1. Penaklukan Baitulmuqaddis. Dari Auf b. Malik r.a., katanya Rasulullah S.A.W. telah bersabda:Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat.Baginda menyebut salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.-Sahih Bukhari
2. Zina bermaharajalela.Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.-Sahih Muslim
3. Bermaharajalela alat muzik.Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka.Ada yang bertanya kepada Rasulullah; Wahai Rasulullah bila hal ini terjadiBaginda menjawab;Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita-Ibnu Majah
4. Menghias masjid dan membanggakannya.Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid-Riwayat Nasai
5. Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik.Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga.Riwayat Ahmad dan Hakim
6. Ramai orang soleh meninggal dunia.Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama dimuka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran Riwayat Ahmad
7. Orang hina mendapat kedudukan terhormat.Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka bin Luka (orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia-Riwayat Thabrani.
8. Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja.-Riwayat Ahmad
Tsunami dan peringatan
26 Disember berlalu,
melewati waktu,
namun tangis dan sendu,
masih hiba berlagu,
ujian thunami mengoyak kalbu,
satu amaran dari Yang Satu,
petanda akhir zaman bukannya palsu.
Firman Allah, Dan apabila lautan dijadikan meluap Surah At-Takwir, ayat 6.
Firman Allah, Apakah manusia menyangka bahawa mereka dibiarkan sahaja mengatakan : Kami telah beriman, sedang mereka tidak diuji lagi Al-ankabut, ayat 2.
Tsunami
meragut ratusan ribu nyawa,
yang baik dan yang alpa,
semua menghadapinya,
lantaran ajal maut, tidak mengenal sesiapa,
Oleh itu,
Firman Allah TaalaKemudian apabila sampai ajal mereka, tiadalah dapat mereka meminta dikemudiankan sesaat pun dan tidak pula mereka dapat meminta didahulukan. (AnNahl:61)
Tsunami
Dikau makhluk Tuhan,
yang patuh dengan arahan,
Menyentak manusia sekelian,
takjub pada kebesaran,
terkesima pada keagungan,
terjaga dari kealpaan,
tunduk pada kedhoifan,
insaf pada kemaksiatan,
ingat pada kematian.
Firman Allah Taala Dan apabila gelombang dari segenap penjuru menimpanya dan mereka sedar bahawa mereka didalam kepungan bahaya, mereka berdoa kepada Allah dengan ikhlas semata-mata kepadaNya. Mereka berkata:
sesungguhnya jika Engkau menyelamatkan kami dari bahaya ini, pastilah kami akan termasuk orang-oramg bersyukur(Yunus:22)
Tsunami
Hadirmu menjemput memori silam,
bertandang di sudut ingatan,
Kaum Nuh kelemasan,
Firaun dan Qorun turut ditelan,
Thunami, kau tentera Tuhan,
Maha besarnya Pencipta alam
Malah, lipatan sejarah menyaksikan,
tentera Tuhan pelbagai kejadian,
Empangan Saba tikus runtuhkan,
Raja Namrud, nyamuk hapuskan,
Tentera Abrahah, burung musnahkan,
Semuanya membuktikan kerdilnya insan,
berbanding Tuhan yang Menciptakan.
Sedarlah manusia,
Bukan Tuhan yang harus diberi tohmahan,
lantaran ujian-Nya, tersirat kasih-sayang,
Bukan Thunami yang harus dipersalahkan,
lantaran ia taatkan Ar-Rahman,
Bukan dosa orang lain yang harus diperkatakan,
lantaran dosamu juga diperlukan penyucian,
Oleh itu,
Sedarlah
kita di akhir zaman,
Dunia yang dikejar akan kehancuran,
Saat pembalasan pastikan datang,
Bangunlah
dari lenamu yang panjang,
dan tak pernah berkesudahan,
ajaklah manusia pada kebenaran,
agar pulang bersama bekalan iman.
Marilah kita,
Kembalilah kepada Tuhan,
Suburkan jiwa yang ketandusan,
Dengan siraman taqwa dan iman,
Lantaran Dialah tempat kembali,
Tidak kira apa asbab yang menanti,
Setiap kita takkan terkecuali,
Itulah janji-Nya yang pasti.
Firman Allah : Katakanlah, Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, Ia tetap akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan, Al-Jumuah, ayat 8.