Tika Cinta Berbisik - 25
Bab 24

ASSALAMMUALAIKUM, mak.

Waalaikumsalam, hah ada apa Khairul

Hm mak apa khabar

Baik. Eh, yang kau ni tergagap-gagap kenapa

Khairul menelefon ibunya untuk memberitahu khabar gembira tentang keadaan isterinya yang telah sarat mengandung.

Saya nak beritahu mak yang Harlina dah mengandung. Mak akan jadi nenek nanti. Mak mak.

Namun Khairul tak mendengar apa-apa di hujung talian. Ternyata talian sudah dimatikan. Khairul menarik nafas dengan keluhan yang berat.

Abang

Harlina menghampiri Khairul setelah melihat suaminya termenung di beranda. Sebenarnya dia sudah mendengar butir bicara suaminya di telefon.

Bagaimana dengan mak

Entahlah, mak macam tak gembira bila abang beritahu Harlina mengandung.

Harlina mengusap-ngusap lengan suaminya. Dia tahu hati suaminya sedih dan kecewa dengan sikap ibunya.

Tak apalah bang, mungkin mak gembira. Cuma dia tak mahu tunjuk depan kita saja. Kita fikir positiflah, bang, pujuk Harlina.

Tapi, abang terkilan. Sepatutnya mak gembira keinginan dia selama ini mahukan cucu dah menjadi kenyataan.

Sabar bang, ingat Allah banyak-banyak. Selawat dan istighfar. Jangan memikirkan perkara yang sebaliknya.

Hm, abang harap pun begitulah. Minta-minta hati mak terbuka untuk menerima cucu pertama ni.

Insya-Allah, bang. Harlina tiba-tiba teringatkan Nurul. Bagaimanalah keadaan dia sekarang. Harlina kesal kerana pernah bersikap biadap dan kasar dengan dia dulu. Harlina kembali muram.

Harlina sayang, kan kita sudah minta maaf pada dia. Lagi pula, dia dah maafkan kita. Khairul mengucup dahi isterinya.

Iya, bang. Cuma ada rasa terkilan. Andainya dapat diputarkan waktu, saya akan menjadikan dia, adik saya. Dia baik, entah kenapa saya terlalu ikut kata hati dan percaya pada kata-kata Zeti.

Hm, yang penting sekarang sayang dah berubah. Abang gembira kerana setiap hari dah tersedia makanan untuk abang, pakaian abang tergantung kemas, rumah pun bersih, pokok- pokok bunga tersusun cantik. Ini semua kerana isteri abang yang tersayang ni dah berubah jadi isteri solehah.

Harlina terjerit kecil ketika Khairul mencubit hidungnya. Khairul sedaya upaya mahu menceriakan hati isterinya.

Abang, abang nak anak perempuan ke lelaki tanya Harlina memesongkan suasana.

Ternyata pertanyaan Harlina berjaya menarik perhatian Khairul. Khairul tersenyum gembira.

Hm, kalau boleh abang nak anak lelakilah, sayang.

Kenapa, abang tak suka anak perempuan

Sebab, abang harap anak kita yang sulung nanti biarlah dapat menjadi pelindung pada adikadiknya yang lain, ada sikap kepimpinan.

Hah, adik-adik yang lain Harlina sengaja menekan ayat itu.

Khairul ketawa besar. Maksud abang, Harlina kena bagi abang anak yang ramai. Kalau boleh satu pasukan boleh sepak. Abang nak jadi macam Haji Sidek tu. Kalau dia boleh lahirkan pemain badminton, abang pun boleh lahirkan pemain bola sepak.

Ish, ke situ pula abang. Ni nak dapatkan seorang pun tercungap-cungap tunggu bertahun-tahun.

SUDAH tiga hari Harlina tidak masuk ke pejabat kerana mengambil cuti bersalin lebih awal. Kata doktor, jangkaan dia bersalin ada lagi dua minggu. Jadi, dia sengaja mahu berehat awal dan menyiapkan diri menanti ketibaan orang baru.

Melihat kain yang berlonggok di bilik air, perlahan-lahan Harlina memunggut dan memasukkannya ke dalam mesin basuh. Harlina terlupa pesanan suaminya. Sudah berbuih mulut Khairul menegur sikap Harlina yang aktif dan tak mahu duduk diam. Ada saja yang mahu dikerjakannya.

Alah bang, nanti kalau duduk je, anak kita jadi pemalas. Itulah jawapan Harlina setiap kali Khairul menegur.

Sedang Harlina memasukkan sabun ke dalam mesin basuh, perutnya memulas kuat. Sabun di tangannya terjatuh ke lantai. Harlina menahan kesakitan dengan mengurut-ngurut perutnya.

Allah, nak. Jangan keluar dulu. Ayah tak ada ni.

Harlina membelai-belai perutnya. Dia berharap agar anak dalam kandungan mendengar permintaannya. Namun kesakitan makin terasa.

Harlina melangkah perlahan menuju ke ruang tamu. Sepanjang jalan dia terpaksa memegang dinding untuk menyeimbangkan tubuhnya. Secara kebetulan ibu Khairul datang bersama Azura, adik Khairul.

Mak tolong saya. rintih Harlina.

Harlina menerpa mendapatkan ibu mentuanya.

Eh, kau dah kenapa

Azura menunjukkan sikap kurang senang melihat Harlina menerpa ibunya.

Azura, akak dah nak bersalin ni. Mak, tolonglah saya. Sakit mak. Nafas Harlina naik turun. Dahinya dibasahi peluh.

Ah, kau yang cari penyakit. Kau bukan menantu pilihan aku. Apa faedah kalau aku tolong kau. Aku datang ni nak jumpa anak aku, Khairul. Mana dia Datin Rafeah langsung tidak berasa kasihan melihat menantunya yang kesakitan itu. Mak, mak tolonglah saya, rayu Harlina.

Perempuan tak sedar diri. Tak tahu diuntung!

Harlina menarik nafas apabila rasa sakitnya telah berkurangan sedikit. Dia bertatih berjalan ke sofa lalu duduk. Dia berpeluh-peluh.

Kau takkan jadi macam ni kalau dulu kau ikut cakap aku untuk tinggalkan Khairul. Kau degil!

Harlina teringat Khairul. Dia mencari-cari telefon tangannya. Khairul mesti dihubungi. Dia teringat telefon itu berada di dalam tas tangan di bilik tidur. Dia mesti naik ke tingkat atas untuk mendapatkan telefon. Harlina berkira-kira untuk naik ke tingkat atas apabila satu lagi kontraksi berlaku. Dia terduduk menahan kesakitan.

Datin Rafeah hanya duduk di sofa tanpa ada sedikit perasaan untuk membantu menantunya. Itulah masanya untuk dia melepaskan rasa sakit hatinya pada Harlina. Azura pula hanya memerhatikan Harlina untuk memastikan kakak iparnya itu tidak berlakon.

Ah, mak aku dah bagi kau RM 500, 000 tapi kau jual mahal. Rasakan sekarang. Sakit yang kau tanggung itulah sakitnya hati aku dan mak aku pada kau! ujar Azura.

Walaupun kesakitan, Harlina berusaha bergerak untuk naik ke bilik. Dia tidak memperdulikan kata-kata Azura.

Memang penipu. Tengok tu. Kata sakit tapi boleh pulak berjalan, kata Azura.

Datin Rafeah berasa tidak puas hati apabila Harlina tidak memperdulikan mereka. Dia bangun mendapatkan Harlina.

Kau ni memang membawa malang pada keluarga aku. Sekarang, kau ingat dengan beranak macam ni, aku akan terima kau. Jangan harap. Kalau kau, aku dah benci dengan keturunan kau sekali aku benci. Mampuslah kau masa beranak nanti. Baru puas hati aku, sumpah Datin Rafeah.

Hati Harlina tersentuh dengan kata-kata Datin Rafeah itu. Dia memegang tangan wanita itu. Mak, maafkan Harlina.

Serentak itu juga Datin Rafeah menepis tangan Harlina menyebabkan dia tidak dapat mengimbangkan badannya. Dia terjatuh.

Mak.

Harlina terjelepuk ke lantai sebelum matanya tertutup. Azura dan Datin Rafeah hanya memandang Harlina yang terbaring di lantai.

Mengada-ngada. Berpura-puralah tu, mak.

Harlina... eh, Harlina, panggil Datin Rafeah. Dia menguit-nguit badan Harlina dengan hujung kakinya. Harlina tidak bergerak. Azura, macam mana ni

Alah, dia pengsan je tu. Pura-pura konon, Azura mencemuh. Jangan pedulilah, mak.

Kau cuba periksa nadi dia. Mana tahu dia dah mati.

Azura mengikuti arahan ibunya. Diperiksanya pergelangan tangan Harlina. Dahi Azura berkerut. Dia menyentuh pula dada dan leher Harlina.

Kenapa Kenapa Bertubi-tubi pertanyaannya setelah melihat wajah Azura berubah.

Err dia dah mati, mak.

Mereka saling berpandangan. Wajah Azura

pucat. Dia mendekatkan telinganya ke arah jan tung Harlina. Sah, tiada degupan.

Dah mati! Jantung pun tak berdegup.

Hah! Kau jangan main-main, Azura.

Mak, mari kita pergi. Ingat kita tak pernah datang sini. Mari.

Kedua beranak itu meninggalkan Harlina yang terbujur sendirian.

DI pejabat, Khairul berasa tidak sedap hati. Fi kirannya tiba-tiba buntu. Perasaannya resah gelisah. Apa sahaja kerja yang dibuatnya serba tidak menjadi. Sudah puas dia menelefon Harlina di rumah namun panggilannya tidak dijawab.

Masuk.

Khairul bersuara setelah mendengar ketukan di pintu. Setiausahanya masuk sambil membawa memo kecil.

Encik Khairul, tadi ada panggilan dari seorang perempuan bernama Hajah Tuminah, ujar Fini, setiausaha itu.

Hajah Tuminah Khairul kembali menyoal. Dia cuba mengingati tuan punya nama tersebut.

Katanya, dia jiran encik.

Ah, itu jiran saya. Lupa pula. Khairul menepuk dahi. Dia tersenyum sendiri

Tadi dia telefon, memberitahu yang isteri Encik Khairul sekarang berada di hospital.

Dia. dia kata apa lagi Khairul resah.

Itu saja, Encik Khairul. Dia minta encik segera ke sana.

Baiklah, terima kasih.

Khairul bergegas mencapai kunci keretanya. Hatinya berbunga riang kerana menyangka Harlina sudah hampir melahirkan anak mereka.

Sampai di hospital, Khairul menuju ke kaunter pertanyaan. Cik, isteri saya baru dimasukkan hari ni. Namanya Sharifah Harlina binti Syed Akmal.

Sebentar....

Jururawat itu membuat semakan menggunakan komputer di depannya. Dia memeriksa senarai pesakit yang baru masuk hari itu.

Ada.

Err, di mana biliknya cik tanya Khairul tidak sabar.

Jururawat itu terdiam.

Encik boleh terus jalan ke depan dan belok kiri. Bangunannya di hujung sekali.

Terima kasih, ucap Khairul lalu terus menghala ke arah yang diberitahu.

Tapi, encik encik Panggilan jururawat itu tidak diendahkan. Khairul mahu cepat menemui isterinya.

Langkahnya diatur laju setelah melihat bum bung bangunan yang dimaksudkan. Namun langkahnya tiba-tiba terhenti. Di pintu masuk utama tertulis Rumah Mayat.

Tak mungkin. Pasti jururawat itu silap.

Khairul kemudian berpusing kembali mahu menemui jururawat itu semula. Satu suara memanggilnya.

Khairul!

Ternyata jirannya, Hajah Tuminah berada tidak jauh darinya. Dia segera mendapatkan wanita itu.

Puan Hajah, di mana isteri saya

Sabar nak, sabar. Hajah Tuminah memegang bahu jirannya itu. Terasa sukar baginya menceritakan perihal Harlina pada Khairul.

Bagaimana dengan isteri dan anak saya, Hajah

Khairul, Harlina... isteri kau dah tak ada. Perlahan ayat demi ayat keluar dari mulut Hajah Tuminah.

Tak tak mungkin. Harlina sihat, tak mungkin dia Khairul tersandar lemah.

Harlina tak sakit, Khairul. Masa di rumah, mak cik terdengar bunyi seperti orang bergaduh di rumah kamu. Namun tak lama lepas tu senyap saja. Mak cik pun rasa tak sedap hati. Bila mak cik jenguk, pintu rumah kamu terbuka. Harlina terbaring kaku di ruang tamu dengan mulutnya berdarah.

Sekejap tadi Puan Hajah kata ada bunyi per gaduhan di rumah saya tanya Khairul.

Ya, lama juga. Tapi mak cik tak tahu siapa.

Menyesal juga mak cik tak melihat kejadian itu.

Puan Hajah ada nampak kereta masuk ke rumah saya

Maaflah, nak. Tak perasan pulak mak cik, keluh Hajah Tuminah. Kenapa, nak

Tak ada apa, Puan Hajah, sahut Khairul. Khairul menahan debaran di dadanya. Dia tahu siapa yang datang dan bergaduh dengan isterinya.

Sabar, Khairul. Kita sempurnakan Harlina dulu.

Khairul mengeluh. Dia benar-benar tidak per caya Harlina telah pergi. Harlina tidak sakit. Malah semasa mahu keluar dari rumah, Harlina sempat menghadiahkan kucupan di dahinya. Tiada tanda-tanda yang Harlina akan pergi me ninggalkannya.

Bagaimana dengan anak saya

Alhamdulillah, anak kamu selamat. Doktor telah menjalankan pembedahan sebaik saja Harlina sampai di hospital. Doktor kata, mujur Harlina dihantar cepat. Tapi, anak kamu dita han kerana kekurangan oksigen semasa Harlina meninggal.

Alhamdulillah. Khairul masih mampu bersyukur kerana anaknya selamat.

Saya mahu melihat Harlina.

Hajah Tuminah membawa Khairul berjumpa dengan penjaga di situ. Sewaktu peti mayat ditarik, Khairul menggengam kuat tangannya. Wajah pucat Harlina mengundang rasa sayu di hati Khairul. Perlahan diusap wajah isterinya.

Kata doktor, dia mengalami pendarahan dalaman, beritahu penjaga itu.

Khairul mengucup lembut dahi Harlina. Dikesatnya darah di tepi bibir Harlina.

Sayang....

Hati dan seluruh jiwa raga Khairul serta-merta hancur berkecai menjadi debu yang ditiup angin. Lumpuh. Semangatnya hilang.