam aku dikatakan otak kuning.

Tolong sikit. Aku tak ada masa nak jadi otak kuning bila dengan kau. Kau cuba pandang diri sendiri. Ingat aku berselera sangat ke

Dia kutuk aku Geram pula hati perempuannya. Hilang terus akalnya yang kononnya nak bersikap formal dengan Ryan tadi.

Penyumbangleweng! kutuk Hani.

What! ternganga mulut Ryan.

Mengaku jelah awak tu gatal. Otak kuning! Pervet! Tadi tu apa Awak duduk belakang saya. Pegang bahu saya dekat sini lepas tu letak tangan awak dekat pinggang saya. Nampak sangat awak tu nak ambil kesempatan. Hani sentuh bahu dan pinggangnya yang disentuh Ryan tadi.

Hakikatnya, dia pun suka Ryan dekat dengan dia tadi. Dia perasaan Ryan pegang di situ, tapi dia buat tak tahu. Dia rasa dekat sangat dengan lelaki tu. Gatal kau Hani! Kau...

Apa Tak nak mengaku lagi. potong Hani. Hesy! Tak sangka pemilik syarikat besar ni sebenarnya seorang otak... belum sempat dia nak menambah ayat, tangannya direntap.

Pap!

Hani tersandar pada meja dan di hadapannya ada wajah tegang Ryan. Begitu dekat dan sangatsangat hampir. Dia telan air liur. Tangan cuba digerakkan namun ianya dah selamat jadi mangsa tangan Ryan yang berganda besar dari dia.

A..aa..aa.... Mulut Hani terkumat-kamit, tapi tiada ayat yang terkeluar.

Kalau otak kuning, bukan macam tadi, tapi macam ni. Ryan terus merenung dalam anak mata Hani.

Hani terkaku. Dia tak berani bergerak sebab kalau dia bergerak, alamatnya tubuhnya akan bersentuhan dengan lelaki itu. Dadanya mula berdegup kencang. Habis la dia! Gatal sangat pergi kutuk mamat sepuluh juta tu!

Ryan tersenyum dalam hati. Tengok peluh yang merintik di dahi itu, dia tak dapat tahan rasa geli perutnya. Tahu pun takut! Tapi, macam seronok je duduk macam ni. Sedap pula bunyi alunan jantungnya yang berdegup laju. Macam irama nada cinta.

Awak... er...

Bibir Hani terkunci bila tangan Ryan menekan kuat tangannya. Gila! Dia rasa macam nyawanya berada di hujung tanduk. Muka serius Ryan ni buat dia menggeletar.

Lepas ni kau nak cakap aku otak kuning lagi

Hani menggeleng. Tak akan!

Aku ni penyumbangleweng

Hani tetap menggeleng. Kalau dia mengiakan itu maknanya dia tempah keranda awal-awal.

Good girl, but... mata Ryan merayap ke dalam anak mata bulat itu. Hani rasa macam dia tak berpijak di bumi yang nyata.

Sekali lagi kau cakap, aku gulung-gulung lidah kau tu! Mendadak Ryan jauhkan badan sasanya.

Macam baru dapat nyawa rasanya bila dilepaskan Ryan. Laju je oksigen masuk ke dalam tubuhnya. Memenuhi kembali paru-parunya. Melihat keadaan Hani, Ryan tak tahan nak ketawa. Sampai macam tu sekali reaksinya. Tapi, kenapa Hani tak menjerit Kenapa Hani tak melawan

Kalau tak ada apa-apa lagi saya nak keluar dulu. Ujar Hani dalam marah. Dia rasakan suaranya tersekat seakan malu. Cis!

Eh... No-no-no... Siapa bagi arahan kau keluar Tu, nampak tisu tu Aku nak kau lap balik bekas tendangan kau tu. Kalau tak, jangan harap aku nak bagi kau keluar dari bilik ni.

Tapi, kasut awak tu bukannya kotor pun. aura melawan Hani mula merasuk.

Jadi kau tak nak lap la Okey fine. Ryan kembali menghampiri Hani. Kali ni dengan muka separa pelik.

Saya lap sekarang! bingkas Hani tarik kotak tisu di atas meja.

Laju dia mencapai kasut Ryan yang terbiar di atas lantai. Dengan mulut membebel, dia mula mengelap.

Ryan berpeluk tubuh memandang Hani. Bibir yang terkumat-kumit itu dipandang dengan penuh minat. Inilah gadis yang dia rindui. Rasa macam sebahagian resah hatinya mula menghilang. Saat dia leka memandang Hani, pintu biliknya terbuka. Ryan berpusing badan.

Er.. Im sorry... I ingat...

Hanisa

Hani berhenti mengelap. Muka diangkat dan

dia nampak Ryan tersenyum memandang ke arah pintu. Dia angkat wajahnya, kali ni hatinya bergolak. Tanpa sedar, tisu ditangan digenggam erat.

Pergh! Cantiknya perempuan tu Siapa dia Ryan siap senyum lagi. Tak boleh jadi ni! Jiwanya dijentik rasa cemburu tiba-tiba.

Nisa bila you balik Amazing! You look so beautiful. ujar Ryan tiba-tiba dengan tangan menggamit pinggang gadis berbaju putih separas lutut itu.

Ini dah lebih! Mana perginya Ryan yang tak ada perasaan Kala ini Hani tengok Ryan berubah seratus peratus. Mukanya tampak ramah. Lagi la dia tak senang berdiri.

Of course la. Gadis itu ketawa kecil.

Hani bengang. Manja pula ketawa minah cantik ni!

I baru balik dua hari lepas. I datang nak jumpa you, tapi... mata Hanisa naik pada gadis yang memegang kasut Ryan. Dia kemudian memandang Ryan yang hanya ber stoking. Tak sangka you ada tetamu. Im so sorry. I tak patut datang sekarang. Salah timing kan

Eh, taklah. Ni pekerja I. Dia ada buat salah so kena denda sikit. Suara Ryan kedengaran sedikit nakal.

Denda You masih tak berubah Ryan sebab tu I rindu dengan you. Bukan main menggula lagi senyumannya.

Orang kata, I ni garang tau...

Hanisa tersenyum kecil. I tak peduli dengan cakap orang asalkan you tak pernah berubah bila dengan I.

Berbulu mata Hani dibuatnya. Tangannya mula menekan kuat kasut Ryan. Meluat! Meluat! Meluat! Saat dia tengah berada di puncak rasa meluat, Ryan pandang dia. Spontan tangannya terhenti dari menjahanamkan kasut lelaki tu. Ryan memberi isyarat padanya. Faham dengan isyarat Ryan, dia letakkan kasut ke bawah. Ryan pantas memakai kembali kasutnya.

You may go now. ujar Ryan empat patah.

Bukan main ye kau! Datang perempuan cantik tu, kau halau aku keluar!

Ryan... panggil Hanisa.

Yes

I nak tunjukkan you sesuatu. ujar Hanisa tanpa menghiraukan Hani yang mula melaluinya untuk keluar dari bilik. Hatinya sedikit tak senang dengan kehadiran gadis itu, wajah Hani dijeling sedikit tajam.

Apa Ryan angkat kening, namun matanya melirik ke arah Hani yang lambat-lambat melangkah. Bukan dia tak nampak perubahan wajah Hani tadi. Cemburu la tu!

You ingat kasut ni. I masih simpan. Hanisa tayang kakinya yang jinjang.

Hani berpusing ingin tahu. Kasut pun nak tunjuk!

You masih ada kasut tu. suara Ryan menerjah suasana.

Hani pandang sekilas kasut di kaki Hani sebelum tiba-tiba matanya membulat.

Kasut!!!