SAAT AKU BERPALING - 24
HARI kedua beraya di rumah Faliq sekali lagi memberi pengalaman baru buat Nadhirah.

Hari ini sejak dari pagi lagi rumah banglo ini mula dikunjungi oleh tetamu-tetamu yang tak putusputus. Tugas hakiki Nadhirah pada hari ini adalah membancuh air. Sudah berliter-liter air dibancuhnya manakala Faliq pula ditugaskan untuk membasuh pinggan mangkuk. Sungguh mereka berdua sudah kelihatan terlalu penat.

Macam mana raya dengan keluarga saya Okey tak Tanya Faliq sambil dia mengeluh panjang.

Selalu ke beraya macam ni Nadhirah turut melepaskan lelah setelah para tetamu beransur pulang.

Setiap tahun macam ni, tapi selalunya ada pembantu rumah. Tahun ni Mama bagi cuti sampai dua minggu dekat pembantu rumah tu.

Ramai, kan tetamu.

Memang ramai. Staf-staf Abah dulu tambah dengan kawan-kawan Mama lepas tu tambah lagi dengan bekas anak-anak murid Mama. Kawan-kawan awak tak ada pun

Ada juga la dua tiga orang yang datang awal tadi, tapi saya tak banyak kawan dekat sini.

Kawan-kawan sekolah tak ada ke

Saya tak bersekolah dekat sini. Kawan-kawan saya banyak di Sarawak sebab saya belajar di sana sampai tingkatan lima. Lepas tu baru balik Semenanjung dan sambung universiti di Edinburg.

Saya ingat awak belajar semua dekat sini juga.

Tak adalah. Saya lahir pun dekat Sarawak. Masa tu Mama kena posting dekat Samarahan dan Abah saya pun bertugas dekat Kuching. Saya banyak habiskan masa kecil saya dengan Mama sebab Abah dan Abang

Long saya di Kuching.

Untung jadi anak mak. Pernah kena pukul tak

Saya kena pukul Soalan awak ni kan Nadhirah. Faliq mencebikkan bibirnya.

Tak pernah kena ke

Of course pernah. Awak tengok Mama tu macam lembut aja kan, tapi sebenarnya garang macam singa bila dia naik angin.

Kenapa kena pukul

Seingat saya, masa tu saya darjah enam. Bukan setakat saya kena seorang, kawan saya dua orang pun kena rotan juga.

Kenapa

Mandi dekat sungai Samarahan.

Tak boleh mandi ke dekat situ

Ada buaya, entah siapa pergi beritahu Mama yang kami mandi dekat situ. Lepas Mama tahu apa yang kami buat, dia terus cari saya dekat sungai tu. Dapatlah habuan. Kena libas dengan pokok kapal terbang lagi. Faliq ketawa mengingatkan pengalaman paling buruknya dengan Hajah Habibah.

Lepas tu saya dikenakan perintah berkurung dua minggu. Langsung tak boleh keluar rumah. Sedih betul bila ingat benda tu. Kena duduk rumah aja mengadap buku selama dua minggu

Memang patut kena pukul pun. Bahaya tahu, tak Padan muka!

Masa tu kan kanak-kanak lagi mana tahu apa-apa. Lepas tu jangan haraplah nak dapat mandi lagi. Faliq ketawa kecil mengenang zaman kanak-kanaknya.

Faliq, hmm... kita bila nak balik

Awak mula kerja bila

Lagi dua hari.

Saya pun. Esok pagilah kita balik. Boleh

Boleh. Jawab Nadhirah. Di kemudiannya bangun membancuh air gula lagi. Tetamu kembali datang memeriahkan rumah terbuka Hajah Habibah dan Haji Mazlan.

Keesokan harinya mereka berdua bertolak dari Johor Bharu selepas waktu makan tengah hari. Penuh bonet dibuatnya dengan segala makanan dan buah tangan dari Hajah Habibah.

Lain kali datang lagi ya, Nadhirah... Pesan Hajah Habibah ketika Nadhirah menyalaminya.

Insya-Allah Mak Cik. Nanti kita jumpa lagi. Nadhirah mengukir senyuman.

Mata Nadhirah jelas berkaca apabila Hajah Habibah mencium pipinya. Berat hati pula rasanya mahu meninggalkan Haji Mazlan dan Hajah Habibah yang sudah mulai serasi di dalam hatinya. Kemesraan mereka berdua sedikit sebanyak membuatkan Nadhirah jatuh sayang.

Sdari Johor. Mama packs untuk setiausaha ELAMAT hari raya Kak Indah. Ni buah tangan anak-anaknya. Maaflah sebab saya terlupa nak bagi awal-awal tadi. Tertinggal makanan ni semua dekat dalam kereta, sekarang baru teringat. Buat bekal untuk mak buyung katanya. Bekalan berisi serunding, biskut raya dan ketupat itu diserahkan pada Indah.

Woah banyak ni. Lambat sikit tak apa, jangan tak bagi terus je. Akak memang dah agak dah. Mak Cik mesti bekalkan makanan untuk Akak juga. Setiap tahun mesti Mak Cik kirim bekalan. Ujar Indah.

Mama cakap nanti dia datang KL dia datang sini sendiri jumpa Akak. Lama dah tak berborak sekali katanya. Kak Indah, saya balik dulu okey. Akak pun dah boleh balik since Encik Farhan tak ada. Hari ni Akak tak payah nak stay lama-lama dekat pejabat ni. Pesan Faliq sebelum meninggalkan pejabat.

Eh, kau nak ke mana Soal Taufik yang melihat Faliq menjinjing beg kerjanya seawal jam lima petang. Dia baru sahaja keluar dari pantry dengan segelas Nescafe panas.

Aku nak balik lah. Dah pukul 5 ni. Jawab Faliq.

Awal gila tu Faliq. Baru pukul 5.

Kau ni Fik. Macam tak puas hati pula bila aku nak balik pukul 5. Aku bukan ponteng kerja pun. Jeling Faliq tidak puas hati. Dengki sungguh Taufik pada dirinya.

Alahai sensitiflah pula. Maksud aku, selalunya kau tu pukul 9 malam pun masih lagi bersilat dengan segala fail kes dan dokumen-dokumen kau. Ini baru pukul 5 dah nak balik. Hairan aku. Kau ada apa-apa ke yang kau tak beritahu aku ni

Apa-apa, apa Faliq mengangkat keningnya seolah-olah dia tidak faham dengan apa yang diperkatakan oleh Taufik. Dia sempat juga bermain dengan kata-kata sambil mengemaskan sedikit tali lehernya yang senget.

Sejak dari pagi lagi aku tengok kau ni happy semacam je. Lepas tu, tepat-tepat pukul 5 je kau dah terpacak dekat sini. Bukan selama 7 tahun kau kerja dekat sini kau akan balik paling awal pun pukul 8.30 malam ke Tu yang aku hairan sangat tu.

Kau tak suka ke aku happy

Bukan tak suka. Tapi aku risau, takut kalau kau tetiba aja buang tebiat ke, tersampuk ke. Ulas Taufik.

Mengarut je kau ni. Aku biasa aja. Tak ada benda apa yang menarik pun.

Boleh percaya ke dengan Encik Faliq awak ni Kak Indah Taufik masih tidak berpuas hati. Soalannya yang tidak dijawab oleh Faliq dihalakan pula kepada setiausaha pejabat yang sedang duduk di meja berdekatan.

I dont know, but I am glad because I can go home early, today. Akak bersyukur sangat Encik Faliq gembira sebab selama 2 tahun kerja dengan dia, rasanya baru-baru ni je Akak boleh balik awal.

Ye ke Kak Kejamnya saya yang dulu. Tak apa, mulai hari ini saya akan pastikan kita berdua balik awal. No need to worry about me. Faliq ternyata bahagia. Perlahan-lahan kehadiran Nadhirah merubah corak kehidupannya.

Okey, bye bosses! Thank you Encik Faliq. Wajah Indah berseri-seri jadinya.

Aku bukan apa Fik, dia pun ada kehidupan dia juga kan. Unfair kalau aku asyik nak suruh dia jadi penunggu pejabat aje.

Yelah tu. Kau dah ada girlfriend ke ni

Malaslah aku layan kau Fik. Aku nak balik dah ni. Faliq sengaja melarikan diri. Dia tidak mahu terus disiasat Taufik.

Larilah. Tak lama lagi terbongkar jugalah rahsia kau tu. Laung Taufik apabila melihat Faliq kalut melarikan diri.

Aku tak dengar. Faliq menutup telinganya sambil melambai ke arah Taufik.

YA SOAL Nadhirah pelik apabila melihat Faliq sedang berdiri di depan rumahnya

sambil menyilangkan tangan. Faliq kelihatan santai.

Siap. Jom kita keluar. Ajak Faliq.

Sekarang Terkejut Nadhirah dengan pelawaan yang datang tiba-tiba begitu. Tak ada angin, tak ada ribut tiba-tiba Faliq muncul mengajaknya keluar.

Sekarang, Faliq bersuara selamba. Sungguh dia tidak tahu apa yang sedang dilakukannya. Inilah kali pertama dia mengajak anak dara orang keluar.

Tanpa disedari Faliq mula mengakui yang dia sudah pun jatuh cinta pada Nadhirah. Selama ini dia tidak pernah pun tertarik dengan mana-mana gadis namun dengan Nadhirah, lain pula yang dirasakan oleh Faliq. Jantungnya terasa kencang berdegup tanpa sebab. Segalanya berlaku begitu lancar sahaja apabila dia berada dekat dengan Nadhirah.

Bagi saya siap sekejap. Secara spontan, Nadhirah terus bersetuju. Entah kenapa, pelawaan Faliq terasa begitu sukar untuk ditolak apatah lagi apabila melihat Faliq yang sudah pun berdiri di depan matanya.

Kita nak ke mana Soal Nadhirah yang sudah berada di dalam kereta Toyota Harrier milik Faliq. Jalan-jalan. Kita pergi pasar malam nak tak

Ikut awaklah. Mana-mana tempat pun boleh.

Awak nampak penat. Okey ke Hidung Nadhirah yang kelihatan sedikit merah menarik perhatiannya.

Tak adalah. Saya okey. Selesema sikit je.

Selesema. Tak payah pergi tempat terbuka kalau macam tu. Faliq mengerutkan dahinya. Bimbang pula dia jika keadaan kesihatan Nadhirah bertambah buruk.

Saya okey.

Betul ni

Nadhirah angguk. Dengan tenang Faliq memulakan pemanduan. Berada dekat dengan Nadhirah cukup memberikan ketenangan padanya. Rasa rindunya terasa makin berat walaupun Nadhirah sudah berada di depan mata. Sungguh Faliq terseksa. Dia sudah jatuh cinta.

Besar betul pasar ni. Kagum Nadhirah dengan jumlah pengunjung dan peniaga di pasar malam ini. Walaupun dekat dengan rumah, Nadhirah belum pernah lagi berkesempatan untuk ke sini.

Hurm memang besar sebab tu ramai pengunjung.

Saya nak itu boleh tak Langkah Nadhirah terhenti disebuah gerai yang menjual manisan.

Gula-gula kapas It is not goof for your cavity.

Oh, come on Faliq! I am not a kid anymore. Tak kira, saya nak juga. Nadhirah berdegil.

Minum

Milo ais.

Bukan budak-budak ya Tapi, selera awak macam budak-budak, usik Faliq sambil dia memesan dua cawan milo ais dan dua batang gula-gula kapas perisa salted caramel yang turut ditaburi dengan serbuk kacang tanah.

Apasal beli dua

Saya pun nak juga. Takkan awak nak makan seorang. Awak nak kongsi dengan saya ke

Tak nak. Jawab Nadhirah laju. Macam pelik pula jika dia mahu berkongsi makanan dengan Faliq.

Tahu tak apa. Kedua-dua mereka kemudiannya meneruskan perjalanan melalui lorong-lorong kecil yang semakin lama semakin sesak. Cantik tak sandal ni

Itu untuk ladieslah. Untuk Mak Cik ke

Ini trendy sangat kalau nak bagi dekat Mama saya. Saya nak belikan untuk awaklah. Jawab Faliq.

Tak naklah. Awak dah belanja banyak ni. Laju sahaja Nadhirah menolak.

Ambil juga! Sandal berwarna merah hitam itu tetap juga dibeli oleh Faliq.

Macam komunislah awak ni. Suka paksa-paksa!

Mana ada komunis sehensem saya ni. Sangkal Faliq penuh kebanggaan.

So, awak selalu ke buat kerja macam ni Tutur Nadhirah apabila mereka berdua berjaya keluar daripada lautan manusia yang mula membanjiri kawasan pasar malam berkenaan.

Kerja apa

Ketuk pintu rumah jiran awak, ajak dia keluar jalan-jalan, makan gula-gula kapas macam ni. You must be a successful player, right

Nope. This is the first time. Saya tak pernah ajak orang lain. Awaklah orang yang pertama. Selamba sahaja jawapan yang diberikan Faliq pada Nadhirah.

Tipulah. Saya tak percaya. Nadhirah cuba mengawal riak wajahnya. Jawapan straight to the point Faliq berjaya membuatkan wajahnya bertukar merah menyala. SAMA WARNA DENGAN HIDUNG!!!

Saya tak tipu. Awak orang pertama yang saya berani ajak keluar macam ni. Yang pertama saya berani culik dan bawa lari, yang pertama saya pernah bawa balik rumah jumpa Mama dengan Abah saya, yang pertama pernah beraya dengan saya. You are my first in almost my everything.

Dia langsung tiada niat mahu berselindung atau mencari helah. Pada Faliq, Nadhirah adalah wanita pertama yang mengetuk pintu hatinya. Mahu tidak mahu Faliq terpaksa memberanikan diri. Nadhirah berjaya membuatkan dia berani untuk bertindak kerana Faliq tidak mahu kehilangannya jika terlambat mengambil tindakan.

Kenapa diam Tanya Faliq pada Nadhirah yang terdiam seribu bahasa. Dia membukakan pintu kereta untuk Nadhirah yang kelihatan khusyuk membelek gula-gula kapasnya yang masih berbaki.

Nak cakap apa Jawapan awak terlalu jujur. I am speechless.

Awak malu ke Sorry. Saya tak tahu kenapa tapi dengan awak saya tak nak berselindung. Saya sukakan awak. Awak sukakan saya tak Faliq memandang wajah Nadhirah lama sekali.

Errr... alamak! Direct betul Faliq ni.

Awak sukakan saya tak Tanya Faliq sekali lagi.

Saya baru putus cinta Faliq. Tak sampai tiga bulan pun. It takes time to heal. Jawab Nadhirah dengan intonasi yang penuh hati-hati.

Nadhirah akui yang Faliq mula mengisi ruang kosong yang ditinggalkan Imran. Namun terlalu awal pula rasanya mahu mencari yang lain apatah lagi apabila dirinya sendiri masih belum bersedia.

Saya faham. Saya bukannya nakkan jawapan dari awak sekarang. Awak boleh ambil sebanyak mana masa yang awak nak. Saya cuma nak awak tahu yang saya ikhlas sukakan awak. Saya berharap sangat yang suatu hari nanti awak akan sudi terima saya. Saya tak kisah. Saya boleh tunggu.

Sampai bila awak nak tunggu

Sampai masa bila awak mula jatuh cinta dengan saya dan bila awak dah boleh lupakan dia. Ill be waiting for you.

Saya tak nak bagi harapan palsu pada awak.

Saya yang pilih untuk tunggu. Kalau lepas ni awak tetap tak boleh terima saya...

Saya tak tahu, Faliq. Potong Nadhirah.

Saya cuma nak awak tahu apa yang saya rasa dan tak nak awak fikir banyak sangat.

Jadi kenapa awak luahkan perasaan awak kalau tak nak saya fikirkan semua tu

Saya tak nak awak kena kebas dengan orang lain kalau saya tak beritahu awal-awal. At least kalau ada orang lain yang nak ngorat awak lepas ni, youll be thinking of me first.

Lawyer memang macam ni ke Semua benda kena terang, tegas dan jelas. Nadhirah terpaku dibuatnya dengan pengakuan demi pengakuan Faliq.

Its not about being a lawyer, its about me. Bila bersama awak, hati dan mulut saya bergerak dahulu sebelum otak saya. Semua tu di luar kawalan saya. Saya cuma tak nak nanti saya yang gigit jari bila awak terlepas pada orang lain sebab tu saya berterus terang.

Kita biar masa yang tentukan semua. For now, can we go home Nadhirah sudah berlagak manja.

Faliq hanya mampu menggelengkan kepalanya. Dia kemudian menutup pintu kereta sebelah penumpang lalu berjalan ke sebelah pemandu.

Namun baru setengah perjalanan, Faliq membelok tiba-tiba dan menghentikan keretanya di bahu jalan.

Eh, kenapa berhenti Soal Nadhirah pelik.

Saya nak beli barang sekejap. Awak tunggu saya dekat sini, Faliq kemudiannya mencapai dompet dan telefon bimbitnya. Dia keluar seketika meninggalkan Nadhirah di dalam kereta.

Nadhirah jungkit bahu. Macam-macam hal Faliq ni. Seketika kemudian Faliq kembali dengan senyuman.

Nah, ni awak punya. Bungkusan yang tertera logo Asiana Pharma dihulurkan pada Nadhirah sebaik sahaja dia kembali.

Ubat apa awak beli ni Nadhirah sekadar menggelengkan kepalanya. Keprihatinan Faliq membuatkan dia tersentuh.

Awak tak sihat kan. Ini bekalan untuk seminggu. Kalau tak sembuh, kita pergi hospital. Ucap Faliq sambil dia meneruskan perjalanan mereka untuk pulang ke rumah.

Pharmachist dekat Asiana Pharma ni kawan awak ke Teka Nadhirah.

Macam mana awak boleh tahu Terkejut Faliq dek tekaan Nadhirah yang memang benar tepat.

Saya memang dah agak dah. Tengok jumlah ubat ni pun saya dah boleh agak. Ada ubat selesema, panadol, ubat tahan sakit, ubat migraine, vitamin C, antibiotik. Awak nak suruh saya buka farmasi sendiri ke apa ni

Saya tak nak awak jatuh sakit dengan teruk. Itu aje. Simpan aja dalam peti sejuk. Nanti kalau sakit, awak boleh terus makan.

Nadhirah menggelengkan kepalanya. Namun tangannya menyelongkar plastik tersebut seperti mencari sesuatu.

Awak cari apa Soal Faliq.

Resit. Dia orang tak bagi resit ke

Saya dah buang resit tu.

But ini kan ubat saya. Saya kena bayarlah.

Can I say something, Nadhirah

Berkenaan apa

Perihal belanja.

Satu topik yang menarik untuk dibincangkan. Nadhirah bersetuju. Berat hatinya mahu menerima sahaja semua benda yang dibayar oleh Faliq.

Saya tak nak awak bayar apa-apa pun setiap kali awak keluar dengan saya. Saya yang ajak awak keluar, jadi saya yang akan bayar semua.

Kenapa

Sebab itu yang saya belajar dari Abah saya. No more question about that, okay

Jagalah awak. Lepas ni saya akan kikis awak cukup-cukup. Ujar Nadhirah sambil ketawa.

I dont mind. I work harder for that. Duit boleh dicari.

I am touched. Thank you untuk semua ni. Ungkap Nadhirah.

Baguslah kalau awak terharu. Saya betul-betul nak awak cepat-cepat jatuh hati dengan saya. Untung tau kalau awak pilih saya. Saya akan pastikan awak tak menyesal.

Bukan sekarang Faliq. Tolong jangan letak harapan terlalu tinggi pada saya. Saya tak berani janji apa-apa pada awak.

Saya cuma nak awak tahu perasaan saya pada awak. Sama ada awak nak terima saya atau tidak, itu terpulang pada awak, tapi selagi saya diberi peluang, saya akan cuba menangi hati awak sampai awak terima saya. Jawab Faliq yakin.