RETRO BOLA SEPAK - 24
Ramai tidak tahu berkenaan fakta bahawasanya Liverpool FC, Real Madrid C.F., Leeds United dan Manchester City pernah menawarkan pemain mereka secara pinjaman kepada Manchester United malah Real Madrid pernah mencadangkan agar kejuaraan Piala Eropah (kini Liga Juara-Juara Eropah) diberikan kepada Manchester United dengan persetujuan Red Star Belgrade dan lain-lain kelab.

Berikut antara beberapa catatan penting selepas nahas tersebut:-

1. Liverpool FC dan Manchester City memang pernah menawarkan pemain dan menolong membayar gaji tapi United tidak menerima tawaran tersebut tetapi berterima kasih kepada mereka. Ini adalah kerana pengaruh Matt Busby yang pernah menjadi pemain untuk kedua-dua kelab. Manchester United cuma menerima ucapan simpati dan takziah dari banyak kelab. Mereka tidak pernah menerima pemain, tetapi United membeli dan meminjam beberapa pemain sahaja.

2. Pusks Ferenc pernah menawarkan diri untuk menjadi pemain Manchester United di mana usia beliau pada ketika itu adalah di penghujung karier tetapi ditolak Persatuan Bola Sepak England (FA England) kerana beliau tidak boleh bertutur dalam Bahasa Inggeris (antara syarat utama untuk bermain di Liga Inggeris pada waktu itu).

3. Manchester United kehilangan beberapa pemain utama. Jimmy Murphy (pengendali sementara Manchester United) mengambil langkah memberi kontrak kepada beberapa pemain dari skuad simpanan. Malah Manchester United turut membeli pemain berpengalaman seperti Ernie Taylor dari Blackpool FC, Stan Crowther dari Aston Villa F.C., Derek Lewin, Bob Hardisty dan Warren Bradley dipinjam dari sebuah kelab non-league iaitu Bishop Auckland F.C.. United membeli dan meminjam beberapa pemain sahaja.

4. Beberapa pemain selain dari 8 terkorban dan beberapa lagi yang mengakhiri karier kerana kecederaan, pulih dengan cepat. Bola sepak era itu tiada pertukaran pemain gantian, jadi pemain yang diperlukan tidak lah seramai sekarang.

5. Sir Bobby Charlton hampir putus asa untuk bermain kerana trauma. Jimmy Murphy berjaya memujuk beliau kembali untuk bermain untuk kelab.