PERSEPSI TERBIAR SEPI - 24
Sesungguhnya, bersama kesulitan ada kemudahan

(QS al-Insyirah 94:6)

APABILA ada orang datang mengadu pada kita tentang masalah dia, pelbagai cara kita boleh kata. Lama mana pun kita sanggup tadah telinga. Seluasluasnya kita berlapang dada. Nasihat, saranan, katakata, cukup lengkap boleh kita hulur.

Tapi, bila tiba masa kita, kita tak berupaya hatta untu memujuk diri sendiri. Orang yang melihat akan banyak berkata, tabahlah, kuatlah, bangkitlah, sabarlah tapi sungguh tak akan sama dengan apa yang kita rasa. Serius. Takkan sama.

Mungkin kita boleh tipu mereka dengan senyuman yang pahitnya hanya kita tahu. Mungkin boleh kita sorok, padahal air mata dah tak upaya nak keluar lagi. Mungkin boleh kita palsukan dengan kata-kata.

Tak apa, aku okey. Terima kasih ya.

Padahal hati sudah koyak rabak, sepi dan diri pun mungkin sudah tidak ada dalam diri sendiri.

Masa tu, kita akan lebih banyak diam. Fikir balik. Refleksi diri.

Kenapa aku diuji Kenapa aku

Lalu, pada masa itu, kita akan lebih rasa betapa Allah itu sangat dekat. Kalau kita tak diuji, adakah kita mahu duduk diam-diam, seorang diri, fikir balik apa tujuan hidup ini

Mungkin tak, kerana kita tak rasa keperluan dan kebergantungan kita pada Allah. Kita lupa, yang mengizinkan segalanya terjadi adalah Dia. Saat diri diuji, hati akan lebih lembut.

Saat itulah kita rasa nak letakkan sepenuh pengharapan pada Allah. Saat itulah solat, doa, segala ibadah kita, kita lakukan sepenuh hati, seikhlas mungkin kerana saat diri diuji baru kita sedar, betapa kerdil diri ini. Ujian sebenarnya bertujuan menguatkan, bukan melemahkan.

Ujian sebenarnya teguran dari Tuhan untuk kita agar tidak terlalu lalai dengan keseronokan dan kenikmatan yang diberi sehingga buat kita lupa untuk mengucap syukur sepenuh hati.

Ujian sebenarnya untuk buat kita sedar daripada mimpi. Mimpi yang bakal disoal nanti.

Kenapa aku yang diuji Kenapa bukan orang lain

Mungkin kerana kita banyak lupa pada Ilahi Mungkin untuk menguatkan kembali iman dalam diri

Mungkin, bilamana ada orang datang dan berkongsi masalah diri, kita akan lebih memahami, kerana kita pernah mengalami

Segalanya mungkin, kerana Allah tidak pernah menjadikan sesuatu itu untuk tujuan yang sia-sia. Pasti ada tujuannya, dan ketahuilah bahawa hidup ini bukan untuk berseronok sahaja. Ada amanah yang tergalas di bahu kita.

Jangan besarkan masalah, besarkan Tuhan yang maha membukakan jalan.

Kuatlah kawan, sesungguhnya Allah itu takkan membebani hamba-hamba-Nya di luar kemampuan.

Saya sendiri telah menemui hikmah demi hikmah setelah segala persepsi dilontarkan. Sama ada daripada ahli keluarga, rakan-rakan, guru-guru mahupun orang sekeliling yang tidak mengenali saya, tetapi melebih-lebih dalam membuat penilaian seolaholah dia lebih mengenali saya, berbanding mama yang mengandungkan dan melahirkan diri ini.

Manusia.

Kadangkala ada rasa dalam hati yang ingin diluah, ada duka yang ingin dilepaskan bebas. Namun tiada kata-kata yang dapat diungkapkan untuk menjelaskan semuanya. Hanya mampu menahan rasa, menangis duka, menahan penuh pengharapan, tapi sedarkah kita mungkin itu tanda Allah rindukan kita dan meminta kita kembali kepada Pencipta Hanya Dia yang mampu menghilangkan semua rasa di jiwa.

He said, I only complain of my suffering and my grief to Allah, and I know from Allah that which you do not know.

(QS Yusuf 12:86)

Kadangkala, timbul rasa ingin berlari sekuat mungkin. Lari daripada masalah-masalah yang menggila. Nothing to worries, nothing to think about. But will it change anything

Hanya pada Allah disandarkan segala resah dan sedih. Moga air mata kita bakal menjadi saksi di hadapan Allah.

Teruskanlah bertahan dalam senyuman walau hanya garisan hambar, teruskan berjalan tanpa henti walau langkah kian perlahan dan teruskanlah hidup dengan semangat walau hatimu dilanda ujian berat. Kerana hidup perlu berjuang, dan perjuangan perlukan kekuatan.

Kadangkala kita selalu merasa sunyi, lebih-lebih apabila tiada teman di sisi, ditinggal pergi dan terpaksa menyendiri. Sedangkan sebenarnya itulah ruang yang diberi oleh Ilahi untuk kita bersama-Nya. Allah sengaja menduga kita agar kita lebih sedar diri bahawa kekuatan itu hanya akan hadir bila kita mendekati yang maha memberi kekuatan.

Tidak salah bersedih, tetapi perlukah kita tunjukkan

Menangis Adakah kita mahu dilihat oleh orang ramai

Jangan biarkan perkara itu menimpa kita, sahabat. Jangan nampakkan kesedihan kita. Teruskan melangkah. Tatap masa hadapan dengan penuh keyakinan.

Teruskan tersenyum dan tunjukkan kita sedang bahagia. Saya semakin sedar, bahawa manusia itu lebih melonjak kegembiraan dengan ghairah apabila melihat kita semakin futur dan asyik bersedih. Sebaliknya mereka terasa tercabar bila kita semakin kuat, tersenyum dan tidak menunjukkan kesedihan di khalayak. Percayalah!

Waktu itu kekuatan mental kita diuji. Adakah kita kuat menghadapinya ataupun jatuh tersungkur dan terkulai. Berusahalah untuk tidak menunjukkan kesedihan!

Menggali hikmah dalam setiap kejadian.

Jangan berhenti menggali hikmah-Nya.

Ibnu Al-Jauzy berkata,

Sekiranya kamu tidak mampu menangkap hikmah, bukan kerana hikmah itu tiada, tetapi kerana kelemahan daya ingatan kamu sendiri. Kamu perlu tahu, raja juga memiliki rahsia yang tidak diketahui oleh orang kebanyakan. Bagaimana kamu yang begitu lemah, mampu mengungkap semua hikmah-Nya

Banyak perkara yang terjadi dalam hidup ini, pada awalnya kita mengganggap pahit, getir, dan menyakitkan. Tetapi, pada kemudian hari, kita mensyukurinya.

Pernah satu hari, saya duduk termenung di hadapan meja belajar. Kosong. Diam. Sunyi. Sesekali saya menjengah ke luar jendela, melihat langit Allah yang terbentang luas. Ada rasa ketenangan apabila melihatnya. Tunduk. Sayunya rasa hati itu. Terasa seakan sempitnya lorong yang aku lalui saat ini.

Saya teringat pesan seorang sahabat. Dia memetik ayat daripada surah ini:

jalan untuk berubah ke arah kebaikan itu tidak sesekali menjanjikan kesenangan berpanjangan, namun yakinlah bahawa orang yang mengambil langkah berubah ke arah kebaikan, tidak sesekali usahanya itu disiasiakan oleh Allah, bersabarlah & bersolatlah.

(QS al-Baqarah 2:45-46)

Dugaan yang Allah beri menggugah jiwa. Namun cukup hikmah.

Diam. Hanya bunyi kicauan burung menemani sambil angin bertiup lembut. Seakan membelai jiwa ini. Inilah sunatullah dalam kehidupan, bukan Dalam berubah ke arah kebaikan juga, Allah sediakan ujianujian yang memukul jiwa dan menyentuh sanubari.

Kadang-kala hati kecil ini tertanya-tanya mengapa jalan untuk berbuat baik juga penuh dengan rintangan Mengapa jalan untuk berubah juga penuh perjuangan Bertahanlah. Bukankah semuanya pasti ada hikmah Tidak usah marah-marah. Lagi membuatkan jiwa kacau-bilau. Rugi. Apa yang kita dapat Hanya letih marah-marah. Again. Yakin akan ada hikmah.

Bak kata Al-Habib Ali Zainal Abidin Al-Hamid,

Teori memang mudah, praktikalnya

Kita sendiri, yang sedang hadapi situasi itu sahaja yang tahu.

Sabar itu indah. Beautiful. No suffer afflicts us beyond our capability.

Hadap sahaja segala ujian. Berjaya itu pun ujian, kurang berjaya juga ujian.

Kerana hidup ini memang ujian. Ujian yang penuh hikmah.