Mencari Kiblat Cinta - 25
Nira pilihlah beberapa pasang baju, kakak belikan untuk Nira. Suruh Kamila.

Danira tergamam. Pantas kepalanya digelengkan.

Tak mahulah kak, dah banyak sangat barang kakak beli untuk Nira. Cukuplah tu, lagipun Nira tak perlu baju baru. Dia menolak. Entah kenapa segan benar hatinya kerana dilayan sebegitu rupa oleh Kamila.

Tak apa Nira, lagipun kakak tengok baju-baju Nira dah lusuh benar. Apa salahnya sesekali bertukar baru. Kalau Nira tak mahu, kakak pilih sendiri nanti baru Nira tau. Tapi kakak ni orang tua, citarasa pun tua. Kamila melawak.

Danira tersenyum. Lucu mendengar kata-kata wanita itu. Kerana dipaksa, dia setuju mencuba beberapa helai pakaian yang dirasakannya sesuai dan murah.

Tapi ketika dia keluar dari fitting room, matanya menangkap kelibat Kamila sedang berbual-bual dengan seorang lelaki. Dia hendak mencelah, tapi kemudian dibatalkan hasratnya. Tak elok pula rasanya mencuri tumpuan orang. Dia diam sahaja sambil menunggu Kamila selesai berbual.

Kamila yang terpandang kelibat Danira sedang menantinya di tepi fitting room segera melambaikan tangannya. Danira membalas seraya tersenyum.

Tiba-tiba lelaki yang berlawan cakap dengan Kamila turut menoleh. Danira tercengang apabila matanya berlaga pandang dengan lelaki segak berkemeja putih itu. Melihat lelaki itu, matanya semakin mengecil. Kenapa dia seperti pernah melihat wajah lelaki itu sebelum ini Lelaki itu juga merenung lama ke arahnya seolah-olah turut berfikiran serupa dengannya.

Melihat Kamila melambai-lambaikan tangan ke arahnya, mahu tak mahu dia terpaksa menghampiri Kamila dengan perasaan berbolak-balik.

Nira, kenalkan..ini Filman. Ujar Kamila memperkenalkan kedua-duanya.

Lelaki itu tersenyum lalu menghulurkan tangannya terlebih dahulu.

Filman. Ujarnya.

Danira merenung huluran tangan lelaki itu. Hendak disambut dia serba-salah. Hukum hakam yang dipelajarinya di penjara wanita itu masih melekat kukuh di kepalanya. Haram hukumnya bersalaman dengan lelaki yang bukan muhrim.

Saya Danira. Maaf, saya tak boleh sambut tangan Encik Filman. Ujar Danira berterus-terang.

Filman terkedu sebentar. Gerak-geri gadis itu yang kaku ditatap tidak berkelip. Mulanya tadi dia agak terkejut melihat Danira. Wajah gadis itu seperti pernah ditemuinya tapi dia tidak ingat di mana. Puas sudah dia cuba menyelongkar khazanah yang terpateri di kepalanya. Beberapa ketika kemudian, dia mula teringatkan sesuatu. Peristiwa dia nyaris-nyaris terlanggar gadis itu di jalanan beberapa hari yang lalu kini muncul silih berganti di fikirannya.

Melihat lelaki itu diam sahaja seraya merenungnya tidak berkelip, Danira tiba-tiba diterpa perasaan bersalah. Apakah lelaki itu tersinggung hati dengan kelakuannya yang tidak mahu menyambut huluran tangan lelaki itu sebentar tadi Aduh! Mati dia kalau memang benar lelaki itu tersinggung.

Err..maaf Encik Filman, sa..saya tak sambut sebab haram bersentuhan dengan orang yang bukan muhrim. Tergagap-gagap Danira cuba menjelaskan.

Filman tiba-tiba melempiaskan tawanya. Kata-kata Danira sebentar tadi benar-benar membuatkan dia tergelak besar. Lucu!

Kelakuan Filman membuatkan Danira tercengang. Dia menoleh ke arah Kamila yang turut tergamam. Ternyata sikap lelaki itu membuatkan fikiran mereka saling tertanya-tanya.

Cik Danira tak kenal saya lagi Dalam gelak tawanya, Filman masih sempat menghamburkan pertanyaan.

Wajah Danira berkerut.

Kita ada jumpa beberapa hari yang lalu. Saya ada berikan kad saya tempohari. Ujar Filman menyambung kata-katanya.

Danira terdiam. Otaknya menerawang jauh. Alamak! Sebab itukah dia seperti pernah melihat lelaki itu sebelum ini Rupa-rupanya lelaki itulah yang nyaris-nyaris melanggarnya tempohari. Ya ALLAH! Kecilnya dunia ini!

Lelaki yang bercakap dengan kakak tadi tu, ayah salah seorang kanak-kanak kat taska kakak. Baik orangnya. Ujar Kamila seraya mematikan lamunan Danira.

Danira menoleh. Wajahnya membayangkan kekagetan. Ayah Jadi lelaki itu sudah berkahwin Semuda itu sudah jadi ayah

Dia tu peguam. Kalau ada masalah berkaitan undang-undang, selalunya kakak rujuk pada Encik Filman. Anaknya Melia sudah dua tahun dihantar ke taska kakak. Cerita Kamila lagi. Danira hanya mendengar celoteh wanita itu tanpa sebarang reaksi.

Kakak harap Nira dapat biasakan diri di rumah tu.

Nira terhutang budi pada kakak. Dah banyak kakak tolong Nira.

Kamila tersenyum kecil. Apalah sangat pertolongan kakak ni Nira. Lagipun kita sesama manusia ni memang kena saling tolong-menolong. Tak begitu

Danira terdiam. Kata-kata wanita itu sekali lagi membuatkan dia terharu. Alangkah baiknya jika semua orang seperti Kamila, mempercayai dirinya.

Nira, sebenarnya kakak ada sesuatu nak beritahu Nira. Kakak harap Nira jangan salah faham ya. Wajah Kamila seperti serba salah. Entah patut atau tidak dia mengutarakan persoalan itu pada Danira. Mungkinkah Danira akan tersinggung nanti

Apa dia kak

Fasal Nira baru keluar dari penjara, kakak harap Nira boleh rahsiakan perkara ni dari Umaira, Siti dan Lynn. Kakak bukan apa, bukan semua orang berfikiran macam kakak. Harap Nira faham. Pinta Kamila.

bersambung

Bab akan datang:

Apakah reaksi Danira terhadap permintaan Kamila