MY PRETTY BOY - 24
KENAPA semua ni berlaku pada keluarga kita, Rein keluh Tun Tunku Harith. Air matanya tak dapat dibendung lagi. Rasa sebak menghimpit di dada. Jantung hati juga tak berdaya lagi. Sebagai seorang ayah, berita yang diterima tadi benar-benar menyentak jiwa. Tunku Hazreen juga turut terasa hiba. Begitu tragik sekali ketentuan takdir yang tertulis untuk abangnya.

Sabarlah, Pa. Mungkin ada hikmah yang berlaku. Kita harus reda dengan ketentuan-Nya, pujuk Tunku Hazreen sambil memeluk kepala Tun Tunku Harith rapat ke dada.

Kedengaran esak tangis dua beranak itu di telinga Reza Rizman. Dia yang masih tertanya-tanya apa yang dimaklumkan oleh doktor lelaki itu sebentar tadi.

Dia menjenguk di sebalik cermin wad VIP, ICU. Kelihatan terbujur kaku Tunku Hardie yang berselirat dengan wayar dan alat bantuan pernafasan. Dapat dilihat juga dadanya berombak kencang. Simpati sungguh dengan keadaan teman baiknya itu. Baru beberapa minggu lepas mereka berjumpa di A-AH dan tak menduga sama sekali ditimpa tragedi setragik ini.

Kamu siapa Soal Tun Tunku Harith yang baru sedar ada seseorang yang sedang memerhatikan Tunku Hardie dari luar wad.

Reza Rizman tersentak. Serta-merta menoleh ke arah mereka berdua.

Saya Reza Rizman, kawan seakademi Tunku Hardie, dia memperkenalkan diri seraya menyalami tangan Tun Tunku Harith.

Lelaki itu sedaya upaya mengukir senyum walhal dalam hati masih gundah dengan keadaan anaknya.

Saya dapat panggilan tadi yang Hardie terlibat dalam kemalangan. Saya ke sini nak tau keadaannya.

Siapa yang bagitau kamu Tun Tunku Harith menjawab dengan soalan.

Inilah pertama kali dia mengenali seorang lelaki yang tampil sebagai kawan Tunku Hardie. Reza Rizman pula menjawab dengan mengalih hala anak mata tepat ke arah Maria yang duduk kerusi jauh di hujung koridor.

Kamu kenal betina tu Soal Tun Tunku Harith sambil memuncungkan mulut lurus ke hujung koridor. Ada nada keras di setiap kata yang terpacul.

Betina, memang sesuai gelaran itu ditujukan pada makluk perosak seperti Maria.

Lebih dari kenal, Tuan. Kami semua belajar di akademi yang sama. Sebenarnya entahlah saya tak tau macam mana nak mulakan cerita. Apa yang perlu Tuan tau, semua yang berlaku atas rancangan perempuan itu. Tunku Hardie tak menahu hal ni.

Hardie seharusnya perkenalkan dengan bakal menantu saya sebentar tadi. Jadi, perempuan seperti tu yang Hardie nak kenalkan pada saya Salacious! Ada ramai wanita di luar sana, yang miang gatal seperti ni juga yang dicari! Sungut Tun Tunku Harith berbaur meluat sambil mencerlung tajam ke arah Maria yang masih teresak-esak sendirian. Kalau diikutkan hati, mahu dicekik batang leher perempuan itu.

Tunku Hazreen juga turut merenung tajam seperti Papanya. Dia juga naik menyampah dengan penampilan menjolok mata seperti Maria. Kata Ustaz Azli tadi, perempuan itu dicekup dengan hanya memakai T-shirt jarang. Ah, nampak benar yang perempuan itu tak pandai menjaga maruah diri! Kalau sudah begitu gaya pemakaian, mana mungkin masih kekal perawan lagi.

Dah kemaruk sangat nak berbini sampai perempuan begitu yang Hardie tergila-gila, kan! Hati Tun Tunku Hardie semakin panas membara hinggakan pelbagai perkataan kasar terpacul dari mulut.

Maksud Tuan, Maria Eh bukan dia, Tuan. Saya kenal siapa kekasih Hardie. Namanya Qamra Ain. Maria, hanyalah parasit yang tak bermaruah bertindak sebagai dream crusher mereka berdua. Tentang ditangkap khalwat tu pun salah satu dari agendanya.

Tunku Hazreen yang sedang lentok kepala di atas bahu Tun Tunku Harith tersentak tatkala terdengar suatu nama yang disebut dekat dengan pangkal telinganya. Dia yakin dia tak salah dengar nama yang disebut dengan jelas oleh Reza Rizman sebentar tadi.

What did you say just now Qamra Ain, isnt it Tunku Hazreen bertanya semula untuk kepastian.

Ya, Qamra Ain. Tunku

Tunku Hazreen, just call me Rein.

Tunku Rein kenal Qamra

She is my housemate. I tau sangat perangai Qamra tu. Oh my gosh! Selama ni dia bercinta dengan abang I rupanya! Jelas Tunku Hazreen dengan nada gembira.

Tak terfikir sama sekali yang sahabat baiknya di kondo itu rupa-rupanya orang yang dicintai oleh Tunku Hardie. Qamra Ain selalu berkongsi cerita setiap mengenai hubungan cintanya. Cuma, sejak kebelakangan ini gadis itu jarang sekali berceritakan tentang buah hatinya lagi. Lebih banyak memendam dari berbicara seperti selalu.

Jadi, selama ni Qamra tinggal dengan Tunku Rein

Sejak dia bekerja di kaf I. Masa tu, dia baru jejak kaki ke KL. Kebetulan pula sedang mencari bilik sewa, jadi I ajak dia tinggal bersama sebab I pun duduk seorang dikondo tu.

Qamra difitnah kononnya ada affair dengan saya sedangkan Qamra setia sungguh cintanya pada Hardie. Itu semua hanya salah faham Hardie pada Qamra. Reza Rizman menyambung cerita gadis yang comel berpakaian dress hitam labuh itu. Wajahnya juga tampak seiras Tunku Hardie.

Saya tau, Encik Reza. Telinga I selama ni saksi pendengar setia kisah suka dan duka Qamra bercinta dengan abang I, tapi masa tu I tak tau lagi yang Qamra bercinta dengan Hardie. I tau Qamra terlalu sayangkan abang I, tapi I terkilan sebab tergamak Hardie buat begini pada gadis sebaik Qamra... keluhnya kesal.

Jika dia tahu dari awal yang Tunku Hardie lelaki yang sering diceritakan padanya sudah tentu di taichi cukup-cukup abangnya supaya jangan persia-siakan cinta gadis itu.

Qamra tau hal ni I meant Tunku Hazreen menunjuk isyarat mata ke arah dalam bilik VIP, ICU. Reza Rizman menggeleng perlahan.

Qamra, yang menyaksikan segala apa yang berlaku di penthouse tadi. Dia ceritakan semuanya pada saya. Tentang Hardie kemalangan, saya cuba hubungi tapi dimatikan talian, tak apa biar saya cuba sekali lagi... Reza Rizman mendail semula ke talian Qamra Ain dan menunggu dengan sabar serta berharap agar talian itu dapat dihubungi.

Masih tak dapat dihubungi,

Its okay, Mr. Reza. Pa, boleh Rein balik sekejap Rein yakin waktu begini, Qamra ada di kondo. Nanti Rein sendiri bawa dia datang ke sini, cadang Tunku Hazreen serta mencapai tas tangan.

Selepas bersalaman dengan Tun Tunku Harith terus dia bergegas pergi dan ketika dia melintasi di hadapan Maria sempat dia mengerling tajam ke arah perempuan yang memusnahkan kehidupan abangnya.

Tuan Presiden panggil Azmeer, doktor yang bertugas merawat Tunku Hardie sejak dari ER hingga didaftar masuk ke wad VIP, ICU dan dibantu oleh Huzer dan Luqman yang bergilir-gilir memantau perkembangan Tunku Hardie dari semasa ke semasa. Mereka bertiga perlu berjaga malam ini jika ada sebarang kemungkinan positif yang berlaku.

Mereka berdua serentak mencari empunya suara memanggil tadi dan terlihat ke arah seorang doktor yang berdiri di antara pintu masuk wad. Tun Tunku Harith mengatur langkah mendekati doktor tersebut dan diekori oleh Reza Rizman di belakang.

Any positive news about Hardie, Azmeer tanyanya dengan rasa berdebar-debar.

Dia berharap agar anaknya sedar secepat yang mungkin. Hanya itu saja yang mampu meredakan duka lara yang melanda hati sejak mendapat tahu berita kemalangan malam tadi. Sudah 6 jam berlalu sejak dimasukkan ke sini Tunku Hardie masih lagi tak menunjukkan tanda positif.

Ive something to tell you and hope that you can accept it, Mr. President, kata Azmeer sambil menepuk perlahan bahu Tun Tunku Harith.